telekerja _ rahman

18
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT INDUSTRI (AH30903) PENSYARAH : EN AZIZAN BIN MORSHIDI ABD RAHMAN BIN HAMID (BA12110002) TAJUK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN TELEKERJA : TINJAUAN DAN AMALAN KERJA SERTA CABARAN MASA KINI. 1.0 PENGENALAN Globalisasi telah memberi impak kepada organisasi di seluruh dunia sehinggakan ianya menjadi isu yang hanya berkaitan dengan orientasi perniagaan di seberang laut, pelaburan asing secara langsung dan sebagainya. Akan tetapi globalisasi juga memberi kesan terhadap pengurusan domestik sesebuah organisasi. Salah satu impak globalisasi ialah kemajuan teknologi yang pesat berkembang dan berubah dari masa ke semasa. Selain itu ianya juga memberi impak yang besar terhadap bidang perniagaan, pendidikan, pelaburan, perbankan dan pengurusan sumber manusia atau hubungan industri (Balakrishnan, 1999). Teknologi maklumat juga telah diakui sebagai teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi malaysia dan juga meningkatkan kualiti hidup penduduknya (Zuraidah dan Yuzita, 1999). Salah satu pembahruan dan perubahan yang jelas berlaku dalam pengurusan sumber manusia ialah pelaksanaan budaya telekerja. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang di maksudkan dengan telekerja?. Secara Umumnya, telekerja merujuk kepada pekerjaan yang dijalankan di luar pejabat utama dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Konsep kerja

Upload: rahman

Post on 02-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pekerjaan telekerja

TRANSCRIPT

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT INDUSTRI(AH30903) PENSYARAH : EN AZIZAN BIN MORSHIDI ABD RAHMAN BIN HAMID (BA12110002)TAJUK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN TELEKERJA : TINJAUAN DAN AMALAN KERJA SERTA CABARAN MASA KINI.1.0 PENGENALANGlobalisasi telah memberi impak kepada organisasi di seluruh dunia sehinggakan ianya menjadi isu yang hanya berkaitan dengan orientasi perniagaan di seberang laut, pelaburan asing secara langsung dan sebagainya. Akan tetapi globalisasi juga memberi kesan terhadap pengurusan domestik sesebuah organisasi. Salah satu impak globalisasi ialah kemajuan teknologi yang pesat berkembang dan berubah dari masa ke semasa. Selain itu ianya juga memberi impak yang besar terhadap bidang perniagaan, pendidikan, pelaburan, perbankan dan pengurusan sumber manusia atau hubungan industri (Balakrishnan, 1999). Teknologi maklumat juga telah diakui sebagai teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi malaysia dan juga meningkatkan kualiti hidup penduduknya (Zuraidah dan Yuzita, 1999).Salah satu pembahruan dan perubahan yang jelas berlaku dalam pengurusan sumber manusia ialah pelaksanaan budaya telekerja. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang di maksudkan dengan telekerja?. Secara Umumnya, telekerja merujuk kepada pekerjaan yang dijalankan di luar pejabat utama dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Konsep kerja ini telah muncul sejak tahun 70an dan telah digunakan secara meluas dalam pengurusan sumber manusia di negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara maju di Eropah. Namun begitu, penerimaan konsep telekerja di malaysia masih lagi di tahan yang rendah (Utusan malaysia, 6/7/1999). Kajian yang dijalankan oleh United Nations University Institude for New Technologies bersama-sama MIMOS Berhad, tentang telekerja di malaysia pada bulan Mac 1999, mendapati bahawa hanya 3.45 daripada 1000 pekerja adalah pekerja telekerja manakala jumlah syarikat tempatan yang terlibat dengan telekerja hanyalah 7.8 % (New Straits Times Management Times, 2000)

2.0 KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMATChartrad Morent dalam bukunya Information Technology Seouring Society menjelaskan teknologi maklumat bermaksud mengumpul, memproses, mengagih dan menggunakan maklumat (Zorkoezy, 1982: 2-9). Manakalah mengikut pusat Teknologi Maklumat (1999) teknologi maklumat ialah gabungan teknologi elektronik mikro, peralatan telekomunikasi dan kecanggihan komputer yang dapat memberi maklumat kepada kita. Dalam hal ini, komputer merupakan alat yang penting untuk mengendalikan maklumat terkini dengan tepat. Oleh itu, teknologi maklumat merupakan satu kuasa dalam mengukuhkan kemajuan organisasi melalui peaburan berkomputer dan komunikasi untuk mempertingkatkan peluang persaingan, perkhidmatan pelanggan dan lain-lain (Wang, 1997:3) Salah satu teknologi baru dalam dunia IT ialah internet. Kedatangan Internet telah dipersoalkan dan menjadi perbahasan oleh sesetengah pihak yang tidak dapat menerima kehadiran internet tersebut. Persoalan ini wujud kerana pada pandangan golongan ini, internat lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Walaubagaimanapun, penggunaan internat tetap meluas di kalangan rakyat malaysia dalam urusan pekerjaan mahupun urusan lainnya.

3.0 KONSEP TELEKERJATelekerja merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi moden untuk melaksanakan kerja-kerja harian di tempat kerja terpincil yang jauh dari pejabat utama (olsen, 1991:4). Lazimnya, kerja-kerja ini dilakukan di rumah dengan masa kerja yang tersendiri dan flaksibal. Telekerja juga dikenali sebagai kerja rumah industri (Lewis, 1984) dan pemprosesan data teragih rumah. Kerja terpincil bermakna segala tugasan harian dijalankan di luar daripada pejabat biasa dan juga dari kawasan terpencil dari bandar. Oleh itu, dalam masyarakat pasca industri, telekerja dan teknologi komunikasi yang wujud amat sesuai bagi fungsi organisasi. Contohnya di Britain, syarikat British Telecom menganggarkan lebih kurang 46.000 syarikat UK dengan 50 pekerja ke atas telah mengambil pekerja berbentuk pekerja telekerja. Syarikat tersebut juga percaya bahawa ada 1.8 juta pekerja fleksibal dan ini akan meningkat menjadi 4.2 juta dalam masa lima tahun lagi. Manakala di Amerika ada 39 juta orang yang melaksanakan tugas pejabat dari tempat kediaman (Hizamnuddin Awang, 1999:59-60).Telekerja akan memberi kebebasan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu kerja dimana jua mereka berada. Komunikasi yang berbentuk data yang banyak dan murah seiring dengan perkembangan kuasa komputer pribadi telah memberi peluang kepada golongan pekerja supaya tidak terkongkong dengan kawalan dan peraturan organisasi yang biasa. Telepon awam yang memberikan kemudahan panggilan 24 jam dan tujuh hari seminggu telah memudahkan orgaisasi menjalinkan hubungan dengan pekerja yang bekerja di bawah konsep telekerja walaupun pekerja tersebut berjauhan dengan kawasan organisasi. Telekerja sebenarnya boleh dilakukan dari pelbagai tempat yang mempunyai kemudahan perhubungan. Menurut kajian yang telah dijalankan oleli Link Strategic Research Ltd and Sulzer Infra CBX (1999), Vowles (1996), Kurland dan Bailey (1999), Bibby (2001), Cheali, Ng dan Mitter (1 999), secara ringkasnya, telekerja boleh dilaksanakan dari:-a) Kawasan terpencilb) Pejabat klienc) Nagara lain atau lebih dikenali sebagai teleperdagangand) Rumah - Telekerja jenis ni merujuk kepada pekerja yang menjadikan rumah sebagai pejabat. Biasanya kemudalian telekomunikasi seperti e-mel dan komputer peribadi yang dihubungkan kepada pelayan (server) pejabat utama, telefon dan mesin faks yang disediakan oleh pihak organisasi.e) Pejabat satelit/cawangan konsep ini membolehkan pekerja untuk melaksanakan semua tugas mereka bukan di rumah atau di ibu pejabat tetapi di lokasi lain yang sesuai kepada pekerja dan pelanggan. Pejabat satelit biasa dilengkapi dengan kemudahan perabot dan peralatan pejabat yang lain. Pejabat ini disediakan dan diselanggarakan oleh majikan atau kerajaan tempatan.f) Mobile atau pelbagai lokasi konsep pekerjaan ini membolehkan pekerja untuk berhubung, menghantar dan menerima maklumat perniagaan daripada ibu pejabat menggunakan peralatan-peralatan mudah alih seperti telefon dan komputer peribadi dari pelbagai lokasi seperti dari rumah, kereta, kapal terbang atau hotel. Golongan ini sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

4.0 SEJARAH TELEKERJASejarah telekerja telah bermula awal tahun 1970-an untuk mengatasi masalah kekurangan minyak. Salah satu cara ialah memajukan industri teknologi maklumat di mana golongan pekerja tidak perlu menjelajah ke suatu tempat dengan menggunakan kenderaan. Telekerja boleh menjimatkan kos minyak kenderaan. Beberapa tokoh yang menerajui bidang ini ialah Toffler (1980), Kinsmen (1987), Handy (1989), Stanworth (1991), Hodson (1992) dan Huws (1992).Kesatuan Eropah pula berpendapat bahawa telekerja telah menjadi sebahagian daripada bentuk kerja baru pada masa akan datang. Revolusi telekomunikasi dan komputer telah membuka jalan ke arah bentuk kerja yang lebih fleksibel kerana sebahagian daripada masa bekerja digunakan di luar pejabat pada umumnya. Oleh itu, Kesatuan Eropah menjangkakan bahawa telekerja akan berkembang secara pesat berikutan dengan persaingan tinggi dalam dunia perniagaan. Manakala, di Malaysia konsep telekerja masih baru dan mulai popular selepas pelancaran Seminar Kebangsaann Pembangunan Telekerja. Kajian yang baru disiapkan oleh pihak United Nations University for Technologies dan Mimos Berhad mengenai sesauh mana konsep ini diterima pakai di malaysia masih di tahap yang rendah. Dengan ini pihak kementerian Sumber Manusia telah bercadang untuk mengkaji semula undang-undang buruh negara sekiranya syarikat-syarikat di Malaysia sama ada sektor swasta atau awam akan terlibat sepenuhnya dalam telekerja. Ini adalah penting bagi memberi perlindungan yang sewajarnya bagi pekerja telekerja dan pekerja berasas rumah.

5.0 FAKTOR YANG MENJAYAKAN TELEKERJAMenurut John Curran, seseorang penganalisa perniagaan di firma perundingan perniagaan Saltzer,Sutton dan Endicott menyatakan bahawa organisasi yang ingin mencapai tahap produktiviti yang tinggi melalui telekerja perlu mengikut konsep 3R iaitu Right reasons, Right people, Right job. Kebanyakan organisasi ynag ingin melaksanakan telekerja hanya melihat kepada faedah yang boleh dinikmati melalui telekerja tanpa melihat ia sebagai strategi perniagaan dalam meningkatkan produktiviti. Selain daripada mempunyai sebab yang rasional untuk melaksanakan telekerja, organisasi juga perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan berkelayakan. Pekerja yang dipilih perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran seperti menggunakan komputer, mesin faks, melektronik dan juga kemahiran dari segi pengurusn stres bagi membantu mereka melaksanakan tugasan dengan baik (Vowles, 1996).Pekerja telekerja yang berjaya dan cekap menjalankan tugas juga perlu memiliki kualiti diri yang tertentu seperti pandai menguruskan masa, berupaya untuk bekerja sendiri dengan pengawasan yang minima, mempunyai kemahiran menulis dan lisan yang baik, mempunyai disiplin kendiri yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan baik, berupaya menepati had masa yang ditetapkan dan merupakan seorang yang berorientasikan hasil (Cheali, Ng & Mitter, 1999).Dari aspek pekerjaan pula, keputusan untuk menggunakan telekerja tidak boleh hanya berasaskan kepada pegangan bahawa dengan adanya kemudahan telekomunikasi, semua jenis pekerjaan boleh dibawa keluar dari tempat kerja konvensional. Beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan telekerja termasuklah mengkaji bentuk kelancaran kerja, kekerapan dan tempoh masa yang diperlukan oleh sesuatu kerja, melihat sama ada kerja tersebut memerlukan pemeriksaan atau tidak, jumlah interaksi yang diperlukan antara rakan sekerja dan kaedah yang digunakan untuk mengukur output yang dihasilkan. Proses kerja yang ideal untuk telekerja biasanya memerlukan arahan dan pemeriksaan yang minimum, mempunyai tempoh masa yang ditetapkan dan mengeluarkan ouput yang boleh diukur (Fowler, 1996).Selain itu juga, majikan perlu memahami jenis budaya kerja yang diperlukan dalam menjamin kejayaan telekerja. Organisasi yang ingin melaksanakan telekerja perlu mempunyai budaya kerja yang lebih telus, saling percaya, mempunyai arahan dan panduan kerja yang khusus dan jelas, ada rancangan luar jangkaan yang baik jika berlaku kegagalan sisteim dan rangkaian pasukan kerja yang kuat bagi mengelakkan pekerja telekerja berasa bosan dan tidak bermotivasi (Clieah,Ng & Mitter, 1999).

6.0 FAEDAH DAN CABARAN TELEKERJA

A. Faedah Terhadap Pekerja @ IndividuBagi pekerja, faedah yang paling besar yang mungkin boleh dinikinati ialah keupayaan untuk mengimbangi antara kerja dan keluarga. Dengan mengurangkan masa untuk berulang alik ke tempat kerja, pekerja mempunyai lebih masa untuk bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Seterusnya, isu keletihan dan tekanan yang berkait rapat dengan perjalanan ulang alik ke tempat kerja juga dapat dikurangkan dan ini membawa kepada peningkatan produktiviti individu. Seperti yang ditekankan oleh Pejabat Buruh Antarabangsa (ILO), apabila pekerja tidak lagi membuang masa dan berasa kecewa semasa perjalanan ke tempat kerja, mereka mempunyai tumpuan terhadap kerja; meningkatkan motivasi dan semangat serta lebih bertenaga dalam mengharungi hari-hari bekerja.

Selain daripada dapat mengurangkan kos minyak dan penyelenggaraan kereta, telekerja juga mampu membuka ruang untuk gaya hidup yang lebih sihat kerana pekerja tidak perlu menghadapi tekanan akibat daripada perjalanan yang panjang dan sesak. Kajian yang dilakukan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada, telekerja berjaya membantu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas dan pencemaran akibat penjanaan trip kenderaan persendirian yang memasuki kawasan bandaraya. Seterusnya, telekerja juga membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kepayahan untuk berulang alik seperti warga tua, kurang upaya dan wanita berkarier yang bertanggungjawab menjaga ahli keluarga serta mereka yang terpaksa berhenti kerja akibat pasangan bertukar tempat.

B. Faedah Terhadap Majikan

Bagi majikan dan organisasi, pengenalan budaya telekerja mampu mengurangkan kos yang berkaitan dengan penyelenggaraan pejabat (seperti penghawa dingin dan peralatan pejabat), kos penempatan pekerja dan keluarga mereka, penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dan tempat meletak kereta (Kurland & Bailey, 1999). Ia juga boleh mengurangkan kadar berhenti dan sekaligus akan membawa kepada pengurangan kos latihan dan pengambilan sumber manusia yang baru. Dengan adanya telekerja, pekerja-pekerja mahir mampu di kekalkan yang mana ini dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Pembentukan budaya telekerja memungkinkan sesuatu kerja dapat dilaksanakan walaupun ketika berlakunya sesuatu malapetaka atau masalah yang berkaitan dengan pergerakan fizikal . Contohnya tatkala hujan lebat atau apabila banjir melanda sesuatu tempat. Tidak dapat dinafikan lagi, membudayakan telekerja akan membuka ruang baru kepada pekerja untuk menjadi lebih bermotivasi dan kreatif apabila menjalankan tugasnya serta membentuk peribadi yang berdisiplin.Mengikut Chabrow, kepercayaan dapat diwujudkan diantara pihak majikan dan pekerja apabila membuat satu perjanjian telekerja. Ini secara tidak langsung akan memperbaiki taat setia dan moral pekerja kepada sesebuah syarikat atau organisasi. Apabila skim telekerja diperkenalkan di beberapa buah syarikat di South Carolina, Amerika Syarikat didapati tekanan yang dialami oleh pekerja dan masalah pengeluaran yang rendah telah berjaya diatasi.

Cabaran Telekarja

A. Cabaran terhadap pekerja

Namun begitu, telekerja ini bukan tiada kekurangannya malah cabaran yang perlu dihadapi. Dari perspektif individu @ pekerja, masalah kesunyian akibat daripada pemisahan daripada rakan-rakan sekerja merupakan cabaran utama yang perlu dihadapi. Kajian di luar negara mendapati ramai pekerja berasa kecewa dan bosan kerana tidak dapat berinteraksi bersama rakan-rakan sekerja mereka Malah ada berasa risau akan dianaktirikan daripada kenaikan pangkat dan ganjaran kerana mereka jarang berada di pejabat. Memandangkan telekerja menggalakkan penggunaan kuasa autonomi daripada saling bergantung dan bekerjasama, ramai pekerja melaporkan tahap komitmen dan kepatuhan kepada organisasi semakin terhakis. Selain daripada terhakisnya komitmen dan kepatuhan terhadap organisasi, pengasingan yang berlaku juga turut menghalang individu daripada mempelajari budaya organisasi dan mengurangkan pengaruh mereka dalam organisasi.

Selain daripada itu bagi mereka yang bekerja di rumah terutamanya kaum wanita, ramai yang menghadapi kesulitan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Ada antara mereka yaiig gagal untuk membezakan antara tugas dan keluarga, Tambahan pula, ramai antara pasangan dan anak-anak yang tidak menghormati dan memberi ruang kepada mereka untuk melaksanakan tugas semasa di rumah.

B. Cabaran terhadap organisasi

Di pihak majikan pula, salah satu cabaran besar mereka ialah ketidakupayaan memantau prestasi pekerja secara fizikal. Bagaimanakah seseorang majikan itu boleh mengukur produktiviti, membina kepercayaan dengan pekerja dan mengurus mereka jika mereka tiada di depan mata, Jika pengurus tidak dapat melihat subordinat ketika bertugas, bagaimanakah pengurus boleh mengetahui sama ada subordinatnya menghadapi masalah atau melakukan kerja dengan baik. Dengan itu, pengurus tidak mampu menyediakan maklumbalas yang tepat ketika melakukan penilaian prestasi. Sesetengah pengurus mungkin boleh memfokus terhadap hasil dan bukannya proses kerja dengan mengandaikan output yang dihasilkan senang diukur dan dipantau seperti tugas seorang jurujual. Namun bagi sesetengah pekerjaan, pengamalan telekerja mungkin mendatangkan masalah.

Cabaran lain yang dibawa oleh telekerja ialah pemecahan jaringan sosial di organisasi. Contohnya, telekerja mungkin boleh mengganggu pasukan kerja yang telah ditubuhkan dan memecabelahkan pekerja serta menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja yang tidak terpilih untuk menjadi pekerja telekerja. Sinergi pasukan juga mungkin hilang tidak ada lagi percambahan idea di tempat kerja. Hubungan antara Pekerja menjadi semakin renggang kerana jarang bertemu dan komunikasi menjadi semakin formal. Tidak ada lagi pembelajaran dan interaksi secara tidak formal yang mana banyak membantuh dalam pengimbangan kerjaya seseorang individu.

C. Cabaran terhadap pasaran kerja di abad-21Konsep telekerja pada tahun 2000 telah menjadi pemangkin terhadap pekerja mahupun organisasi dalam pengapikasian sistem kerja ini. Namun seiring dengan perubahan atau pola pekerjaan di masa kini konsep telekerja semakin dilupakan kerana jenis pekerjaan ini tidak mendapat sambutan dan tiada satu pu undang-undang yang melindungi jenis pekerjaan ini. Oleh itu para pekerja atau pihak majikan semakin melupakan sistem pekerjaan telekerja kerana ianya kurang diamalkan di malaysia, jika ada pun jumlah nya mungkin sedikat. Tidak dapat dinafikan pada zaman ini perkembangan teknologi semakin berkembang pesat, namun yang menjadi persoalan mengapa jenis pekerjaan telekerja ini samakin dilupakan walhal teknologi sekarang semakin canggih. Oleh itu pihak yang berkepentingan atau pihak pemerintah harus mencari jalan dalam mengembangkan kembali sistem pekerjaan ini dan sekaligus dapat mencorakkan lagi sistem pekerjaan yang ada di malaysia.

7.0 IMPLIKASI TELEKERJA KEPADA PERUNDANGAN BURUH DAN TINDAKBALAS KESATUAN SEKERJAMengikut Khoo Kay Jin, 1999 telekerja merupakan konsep yang baru dimana kesatuan sekerja mengambil berat tentang ahli-ahli mereka (pekerja telekerja) akan dilindungi dengan terma dan keadaan kerja yang dipersetujui oleh pihak majikan dan golongan pekerja. Tetapi terma ini tidak ditujukan kepada pekerja home based telewokers yang dikenali sebagai pekerja informal di bawah undang-undang buruh negara. Tambahan lagi di malaysia, pekerja telekerja tidak dilindungi oleh perundangan malaysia terutamanya di bawah akta hubungan industri @ akta pekerjaan 1955. Oleh itu, akta ini harus disemak semula bagi mendefinisikan pekerja telekerja sebagai tergolong dalam ketegori pekerja. Beberapa kesatuan sekerja seperti MTUC bimbang akan pengiktirafan pekerja ini untuk dimakukkan kedalam kesatuan. Di Sweden, terdapat undang-undang buruh yang menggalakkan pekerja telekerja boleh menjadi ahli kesatuan sekerja. Di samping isu ini, kesatuan sekerja telah menimbulkan masalah keadaan kerja dan terma kerja minimum yang sepatutnya dilindungi kepada pekerja telekerja. Sekiranya tiada minimum terma dan keadaan kerja maka eksploitasi terhadap pekerja jenis telekerja akan berlaku secara berleluasa di malaysia.8.0 MASA DEPAN TELEKERJAWalaupun halangan dan cabaran yang perlu dihadapi, telekerja tetap dilihat akan menjadi satu amalan bekerja yang popular pada masa akan datang. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh perkembangan teknologi telekomunikasi dan multimedia yang memungkinkan komuikasi berlaku antara kawasan yang terpencil dengan pejabat utama. Pasukan projek contohnya, boleh berhubung sesama sendiri tanpa perlu bersemuka dengan menggunakan e-mel, e-papan kenyataan dan sistem penjadualan, berkongsi sistem fail elektronik, mesin faks dan pelbagai borang dalam bentuk elektronik (New Straits Tiines - Management Times, 2000). Bukan sahaja teknologi mudah diperolehi tetapi harga komputer peribadi juga sudah semakin murah dan mampu dimiliki oleh setiap orang. Di Malaysia contohnya, kerajaan menggalakkan satu rumah satu komputer dengan memberi kemudahan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) orang ramai bagi membiayai pembelian komputer.

Berdasarkan kepada sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh kerajaan, adalah tidak mustahil pelaksanaa telekerja akan diterima di negara ini. Ini dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Antara beberapa rancangan yang digariskan termasuklah memperuntukkan sebanyak RM4.708 bilion untuk meningkatkan pembangunan sains dan teknologi, prasarana ICT akan terus dibangun dan diperluas ke kawasan luar bandar manakala Akta Pekerjaan 1955 juga akan dipinda bagi memasukkan peraturan kerja yang baru dan anjal seperti telekerja, kerja sepanih masa dan perkongsian kerja (Berita Harian, 24/4/2001).

Selain daripada itu, telekerja juga dilihat mempunyai potensi dari segi memberi faedah kepada ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, kos pembinaan jalan raya, penjagaan kesihatan dan perubatan, pembinaan pejabat dan penempatan boleh dikurangkan. Menurut laporan kajian dalam London Times, pembesaran satu lebuhraya bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dijangkaakan menelan belanja sebanyak 1,450 juta pound sterling pada tahun 2007 nanti manakala kos bagi pembinaan pusat telekerja hanya menelan kos sebanyak 450 juta pound sterling iaitu penjimatan sebanyak 1 juta pound sterling (Telework benefits all,1997). Dari segi sosial pula, ia boleh membantu mengurangkan gejala gangguan seksual di tempat kerja, membantu pasangan dwi-kerjaya menguruskan keluarga dan membuka peluang pekerjaan yang lebih kepada golongan kurang upaya, warga tua, ibu tunggal dan mereka yang terpaksa menjaga kaum keluarga.Namun dapat dilihat dalam konteks dunia pekerjaan sekarang khususnya tahun 2014 pekerjaan telekerja semakin dilupakan. Hal ini kerana pemerkasaan sistem pekerjaan telekerja tidak diberi perhatian, ianya hangat diperbincangkan sekitar tahun 2000 dimana kerajaan telah memsukkan ianya dalam rancangan malaysia ke-8. Jika dilihat jurang masa diantara tahun 2000 hinggah tahun 2014 terdapat kekurangan dalam memperkasakan sistem pekerjaan telekerja, kerana pekerjaan ini kebiasaannya digunakan bagi pekerja yang mahir dalam menganalisis sesuatu data atau mengiriman sesuatu maklumat kepada syarikat. Dalam hal ini melihat konteks ekonomi malaysia yang berasaskan pembuatan syarikat atau organisasi lebih kerap menggunakan pekerja yang bekerja di dalam organisasi berbanding pekerja yang bekerja di luar organisasi. Penggunaan pekerja yang bekerja di dalam organisasi lebih menguntungkan dan mampu memberi imput kepada syarikat kerana pekerja akan menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan secara langsung berbanding dengan pekerja telekerja.Oleh itu, sistem pekerjaan telekerja diharapkan mampu bersaing dengan sistem pekerjaan yang ada pada masa sekarang khususnya pada tahun 2014 dan mampu memberi kelebihan kepada organisasi agar penerimaan sistem pekerjaan telekerja dapat diguna pakai dalam sistem pekerjaan sekarang. Pihak pemerintah juga perlu menggubal dasar dan undang-undang khususnya pegi pekerjaan ini agar mereka dapat dilindungi daripada dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar kesejahteraan dan hubungan dapat diantara pekerja telekerja dan pihak majikan mendapat menfaatnya.

9.0 KESIMPULAN Walaupun pelaksanaan telekerja mendapat reaksi yang berbeza dari individu, organisasi dan masyarakat, namun ia dijangka akan menggantikan bentuk kerja konvensional yang sedia ada. Perkembangan teknologi yang menjadi pemangkin bentuk alternatif ini, faedah- faedah yang boleh dinikmati daripada pelaksanaannya mula mendapat minat ramai pihak. Apatah lagi, telekerja mampu meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pejabat, menarik dan mengekalkan pekerja yang terbaik, menggalakkan budaya husahawan dan mengajar pekerja menggunakan teknologi dengan berkesan. Kesadaran tentang telekerja harus dilakukan secara besar-besaran agar semua pihak boleh mengatahui kepentingan dan kebaikan penggunaan telekerja di tempat kerja. Pihak syarikat telekomunikasi seperti Telkom, Maxis, Celcom dan Digi sewejarnya meluaskan perkhidmatan mereka ke kawasan luar bandar dan terpencil. Dengan ini semua, orang boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dalam usaha meluaskan konsep telekerja di kawasan luar bandar. Konsep ini boleh diperluaskan melalui iklan dalam media massa elektronik dan cetak. Tambahan pula, pihak kementrian sumber manusia harus memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan konsep ini melalui bengkel telekerja yang diadakan di seluruh negeri di malaysia. Dalam menempuh abad ke-21 telekerja akan menjadi satu tren yang baru dalam dunia pengurusan sumber manusia pada masa kini.

RUJUKAN Aminuddin,M. 1999. Malaysian Industrial Relations and Employment Law, 3 Ed, Petaling Jaya: McGraw-Hill.Balakrishnan Parasuraman. 2000. Konsep Fleksibiliti dan Telekerja: Implikasi KepadaPengurusan Sumber Manusia. Kertas Kerja (Kuala Lumpur, 10-11 mei).Budaya Telekerja. (6 Julai 1999) Utusan Malaysia.

Siti Zubaidah Othman. 2000. Telekerja: Satu Amalan Kerja Alternatif Masa Kini.