teks ucapan ybhg. dato’ hajah mariam mas binti … · 2017-02-14 · dengan cara ini kita dapat...

7
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI YACOB PENGERUSI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUAGA NEGARA (LPPKN) MAJLIS KONVOKESYEN SILVERSPOON INTERNATIONAL COLLEGE KALI KE-4 KINRARA GOLF & COUNTRY CLUB, SELANGOR 21 JANUARI 2017 (SABTU)

Upload: vunhu

Post on 10-Jul-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI … · 2017-02-14 · Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan ... yang telah berjaya mengharumkan nama Negara

1

TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI YACOB

PENGERUSI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUAGA NEGARA

(LPPKN)

MAJLIS KONVOKESYEN SILVERSPOON INTERNATIONAL COLLEGE

KALI KE-4

KINRARA GOLF & COUNTRY CLUB, SELANGOR

21 JANUARI 2017 (SABTU)

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI … · 2017-02-14 · Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan ... yang telah berjaya mengharumkan nama Negara

2

[SALUTASI] BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM 1. Yang Berbahagia Dr. Mohamad Sulaiman

Pengarah Pemantauan Projek Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 2. Yang Berbahagia Puan Hajah Hashimah binti Harun

Pengurus Besar Pengurusan Perbadanan Pembangunan Kemahiran (PTPK)

3. Yang Berusaha Professor Chef Zamzani bin Abdul Wahab Pengetua Silverspoon International College

4. Yang Berusaha

Mr. Rodney Lai Hsieh Khoon Pengarah Urusan Silverspoon International College

5. Dif-dif kehormat

6. Para pensyarah 7. Para Ibu bapa

8. Para graduan yang diraikan

9. Rakan-rakan media; dan

10. Serta hadirin yang dihormati sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI … · 2017-02-14 · Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan ... yang telah berjaya mengharumkan nama Negara

3

MUKADIMAH Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Salam Sejahtera Dan

Salam 1 Malaysia.

PENDAHULUAN 1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, pada pagi yang indah

ini kita dapat bersama-sama di Majlis Konvokesyen Silverspoon

International College ke-4.

2. Di kesempatan ini, saya mewakili YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim,

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin

merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Silverspoon

International College atas undangan untuk saya merasmikan Majlis

Konvokesyen pada pagi. Majlis gilang-gemilang pada hari ini memberi

makna besar kepada para ibu bapa dan para graduan, serta menandakan

kesinambungan dalam sejarah kolej ini dalam melahirkan graduan dalam

bidang Kulinari dan Pastri.

3. Saya yakin, semestinya perasaan gembira jelas terpancar di wajah para

ibu bapa dan graduan dalam menyambut hari yang amat bersejarah ini.

Sokongan dan pengorbanan para ibu bapa selama ini telah

membolehkan para graduan untuk melanjutkan pengajian di menara

gading dan seterusnya berjaya mengenggam segulung diploma yang

diidam-idamkan. Pastinya jasa bakti yang telah dicurahkan oleh para ibu

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI … · 2017-02-14 · Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan ... yang telah berjaya mengharumkan nama Negara

4

bapa adalah amat besar dan majlis konvokesyen ini semestinya adalah

hari yang telah dinanti-nantikan oleh para ibu bapa untuk meraikan

kejayaan anak masing-masing.

Hadirin sekalian,

USAHA KERAJAAN

4. Kerajaan sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam membangunkan

modal insan yang berkualiti. Pembangunan modal insan yang berkualiti

penting kerana keperluan terhadap tenaga kerja mahir akan semakin

meningkat seiring dengan perkembangan teknologi. Pada masa kini,

pekerja yang berkemahiran tinggi adalah diperlukan untuk melaksanakan

tugas yang semakin kompleks, menjalankan inovasi, dan menambahbaik

proses dan produk melalui penggunaan teknologi baharu.

5. Saya percaya alam usaha melahirkan pekerja yang mahir, inovatif, dan

kreatif, kita memerlukan pendidikan dan latihan yang berterusan.

Golongan muda perlu diberi akses kepada pendidikan dan latihan pra-

pekerjaan (atau pre-employment education and training) yang berkualiti

supaya mereka berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang memberi

pendapatan yang baik. Apabila mereka sudah masuk ke alam pekerjaan,

latihan yang berterusan bagi meningkatkan lagi keupayaan mereka ke

tahap yang lebih tinggi juga adalah penting.

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI … · 2017-02-14 · Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan ... yang telah berjaya mengharumkan nama Negara

5

6. Kerajaan contohnya Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian

Pendidikan Tinggi ada menyediakan pelbagai sumber pengendali latihan

kemahiran yang berperanan yang penting bagi memastikan hasrat untuk

melahirkan pekerja yang mahir, inovatif dan kreatif dapat dicapai.

Penyedia latihan seperti Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga

Manusia sentiasa berusaha untuk mempertingkat mutu kursus yang

dikendalikan di samping menawarkan kursus-kursus baharu yang sesuai

dengan perkembangan teknologi serta memenuhi keperluan industri.

Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan

dengan menawarkan program-program yang bersesesuaian dengan

keperluan semasa.

Hadirin sekalian,

BIDANG KULINARI DAN PASTRI SEBAGAI PROFESSION

7. Saya amat berbangga dengan usaha SSiC yang merintis pembelajaran

dalam bidang kemahiran khususnya Seni Kulinari dan Pastri. Ia adalah

suatu inisiatif yang baik bagi menggalakkan kemahiran sebagai suatu

pilihan kepada golongan lepasan sekolah sebelum memasuki dunia

pekerjaan yang sebenar.

8. Saya percaya ramai anak tempatan yang memilih bidang Kulinari dan

Pastri sebagai profesion mampu memberikan pendapatan yang lumayan.

Malah, sudah ramai ikon bidang kulinari kelahiran tempatan di luar sana

yang telah berjaya mengharumkan nama Negara dengan kepakaran

mengetengahkan keunikan masakan pelbagai etnik di peringkat

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI … · 2017-02-14 · Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan ... yang telah berjaya mengharumkan nama Negara

6

antarabangsa. Nama-nama seperti Chef Wan, Chef Florence Tan, Chef

Anis Nabilah dan tidak asing lagi, Prof. Chef Zam, Pengetua SSiC sendiri

merupakan contoh ikon bidang kulinari yang bukan sahaja terkenal di

Malaysia malah cukup dikenali di luar Negara. 9. Saya yakin bidang Kulinari dan Pastri mampu menyumbang kearah

tenaga kerja yang berkemahiran tinggi sejajar dengan hasrat kerajaan

untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

PENUTUP

10. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin menasihatkan para

graduan supaya jangan melupakan jasa ibu dan bapa, atau penjaga yang

telah mendidik anda sejak dari kecil sehinggalah berjaya pada hari ini.

Hargailah pengorbanan yang telah mereka lakukan dan berbaktilah

kepada mereka apabila saudara dan saudari telah mampu berdikari.

Jangan lupakan juga jasa para guru dan pensyarah yang telah memberi

pelajaran, sejak dari sekolah rendah, hingga ke sekolah menengah dan

seterusnya di SSiC. Hargai segala ilmu yang telah diterima, dan

manfaatkannya untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk komuniti dan

negara. Semoga saudara dan saudari yang bergelar graduan pada hari

ini akan menjadi warga Malaysia yang bermanfaat kepada semua.

11. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada

para graduan di atas kejayaan yang diperolehi. Terima kasih juga saya

ucapkan kepada semua pihak yang telah bekerja keras bagi menjayakan

majlis ini. Semoga Majlis Konvokesyen pada hari ini akan menjadi satu

majlis yang istimewa dan kekal dalam ingatan kita sepanjang hayat.

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ HAJAH MARIAM MAS BINTI … · 2017-02-14 · Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa SSiC kekal relevan ... yang telah berjaya mengharumkan nama Negara

7

Dengan ini, saya dengan penuh takzim merasmikan Majlis Konvokesyen SilverSpoon International College Kali Ke-4.