1
TEKS UCAPAN
YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
SEMPENA
PERASMIAN PROGRAM TERAPI MINDA DAN RELAKSASI DI PUSAT KELUARGA
LPPKN PULAU PINANG
15 JUN 2017 (KHAMIS)
PUSAT KELUARGA LPPKN PULAU PINANG
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
2
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih kepada saudari/saudara Pengacara Majlis,
SALUTASI [AKAN DISEDIAKAN] Pendahuluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Negaraku
1. Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan inayah-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada
petang ini iaitu Ramadhan yang ke-20, sempena perasmian
program terapi minda dan relaksasi di Pusat Keluarga Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bertam,
Pulau Pinang.
2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPPKN kerana
sangat proaktif dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan
sokongan keluarga yang lebih baik di samping meningkatkan
kualiti perkhidmatan kaunseling konvensional kepada kaedah
yang lebih teraputik dan praktikal sesuai dengan perkembangan
semasa.
3
CABARAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DALAM PERKHIDMATAN SOKONGAN KELUARGA BERDASARKAN RMK-11 DAN IKK KE-2
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
3. Merujuk kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) iaitu
memperkasakan komuniti untuk membina masyarakat yang
produktif dan sejahtera terdapat enam strategi yang dilaksanakan
bagi mencapai sasaran utama dan salah satu strategi tersebut
adalah “Mengukuhkan Institusi Keluarga”. Ia menjurus kepada
meningkatkan kemahiran keibubapaan dan nilai kekeluargaan
serta menambahbaik perkhidmatan kaunseling dan sistem
sokongan keluarga.
4. Berdasarkan kepada Laporan Indeks Kesejahteraan Keluarga
Malaysia 2016 (IKK 2016) yang mengukur tahap kesejahteraan
keluarga melalui penilaian isi rumah iaitu ibu atau bapa terhadap
kesejahteraan keluarga melalui beberapa indikator penting telah
menunjukkan skor keseluruhan IKK adalah sebanyak 7.33
daripada nilai 10.
5. Antara salah satu daripada indikator tersebut adalah domain
kesihatan keluarga yang merujuk kepada dua perkara utama iaitu
amalan kesihatan keluarga dan kesihatan umum. Bagi indikator
kesihatan umum, ianya merujuk kepada tahap kemurungan dan
kebimbangan yang diukur berdasarkan kepada isu kebimbangan,
pemikiran depresif, kefungsian sosial, tahap keyakinan dan
kemahiran gaya tindak.
4
6. Sehubungan itu, masalah-masalah khusus yang melibatkan
psikologi memerlukan peranan kaunselor yang terlatih serta
berkemampuan bagi menguruskan isu-isu melibatkan pengurusan
emosi diri. Statistik menunjukkan sehingga tahun 2016, terdapat
6,690 orang kaunselor telah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
Malaysia berbanding 6,095 orang kaunselor yang berdaftar pada
tahun 2015.
7. Pada ketika itu, nisbah pemberi perkhidmatan kaunseling dengan
penduduk Malaysia adalah seorang kaunselor profesional kepada
4,938 penduduk (1:4938). Ini menunjukkan jurang antara
penduduk dengan kaunselor berdaftar amat besar dan
menyebabkan capaian kepada perkhidmatan kaunseling
profesional agak terhad kepada masyarakat.
8. Berdasarkan kepada keseluruhan jumlah kaunselor pada tahun
2016, perkhidmatan kaunseling yang disediakan di perkhidmatan
awam/agensi kerajaan adalah sebanyak 1,270 dan ini pastinya
membataskan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat yang
ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling di agensi kerajaan.
Maka, satu strategi pengukuhan dalam bentuk penyampaian
perkhidmatan kaunseling harus dilakukan dengan proaktif bagi
individu dan juga keluarga membantu mengukuhkan sistem
sokongan dalam sebuah keluarga.
9. Selain itu, cabaran perkhidmatan kaunseling bukan sahaja
tertumpu kepada faktor dalaman seperti tahap kompentensi
kaunselor yang merujuk kepada kemahiran dan pengalaman
5
kaunselor namun faktor luaran seperti tahap kepercayaan
masyarakat kepada kerjaya kaunseling juga menjadi cabaran
utama bagi kaunselor untuk mengukuhkan perkhidmatan
kaunseling sebagai perkhidmatan utama dalam sokongan
keluarga.
PENGUKUHAN PUSAT KELUARGA SEBAGAI“THE CENTRE OF EXCELLECT”
a) Peranan Pusat Keluarga Dalam Perkhidmatan Sokongan
Keluarga Para hadirin yang dihormati sekalian,
10. Memantapkan perkhidmatan kaunseling keluarga menjadi agenda
utama kepada LPPKN untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan
di Malaysia. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh
LPPKN dilihat menjadi salah satu tunjang kepada memantapkan
kesejahteraan sosial negara secara keseluruhannya.
11. Saya melihat transformasi perkhidmatan kaunseling di Pusat
Keluarga pada hari ini selari dengan misi LPPKN yang ingin
menjadi organisasi kecemerlangan penduduk dan keluarga selain
memacu agenda kependudukan dan kekeluargaan yang inovatif
melalui program dan perkhidmatan.
12. Peranan Pusat Keluarga sebagai “The Centre Of Excellect” dilihat
signifikan kepada LPPKN pada hari ini yang berfungsi bagi
menyelaras agenda kesejahteraan keluarga di Malaysia selain
6
penyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan
masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni
melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra
pengguna dan berkesan.
b) Fungsi Perkhidmatan Kaunseling Keluarga Sebagai Sokongan Hubungan Kekeluargaan
Para hadirin yang dihormati sekalian,
13. Dalam aspek perkembangan kaunseling keluarga, LPPKN
mempunyai kepakaran tersendiri dalam menangani isu semasa
berkaitan kekeluargaan dan ini ditambah dengan inisiatif-inisiatif
baharu yang memberi kepelbagaian dalam jenis perkhidmatan
yang ditawarkan di Pusat Keluarga.
14. Salah satu daripada perkhidmatan yang disediakan di Pusat
Keluarga adalah berkaitan dengan kaunseling keluarga dan
perkahwinan. Kaunseling keluarga merujuk kepada satu teknik
psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi
masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga
dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu
mengubah corak interaksi mereka yang kurang berfungsi .
15. Justeru itu, semasa proses ini, kaunselor akan membantu klien
menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka dan
membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau
perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri
menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah.
7
Mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah corak
berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan
bagi menangani masalah mereka.
16. Pendekatan sesi kaunseling yang berbentuk konvensional yang
digunakan pada masa kini harus mempunyai nilai tambah seperti
dalam bentuk terapi bagi membantu proses klien tersebut
mendapat celik akal dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
17. Maka, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya perubahan
dilakukan dengan memberikan nilai tambah pada setiap
perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat luar khususnya
kepentingan kaunseling dalam kehidupan seharian.
18. Perkara ini sejajar dengan pelbagai program dan aktiviti di bawah
LPPKN seperti penyediaan kursus Terapi Minda, Kembara
Kaunseling dan lain-lain aktiviti yang melibatkan teknik dan juga
kaedah yang praktikal dalam menguruskan emosi seharian. Saya
juga difahamkan bahawa LPPKN Pulau Pinang turut mengadakan
program pemantapan kepada kaunselor, iaitu program Kaunseling
Keluarga yang menggunakan pendekatan kaunseling kelompok
dalam bentuk yang lebih interaktif.
19. Justeru itu, saya melihat perkembangan kaunseling keluarga di
LPPKN khususnya di Pusat Keluarga LPPKN Bertam, Pulau
Pinang ini boleh dijadikan sebagai contoh dan juga model bagi
Pusat Keluarga LPPKN yang lain dalam usaha meningkatkan
8
perkhidmatan kaunseling keluarga ke peringkat yang yang lebih
praktikal mengikut keperluan masyarakat hari ini.
20. Saya berharap melalui inisiatif LPPKN di Pusat Keluarga Pulau
Pinang ini, diharap menjadi penanda aras yang baharu kepada
peningkatan kualiti perkhidmatan kaunseling keluarga dalam
usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan sokongan keluarga dan
yang paling mustahak adalah perancangan staretgi bagi usaha
yang berterusan untuk meningkatkan kualiti.
21. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini
merasmikan “Program Terapi Minda dan Relaksasi di Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang”.
Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh