prof rahman

45
PENDAHULUAN Sekiranya ditanya mengenai peristiwa 13 Mei 1969 pastinya ramai pihak mengatakan isu itu sangat sensitif untuk dibahaskan secara umum atas alasan berbau perkauman. Buku rasmi mengenai peristiwa ini telah diterbitkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. 1 Walaupun isu 13 Mei 1969 dikatakan isu sensitif , tetapi ianya tidak wajar ditutup daripada dibahaskan secara terbuka. Pada ketika itu tampok pemerintahan Malaysia berada ditangan Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Malaysia pada ketika itu sedang berhadapan dengan masalah perkauman yang sangat rumit dan sensitif. Setiap individu pastinya mempunyai cara dan pendapat yang berbeza dalam menilai mengenai punca dan siapakah yang bertanggungjawab mengakibatkan berlakunya peristiwa 13 Mei tersebut. Hal ini kerana, semua pandangan yang diutarakan biasanya bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan juga 1 Dikatakan bahawa Tunku Abdul Rahman membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 16 Mei 1969 dengan jumlah ahli seramai sepuluh orang yang bertujuan untuk menyelesaikan keadaan huru-hara ketika itu.

Upload: nanie-iftitah

Post on 05-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prof Rahman

PENDAHULUAN

Sekiranya ditanya mengenai peristiwa 13 Mei 1969 pastinya ramai pihak

mengatakan isu itu sangat sensitif untuk dibahaskan secara umum atas alasan berbau

perkauman. Buku rasmi mengenai peristiwa ini telah diterbitkan oleh Majlis Gerakan

Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.1 Walaupun isu 13

Mei 1969 dikatakan isu sensitif , tetapi ianya tidak wajar ditutup daripada dibahaskan

secara terbuka. Pada ketika itu tampok pemerintahan Malaysia berada ditangan Tunku

Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Malaysia pada ketika itu sedang berhadapan dengan masalah perkauman yang

sangat rumit dan sensitif. Setiap individu pastinya mempunyai cara dan pendapat yang

berbeza dalam menilai mengenai punca dan siapakah yang bertanggungjawab

mengakibatkan berlakunya peristiwa 13 Mei tersebut. Hal ini kerana, semua pandangan

yang diutarakan biasanya bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan juga

disebabkan oleh kepentingan peribadi individu tersebut. Tugasan pada kali ini cuba untuk

merungkai apakah punca dan siapakah yang bertanggungjawab terjadinya peristiwa 13

Mei 1969 ini?

ISI-ISI

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mengenai punca dan siapakah

yang sebenarnya bertanggungjawab mengakibatkan berlakunya peristiwa berdarah ini

adalah lebih elok kita melihat keadaan serta merta dan jangka panjang mengikut versi

kerajaan yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Keadaan serta merta terjadinya

1 Dikatakan bahawa Tunku Abdul Rahman membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 16 Mei 1969 dengan jumlah ahli seramai sepuluh orang yang bertujuan untuk menyelesaikan keadaan huru-hara ketika itu.

Page 2: Prof Rahman

peristiwa 13 Mei ini mengikut versi kerajaan berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya

10 Mei 19692 diketahui umum yang menyaksikan parti perikatan telah mendapat majoriti

undi yang kurang. walaupun undi yang diperolehi oleh mereka cukup bagi menubuhkan

kerajaan dan tanpa perwakilan dari MCA.3

Penyiasat rasmi peristiwa 13 Mei mendapati bahawa kempen pilihanraya 1969

yang berjalan selama tujuh minggu adalah terlalu lama dan kebebasan bercakap terlalu

bebas. Dengan kata lain emosi dan sentiment perkauman telah disuarakan dengan begitu

lantang.4 Bermula pada 11 Mei iaitu daripada tindakan parti DAP yang mengadakan

perarakan kemenangan tanpa permit daripada kerajaan. Dalam perarakan tersebut mereka

mengeluarkan kata-kata kesat seperti “Mati Melayu”5 dan sebagai tindak balasnya orang

Melayu mengadakan perarakan meraikan kemenengan Dato Harun dari parti perikatan.

Selepas daripada tindakan tersebutlah berlakunya rusuhan antara orang Melayu dan

bukan Melayu yang menyaksikan mereka berbunuh-bunuhan sesama mereka.

Dalam versi kerajaan mengenai faktor jangka panjang terjadi peristiwa 13 Mei

adalah disebabkan oleh dasar yang diamalkan oleh British iaitu Dasar Pecah dan Perintah

semasa zaman pemerintahan mereka. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam bidang

ekonomi, pendidikan mahupun sosial. Hal ini sekaligus menyebabkan wujud jurang yang

besar antara masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Misalnya dalam bidang

ekonomi masyarakat Melayu tidak berpuas hati mengenai ketidakseimbangan ekonomi

2 Perikatan telah hilang majority dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Dalam pilihanraya tersebut Pulau Pinang telah jatuh ketangan Parti Gerakan dan Kelantan pula jatuh ke tangan PAS dan di Perak dan Selangor Perikatan juga gagal memenangi kerusi majoriti. 3 Yusof Harun, Tunku: Idealisme dalam Kenangan, Pulau Pinang: Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, 1991, hlm. 251. 4 Noor Azam, Persepsif 1969-1979, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 108.5 Ada pihak yang mengatakan bahawa “mati Melayu” yang dimasukkan mereka ditujukan kepada UMNO.

Page 3: Prof Rahman

yang telah lama wujud sejak zaman British masih berlaku walaupun Negara sudah

merdeka.

“Orang Melayu tidak puas hati dengan nasib mereka kerana orang Cina lebih kaya di Bandar. Orang Melayu hanya hidup miskin dalam negeri yang kaya.”6

Begitu juga dasar pecah dan perintah dalam bidang pendidikan yang di bawa

Bristish iaitu mengunakan empat aliran pendidikan seperti sekolah Melayu, Cina Tamil

dan Inggeris yang berbeza sukatan pelajaran. Ketidaksepakatan ini sampai ke

kemuncaknya iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Perkara ini dikatakan telah menyedarkan

semua pihak betapa jurang perbezaan sosial ekonomi merupakan asas dalam

permasalahan ini.7

“Sebelum peristiwa 13 Mei kita seolah-olah ketiadaan satu tenaga pengikat untuk menyatupadukan rakyat ( malah inilah yang menyebabkan kejadian itu)”8

Ancaman dari pihak komunis juga mengikut versi kerajaan (jangka panjang)

merupakan salah satu sebab berlakunya peristiwa tersebut. Mengikut Tunku Abdul

Rahman pihak komunis memang sejak awal lagi berusaha untuk mengacau-bilaukan

keamanan Negara. Mereka dikatakan gemar menggunakan isu–isu sensitif untuk

menimbulkan suasana yang tegang.9 Pengaruh Komunis ini juga dikatakan bergerak

6 Chee Hock Thye, Masalah Perpaduan Nasional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 34.7 Malik Munip, Tuntutan Melayu, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1981, hlm. 53.8 Ghazali Hamzah, Malaysia: Nilai Politik dan Budaya, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 180.9 Menurut Tunku peristiwa 13 Mei secara akarnya disebabkan oleh cetusan pemuda-pemuda Cina Komunis. Mereka ini dikatakan terlibat dengan perarakan mayat dan mengunakan cogan kata ‘Darah Bayar Darah’. Seterusnya menyumbang kepada tercetusnya kekacuan 13 Mei ekoran tindakan Parti Gerakan meraikan kemenangan mereka.

Page 4: Prof Rahman

dengan berselindung di dalam parti-parti tertentu bagi mendapatkan sokongan orang

Cina.

Boleh dikatakan bahawa selama ini tidak ramai pihak yang mahu menyangkal

versi rasmi kerajaan iaitu mengenai punca dan dalang peristiwa 13 Mei ini. Namun begitu

terdapat beberapa buah buku yang menyangkal bahawa berlakunya peristiwa 13 Mei ini

bukan disebabkan oleh perkara-perkara tersebut. Misalnya buku yang diterbitkan oleh Dr

Kua Kia Soong 10(13 Mei: Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969

Malaysia, SUARAM). Beliau mendakwa peristiwa 13 Mei tersebut berlaku kerana

wujudnya kapitalis Melayu yang diketuai oleh Tun Abdul Razak yang cuba menjatuhkan

Tunku Abdul Rahman menjadi punca dan dalang berlakunya peristiwa tersebut.

Penulisan tesis beliau dikatakan mengunakan catatan sulit yang diperolehi dari

pihak British (Pejabat Rekod Awam di London) berdasarkan risikan dan perhubungan

mereka dengan pegawai dan ahli politikn tempatan.11 Buku tersebut telah disangkal

kerana ianya berbau pro barat yang dikatakan tidak menyenangi sekiranya Tun Abdul

Razak menjadi Perdana Menteri yang dianggap seorang nasionalis.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa jarang kita terbaca dan mendengar

perbincangan mengenai 13 Mei 1969 disebabkan oleh kelemahan pemerintahan itu

sendiri. Pihak Kerajaan dan Tunku Abdul Rahman berpegang teguh dengan kenyataan

bahawa pihak komunis, kongsi gelap Cina, British dan pihak pembangkanglah yang

bertanggungjawab dalam mengwujudkan perselisihan kaum ini terjadi.

Adakah apa yang dikatakan oleh kerajaan itu benar ataupun sebaliknya?

Mungkinkah pihak kerajaan menggunakan alasan tersebut sebagai alasan untuk menutup

10 Dr Kua Kia Soong pernah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa “Operasi Lalang” pada 1987. Beliau ditahan selama 445 hari tanpa perbicaraan. 11 Lee Ban Chen

Page 5: Prof Rahman

kelalaian mereka selama ini? Jadi untuk mengetahui keadaan yang sebenar kita perlu

merungkai sejarah dari awal-awal lagi iaitu sejarah kemasukkan pendatang Cina dan

India. Bagaimana mereka yang dahulunya pendatang akhirnya mendapat hak berpolitik di

tanah air kita? Dengan kata lain bagaimana proses ini berlaku dan siapakah yang

bertanggungjawab?

Kedatangan imigran Cina dan India di Tanah Melayu

Semasa era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi dapat disaksikan

kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu yang bertujuan untuk perdagangan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada dalam kalangan pedagang Cina dan India

yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus menetap di Tanah Melayu. Namun

perlu diketahui bahawa mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan ini telah

duduk dalam kalangan masyarakat Melayu dan mengamalkan adat-adat orang Melayu

(berlakunya proses kemelayuan). Pada ketika itu kedatangan mereka disambut baik oleh

masyarakat tempatan.12

Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu dan berlakunya pemerintahan secara

tidak langsung di Tanah Melayu telah menyaksikan kedatangan kemasukkan buruh-buruh

asing secara besar-besaran khususnya dari China dan India. Hal ini berlaku disebabkan

berlakunya pertumbuhan ekonomi kerajaan kolonial di Tanah Melayu telah mendesak

keperluan tenaga buruh yang lebih ramai terutama dalam sektor perladangan dan

perlombongan.13

12 13

Page 6: Prof Rahman

Pada mulanya buruh-buruh Cina dan India ini tidak tinggal menetap di Tanah

Melayu mereka akan pulang ke tanah air mereka setelah habis kontrak. Misalnya buruh

India yang tinggal die stet-estet hanya berada di Tanah Melayu dalam temph dua hingga

tiga tahun sahaja.14 Namun menjelang tahun 1920an, terdapat perubahan dalam sifat-sifat

imigran ini terutama buruh-buruh Cina. Mereka menjadi lebih sedar tentang perubahan,

bercorak keluarga, lebih menetap, mudah bergerak dan lebih tersusun serta bebas.

Dikatakan bahawa kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menyebabkan

tertubuhnya persatuan-persatuan suku kaum dan juga pertubuhan kongsi gelap.15

Ditambah pula, di Negeri-Negeri Selat, penduduk Cina merupakan kumpulan

majoriti dan terdapat persatuan yang menguruskan kepentingan orang Cina. Pada 17

Ogos 1900 ditubuhkan Persatuan Cina Selat British (SCBA) di Singapura diikuti dengan

penubuhan cawangannya di Melaka dan Pulau Pinang. Ahli-ahlinya terdiri daripada

orang Cina yang mengaku rakyat British. Terdapat juga penerbitan-penerbitan yang

mengerakkan pemikiran masyarakat Cina Selat seperti Straits Chinese Herald, Straits

Chinese Magazine, Bintang Timur dan banyak lagi. Penerbitannya bertujuan untuk

mencapai dua matlamat iaitu usaha mengekalkan kebudayaan Cina dan mengekalkan

identity Baba peranakkan.16

Undang-Undang Kerakyatan (KMT) tahun 1929 yang mengangap orang Cina

yang tinggal di Tanah Melayu iaitu samaada yang telah lahir atau tidak adalah rakyat

China. Perkara ini telah menambahkan lagi syakwasangka orang-orang Melayu terhadap

orang-orang Cina dalam kalangan mereka, terutamanya tindakan pemimpin-pemimpin

Cina yang mula meminta hak berpolitik dan suara yang lebih dalam pentadbiran Negara. 14 Emerson, R, Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 39.15 Nik Hassan Nik Mahmood, Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu, Pernerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor, 1997, hlm. 166.16 Mohammad Isa Othman, Sejarah Malaysia

Page 7: Prof Rahman

Disini kita perlu faham bahawa ada dua kelompok orang Cina di Tanah Melayu iaitu

orang Cina yang duduk dalam kalangan orang Melayu dan orang Cina yang duduk dalam

kelompok mereka.

Golongan orang Cina yang duduk dalam kelompok orang Melayulah yang mula

meminta hak berpolitik dan suara dalam pentadbiran seperti Tan Cheng Lock yang

berketurunan Baba Melaka dan dilahirkan di Tanah Melayu iaitu di Melaka pada 1833.17

Tan Cheng Lock merupakan seorang yang fasih berbahasa Melayu dan dikatakan bahawa

beliau sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa ibundanya. Golongan seperti Tan Cheng

Lock inilah yang mula mengangap bahawa Tanah Melayu adalah Negara mereka sendiri

dan tidak berhasrat untuk kembali ke negeri China lagi Manakala kelompok yang kedua

ialah golongan yang duduk dalam kelompok mereka sendiri tidak pula meminta hak

tersebut mereka hanya mementingkan soal ekonomi sahaja untuk di bawa pulang ke

Negara China.18

Dikatakan bahawa kemelesetan Ekonomi Dunia dari tahun 1929 hingga 1932

telah mendatangkan kesan yang teruk kepada orang Cina dan India berbanding dengan

orang Melayu. Hal ini kerana orang Melayu tidak terlibat dalam industri moden seperti

perusahan bijih timah dan getah. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu

ketinggalan dalam bidang ekonomi di Negara sendiri. Dengan kata lain bidang ekonomi

di Tanah Melayu di monopoli oleh imigran Cina dan India. Ramai dalam kalangan

mereka diberhentikan kerja dan di hantar puylang kenegara sendiri.19

17 Mohd Isa Othman18 Leon Comber19 Dalam tempoh kemelesetan ekonomi Dunia ketika itu kemasukkan orang-orang Cina semakin berkurang misalnya pada tahun 1932 sebanyak 282 779 orang Cina telah meninggalkan Tanah Melayu berbanding dengan sebanyak 32 925 orang Cina yang dating di Tanah Melayu pada ketika itu.

Page 8: Prof Rahman

Namun setelah ekonomi di Tanah Melayu pulih dapat disaksikan peningkatan

kedatangan imingran Cina dan India ekoran daripada kekurangan tenaga kerja di Tanah

Melayu. Dikatakan bahawa ekoran daripada masalah kekurangan pekerja ini meyebabkan

mereka telah berani menuntut hak-hak mereka seperti kenaikkan gaji, waktu kerja yang

lebih singkat, penghapusan system kontrak, sagu hati kemalangan, tempat tinggal dab

hak-hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja.

Dikatakan bahawa ekoran daripada tuntutan-tuntutan buruh oleh majikan tidak

diendahkan maka pada tahun 193720 dan 1941 telah berlakunya mogok-mogok dalam

kalangan imigran Cina dan India. Mengikut Clark Kerr (1961), menyatakan bahawa

mogok ialah:

“….. conflict will employer will also take the form of peaceful bargaining and grievance handling, of political action, of restriction, of sabotage, of absenteeismor of personal turnover….. Eventhe strikes itself is of many varieties, it may take the form of refusal to work overtimeor to perform a certain process….”21

Perubahan yang berlaku kepada keadaan ekonomi, system pendidikan, kominikasi

dan sturktur perburuhan pada tahun 30-an menjadikan mereka lebih peka mengenai

persekitaran sosio-ekonomi dan perhubungan pekerja dengan majikan. Hakikatnya

mogok ini berlaku kerana gaji, system kontrak dan keadaan kerja mereka. Lebih-lebih

lagi keadaan sara diri yang semakin meningkat tetapi upah gaji hanya di tahap yang sama

walaupun keuntungan syarikat meningkat. Hal ini dapat dilihat dalam petikan dibawah:

20 Pada 8 Mac 1937 menandakan tarikh berlakunya mogok dalam kalangan imigran Cina. Dikatakan bahawa mogok ini berlaku setelah pengurus estet Connemara dan Sungai Rinding menolak untuk berbincang mengenai kenaikkan kadar upah. Pada masa yang sama juga iaitu pada 8 Mac pekerja-pekerja di Ladang estet juga berhenti kerja setelah mendapat berita mengenai mogok di Ulu Langat. Setererusnya mogok-mogok ini telah merebak di estet-estet dan daerah lain.21 Kamaruddin M. Said, Mogok dan konflik perindustrian di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 2.

Page 9: Prof Rahman

“ ….. we do not want to cease work but what else can we do if managers persistenly refuse to discuss the question and dismiss our request with a wave of the hand?..... if we allowed to organize ourselves as Europen planters…., we would then be position to disscuss the whole question thoroughly and probably receive better treatment.”22

Akibatnya kedudukan ekonomi orang Melayu semakin tergugat dengan

kedatangan imigran Cina dan India yang dibawa masuk oleh British. Imigran Cina

dikatakan telah berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka melalui perusahaan

timah dengan mengunakan teknologi yang mereka warisi. Ditambah pula dengan

masaalah buruh yang ramai dapat diatur dengan berkesan oleh kongsi-kongsi gelap yang

bertindak mengawasi buruh-buruh ini. Perkara ini telah memberi pukulan yang hebat

kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi.23

Persoalannya sekarang bagaimanakah golongan Cina dalam kelompok kedua ini

yang dahulunya hanya mementingkan dalam bidang ekonomi akhirnya bersama-sama

dengan kelompok Tan Cheng Lock dalam menuntut hak-hak berpolitik di Tanah Melayu?

Persoalan ini akan dikupas dalam perbincangan seterusnya iaitu sub- topik kemerdekaan

dan bangsa politik baru.

Bibit –bibit kesedaran kebangsaan se-Tanah Melayu

Ekoran kedaaan yang semakin membimbangkan mengenai nasib masyarakat

Melayu sebagai masyarakat pribumi, maka sejak sekitar pertengahan kurun ke-19

mencetuskan semula perasaan politik bersama. Dengan kata lain telah munculnya bibit-

bibit kesedaran dalam Masyarakat Melayu mengenai kemunduran mereka di Tanah air

22 Lan Yuan, Labour Unrest in Malaya, 1934-1941, hlm 141.23 Dr Zainal Kling (penyunting), Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1977, hlm. 135.

Page 10: Prof Rahman

mereka sendiri yang dibawa oleh akhbar dan majalah ketika itu. Kalau sebelum

kedatangan British negeri-negeri di Tanah Melayu dikenali sebagai sebuah Negara.

Misalnya Negara Kedah, Johor, Melaka dan sebaginya. Namun perasaan politik inilah

yang telah menyedarkan masyarakat Melayu merentasi sempadan Negara yang sedia ada.

Antara Akbar dan majalah yang memainkan peranan penting pada ketika itu

dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan se-Tanah Melayu ialah Utusan Melayu,, Al

Iman ( 1906 ), Neraca, pengasuh (1918), Al- Ikhwan ( 1926 ), Edaran Zaman ( 1925 ) dan

Suara ( 1928 ). Misalnya Akhbar al- Iman ini menyentuh mengenai penjajahan oleh orang

asing dan ancaman dari kaum pendatang. Al–Iman juga mengkritik dan membidas raja

dan pembesar yang dikatakan hidup selesa di bawah naungan British, namun tidak

berusaha membangunkan masyarakat Melayu dari belenggu kejahilan yang menjadi

penyebab kemerosotan mereka.24

Seruan supaya orang Melayu bermaufakat berhimpun dan bersekutu agar mampu

menghadapi segala cabaran sering ternukil dalam ruang akbar Melayu pada waktu itu.

Misalnya seorang Melayu yang bernama Hasyim, mencadangkan pada awal 1911 supaya

diadakan satu perjumpaan Melayu di suatu tempat atau di Bandar yang menemukan wakil

dari seluruh Alam Melayu untuk membincangkan cara memajukan orang Melayu.25

Penulisan yang disampaikan melalui akhbar dan majalah tersebut umumnya

memperlihatkan semangat kesatuan yang tinggi golongan terpelajar Melayu pada awal

kurun ke-20. Mereka sedar agar digembelengkan tenaga berasaskan ilmu demi

24 Abdul Rahman Haji Ismail25

Page 11: Prof Rahman

menghadapi zaman yang mencabar ketika itu.26 Dengan terbitnya akhbar dan majalah

tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan

masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah

mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan

bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Satu perkara yang mengelirukan mengenai penulisan sejarah Tanah Melayu yang

sering mengatakan bahawa bibit-bibit semangat kebangsaan se-Tanah Melayu hanya

wujud semasa penentangan Malayan Union 1946 oleh masyarakat Melayu dibawah

UMNO.27 Alasan yang diberikan oleh mereka ialah pada ketika itu orang Melayu di

Tanah Melayu dipisahkan oleh semangat kenegerian dan kesetian kepada negeri dan raja-

raja masing-masing. UMNOlah yang telah memecahkan tembok kenegerian yang

menghalang kepada semangat kebangsaan se-Tanah Melayu. Namun perkara ini akan

ditinggalkan dan akan dibincangkan kemudiannya dalam sub-topik penentangan Malayan

Union oleh Masyarakat Melayu.

Penubuhan Pertubuhan Melayu se-Tanah Melayu

Pemikiran mengenai kesedaran nasib orang Melayu inilah telah mengerakkan

kegiatan yang akhirnya melahirkan pertubuhan Melayu se-Tanah Melayu. Perkara ini

dapat dilihat dengan lahirnya pertubuhan seperti PASPAM iaitu Persaudaraan Sahabat

Pena dan Kesatuan Melayu Muda. Pertubuhan PASPAM ini bermula di Pulau Pinang

pada 1934. Tujuan penubuhan PASPAM adalah untuk menyatupadukan semua orang

26 Abdul Rahman Haji Ismail, etc, Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia,27

Page 12: Prof Rahman

Melayu samaada di Tanah Melayu mahupun orang Melayu di luar semenanjung seperti

Borneo, Sumatera dan Sri Lanka melalui penulisan.

Sering kita dengar bahawa sebelum peristiwa Malayan Union tidak pernah ada

sebarang persidangan Melayu atau dikenali juga sebagai kongres Melayu. Namun hakikat

sebelum peristiwa Malayan Union telahpun berlaku beberapa kali persidangan Melayu.

Buktinya PASPAM telah mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu

sekurang-kurangnya enam kali di negeri yang berbeza dari tahun tahun 1934 hingga

1939.28 Pertubuhan PASPAM ini tidak berani terang-terangan membincangkan mengenai

soal politik Melayu kerana pertubuhan ini sentiasa di bawah pemerhatian pihak British.

Memang sejak dari awal lagi pihak British mengambil sikap tegas mengenai

sebarang pertubuhan dalam kalangan orang Melayu yang bertujuan politik. Hal ini

bertujuan mengelakkan sebarang penentangan dari orang Melayu. Jadi tidak hairanlah

sekiranya tiada pertubuhan Melayu pada ketika itu yang terang-terangan memberitahu

tujuan penubuhan mereka bersifat politik misalnya pertubuhan Kesatuan Melayu Muda

(KMM). Hal ini dapat dilihat maksud sebenar KMM itu sendiri iaitu Kesatuan Melayu

Merdeka bukannya Kesatuan Melayu Muda29 seperti yang tertulis sewaktu

pendaftarannya. Mereka terpaksa menukar maksud sebenar KMM kerana kuatir

penubuhannya tidak dibenarkan oleh British.

KMM ini ditubuhkan pada tahun 1937 yang berpusat di Kuala Lumpur.

Sebenarnya tujuan utama kesatuan ini ditubuhkan adalah untuk menuntut kemerdekaan

dan kemudiannya bersatu dengan Indonesia. Prinsip utama KMM adalah mengamalkan

dasar tidak berkerjasama dengan British. Pemimpin KMM menganggap bahawa

28 29 Insan Sony Mustapha, Memoir Mustapha Hussein: Kebangkitan Nasionalisme Sebelum UMNO, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm, 263.

Page 13: Prof Rahman

golongan bangsawan merupakan tali barut penjajah disebabkan sikap golongan ini yang

pro British.30 Dikatakan KMM ini cuba untuk membebaskan Tanah Melayu melalui

kerjasamanya dengan pihak Jepun sehingga digelar sebagai tali barut Jepun walaupun

hakikatnya tidak. Buktinya dapat dilihat dalam penjelasan yang diberikan oleh bekas

perjuang KMM yang berbunyi:

“ Kami berjuang untuk menebus kedaulatan Melayu yang sudah lama hilang. Kami mahu hidup dalam sebuah negara yang merdeka. Kami anti British, tetapi tiada kekuatan untuk melawannya. Kami dadapati bahawa Jepun mahu berkerjasama dalam memperjuangkan Tanah Melayu. Sausana yang mendesak menuntut keputusan yang mendesak. Kami tidak ada pilihan. Tetapi kami membuat pakatan ini dengan mata yang celik”31

Pada tahun 1940 iaitu menjelang Perang Dunia Kedua kegiatan KMM yang

berkerjasama dengan Jepun telah dapat dihidu oleh Pihak British yang akhirnya

membawa penangkapan pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Ibrahim Yaakob,

Ishak Haji Mohammad, Ahmad Boestaman, Sutan Djenain dan lain-lain.32 Mereka telah

di tahan British mengikut Peraturan Pertahanan dalam masa perang. Namun setelah

kedatangan Jepun golongan ini telah dibebaskan oleh Jepun.33 Dikatakan ekoran daripada

keenganan Jepun untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang

dijanjikan oleh mereka menyebabkan KMM bertindak daripada menyokong kepeda

menentang Jepun.

Buktinya KMM ini telah menubuhkan Barisan Pemuda Kesatuan Melayu Muda

(BP-KMM) secara sulit yang berperanan menentang Jepun. Akhirnya ekoran aktiviti

30 Mohd Salleh Lamry, Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman The Dalam Kancah Kmerdekaan, Petaling Jaya, 2006, hlm, 39.31 Mohd Salleh Daud, Memoir Seorang Komunis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm, 27.32 Kamarudin Jaafar, Burhanuddin Al-Helmy: Pemikiran dan Perjuangan, IKDAS Snd Bhd, Kuala Lumpur, hlm, 5. 33 Leon Comber, hlm, 33.

Page 14: Prof Rahman

yang dilakukan oleh KMM ini diketahui oleh Jepun dan sepertimana yang dilakukan oleh

British, pihak Jepun juga mengambil tindakan dengan mengharamkan KMM dan

menangkap pemimpin barisan KMM. Seterusnya pihak Jepun mengambil langkah untuk

meraih kembali kepercayaan orang Melayu dengan membebaskan Ibrahim Yaakob.

Seterusnya pihak Jepun melantik beliau sebagai Leftenan-Kolonel untuk memerintah

tentera Melayu anjuran Jepun yang diberi nama ‘Pembela Tanah Air’ (PETA). PETA

ditubuhkan bertujuan melawan pihak yang menentang Jepun namun, malangnya

akhirnya PETA bertindak menentang Jepun .34

Bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu, Jepun juga bertindak

membenarkan penubuhan KRIS pada Julai 1945 yang ditubuhkan oleh beberapa

pemimpin KMM seperti Ibrahim Yaakob dan Dr Buhanuddin. KRIS ditubuhkan

bertujuan untuk menguruskan kemerdekaan Malaya sebagai sebahagian daripada

Indonesia Raya. Malangnya rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran

penyerahan Jepun. Perjuangan KMM ini diteruskan oleh PKMM iaitu Parti Kebangsaan

Melayu Malaya. PKMM35 ini merupakan parti Melayu pertama selepas Jepun menyerah

kalah pada pertengahan Ogos 1945.36 Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang

aktif dalam menentang pelaksanaan Malayan Union sebelum penubuhan UMNO lagi.

Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam sub Topik mengenai penentangan

Malayan Union.

Bibit-bibit kearah 13 Mei 1969

34 Leon Comber, hlm 33.35 PKMM ini ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak yang diasakan oleh Moktaruddin Lasso dan Ahmad Boestaman. Perjuangan PKMM dan KMM adalah sama iaitu ingin mencapai kemerdekaan sepenuhnya. ng dicetuskan oleh MPAJA menyenangkan lagi tugas British untuk memperkenalkan Malayan Union36 Ahmad Boestaman, Merintis Jalan Ke Puncak, Kuala Lumpur, Pustaka Kejora, 1972, hlm, 23.

Page 15: Prof Rahman

Pada pendapat saya bibit-bibit kearah peristiwa 13 Mei 1969 ini telah bermula

semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu iaitu telah bermula sejak awal 40-an. Hal ini

kerana semasa penjajahan Jepun masyarakat Cina telah di anak tirikan berbanding

dengan masyarakat Melayu yang dilayan jauh lebih baik. Perkara ini terjadi kerana pada

masa yang sama Jepun bertindak mahu menjajah China dan mendapat tentangan yang

hebat dari masyarakat Cina. Tambahan pula, tindakan masyarakat Cina Di Tanah Melayu

yang memberi bantuan dari segi kewangan kepada Negara China untuk menghadapi

tentangan dari Jepun menyebabkan masyarakat Cina di Tanah Melayu di anak tirikan

oleh pihak Jepun. Mereka ini dikatakan hidup dalam keadaan yang teruk dan sering

diseksa dan ditindas oleh pihak Jepun.

Dikatakan bahawa beribu-ribu orang Cina telah dibunnuh oleh pihak Jepun ketika

mereka menegakkan kuasa dalam masa beberapa hari pendudukan Jepun di Tanah

Melayu.37 Oleh sebab itu ramai dalam kalangan orang Cina yang masuk kegiatan gerila

yang dianjurkan oleh Malayan People Anti- Japanese Army (MPAJA). Bagi masyarakat

Melayu pendudukan Jepun di Tanah Melayu sedikit sebanyak memberikan kesan yang

positif walaupun terdapat banyak kesan yang negatif. Misalnya orang Melayu mendapat

latihan ketenteraan dan latihan pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman

dalam pentadbiran dan ketenteraan yang diperolehi semasa zaman pendudukan Jepun

telah menambahkan keyakinan rakyat dalam pergerakan politik selepas perang.38 Perkara

ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada kepimpinan tradisional dalam kalangan

rakyat merancang masa depan dan hala tuju Negara selepas perang Dunia kedua.39

37 Leon Comber, hlm, 3638 Abdul Rahman Haji Ismail, hlm 92,39 Hasilnya lahirlah pertubuhan politik seperti PKMM, Angkatan Pemuda Insaf, (API), Gerakan Pemuda Melayu (GERAM), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), Hizbul Muslimin dan sebagainya yang bermatlamatkan kemerdekaan sepenuhnya.

Page 16: Prof Rahman

Ekoran itu timbul angapan masyarakat cina yang mengatakan bahawa masyarakat

Melayu mendapat layanan yang jauh lebih baik berbanding dengan masyarakat Cina di

Tanah Melayu. Walaupun pada hakikatnya ramai juga masyarakat Melayu yang ditindas

dan dibunnuh semasa pendudukan Jepun. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan

perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu.

Buktinya dapat dilihat semasa Jepun menyerah kalah dan keluar dari Tanah Melayu,

MPAJA telah bermahajarela selama 14 hari sebelum kedatangan British semula di Tanah

Melayu. MPAJA bertindak membunnuh ramai orang Melayu yang disyaki terlibat dalam

menyokong pihak British. Akibatnya orang-orang Melayu bertindak balas dengan

menyerang kembali orang-orang Cina.

Perkara ini dapat dilihat, di kawasan pendalaman Negeri Sembilan yang

menyaksikan pembunuhan 40 orang Cina oleh orang Melayu. Sebagai balasannya pula,

orang Cina bertindak membunnuh orang Melayu di sepanjang Sungai Perak.40Ada

sesetengah pendapat para sarjana yang mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei ini tidaklah

seteruk berbanding dengan peristiwa semasa keganasan MPAJA di Tanah Melayu selama

14 hari. Keganasan yang dilakukan oleh MPAJA selama 14 hari ini sebenarnya memberi

peluang kepada pihak British untuk melaksanakan pemerintahan secara langsung

berbanding dengan sebelumnya iaitu pemerintahan secara tidak langsung di Tanah

Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union (MU)

Penentangan Malayan Union oleh Masyarakat Melayu

40 Leon Comber, hlm, 37

Page 17: Prof Rahman

Dikatakan bahwa pihak British mahu melaksanakan pemerintahan secara

langsung di Tanah Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union 194641 disamping

mahu memperolehi sokongan dari bukan Melayu. Malangnya kebanyakkan masyarakat

bukan Melayu pada ketika itu juga tidak bersetuju dengan pelaksanaa MU ini kerana

dikatakan melangar nilai-nilai demokrasi. Tambahan pula pada ketika itu, masyarakat

bukan Melayu tidak peduli hal-hal yang berlaku di Tanah Melayu mereka lebih

mengambil cakna hal-hal yang berlaku di Tanah Air mereka.

Malangnya bagi British kerana ekoran daripada peristiwa (MU) ini yang

menyaksikan perakuan Raja Melayu terhadap pelaksanaan MU telah menimbulkan rasa

tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu seluruh tanah Melayu. Dikatakan bahawa

rakyat bangun mengambil alih kepimpinan yang dikatakan tidak mampu kedaulatan

negara. Hal ini kerana Raja-Raja di Tanah Melayu sudah kehilangan kuasa, kedudukan.

Pemberian hak kewarganegaraan yang amat terbuka kepada bukan Melayu menyebabkan

org Melayu merasa cemas terhadap nasib bangsa mereka dan bangun menentang british

yang dianggap penyelamat seperti yang digembur-gemburkan semasa zaman sebelum

perang.

Sebenarnya sebelum ini memang terdapat rasa tidak puas hati golongan rakyat

terhadap golongan raja yang bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesannnya terhadap

rakyat asalkan kedudukan mereka terjamin. Misalnya dapat dilihat tertubuhnya Undang-

Undang Johor 1895 yang dengam jelas meletakkan kepentingan kedaulatan negara

melebihi kuasa Sultan. (Perkara 15 undang-undang itu melarang sesiapa sahaja termasuk

41 Pentadbiran Malayan Union diisytihatkan pada I April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara). Kuala Lumpur. Malayan Union dirancang semasa Tanah Melayu di bawah pendudukan Jepun. Malayan Union diketuai seorang Gabenor British. Gabenornya yang pertama ialah Sir Edward Gent. Pelaksanaan Malayan Union bertujuan untuk memerintah tanah Melayu secara langsung. Ekoran daripada keganasan MPAJA selepas Jepun kalah British yakin MU dapat dilaksanakan di Tanah Melayu.

Page 18: Prof Rahman

Raja drpd menyerahkan mana-mana bahagian jajahan takluk Johor kepada kuasa asing

Raja yang melanggar larangan ini dianggap berdosa dan pecah amanah dan tidak

diwajibkan rakyat negeri melanjutkan setia lagi kepadanya.42

Peristiwa ini meyebabkan rakyat bangun mengarahkan raja Melayu membatalkan

persetujuan mereka menentang MU. Bahkan ada sesetengah pembesar mengisytiharkan

penyingkiran Sultan mereka yang didapati bersalah kerana bersetuju dengan MU.

Buktinya Sultan Johor ketika itu iaitu Sultan Ibrahim43 telah telah disingkirkan sebagai

Sultan Johor44 kerana didapati melengar Undang-Undang Tubuh Negeri Johor sekaligus

mengesahkan ketidaksahihan perjanjian MU yang ditadatangani oleh Sultan Ibrahim.

Antara persatuan lain yang juga memainkan peranan dalam penentangan kepada

pelaksanaan Malayan Union sebelum UMNO ialah PKMM, Syarikat Bekerjasama Am

Saiburi (SABERKAS) di Kedah, Barisan Pemuda Sukarela Kelantan dan Kesatuan

Melayu Johor.45

PKMM pada mulanya bersetuju mengenai desas-desus kertas putih MU iaitu

mahu menyatukan seluruh tanah Melayu. PKMM mengangap dengan penyatuan Seluruh

tanah Melayu termaksud Singapura dapat mempercepatkan dan menyenangkan

penyerapan unsur-unsur nasionalisme yang dapat mempercepatkan proses

kemerdekaan.Pengurangan kuasa Sultan juga membolehkan menwujudkan pemerintahan

yang datangnya dari rakyat bagi kepentingan rakyat yang selama ini diabaikan oleh

golongan pemerintah.

42 Begitu juga bagi kerajaan Terengganu dalam Perkara Undang-Undang Tubuhnya 1911, yang menambah bahawa raja yang melanggar tegahan ini “ Haruslah diturunkan dia daripada takhta kerajaannya dan diangkat pula gantinya.”43 Sultan Ibrahim mengeluarkan penyataan bahawa “Bagaimana orang Melayu mahu merdeka kalau hendak buat Jarum pun tidak reti”. Dikatakan bahawa penasihat baginda pada ketika itu ialah Onn Jaafar. 44 Abdul Rahman Hj Ismail45

Page 19: Prof Rahman

Namun setelah PKMM mendapati bahawa Singapura telah diasingkan

pemerintahan berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain PKMM bangun

menentang MU. Malah menjadi penentang yang paling kuat menentang MU. Bukti

bahawa PKMM menentang MU dapat dilihat dalam penyataan di bawah yang dibuat

oleh Ishak Hj Muhammad:

“Keadaan yang sedemikian menyebabakan bangsa - bangsa asing bukan sahaja mendapat hak-hak yang sama dengan bangsa Melayu tetapi pada sesetengah perkara mereka mendapat hak yang lebih dari bangsa Melayu Oleh itu untuk menentang Rancangan Malayan Union perlulah orang – orang Melayu beriktiar serta berusaha dalam pergerakkan dan bersatu-padu dalam persatuan -persatuan kerana untuk mencapai sesuatu tujuan mestilah dengan cara dan jalan tertentu”46

Malah perlu diketahui bahawa dibawah pimpinan Dr Burhanuddin PKMM

bersama-sama badan Melayu yang lain telah menganjurkan penubuhan UMNO pada 11

Mei 1946 untuK menentang rancangan MU.47 Semasa perhimpunan kongres Melayu 1-4

Mac 1946 PKMM yang paling ramai menghantar wakil iaitu sebanyak 22 org berbanding

dengan Pergerakan yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar hanya 6 org.

Walaubagamanapun Onn Jaafar48 telah dipilih sebagai pengerusi kongres ekoran

kerana pengaruhnya. Daripada perhimpunan tersebutlah yang akhirnya wujudnya UMNO

bagi menentang MU.49 Akhirnya dapat disaksikan kemuncak kpd penentangan MU ialah

ketika Sultan bersama rakyat bersatu menentang MU dgn cara memulaukan Istiadat

perlantikan Gabenor MU pada 1 April 1946 sekaligus berjaya mengagalkan MU pada

46 Abu Latif Abu Bakar, Ishak Hj Muhammad, hlm, 136.47 Kamaruddin Jaafar, hlm, 6.48 Satu perkara yang memeranjatkan bahawa orang yang dipillih sebagai pengerusi kongres pada ketika itu adalah Onn Jaafar yang pada pringkat awalnya seolah-olah menyokong MU. Hal ini dikatakan kerana, semasa satu perhimpunan yang mahu mengantikan Sultan Ibrahim dengan penganti yang lain diadakan di Masjid Abu Bakar di Johor, Onn Jaafar bertindak menuduh golongan yang hadir tersebut sebagai pengkhianat. Sedangkan sebelum berlangsungnya masjlis tersebut beliau memberi persetujuan untuk menghadirinya dan menyuruh supaya majlis itu dilangsungkan. 49 Abdul Rahman Hj Ismail

Page 20: Prof Rahman

hari dirasmikan. Namun selepas itu wujud perbezaan asas mengenai matlamat akhir

selepas MU menyebabkan kewujudan jurang yang besar yang memisahkan dua aliran

politik orang Melayu iaitu arus atas iaitu UMNO mahu kembali kepada susur atur

sebelum perang iaitu berada dibawah British, manakala PKMM mahu menjayakan

sebuah revolusi iaitu menwujudkan susur atur politik baru selepas perang (tidak mahu

British di Tanah Air).50 Malayan Union 1946 akhirnya telah digantikan dengan

Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Penentangan masyarakat Melayu terhadap MU jelas menunjukkan bahawa

ketidakpuasan hati masyarakat Melayu terhadap golongan imigran yang tiba-tiba diberi

hak kewarganegaraan secara terbuka. Perkara ini seolah-olah mencabar masyarakat

Melayu sebagai pemilik tunggal Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi ekonomi masyarakat

imigran misalnya masyarakat Cina jauh lebih baik daripada masyarakat Melayu. Hal ini

sekaligus menambahkan lagi rasa ketidakpuasan hati masyarakat Melayu terhadap

masyarakat imigran. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sekiranya MU ini terus

dilaksanakan di Tanah Melayu akan berlakulah peristiwa rusuhan kaum. Perlu diingatkan

disini bahawa masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu boleh diklasifikasikan

kepada dua kelompok.

Kelompok yang pertama ialah golongan yang duduk dalam kalangan masyarakat

Melayu yang bergaul dengan masyarakat Melayu serta yang mengangap mereka adalah

rakyat tanah jajahan British (Tanah Melayu) misalnya Tan Cheng Lock yang

berketurunan baba dan nyonya (campuaran budaya Melayu dan Cina). Manakala

golongan yang kedua ialah golongan yang duduk dalam kelompok mereka yang hanya

mementingkan ekonomi semata-mata dan tidak berhasrat tinggal di Tanah Melayu (tiada

50

Page 21: Prof Rahman

campuran budaya) dengan masyarakat Melayu. Jadi perlu difahami dengan jelas

masyarakat dalam kelompok yang pertama tadi merupakan golongan yang mengalu-

alukan pembentukkan MU manakala golongan kedua sebaliknya. (Golongan yang tidak

menyokong mengangap bahawa MU ini melanggar hak-hak asasi demokrasi.)

Sekiranya perlaksanaan MU terus berlaku tidak mustahil akan berlaku rusuhan

kaum antara kelompok orang Cina yang pertama itu tadi dengan masyarakat Melayu.

Pembatalan MU ini sedikit sebanyak mengecewakan masyarakat Cina dalam kelompok

yang pertama sekaligus timbul rasa tidak puas hati kelompok tadi terhadap masyarakat

Melayu.

Kemerdekaan dan Bangsa Politik Baru Di Tanah Air

Dikatakan bahawa Darurat dilaksanakan dilaksanakan di Tanah Melayu ekoran

daripada perluasan komunis yang bertindak merusuh (pemberontakan bersenjata).

Ditambah pula pada ketika itu berlakunya permusuhan antara blok barat dan blok

komunis yang mendorong British mengistiharkan Darurat bagi mengahapuskan pengaruh

komunis51 yang dikhuatiri menyelosok masuk ke Tanah Melayu pada ketika itu. PKMM

dan Hizbul Muslimin diharamkan hanya semata-mata dikatakan mereka merupakan

golongan kiri yag dikatakan radikal dan mempunyai fahaman komunis yang membahaya

kepada Tanah Melayu. Benarkah pula mereka berideologi Komunis?

PKMM dan Hizbul Muslimin bukankalah sebuah parti politik yang beredologi

komunis. Sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh British adalah untuk menjadikan

UMNO sebagai satu-satunya parti politik yang paling terpengaruh kerana UMNO

merupakan parti politik yang menerima kehadiran British berbanding parti lain. Lebih-

51

Page 22: Prof Rahman

lebih lagi parti golongan kiri dikatakan mendapat sokongan yang hebat dari masyarakat

Melayu khususnya Hizbul Muslimin.52 Tambahan pula UMNO dikatakan mendapat

sokongan Raja-Raja Melayu (Hal ini kerana parti tersebut sering melibatkan raja

berbanding dengan parti aliran arus bawah dan tengah ).

Dengan pengharaman badan-badan kiri melalui darurat, maka lahirlah satu

kekosongan yang akhirnya diisi oleh UMNO yang merupakan satu-satunya badan yang

tinggal dan berjaya menguasai erena politik negara. Tambahan pula, British melihat

pengharaman parti golongan kiri ini akan membolehkannya untuk mencorakkan Tanah

Melayu ke arah merdeka mengikut acuannya sekaligus mengekalkan kepentingannya di

Tanah Melayu. Buktinya dapat dilihat dalam mencapai kemerdekaan, British memberi

syarat bahawa kemerdekaan akan diberikan sekiranya dituntut oleh tiga kaum terbesar di

tanah Melayu iaitu Melayu Cina dan India. Jadi British telah memperkenalkan sistem ahli

yang dikatakan bertujuan utk melatih penduduk tempatan dan kaum lain dalam menerajui

pentadbiran Tanah Melayu.

Namun CLC gagal ekoran Dato Onn Jaafar mahu membuka keahlian UMNO

terhadap kaum lain. Malangnya tindakan beliau dikecam hebat oleh orang Melayu yang

menyebabkan beliau keluar dari parti dan menubuhkan parti kemerdekaan Malaya (IMP)

52Ketika kekuatan parti-parti kiri sedang berada dimercunya, sebelum API diharamkan oleh Gavernor British, Sir Edward Gent pada 16 Julai 1947 itu, jumlah rakyat yang memihak kepadanya sudah melebihi 50 000 orang, iaitu jumlah yang amat digeruni oleh Inggeris. Pada suatu ketika PUTERA-AMCJA telah berjaya menganjurkan Hartal iaitu tindakan menutup perniagaan yang melumpuhkan semua kegiatan sepanjang hari. Pihaknya mula bimbang dengan peristiwa yang amat bersejarah ini, sebagai tanda rakyat menentang gagasan Inggeris secara aman. Ahmad Boestaman telah ditangkap dan didenda atas tuduhan menghasut yang terkandung di dalam buku Testaman Politik API di antara lain menulis ‘Merdeka dengan darah’. Pengistiharan Darurat telah berjaya membantutkan pergerakan parti berhaluan kiri ini. Hal ini kerana bukan hanya parti selain UMNO diharamkan tetapi ramai dalam kalangan pemimpin golongan kiri yang ditangkap tanpa dibicarakan di bawah Undang-Undang Darurat misalnya Said Zahari yang dipenjarakan selama 15 tahun dibawah perintah berkurung tanpa mengetahui kesalahnnya. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pelaksanaan Darurat sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan British dan UMNO.

Page 23: Prof Rahman

September 1951. Namun gagal mendapat sambutan dari kaum lain.53 Pada 1 Februari

1948, Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan bagi mengantikan Malayan Union.

Seterusnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dilaksanakan berasakan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sebenarnya kejayaan membatalkan MU

dengan mengantikan PTM bukanlah kemenangan mutlak tetapi kemenangan separuh

yang akhirnya diikuti dengan penghakisan hak dan kewibawaan orang Melayu di Tanah

Melayu.

Walaupun PTM tidak sama dengan MU namun sebahagian besar matlamat MU

Berjaya dilaksanakan oleh British sepertimana yang diakui oleh para pegawai British.

Misalnya syarat kewarganegaraan berjaya diperolehi dengan mudah walaupun dikatakan

sudah diperketatkan. Akhirnya kemerdekaan yang diberikan oleh British secara bersyarat

ini dipersetujui oleh kepimpinan berpolitik Melayu (UMNO). Kini penduduk yang

dulunya hanya imigran yang dibawa British bagi kepentingan ekonominya telah

mendapat hak yang sama dalam menentukan rupa bangsa dan budaya Tanah Melayu. Hal

ini sekaligus memulakan secara sah proses pengedilan kuasa politik dan budaya Melayu.

Pelaksanaan PTM dalam Perlembangan Persekutuan Melayu ini menyaksikan tolak ansur

golongan Melayu dengan bukan Melayu yang seterusnya menyebabkan wujudnya satu

pemisah yang besar diantara kaum samaada dalam bidang politik, pembangunan,

pelajaran dan kebudayaan serta dalam bidang ekonomi.

Hakikatnya pemisah-pemisah inilah yang akhirnya membawa kepada masalah

kaum di Negara ini. Selagi adanya pemisah ini rakyat di Negara ini tidak akan mencapai

perpaduan yang tulen. Tidak keterlaluan jika dikatakan garis pemisah-pemisah ini

53

Page 24: Prof Rahman

akhirnya menwujudkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu dan bukan

Melayu terutamanya orang Cina.

Peristiwa 13 Mei kesalahan di tangan siapa?

Dasar British dan kelemahan pemerintah merupakan satu jawapan bagi dua

persoalan yang sering diutarakan. Persoalan yang dimaksudkan disini ialah apakah punca

dan siapakah yang bertanggangjawab terhadap berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei

1969? Mengapa dikatakan sedemikian? Hal ini kerana dasar yang digunakan oleh British

bukanlah untuk kepentingan semua kaum di Negara ini tetapi hanya untuk kepentingan

mereka semata-mata. Sebenarnya British mahu mengwujudkan sebuah Negara di Tanah

Melayu yang berbilang kaum kerana mahu mengelakkan dari tanah Melayu merdeka atas

nama Negara Islam.

Kegagalan British mengkristian masyarakat Melayu berbanding kejayaan bangsa

eropah yang lain yang berjaya mengkristiankan masyarakat di Asia tenggara ini misalya

di Sepanyol di Filipina, telah menyebabkan British memikirkan satu cara untuk

mengelakkan Tanah Melayu merdeka atas nama Islam. British mahu Tanah Melayu

merdeka mengikut coraknya ekoran itu British melihat kewujudan masyarakat majmuk

dapat mengelakkan Tanah Melayu daripada merdeka atas nama Negara Islam. Ekoran

kerana kelemahan pemerintah pada masa itu dan sekarang iaitu UMNO iaitu golongan

arus atas yang mahu mengekalkan kuasa dan terus memegang tampok pemerintahan

menyebabkan mereka bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh British bagi

memperolehi kemerdekaa. Hakikatnya kemerdekaan Tanah Melayu pasti akan diperolehi

ekoran daripada piagam Atlantik yang mengalakkan memberikan kemerdekaan kepada

Page 25: Prof Rahman

Negara yang dijajah. Buktinya dapat dilhat dengan kemerdekaan Brunei diberikan tanpa

dikenakan dengan sebarang syarat.Malangnya dasar British ini dipersetujui oleh UMNO

yang pada ketika itu dibawah Tunku Abdul Rahman dan bermulalah wujudnya satu

pemisah yang besar antara kaum seperti yang di sebutkan sebelum ini.

Sebenarnya garis pemisah ini hanya dapat dipisahkan sekiranya jika pemerintah

mengenakan konsep kerakyatan yang mempunyai asas budaya yang kuat. Seharusnya

perlu ditetapkan bahawa penduduk imigran yang mahu memohon kerakyatan di Negara

ini perlulah fasih dan cekap berbahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa merupakan salah

satu alat perhubungan, bagi memulakan perhubungan yang baik antara masyarakat

Melayu dengan bukan Melayu kecekapan berbahasa Melayu oleh masyarakat bukan

Melayu perlu dititik beratkan. Hal ini kerana, sebaik sahaja seseorang imigran itu fasih

berbahasa Melayu dan mendapat kerakyatan maka dengan sendirinya tidak ada perbezaan

dengan saudara Melayu. Perkara yang terjadi adalah sebaliknya, pihak pemerintah

dengan sewenang-wenangnya memberikan hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu

bagi mengekalkan tampok pemerintahan mereka.

Garis pemisah ini terus dibiarkan dan diburukkan lagi dengan dasar-dasar British

yang diguna pakai dalam pentadbiran Negara. perkara ini berlaku kerana kerajaan pada

masa sebelum peristiwa 13 Mei 1969 lebih selesa dengan penggunaan kaedah

pentadbiran peninggalan penjajah. Lebih-lebih lagi mengenai pembangunan luar bandar

bagi memajukan. Oleh sebab itulah kerajaan menyalahkan British yang mengamalkan

dasar pecah dan perintah yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Seharusnya kerajaan mengunakan acuan pemerintahan sendiri bukannya mengambil dari

acuan pemerintahan British. Hal ini kerana acuan pemerintahan British ketika itu tidak

Page 26: Prof Rahman

sama dengan suasana selepas kemerdekaan lebih-lebih lagi pada ketika itu imigran Cina

yang datang ke Tanah Melayu hanya mementingkan ekonomi dan tidak berhasrat untuk

tinggal di Tanah Melayu.

Salah satu dasar British yang masih diguna pakai oleh kerajaan sebelum peristiwa

13 Mei 1969 sehinggalah sekarang ialah mengenai kewujudan sistem pendidikan yang

berbilang kaum. Misalnya adanya sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil disamping

sekolah jenis kebangsaan. Sekolah merupakan satu medium perhubungan antara kaum,

jadi kewujudan satu sekolah untuk semua kaum seharusnya direalisasikan dengan

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, disamping disediakan

pembelajaran bahasa ibunda bagi orang bukan Melayu. Sekiranya perkara ini dapat

diwujudkan pada sebelum 13 Mei 1969 tidak mustahil peristiwa 13 Mei dapat dielakkan.

Namun samapai kehari ini dasar pembelajaran yang diamalkan oleh British masih diguna

pakai.

Peristiwa 13 Mei 1969 ini juga disebabkan oleh kontrak sosial iaitu pemberian

hak kewarganeraan kepada bukan Melayu oleh UMNO dan sebagai balasannya MIC dan

MCA bersetuju memberikan ‘kedudukan istimewa’ kepada orang Melayu dalam bidang

perkhidmatan awam, biasiswa, pemilikan tanah-tanah simpanan Melayu, dalam aspek

perdagangan. Pemberian ‘kedudukan istimewa’ ini bertujuan untuk meningkatkan orang

Melayu dalam aspek pendidikan dan ekonomi. Namun kontrak sosial ini dipersoalkan

oleh orang bukan Melayu dan timbul perasaan tidak puas hati dalam diri mereka. Hal ini

kerana perjanjian kontrak sosial ini dibuat dalam kalangan pemimpin politik masing-

masing iaitu UMNO, MCA dan MIC tanpa mengambil padangan atau persetujuan kaum

masing-masing.

Page 27: Prof Rahman

Bagi masyarakat Cina mereka mengangap bahawa kebudayaan dan bangsa

mereka lebih tinggi kedudukannya dengan kebudayaan dan bangsa Melayu. Oleh hal

yang demikian artikel 153 yang meletakkan bangsa Melayu di atas kedudukan yang

tinggi berbanding dengan bangsa lain adalah tidak wajar. Ditambah pula dengan istilah

bumiputera dengan bukan bumiputera diguna pakai sekaligus menjadi halangan yang

terbesar dalam usaha mencipta suatu bangsa yang bersepadu. Namun kita sering dengar

bahawa kontrak sosial merupakan tolak ansur antara kaum. Hakikatnya, kontrak sosial

ialah suatu tolak ansur yang memikirkan kepentingan jangka pendek golongan elit.

Dengan kata lain ianya merupakan satu tolak ansur yang membahayakan perpaduan

antara kaum. Akibatnya tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Perkara ini menunjukkan kelemahan pemerintah yang tidak mengambil kira

semua aspek untuk jangka waktu yang panjang semasa mahu merdeka bersama imigran.

Kelemahan pemerintah di bawah Tunku Abdul Rahman juga dapat dilihat dengan jelas

semasa peristiwa 13 Mei 1969 seakan-akan mahu berlaku pihak kerajaan tidak

mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengawal tindakan yang semakin kritikal.

Pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri ternyata gagal bertindak pantas. Pihak

kerajaan sepatutnya menghalang penyokong pembangkang meraikan perarakan

kemenangan mereka. Lebih memeranjatkan tindakan pihak kerajaan yang membenarkan

UMNO mengadakan perarakan pada 13 Mei, walaupun pada ketika itu telah

menunjukkan tanda-tanda genting akan berlakunya pergaduhan besar antara kaum.

Sepatutnya tindakan tersebut perlu dicergah lebih awal.

Satu lagi peristiwa yang menunjukkan peristiwa 13 Mei 1969 ini disebabkan oleh

kelemahan pemerintah. Tunku kurang disenangi oleh orang Melayu juga dalam kalangan

Page 28: Prof Rahman

UMNO itu sendiri. Hal ini disebabkan sikapnya yang banyak bertolak ansur dengan

orang Cina samaada sebelum merdeka mahupun selepas merdeka. Tun Dr Mahathir

sendiri tidak gemar mengenai cara pemerintahan yang dilakukan oleh Tunku. Tun Dr

Mahathir telah meluakan rasa marahnya dengan menulis sepucuk surat laying yang

menegur cara pemerintahan Tunku. Dikatakan bahawa satu tindakan yang dilakukan oleh

Tunku yang menimbulkan rasa marah orang Melayu terhadap beliau. Tindakan yang

dimaksudkan disini ialah tindakan Tunku yang membebaskan 11 orang Cina yang

merupakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditangkap kerana terlibat dengan

konfrantasi Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen

“Ganyang Malaysia”.

Namun dua orang pemuda Melayu dari Perak yang telibat dengan konfrantasi

Indonesia tidak pula dibebaskan oleh Tunku, mereka tetap dijatuhkan hukuman gantung

berbanding 11 orang Cina yang dihukum penjara seumur hidup bebas dari hukuman

gantung. Mengapa 11 orang Cina tersebut boleh digugurkan dari hukuman gantung

dengan mengantikan dengan hukuman penjara seumur hidup? Bukankah pada ketika itu

rayuan yang dikemukan oleh mereka ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak. Tunku

menggunakan alasan mengelakakn berlakunya rusuhan kaum, kerana menjelang tarikh

pelaksanaan hukuman gantung di luar penjara Pudu di Kuala Lumpur di sepanjang jalan

menuju ke penjara itu telah berlangsungnya tunjuk perasaan secara liar.54

Oleh hal yang demikian Tunku bertindak menghadap Sultan Johor dan Sultan

Perak bagi membincangkan meringankan hukuman tersebut. Seterusnya dapat disaksikan

11 orang Cina tersebut terlepas dari hukuman gantung kepada penjara seumur hidup.

Mengenai tujuan pembebasan 11 orang Cina dapat dilihat dari petikan kata-kata beliau:

54 Mereka bertindak membaling batu keatas kenderaan yang lalu dan menghalang lalu lintas.

Page 29: Prof Rahman

“Menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan sebelas komunis di Johor dan dua penderhaka dari hukuman gantung”55

Namun persoalannya sekarang mengapa dua orang Melayu dari Perak tersebut

masih tetap dihukum gantung? Dimana kebenaran kata-kata Tunku? Tidakkah Tunku

berfikir ekoran daripada tindakannya akan menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam

kalangan Melayu terhadap orang Cina. Sekiranya tindakan tersebut disebabkan untuk

meraih sokongan orang Cina terhadap pimpinan beliau, perkara ini menunjukkan

kelemahan pemerintahnnya.

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei sebenarnya bukan

disebabkan oleh perbalahan antara kaum tetapi pergaduhan antara parti politik iaitu

pembangkang dengan parti pemerintah. Hal ini kerana semasa berlakunya peristiwa ini

ada dalam kalangan orang Melayu dan Cina yang melindungi kaum yang berlainan

mereka daripada menjadi mangsa dalam pergaduhan tersebut. Misalnya semasa

berlangsungkan peristiwa tersebut orang Melayu melindungi orang Cina semasa berada

ditempat mereka dengan memakaikan pakaian yang sama jenis dengan mereka begitu

juga dengan orang Cina yang mengambil tindakan yang sama.

KESIMPULAN

Sebenarnya permasalahan kaum ini telah dapat diselesaikan oleh PKMM dalam

Perlembagaan Rakyat 1947 lebih awal dari PTM 1948. Namun Perlembagaan Rakyat ini

telah ditolak kerana dibuat oleh golongan kiri dan tidak menepati cita rasa British yang

mahu kewarganeraan diberikan kepada imigran dengan cara yang lebih mudah.

55 Mohammad Alias, Warisan Pimpinan UMNO, Kuala Lunpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, hlm. 97.

Page 30: Prof Rahman

Perlembagaan Rakyat ini adalah hasil gabungan golongan kiri Melayu dan bukan Melayu

yang dinamakan sebagai PUTERA-AMCJA56 dan merupakan hasil kerjasama antara

kaum yang pertama.57 Berbalik kepada persoalan mengapakah Perlembagaan Rakyat ini

dikatakan boleh menyelesaikan masalah kaum.? Hal ini kerana dalam perlembagaan

rakyat dapat disaksikan pengiktiran pengiat politik bukan Melayu dibawah AMCJA

terhadap rupa bangsa Melayu.

Buktinya AMCJA sanggup menepikan rupa bangsa asal mereka dengan

menerima rupa bangsa Melayu. Selain itu juga dalam Perlembagaan Rakyat juga mereka

bersetuju mengantikan pengunaan Malayan kepada Melayu kerana ianya merupakan rupa

bangsa tanah Melayu. Bahkan mereka bersetuju sekiranya syarat kewarganegaraan atau

hak berpolitik hanya diberi kepada mereka yang menumpukan taat setia yang tidak

berbelah bagi kepada tanah Melayu berbanding dengan kesetian kepada negara lain.

Sekiranya Perlembagaan Rakyat ini diterima sudah negara kita sudah merdeka dengan

lebih awal dan soal kedudukan Melayu pasti lebih terjamin berbanding dengn PTM 1948.

Dengan kata lain kiranya rupa bangsa Melayu itu digunakan terus, maka soal kerumitan

mengenainya tidaklah dapat diungkit-ungkit lagi oleh kaum lain pada hari ini.

Perkara ini menunjukkan bahawa Perlembagaan Rakyat ini yang dibuat oleh

PUTERA-AMJCA merupakan satu cadangan yang begitu efektif dalam membentuk rupa

bangsa Tanah Melayu pada ketika itu. Akhbar Inggeris The Straits Times sendiri telah

memuji Perlembagaan Rakyat sebagai satu percubaan baik kearah menuju kemerdekaan.

Sebenarnya dari kandungan Perlembagaan Rakyat ini dapat kita saksikan bahawa

56 Mohd Salleh Daud, Memoir Bukan Seorang Komunis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm. 54.57

Page 31: Prof Rahman

sebahagiannya telah diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembangan Negara Malaysia

hari ini misalnya Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.58

Jadi tidak salah sekiranya dikatakan bahawa dasar British dan kelemahan

pemerintahan merupakan jawapan bagi dua persoalan yang sering di utara. Persoalan

yang sering dibangkitkan ialah apakah punca yang sebenarnya berlakunya peristiwa 13

Mei 1969 dan siapakah yang bersalah?

58