telefon zaman dulu dan zaman sekarangtanchioushingdb100490

7
Pada zaman sekarang, siapa yang tidak mempunyai telefon bimbit? Saya percaya bahawa hampir semua orang tak kira kanak-kanak , orang dewasa atau orang tua memiliki telefon bimbit dan ianya bagaikan sesuatu aksesori yang wajib ada dan lazim pada semua orang. Jikalau dahulu pada zaman 90an, sesiapa yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai orang kaya kerana harganya saja boleh buat deposit kereta walaupun telefon bimbit pada masa itu sebesar batu bata. Telefon bimbit telah menjadi barang keperluan pada masa kini. Murid sekolah rendah dan menengah sehingga pelajar universiti memiliki telefon bimbit masing-masing. Dulu kanak-kanak bermain galah panjang, konda-kondi, VS TELEFON ZAMAN DULU LOKASI: RUMAH TARIKH : 21/11/2013 MASA : 7:00p.m KAMERA: TELEFON BIMBIT NOKIA X6 SMARTPHONE ZAMAN SEKARANG

Upload: tan-qiuxing

Post on 04-Jul-2015

1.877 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490

Pada zaman sekarang, siapa yang tidak mempunyai telefon bimbit? Saya

percaya bahawa hampir semua orang tak kira kanak-kanak , orang dewasa atau

orang tua memiliki telefon bimbit dan ianya bagaikan sesuatu aksesori yang

wajib ada dan lazim pada semua orang. Jikalau dahulu pada zaman 90an,

sesiapa yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai orang kaya kerana

harganya saja boleh buat deposit kereta walaupun telefon bimbit pada masa itu

sebesar batu bata.

Telefon bimbit telah menjadi barang keperluan pada masa kini. Murid

sekolah rendah dan menengah sehingga pelajar universiti memiliki telefon

bimbit masing-masing. Dulu kanak-kanak bermain galah panjang, konda-kondi,

VS TELEFON ZAMAN

DULU

LOKASI: RUMAH

TARIKH : 21/11/2013

MASA : 7:00p.m

KAMERA: TELEFON BIMBIT NOKIA X6

SMARTPHONE ZAMAN

SEKARANG

Page 2: telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490

'target' kasut, layang-layang, congkak, dan lain-lain lagi. Zaman sekarang

kanak-kanak disajikan dengan PS3, Xbox, PSP, permainan di telefon bimbit

pintar. Tak keluar peluh langsung pun! Cuma perlu duduk diam-diam di tempat

masing-masing sambil cuba sedaya-upaya habiskan 'level' yang ada.

Kenapa telefon zaman dulu (seperti gambar tersebut) ketinggalan zaman

kita ? Kecanggihan teknologi telah mengubahkan semua itu. Telefon zaman

dulu hanya boleh menelefon dan menjawab telefon sahaja, kita tidak boleh

membawa telefon itu bersama kami, kegunaannya memang terbatas. Tapi pada

masa kini, kita bukan sahaja boleh membawa telefon bersama kita, malah juga

boleh menggunakan telefon bimbit kita untuk mengambil gambar, melayari

internet, merakam video dan sebagainya.

Masa berlalu dengan pantas, teknologi berubah dan sampai sekarang pula

zaman telefon bimbit atau telefon pintar. Dari budak sekolah rendah hingga

orang dewasa pun dah menggunakan telefon bimbit sekarang. Syarikat-syarikat

utama telefon bimbit berlumba merekacipta bentuk telefon masing-masing

untuk menguasai pasaran. Antara syarikat-syarikat yang terkenal dulu Nokia,

Sagem, Motorola dan iphone. Ini adalah syarikat yang menguasai teknologi

komunikasi telefon pada masa itu.

Iphone adalah syarikat yang mula-mula mengeluarkan telefon pintar ini

pada tahun 2007. Dari situ bermulalah pasaran telefon pintar. Penjualan yang

mencecah beratus-ratus juta Iphone telah menyebabkan telefon jenama Nokia

dan jenama lain telah merudum dengan teruknya. Selepas itu telefon pintar

jenama Blackberry mula memberi saingan kepada Iphone. Maka bermulalah

syarikat-syarikat dari Asia membuat telefon bimbit jenama sendiri iaitu

Samsung dan HTC. Samsung telah merekacipta telefon bimbit dengan teknologi

terkini serta mampu milik bagi kebanyakkan rakyat yang berpendapatan

sederhana. Dengan menjual harga yang mampu milik dengan teknologi yang

terkini, Samsung dan HTC menjadi pilihan pembeli termasuk AK juga.

Page 3: telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490

Mengapakah telefon bimbit berkembang dengan pesat dan hampir

setahun akan mengeluarkan model yang baru? Tidak dapat dinafikan bahawa

manusia mempunyai kehendak yang tidak mudah dipenuhi. Sudah mempunyai

yang baik, tetapi masih mahu yang terbaik. Memandangkan telefon bimbit

zaman dulu tidak boleh memenuhi kehendak manusia sekarang, jadi lahirlah

telefon pintar pada masa kini. Pernahkah kamu fikir, kalau kita tidak

menggunakan telefon bimbit pada zaman sekarang, apa yang akan terjadi pada

kita? Adakah kita boleh hidup tanpa telefon bimbit? Apakah masalah yang

akan kita hadapi ?

Tidak dapat diragui, telefon pintar memang memudahkan kita dengan apa

jua urusan atau keadaan berbanding dengan telefon zaman dulu. Kita boleh

menghubungi dan berkomunikasi dengan orang lain secara senang melalui sms,

what apps dan sebagainya. Kita juga boleh mengambil gambar atau merakam

video dengan sesuka hati. Selain itu, kita juga boleh melayari internet dengan

mudah dan dapat menyiapkan kerja kami pada masa yang singkat. Ini semua

tidak dapat dibuat jika kita menggunakan telefon zaman dulu.

Akan tetapi, jika kita berfikir dari sudut lain, adakah telefon bimbit ini

sempurna dan tidak mendatangkan keburukan kepada kita? Jawapannya tidak,

ia juga akan mendatangkan keburukkan kepada kita. Contohnya ,kita boleh

melihat di mana-mana tempat pun, kebanyakan orang akan menggunakan

telefon pintar mereka untuk melayari internet atau bermain permainan dalam

telefon pintar mereka semasa menunggu makanan dan bukannya berkomunikasi

dengan keluarga atau kawan-kawan, Ini sudah menjadi fenomena yang biasa

bagi zaman sekarang. Kita boleh mengetahui bahawa telefon bimbit telah

menggantikan kedudukan kita untuk berkomunikasi dengan keluarga atau

kawan kita secara tidak langsung. Masa kanak-kanak untuk menghadap telefon

pintar lebih banyak dariapda mereka menghadap keluarga mereka. Lama –

kelamaan ,komunikasi antara keluarga dan kawan kita telah mengurang dan

Page 4: telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490

akhirnya mungkin akan berlaku konflik di antara keluarga dan kawan kita.

Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di

masa hadapan?

Tambahan pula, tidak hairanlah kita melihat kanak-kanak sekarang yang

baru bersekolah juga mempunyai telefon bimbit dan tahu menggunakan telefon

pintar. Jadi bagi kanak yang tidak begitu kaya,akan cemburu dengan murid

yang ada telefon bimbit dan akan meminta ibu bapa mereka supaya membeli

telefon bimbit kepada mereka. Jika ibu bapa mereka tidak membeli telefon

bimbit untuk memenuhi keinginan anak mereka, anak mereka akan mencuri

daripada kawan-kawannya. Ini menyebabkan kes jenayah meningkat. Selain

itu ,anak-anak juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini.

Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan

mereka yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan

sederhana, ini menjadi suatu bebanan untuk memaksa diri memiliki benda yang

tidak mereka mampu. Yang penting sekali ialah ini memupuk persaingan yang

kurang sihat. Kita patut bersyukur terhadap apa yang kita ada.

Jikalau kita tidak menggunakan telefon bimbit dengan baik, ia akan

dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila

khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada

mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah

menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini

sekaligus telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.

Selain itu, penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat

mudah dengan adanya telefon bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk

memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan

penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak baik

kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-

Page 5: telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490

perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan

kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan di kalangan kita suka menggunakan

telefon pintar. Apakah kesan jika kehendak manusia terhadap telefon bimbit

semakin meningkat? Untuk memenuhi kehendak bagi golongan yang sederhana

atau rendah, didapati di pasaran memang banyak jenis-jenis telefon tiruan yang

hampir serupa dengan telefon pembuat jenama asalnya. Ianya bertujuan untuk

mengaut keuntungan daripada pembeli yang kurang berkemampuan untuk

membeli telefon jenama terkenal. Memang smartphone yang original harga

pasarannya agak tinggi sesuai dengan kecanggihan dan bagi yang mampu tentu

tidak mempunyai masalah untuk memilikinya tetapi bagi yang kurang mampu,

itu saja pilihan yang ada. Kebanyakan telefon tiruan ini datangnya dari negara

China, tetapi sekarang banyak syarikat jenama-jenama terkenal pun telah

membina telefon dan perisiannya di negara China kerana kos buruh dan pasaran

yang tinggi di Asia.

Bagi orang yang tidak mengetahui atau orang yang jenis tak kisah,

golongan ini mudah tertipu dengan tawaran-tawaran dari penjual telefon bimbit

dan smartphone tiruan ini. Harganya yang murah telah menarik minat pembeli

'tak kisah ini. Mereka hanya mahu bergaya. Apa yang mereka tidak tahu ialah

kualitinya yang memang agak teruk dan penggunaannya hanya sementara.

Jaminan memang tidak ada. Ada yang hanya berfungsi 2, 3 bulan saja. Kalau

nasib baik dapatlah sehingga setahun.

Di samping itu, telefon klon juga muncul di pasaran juga. Apa itu telefon

klon? Telefon klon memang agak sukar untuk dibezakan dengan telefon original.

Boleh dikatakan 70-90 peratus hardware/software, bahan, bentuk dan

aplikasinya dari bahan original daripada telefon yang berjenama utama di dunia.

Bagi mereka yang tidak mahir dalam membezakan telefon original dan bukan

original ini, mereka akan tertipu (tipah tertipu). Kadang-kadang ada penjual

Page 6: telefon zaman dulu dan zaman sekarangTanchioushingdb100490

yang sengaja mengeksploitasi pembeli yang tidak mahir ini. Pembeli haruslah

berhati-hati. Kalau nak beli yang original, belilah di kedai-kedai yang telah

didaftarkan atau pengedar yang sah oleh syarikat jenama-jenama telefon

tersebut seperti kedai Samsung, Iphone, Nokia dan sebagainya.

Telefon klon ini harganya murah dan boleh dikatakan satu pertiga atau

separuh harga daripada yang original. Fungsi aplikasinya sama dan perbezaan

kelancaran skrin pun tidak begitu ketara dengan telefon yang original. Yang

dapat membezakan telefon tersebut original atau tidak ialah imei dan melihat

dari aplikasi benchmark. Terdapat banyak negara yang membuat telefon klon

ini. Ada dari benua Eropah, Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan

Amerika Latin. Ada syarikat-syarikat telah mendaftarkan telefon klon ini atas

nama syarikat mereka dan mempunyai simbol atau logo jenama syarikat mereka

tersendiri. Mengenai jaminan pula, ianya antara pembeli dengan pekedai atau

syarikat pembuat tersebut. Telefon jenis ini boleh diberikan kualiti antara 3-4

bintang dari 5 bintang.

Kesimpulannya ,kita mestilah menghargai apa yang kita ada sekarang dan

menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk melakukan perkara yang

berfaedah dan bermakna terhadap kehidupan kita.