teks ucapan ybm kpwkm negaraku penang · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan...

8
1 TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA PERASMIAN PROGRAM TERAPI MINDA DAN RELAKSASI DI PUSAT KELUARGA LPPKN PULAU PINANG 15 JUN 2017 (KHAMIS) PUSAT KELUARGA LPPKN PULAU PINANG KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

Upload: ngoanh

Post on 24-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

1

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA

PERASMIAN PROGRAM TERAPI MINDA DAN RELAKSASI DI PUSAT KELUARGA

LPPKN PULAU PINANG

15 JUN 2017 (KHAMIS)

PUSAT KELUARGA LPPKN PULAU PINANG

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

Page 2: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

2

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih kepada saudari/saudara Pengacara Majlis,

SALUTASI [AKAN DISEDIAKAN] Pendahuluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Negaraku

1. Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan inayah-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada

petang ini iaitu Ramadhan yang ke-20, sempena perasmian

program terapi minda dan relaksasi di Pusat Keluarga Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bertam,

Pulau Pinang.

2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPPKN kerana

sangat proaktif dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan

sokongan keluarga yang lebih baik di samping meningkatkan

kualiti perkhidmatan kaunseling konvensional kepada kaedah

yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan

semasa.

Page 3: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

3

CABARAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DALAM PERKHIDMATAN SOKONGAN KELUARGA BERDASARKAN RMK-11 DAN IKK KE-2

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

3. Merujuk kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) iaitu

memperkasakan komuniti untuk membina masyarakat yang

produktif dan sejahtera terdapat enam strategi yang dilaksanakan

bagi mencapai sasaran utama dan salah satu strategi tersebut

adalah “Mengukuhkan Institusi Keluarga”. Ia menjurus kepada

meningkatkan kemahiran keibubapaan dan nilai kekeluargaan

serta menambahbaik perkhidmatan kaunseling dan sistem

sokongan keluarga.

4. Berdasarkan kepada Laporan Indeks Kesejahteraan Keluarga

Malaysia 2016 (IKK 2016) yang mengukur tahap kesejahteraan

keluarga melalui penilaian isi rumah iaitu ibu atau bapa terhadap

kesejahteraan keluarga melalui beberapa indikator penting telah

menunjukkan skor keseluruhan IKK adalah sebanyak 7.33

daripada nilai 10.

5. Antara salah satu daripada indikator tersebut adalah domain

kesihatan keluarga yang merujuk kepada dua perkara utama iaitu

amalan kesihatan keluarga dan kesihatan umum. Bagi indikator

kesihatan umum, ianya merujuk kepada tahap kemurungan dan

kebimbangan yang diukur berdasarkan kepada isu kebimbangan,

pemikiran depresif, kefungsian sosial, tahap keyakinan dan

kemahiran gaya tindak.

Page 4: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

4

6. Sehubungan itu, masalah-masalah khusus yang melibatkan

psikologi memerlukan peranan kaunselor yang terlatih serta

berkemampuan bagi menguruskan isu-isu melibatkan pengurusan

emosi diri. Statistik menunjukkan sehingga tahun 2016, terdapat

6,690 orang kaunselor telah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor

Malaysia berbanding 6,095 orang kaunselor yang berdaftar pada

tahun 2015.

7. Pada ketika itu, nisbah pemberi perkhidmatan kaunseling dengan

penduduk Malaysia adalah seorang kaunselor profesional kepada

4,938 penduduk (1:4938). Ini menunjukkan jurang antara

penduduk dengan kaunselor berdaftar amat besar dan

menyebabkan capaian kepada perkhidmatan kaunseling

profesional agak terhad kepada masyarakat.

8. Berdasarkan kepada keseluruhan jumlah kaunselor pada tahun

2016, perkhidmatan kaunseling yang disediakan di perkhidmatan

awam/agensi kerajaan adalah sebanyak 1,270 dan ini pastinya

membataskan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat yang

ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling di agensi kerajaan.

Maka, satu strategi pengukuhan dalam bentuk penyampaian

perkhidmatan kaunseling harus dilakukan dengan proaktif bagi

individu dan juga keluarga membantu mengukuhkan sistem

sokongan dalam sebuah keluarga.

9. Selain itu, cabaran perkhidmatan kaunseling bukan sahaja

tertumpu kepada faktor dalaman seperti tahap kompentensi

kaunselor yang merujuk kepada kemahiran dan pengalaman

Page 5: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

5

kaunselor namun faktor luaran seperti tahap kepercayaan

masyarakat kepada kerjaya kaunseling juga menjadi cabaran

utama bagi kaunselor untuk mengukuhkan perkhidmatan

kaunseling sebagai perkhidmatan utama dalam sokongan

keluarga.

PENGUKUHAN PUSAT KELUARGA SEBAGAI“THE CENTRE OF EXCELLECT”

a) Peranan Pusat Keluarga Dalam Perkhidmatan Sokongan

Keluarga Para hadirin yang dihormati sekalian,

10. Memantapkan perkhidmatan kaunseling keluarga menjadi agenda

utama kepada LPPKN untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan

di Malaysia. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh

LPPKN dilihat menjadi salah satu tunjang kepada memantapkan

kesejahteraan sosial negara secara keseluruhannya.

11. Saya melihat transformasi perkhidmatan kaunseling di Pusat

Keluarga pada hari ini selari dengan misi LPPKN yang ingin

menjadi organisasi kecemerlangan penduduk dan keluarga selain

memacu agenda kependudukan dan kekeluargaan yang inovatif

melalui program dan perkhidmatan.

12. Peranan Pusat Keluarga sebagai “The Centre Of Excellect” dilihat

signifikan kepada LPPKN pada hari ini yang berfungsi bagi

menyelaras agenda kesejahteraan keluarga di Malaysia selain

Page 6: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

6

penyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan

masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni

melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra

pengguna dan berkesan.

b) Fungsi Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Sebagai Sokongan Hubungan Kekeluargaan

Para hadirin yang dihormati sekalian,

13. Dalam aspek perkembangan kaunseling keluarga, LPPKN

mempunyai kepakaran tersendiri dalam menangani isu semasa

berkaitan kekeluargaan dan ini ditambah dengan inisiatif-inisiatif

baharu yang memberi kepelbagaian dalam jenis perkhidmatan

yang ditawarkan di Pusat Keluarga.

14. Salah satu daripada perkhidmatan yang disediakan di Pusat

Keluarga adalah berkaitan dengan kaunseling keluarga dan

perkahwinan. Kaunseling keluarga merujuk kepada satu teknik

psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi

masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga

dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu

mengubah corak interaksi mereka yang kurang berfungsi .

15. Justeru itu, semasa proses ini, kaunselor akan membantu klien

menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka dan

membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau

perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri

menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah.

Page 7: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

7

Mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah corak

berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan

bagi menangani masalah mereka.

16. Pendekatan sesi kaunseling yang berbentuk konvensional yang

digunakan pada masa kini harus mempunyai nilai tambah seperti

dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

mendapat celik akal dalam menyelesaikan masalah yang

dihadapinya.

17. Maka, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya perubahan

dilakukan dengan memberikan nilai tambah pada setiap

perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat luar khususnya

kepentingan kaunseling dalam kehidupan seharian.

18. Perkara ini sejajar dengan pelbagai program dan aktiviti di bawah

LPPKN seperti penyediaan kursus Terapi Minda, Kembara

Kaunseling dan lain-lain aktiviti yang melibatkan teknik dan juga

kaedah yang praktikal dalam menguruskan emosi seharian. Saya

juga difahamkan bahawa LPPKN Pulau Pinang turut mengadakan

program pemantapan kepada kaunselor, iaitu program Kaunseling

Keluarga yang menggunakan pendekatan kaunseling kelompok

dalam bentuk yang lebih interaktif.

19. Justeru itu, saya melihat perkembangan kaunseling keluarga di

LPPKN khususnya di Pusat Keluarga LPPKN Bertam, Pulau

Pinang ini boleh dijadikan sebagai contoh dan juga model bagi

Pusat Keluarga LPPKN yang lain dalam usaha meningkatkan

Page 8: TEKS UCAPAN YBM KPWKM Negaraku PENANG · yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan semasa. 3 ... dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut

8

perkhidmatan kaunseling keluarga ke peringkat yang yang lebih

praktikal mengikut keperluan masyarakat hari ini.

20. Saya berharap melalui inisiatif LPPKN di Pusat Keluarga Pulau

Pinang ini, diharap menjadi penanda aras yang baharu kepada

peningkatan kualiti perkhidmatan kaunseling keluarga dalam

usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan sokongan keluarga dan

yang paling mustahak adalah perancangan staretgi bagi usaha

yang berterusan untuk meningkatkan kualiti.

21. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini

merasmikan “Program Terapi Minda dan Relaksasi di Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang”.

Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh