teks_rasuah

Upload: chua-hc

Post on 14-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    1/16

    NEGARA TANPA RASUAHRAKYAT HIDUP BERMARUAH

    TRANSFORMASI DINIKMATI RASUAH DIHINDARI

    Disediakan olehBahagian Penerbitan Dasar Negara

    Diterbitkan oleh

    Jabatan Penerangan Malaysia

    Kementerian Penerangan

    Komunikasi dan Kebudayaan

    R.010 (BM) Julai 2011 (0100)

    Laman Web: http://www.penerangan.gov.mye-mel: [email protected]

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    2/16

    RUKUN NEGARAAMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

    BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak:

    Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam

    kalangan seluruh masyarakatnya;

    Memelihara satu cara hidup demokratik;

    Mencipta satu masyarakat yang adil di manakemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

    secara adil dan saksama;

    Menjamin satu cara yang liberal terhadap

    tradisi-tradisi kebudayaannya yang

    kaya dan berbagai-bagai corak;

    Membina satu masyarakat progresif yang akan

    menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

    menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

    untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    Kepercayaan Kepada Tuhan

    Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

    Keluhuran Perlembagaan

    Kedaulatan Undang-undang

    Kesopanan dan Kesusilaan

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    3/16

    1

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    DEFINISI RASUAH

    Merupakan sebarang penerimaan atau pemberian

    suapan sebagai upah atau dorongan untuk diriseseorang kerana melakukan atau tidak melakukansesuatu perbuatan. Ia termasuk apa jua bentukpenerimaan atau pemberian yang dikenali sebagaiduit kopi atau ganjaran, suapan seperti wang ringgit,diskaun, upah, jawatan, perkhidmatan, hadiah,bonus atau undi dengan niat sebagai dorongan

    untuk melakukan satu tindakan berkaitan dengantugas rasmi.

    BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA(NKRA)

    Usaha membanteras dan memerangi rasuah

    turut dijadikan salah satu daripada enam BidangKeberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberikanperhatian penting di bawah Program TransformasiKerajaan (PTK).

    INDEKS PERSEPSI RASUAH (CPI)

    Indeks Persepsi Rasuah (CPI) mengkhususkankepada isu persepsi tahap rasuah sesebuahnegara di mana kedudukan sesebuah negara akandisenaraikan mengikut skor yang diperoleh danbukannya berdasarkan realiti sebenar tahap rasuahdi negara terbabit.

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    4/16

    2

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    CPI 2010 yang diumumkan pada 26 Oktober 2010

    memperlihatkan skor Malaysia jatuh 0.1 mata dari

    4.5 pada tahun 2009 ke skor 4.4 tahun 2010. Dari

    segi kedudukan, Malaysia kekal di kedudukan 56berbanding 178 negara yang terlibat.

    KEDUDUKAN MALAYSIA INDEKS PERSEPSI

    RASUAH 1995-2010

    Sumber : Indeks Persepsi Rasuah (CPI)

    Tahun

    1995

    1996

    1997

    1998

    1999

    20002001

    2002

    2003

    2004

    2005

    2006

    2007

    2008

    2009

    2010

    5.28

    5.32

    5.01

    5.3

    5.1

    4.85.0

    4.9

    5.2

    5.0

    5.1

    5.0

    5.1

    5.1

    4.5

    4.4

    23

    26

    32

    29

    32

    3636

    33

    37

    39

    39

    44

    43

    47

    56

    56

    41

    54

    52

    85

    99

    9091

    102

    133

    146

    159

    163

    180

    180

    180

    178

    Skor Kedudukan Bil.Negara Dikaji

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    5/16

    3

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    KESALAHAN RASUAH

    Meminta/Menerima Rasuah

    Mana-mana orang atau ejen secara rasuahmeminta/menerima/ bersetuju menerima suapanrasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain)sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atautidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksitersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,

    prinsipal/majikan berkenaan.

    Menawar/Memberi Rasuah

    Mana-mana orang atau ejen secara rasuahmeminta/menerima/ bersetuju menerima suapanrasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain)

    sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atautidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksitersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,prinsipal/majikan berkenaan.

    Membuat Tuntutan Palsu

    Mana-mana orang memberi kepada ejen, atauejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatudokumen yang diketahuinya atau disedarinyamengandungi butir palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai kepentingan, dengantujuan untuk mengeliru/ memperdayakan prinsipal/majikannya.

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    6/16

    4

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Menyalahgunakan Kuasa Dalam Kedudukan

    Mana-mana pegawai badan awam menggunakan

    jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapanmembuat apa-apa keputusan atau mengambil

    tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara

    mengenainya, di mana pegawai itu, saudara

    maranya atau sekutunya ada kepentingan secara

    langsung atau tidak langsung.

    JENIS RASUAH

    Rasuah Spontan

    Sogokan berbentuk spontan ini biasanya

    melibatkan mereka yang tidak mengenali antarasatu sama lain dan biasanya perbuatan ini berlaku

    tanpa dirancang.

    Rasuah Bersindiket

    Sogokan dalam bentuk ini berlaku selalunya setelah

    ada persetujuan bersama. Biasanya pemberi dan

    penerima telah saling kenal mengenali. Perbuatan

    jenayah mereka ini telah dirancang terlebih dahulu

    bagi mengelakkan daripada dikesan oleh orang

    lain.

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    7/16

    5

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Faktor-Faktor Berlakunya Rasuah

    Kelemahan Individu

    Sikap ingin hidup mewah melebihi puncapendapatan rasmi.

    Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat

    kaya

    Sikap suka berjudi dan berhutang serta boros.

    Sosial dan Kebudayaan Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika

    Keadaan masyarakat yang buta huruf

    Amalan tradisi seperti pemberian angpow dan buah

    tangan

    Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi

    kemudahan yang sedia ada seperti penambahan

    aksesori kenderaan yang berlebihan dan seringmelancong.

    Kepimpinan dan Pentadbiran

    Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi

    Melambatkan-lambatkan urusan pejabat

    Overgrown bureaucracy Terlampau banyak penurunan kuasa.

    Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi

    Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa

    kawalan

    Tekanan modenisasi untuk hidup berlumba-lumba.

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    8/16

    6

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Politik

    Mencari kekayaan melalui politik

    Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme

    KESAN BURUK PERLAKUAN RASUAH

    Kesan Kepada

    Negara :

    Meninggikan kos dan saraan hidup (harga barang

    dan perkhidmatan dinaikkan bagi menampung kossogokan penjual).

    Keselamatan orang awam terjejas ( bangunan dibina

    tidak mengikut spesikasi namun diluluskan).

    Mengancam keselamatan negara, nyawa dan

    kesejahteraan rakyat (peningkatan kadar jenayah).

    Ketidakadilan (menakan hak golongan tertentudan menjarakkan jurang yang kaya dan yang

    miskin).

    Kehilangan daya saing dan hasil negara (pengaliran

    wang ke luar negara).

    Menjejaskan kelicinan dan kecekapan pentadbiran

    kerajaan.

    Menjejaskan maruah diri, bangsa dan negara.

    Masyarakat :

    Mengakibatkan ketidakadilan dan mengenepikan

    hak-hak orang tertentu.

    Menggalakkan jenayah dan melindungi

    penjenayah.

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    9/16

    7

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Membebankan golongan orang susah.

    Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-

    sumber yang telah ditetapkan bagi membantu

    rakyat miskin diselewengkan.

    Individu :

    Kehilangan pekerjaan.

    Kejatuhan moral atau maruah.

    Menerima hukuman.

    Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.

    Keluarga terabai.

    KERUNTUHAN EMPAYAR BESAR DISEBABKAN

    DARI KESAN RASUAH

    Kejatuhan Empayar Rom

    Tamadun Greek

    Tamadun Parsi

    Tamadun Turki

    Khalifah Uthmaniah

    Dinasti Ming

    Kerajaan Melayu Melaka

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    10/16

    8

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    STATISTIK TANGKAPAN JANUARI HINGGA MEI 2011

    PENJAWAT AWAM

    SEKTOR/BULAN

    JAN

    FEB

    MAC

    APRIL

    MEI

    JUN

    JUMLAH

    KUM.PENGURUSANTERTINGGI

    KUM.PENGURUSANDAN

    PROFESIONAL

    KUMPULANSOKONGAN

    JUMLAH(BIL/PERATUS)

    0

    1

    2

    0

    0

    0

    3

    2

    3

    11

    27

    4

    5

    52

    16

    17

    21

    37

    15

    15

    121

    18

    31%

    21

    23%

    34

    55%

    64

    67.4%

    19

    25.7%

    20

    17%

    176

    SEKTOR/BULAN

    JAN

    FEB

    MAC

    APRIL

    MEI

    JUN

    JUMLAH

    KUM.PENGURUSANTERTINGGI

    KUM.PENGURUSANDANPROFESIONAL

    KUMPULANSOKONGAN

    JUMLAH(BIL/PERATUS)

    4

    17

    6

    7

    13

    39

    86

    37

    51

    22

    24

    42

    61

    237

    0

    2

    0

    0

    0

    0

    2

    41

    69%

    70

    77%

    28

    45%31

    32.6%

    55

    74.3%

    100

    83%

    325

    AWAM

    Sumber: Laman Web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    11/16

    9

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

    Mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, memberi

    atau menawarkan rasuah adalah kesalahan yang

    boleh dihukum sama berat dengan kesalahan Seksyen

    17(a) iaitu menerima rasuah, iaitu penjara maksimum

    20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai

    suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana

    yang lebih tinggi.

    Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

    Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang

    diwartakan pada 10 Jun 2010 berkuat kuasa sejak 15

    Disember 2010 bertujuan melindungi identiti pemberimaklumat, imuniti daripada liabiliti sivil atau jenayah

    serta perlindungan daripada sebarang tindak balas.

    Inisiatif Kerajaan Dalam Memerangi Rasuah

    Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM)

    Pelan Integriti Nasional (PIN)

    Menaiktarafkan BPR kepada Suruhanjaya

    Pencegahan Rasuah Malaysia

    Menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai

    tumpuan dalam Bidang Keberhasilan Utama

    Negara (NKRA)

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    12/16

    10

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Menubuhkan lima panel/lembaga dan jawatankuasa

    bebas untuk menasihati dan memantau perjalanan

    SPRM agar wujud ketelusan dan kebebasan

    Memperkenalkan Integrity Pact dalam sistem

    perolehan Kerajaan

    Memperkenalkan e-perolehan bagi mewujudkan

    ketelusan dalam pemberian tender dan kontrak

    kerajaan

    Mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan

    kes-kes rasuah

    Mewujudkan Unit Pematuhan di setiap agensi

    Kerajaan berisiko

    Mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah

    Mewujudkan undang-undang berkaitan

    perlindungan saksi

    Meratikasi United Nations Convention Against

    Corruption

    Wujudnya Akta Pengubahan Wang Haram, Akta

    Bantuan Bersama Dalam Hal-Hal Jenayah

    Wujudnya Pemudah

    Wujudnya kerajaan berorientasikan ICT seperti

    e-tanah, e-government dan sebagainya.

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    13/16

    11

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    RUMUSAN

    Semua pihak hendaklah bersama-sama memainkan

    peranan penting dalam membanteras gejala rasuahdari terus merebak dan menular dalam kalangan

    masyarakat kita.

    Kerajaan yakin usaha yang berterusan memerangi

    rasuah akan dapat meyakinkan kepercayaan orang

    ramai terhadap pemerintah.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    yang berusaha mengambil tindakan tegas

    kepada yang terlibat dengan aktiviti rasuah tanpa

    mengira kedudukan telah mendapat sokongan

    rakyat dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)

    keseluruhannya.

    MAKLUMAT LENGKAP DIPERLUKAN BAGI

    MEMBANTU PENYIASATAN

    Tarikh, masa dan tempat kejadian

    Laporkan apa yang berlaku dan mereka yang

    terlibat di dalam kejadian itu;

    Saksi-saksi yang melihat kejadian itu

    Rujukan dokumen-dokumen berkaitan

    Jumlah wang / barangan / perkhidmatan / perkara-

    perkara yang terlibat.

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    14/16

    12

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Butiran lain seperti nombor akaun, resit, nombor kad

    pengenalan, kenderaan, alamat rumah, pejabat atau

    identiti perwatakan orang itu (jika diketahui).

    Maklumat boleh dikemukakan dengan cara

    berikut:

    Datang sendiri ke mana-mana Pejabat SPRM

    terdekat;

    Gunakan laman SPRM http://www.sprm.gov.my/

    eMaklumat;

    Menyalurkan maklumat melalui SMS/019- 6000696

    E-mel kepada : [email protected].

    Menulis surat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

    Malaysia Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya ataumana-mana negeri (tanpa setem)

    Faks ke nombor : 03-8889 4329/03-8888 9562

    Talian bebas tol SPRM 1-800-88-6000

    Alamat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah:

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    Blok D6, Kompleks D

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    Peti Surat 6000

    62007 Putrajaya, Malaysia

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    15/16

    13

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    PETIKAN UCAPAN

    Rasuah adalah musuh utama negara. Usahamemerangi rasuah merupakan agenda utama dalam

    pembangunan negara. Kerajaan pimpinan Yang Amat

    Berhormat Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,

    Perdana Menteri Malaysia, menjanjikan sebuah

    pentadbiran yang sentiasa memberi tumpuan kepadakehendak rakyat. Program Transformasi Kerajaan

    yang telah dilancarkan adalah usaha jitu ke arah

    memenuhi janji Kerajaan tersebut.

    Tan Sri Mohd Sidek HassanKetua Setiausaha Negara

    Majlis Perasmian Kempen Hindar Menerima, Perangi

    Pemberi Rasuah

    26 April 2010, Putrajaya

  • 7/30/2019 teks_rasuah

    16/16

    14

    NEGARA TANPA RASUAH RAKYAT HIDUP BERMARUAH

    Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan

    Al-Quran dan Hadis. Allah Subhanahu wa Taala

    berrman,

    Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta

    sebahagian yang lain diantara kamu dengan

    jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa

    (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamudapat memakan sebahagian daripada harta benda

    orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal

    kamu mengetahui.

    ( Al-Baqarah : 188 ).

    Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh

    At-Tarmizi yang bermaksud :

    Penerima dan pemberi rasuah akan di tempatdalam api neraka.