teks_majlis penutupan minggu pengurusan pelajar baharu

11
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PENGARAH YANG KE-16, TN HJ ABDULLAH BIN MOHD YUSOF,SMP DAN PENUTUPAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU TARIKH: 26 JUN 2015 MASA: 8.00AM TEMPAT: DEWAN DARUL MAKMUR PENGACARA: 1) SYAHRIN NADZIF 2) NUR LIYANA

Upload: syahrin-nadzif

Post on 12-Sep-2015

256 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

hahaha

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PENGARAH YANG KE-16, TN HJ ABDULLAH BIN MOHD YUSOF,SMP DAN PENUTUPAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU TARIKH: 26 JUN 2015MASA: 8.00AM

TEMPAT: DEWAN DARUL MAKMUR

PENGACARA: 1) SYAHRIN NADZIF 2) NUR LIYANAAssalamulaikum wbt dan salam sejahtera

Sidang hadirin yang dimuliakan.

Salam hormat dan selamat datang ke Majlis MAJLIS SAMBUTAN PENGARAH YANG KE-16, TN HJ ABDULLAH BIN MOHD YUSOF,SMP DAN PENUTUPAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis kita akan bermula sebentar lagi iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu, pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:

1) Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof serta tetamu kehormat lain masuk ke dalam dewan;

2) Mematikan telefon bimbit atau menukarnya kepada mod senyap.

3) Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis

4) Meminimakan sebarang pergerakan sepanjag majlis berlangsung.

5) Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.

6) Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin sekalian untuk menyanyikan semua lagu dengan penuh bersemangat

7) Para hadirin diminta untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa majlis berlangsung.

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama daripada Hadirin sekalian.

VIP Masuk

1. Mengumumkan Ketibaan , 1) Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzandiiringi

2) Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan3) Yang berusaha, Tn Hj Wahab Bin Isa, Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan.4) Yang Berusaha, Tuan Hj Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan5) Yang Dihormati, Saudara Putra Aidil Fitri Syah Bin Jalil, Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

masuk ke dalam dewan.

Lagu NegarakuPara hadirin dipersilakan duduk.

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring ditepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiringi restu ilahi.Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW serta sahabat dan keluarga baginda.

1) Yang Berbahagia Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan2) Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan3) Yang Berusaha, Tn Hj Wahab Bin Isa, Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan4) Yang Berusaha, Tuan Hj Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan5) Yang Dihormati, Saudara Putra Aidil Fitri Syah bin Jalil, Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar6) Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah, staf bukan akademik7) dan siswa guru sekalian.Selamat datang ke Majlis Sambutan Pengarah Yang Ke-16, Tn Hj Abdullah Bin Mohd Yusuf dan Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.Anugerah dikecap si anak watan,Mengangkat senjata bidalan suara,

Menadah tangan memohon keberkatan,

Mendapat restu untuk semua.Sebelum memulakan majlis, molek kiranya kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Shafiq Bin Hj Saini. Majlis mempersilakan.

Aminya rabbal alamin. Terima kasih saudara Mohd Shafiq Bin Hj Saini atas pimpinan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya, InshaAllah.Hadirin yang dihormati,

Pada hari ini, kita berkumpul di Dewan Darul Makmur adalah bagi meyaksikan upacara Majlis Sambutan Pengarah Yang Ke-16, Tn Hj Abdullah Bin Mohd Yusuf dan Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.. Pada tarikh 22 Jun 2015, seramai 153 orang guru pelatih baharu telah mendaftar di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Oleh yang demikian, Jawatankuasa perwakilan pelajar telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang minggu pengurusan pelajar baharu bagi siswa guru ini berkenaan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Setelah seminggu berada dalam minggu pengurusan pelajar baharu, kini tibalah masanya untuk siswa guru baharu ini berada di penghujungnya dan meneruskan kehidupan disini sebagai siswa guru.Hadirin yang dimuliakan,

Bagi meneruskan majlis, kami menjemput saudara Mustakim bin Mustafa, pelajar PPISMP Sem 1 Pengajian Bahasa Melayu SJKT selaku wakil pelajar baharu bagi menyampaikan ucapan. Majlis dgn penuh hormatnya mempersilakan.(ucapan wakil pelajar baharu)

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mustakim bin Mustafa atas ucapan itu sebentar tadi.Hadirin Yang di hormati,

Majlis seterusnya menjemput Saudara Putra Aidil Fitri Syah bin Jalil, Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2015/2016 bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(ucapan Saudara Putra)

Terima kasih Saudara Putra Aidil Fitri Syah Bin Jalil atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara bacaan Ikrar Siswa Guru Baharu serta penyerahan Ikrar kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis mempersilakan.

Demikian tadi upacara bacaan Ikrar dan penyerahan Ikrar kepada Yang Berbahagia Pengarah.

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis, mari kita sama sama menyaksikan tayangan multimedia Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Jun 2015. Dipersilakan.

(tayangan multimedia)

Demikian tadi tayangan multimedia yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa multimedia PISMP Semester 3.Hadirin Yang Di Hormati,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan yang bakal dipersembahkan oleh siswa guru baharu. Majlis mempersilakan.

(Persembahan)

Demikian tadi persembahan yang telah disampaikan oleh siswa guru baharu.

Hadirin yang dihormati,Sebagaimana yang dimaklumkan,warga kampus Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan telah menerima Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof, sebagai pengarah yang ke -16 minggu ini.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha, Tn Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi memperkenalkan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Tn Hj Abdullah bin Mohd Yusof. Majlis mempersilakan.(ucapan timbalan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tn Hj Mohd Nordin B. Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Kini,Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah bin Mohd Yusof, Pengarah Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi menyampaikan ucapan sulung seterusnya merasmikan penutupan Minggu Pengurusan Pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2015. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan pengarah)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah b. Mohd Yusof, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan atas ucapan sebentar tadi.Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu negeri Pahang dan Lagu IPGM. Hadirin diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu tersebut.Lagu Negeri Pahang

Lagu IPGMHadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu Negeri Pahang dan Lagu IPGM itu tadi, maka berakhirah majlis kita pada pagi ini. Banyak keluk ke penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini,

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini.Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Andai tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Yang Berusaha Tn Hj Wahab Bin Isa dan Yang Berusaha, Tuan Hj Dzulkarnain Bin Mat bagi mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Abdullah bin Mohd Yusof bagi meninggalkan dewan.Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Asslamulaikum wbt.

Perhatian Kepada semua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Upacara Khas Institut dan Jawatankuasa perhimpunan pada hari ini , sila berada di lobi pejabat pentadbiran untuk sesi fotografi.