1 cover warta mara 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan...

8
Merintis Kecemerlangan Menjulang Wawasan Menyambung Warisan Edaran PERCUMA “Majlis Merintis Kecemerlangan, Menjulang Wawasan, Menyambung Warisan” telah diadakan pada 21 Mei 2009 bertempat di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA bagi meraikan dan memberi pengiktirafan terhadap anak-anak didik dan tenaga pengajar MARA yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. April - Julai 2009 Al-Fatihah Mohd. Rosni bin Shariff (47 tahun) Penolong Pegawai Tadbir (Penguatkuasaan), Pejabat MARA Negeri Kedah 1 April 2009 (Rabu) bersamaan 05 Rabiulakhir 1430H. Mas Emilia bt. Maswari (24 tahun) Juruteknik Bangunan, Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang 6 April 2009 (Isnin) bersamaan 10 Rabiulakhir 1430H. A Aziz bin Jaafar (51 tahun) Pembantu Tadbir (P/O), Pejabat MARA Indonesia 7 Mei 2009 (Khamis) bersamaan 12 Jamadilawal 1430H. Siti Noorashah bt. Abas (30 tahun) Guru Matematik, IKM Jasin 14 Mei 2009 (Khamis) bersamaan 19 Jamadilawal 1430H. April NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN Md Idris Bin Ahmad Pemb. Tadbir (K) N22 PMN Melaka 35 Tahun 29.04.2009 Mei NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN Abd Rahman Bin Ishak Pemb. Tadbir (K) N26 Bhg. Kawalan Kredit 34 Tahun 01.05.2009 Halipah Bin Kasimin Pengarah E54 Bhg. Pemb. Infras. Pern. 31 Tahun 01.05.2009 Mohd Puad Bin Md Lip Guru Pend. Islam DG44 MRSM Alor Gajah 25 Tahun 20.05.2009 Jun NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN Padzilah Binti Othman Pengetua DG52 MRSM PDRM Kulim 31 Tahun 18.06.2009 Aboo Bakar Bin Mohamed Pen. Peg. Tadbir E32 Bhg. Pemb. Usahawan 36 Tahun 20.06.2009 Julai NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN Hanizah Binti Hamidun Pen. Peg. MARA Daerah E27 PMD Hulu Selangor 24 Tahun 01.07.2009 Bais Bin Samiran Pen. Peg. Lat. Vokasional J36 IKM TSYA 26 Tahun 08.07.2009 Azizah Binti Ahmad Pem. Am Pejabat N1 Kolej MARA Kulim 32 Tahun 10.07.2009 Parson Bin Jakiah Pemb. Tadbir N17 PMN Sabah 30 Tahun 10.07.2009 Hamdan Bin Sanusi Pen. Peg. Lat. Vokasional J36 IKM TSYA 24 Tahun 23.07.2009 Datin Jamilah Binti Marzuki Pembantu Tadbir N17 BPH 32 Tahun 31.07.2009 Berita Semasa WARTA MARA 1 4 PERSARAAN 2009 WARTA MARA Bil: 14/09 ISSN 1823-9560 MARA terus mara

Upload: leanh

Post on 08-Mar-2018

248 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

1 COVER

Merintis Kecemerlangan Menjulang Wawasan

Menyambung Warisan

Edaran PERCUMA

“Majlis Merintis Kecemerlangan, Menjulang Wawasan, Menyambung Warisan” telah diadakan pada 21 Mei 2009 bertempat di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA bagi meraikan dan memberi pengiktirafan terhadap anak-anak didik dan tenaga pengajar MARA yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

April - Julai 2009

Al-FatihahMohd. Rosni bin Shariff (47 tahun)Penolong Pegawai Tadbir (Penguatkuasaan),Pejabat MARA Negeri Kedah1 April 2009 (Rabu) bersamaan 05 Rabiulakhir 1430H.

Mas Emilia bt. Maswari (24 tahun)Juruteknik Bangunan,Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang6 April 2009 (Isnin) bersamaan 10 Rabiulakhir 1430H.

A Aziz bin Jaafar (51 tahun)Pembantu Tadbir (P/O),Pejabat MARA Indonesia7 Mei 2009 (Khamis) bersamaan 12 Jamadilawal 1430H.

Siti Noorashah bt. Abas (30 tahun)Guru Matematik,IKM Jasin14 Mei 2009 (Khamis) bersamaan 19 Jamadilawal 1430H.

April NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN

Md Idris Bin Ahmad Pemb. Tadbir (K) N22 PMN Melaka 35 Tahun 29.04.2009

Mei NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN

Abd Rahman Bin Ishak Pemb. Tadbir (K) N26 Bhg. Kawalan Kredit 34 Tahun 01.05.2009

Halipah Bin Kasimin Pengarah E54 Bhg. Pemb. Infras. Pern. 31 Tahun 01.05.2009

Mohd Puad Bin Md Lip Guru Pend. Islam DG44 MRSM Alor Gajah 25 Tahun 20.05.2009

Jun NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN

Padzilah Binti Othman Pengetua DG52 MRSM PDRM Kulim 31 Tahun 18.06.2009

Aboo Bakar Bin Mohamed Pen. Peg. Tadbir E32 Bhg. Pemb. Usahawan 36 Tahun 20.06.2009

Julai NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH PERSARAAN

Hanizah Binti Hamidun Pen. Peg. MARA Daerah E27 PMD Hulu Selangor 24 Tahun 01.07.2009

Bais Bin Samiran Pen. Peg. Lat. Vokasional J36 IKM TSYA 26 Tahun 08.07.2009

Azizah Binti Ahmad Pem. Am Pejabat N1 Kolej MARA Kulim 32 Tahun 10.07.2009

Parson Bin Jakiah Pemb. Tadbir N17 PMN Sabah 30 Tahun 10.07.2009

Hamdan Bin Sanusi Pen. Peg. Lat. Vokasional J36 IKM TSYA 24 Tahun 23.07.2009

Datin Jamilah Binti Marzuki Pembantu Tadbir N17 BPH 32 Tahun 31.07.2009

BeritaSemasa

WARTAMARA

1 4

PERSARAAN 2009

WARTA MARABil: 14/09 ISSN 1823-9560

MARA terus mara

Page 2: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

SIDANG PENGARANG

PENASIHATY. Bhg. Datuk Nam bin MarthininKetua Pengarah MARA

KETUA PENGARANGHasni binti Suleiman

TIMBALAN KETUA PENGARANGNor Zaini binti Abu Kassim

PENGARANGAhmad Sabri bin KassimAfniza binti Abu BakarMohd Zia bin Salehhudin

KONSEP DAN REKA BENTUK• Grafik Bhg. Hal Ehwal Korporat MARA• Pusat Pembangunan Reka Bentuk

FOTOGRAFI• Unit Penerbitan Bhg. Hal Ehwal Korporat MARA• Bhg. Pembangunan Sumber MARA

Warta MARA diterbitkan oleh

Bahagian Hal Ehwal Korporat

dan kami mengalu-alukan

sebarang cadangan atau komentar, surat-

menyurat, rencana dan ulasan.

PENERBITUnit Penerbitan

Bhg. Hal Ehwal Korporat MARA

Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA

21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur

Tel:03-2690 3653

Faks:03-2692 7386

Emel:[email protected]

Laman web: http://www.mara.gov.my

PENCETAKWNS BUDI ENTERPRISE (001497077-P)

BeritaUsahawan

WARTAMARA

01

Majlis PerasmianXpo Peruncitan Bumiputera2009 telah diadakan di Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor

pada 14 April 2009 adalah bertujuan mempromosikan Program

Peruncitan Bumiputera melalui pendekatan Mentor-Mentee,

Anchor-Vendor dan Anchor-Network dengan memberi peluang

business matching di kalangan usahawan setempat dan juga di

kalangan peniaga dan pembekal. Antara pengisian majlis ialah

pameran oleh peserta, agensi kerajaan dan institusi kewangan.

Selain itu berlangsung juga business talk oleh mentor dan

pemilihan bakal mentee menerusi mentor dan MARA.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B.M. Dato’ Raja Ideris

bin Raja Ahmad, ADUN Sg. Tawar merangkap Pengerusi Majlis

Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.

Ber

itaU

saha

wan

Karnival ini berlangsung selama tiga hari, bermula Mac

hingga Disember dan akan menjadi One Stop Centre

kepada para pengguna untuk mendapatkan produk

tempatan. Majlis perasmian KJM 2009 Peringkat

Kebangsaan telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Hasan

bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan

Wilayah pada 4 Julai 2009 bertempat di Taman Tasik

Cempaka, Bangi, Selangor.

Program Karnival Jualan Mega (KJM) 2009 anjuran MARA merupakan usaha bagi menjana ekonomi usahawan dan peniaga kecil di negara ini. Penganjuran Karnival Jualan Mega 2009 melibatkan 70 lokasi di seluruh negara. Karnival ini mengutarakan konsep “Jualan Runcit Harga Borong” bagi memberi peluang kepada pengguna menikmati barangan runcit pada harga borong.

Page 3: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

Majlis Perasmian Outlet Ziq Bakery & Cake

Majlis Perasmian Outlet Ziq Bakery & Cake telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Othman Bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah ( Usahawan) MARA pada 16 April 2009 bertempat di Pusat Niaga Paya Keladi, Kuala Terengganu, Terengganu. Tujuan majlis diadakan adalah sebagai satu strategi promosi kepada umum berkenaan perniagaan bakeri, kek dan pastri yang dijalankan oleh Ziq & Bakery, mentor di bawah Program Peruncitan Bumiputera MARA. Selain itu, perasmian ini juga diharapkan dapat melebarkan saiz pasaran sedia ada di samping menggalakkan lebih ramai usahawan baru untuk menceburi bidang ini.

Tahniah diucapkan kepada Puan Suzana Binti Mohamed Salleh peneraju Syarikat Ziq Bakery & Cake atas kejayaan membina entiti perniagaan yang boleh kita banggakan.

MARA telah melancarkan In-Store Promotion dengan kerjasama Pasaraya Giant untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan di bawah didikan MARA bagi memasarkan produk-produk mereka di cawangan GIANT seluruh Malaysia. Dengan kewujudan kolaborasi seperti ini, pihak MARA yakin usaha untuk meningkatkan daya tahan dan daya maju usahawan dalam bidang peruncitan dapat dicapai dengan lebih segera. Program selama 10 hari ini telah melibatkan 15 orang usahawan dengan 50 jenis produk.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Yusoff bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 9 Julai 2009 bertempat di Pasaraya GIANT Kota Damansara, Selangor.

In-Store Promotion Produk Usahawan Bumiputera

BeritaUsahawan

WARTAMARA

02

Seminar Dan Forum Program Teknousahawan MARA

Program seumpama ini digagaskan dengan matlamat untuk membangunkan keupayaan usahawan Bumiputera dalam bidang pembangunan perisian atau produk IT yang bermutu dan marketable sesuai dengan perkembangan dunia semasa. Ia mencerminkan kesungguhan dan kewibawaan MARA ke arah memperkukuhkan perancangan hala tuju strategik bagi melahir dan memperkasa teknousahawan yang berupaya merintis dan melakar kejayaaan.

Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 30 Jun 2009 sehingga 2 Julai 2009 dan telah dihadiri seramai 150 orang peserta. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

BeritaUsahawan

WARTAMARA

03

Page 4: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

Ber

itaS

emas

aPertandingan Ragbi MRSM Piala Pengerusi MARA

Pertandingan Ragbi (Jemputan) ini telah berlangsung pada 28 Jun sehingga 1 Julai 2009 bertempat di MRSM Muar, Johor. Ia menyaksikan penyertaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak, Merbok, Kuala Terengganu dan Lenggong, Kolej Yayasan Saad, Melaka (KYS), Maktab Tentera DiRaja Sg Besi, Kuala Lumpur (RMC) dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah (KSAH). MRSM Terendak muncul juara mengalahkan MRSM Merbok 18-12 pada pertandingan akhir. Encik Ahmad bin Sokirin, PMN Johor telah menyempurnakan upacara penutup pertandingan.

Walaupun tentera Zionis sudah lama berundur daripada bermaharajalela membunuh penduduk Palestin, kekejaman mereka masih meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat dunia. Setiap hari, rakyat Palestin terus ditindas dalam pelbagai cara tanpa mampu melawan kerana tiada kekuatan serta kemudahan persenjataan dan kewangan. Maka Sambutan Minggu Palestin bermula pada 5 Mei 2009 bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur ini telah dilaksanakan atas dasar keprihatinan dan nilai keperimanusiaan warga MARA untuk membela nasib rakyat Palestin di Wilayah Gaza.

Pelbagai program diatur termasuk pameran, ceramah, kutipan amal dan tayangan video mengenai sejarah serta perjuangan rakyat Palestin. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA.

SambutanMinggu Palestin MARA

BeritaSemasa

WARTAMARA

05

Program CSR Rebung telah berlangsung pada 29 Mei sehingga 2 Jun 2009 dengan usahasama Integrity Business Club (IBC) dan Alumnus CSR Rebung di bawah naungan Institut Integriti Malaysia (IIM). Penganjurannya bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap tanggungjawab kepada masyarakat, alam sekitar serta pembangunan ekonomi komuniti setempat dalam membantu kerajaan membangunkan negara. Penyertaannya melibatkan 405 orang pelajar dari 40 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) se-Malaysia dan 40 orang guru terpilih.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA bertempat di Dewan Besar MRSM Pontian, Johor. Dalam program ini juga, pihak PLUS Wilayah Selatan telah melakukan upacara menanam pokok sebagai tanda keprihatinan terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Program CSR Rebung MRSM Se-Malaysia 2009

Page 5: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

Kejohanan Sukan MARA Se-Malaysia kali ke-VI

Kejohanan Sukan MARA Se-Malaysia kali ke-VI telah berlangsung pada 8 - 12 Jun 2009 di Bandar Penawar, Desaru, Johor. Kejohanan pada kali ini mempertandingkan 19 jenis sukan melibatkan 14 buah kontinjen mewakili setiap negeri. Tahniah buat Kontinjen Kedah kerana telah berjaya menjuarai kejohanan ini.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Majlis ini merupakan mekanisme pengiktirafan dan penghargaan MARA kepada warga kerjanya yang telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tahun 2008. Sejumlah 722 warga kerja MARA seluruh negara telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini yang diadakan di peringkat negeri masing-masing.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2008 Peringkat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan dan Selangor telah berlangsung pada 16 Julai 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Penganugerahan di PWTC ini melibatkan 168 orang warga kerja di Peringkat Ibu Pejabat, MARA Negeri Selangor dan MARA Wilayah Persekutuan. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah yang merupakan kelompok terbaik warga MARA. Anugerah berupa cek RM 1,000 dan sijil penghargaan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2008

BeritaSemasa

WARTAMARA

06

BeritaSemasa

WARTAMARA

07

Page 6: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

Majlis Meraikan Kejayaan Delegasi MRSM I-SWEEEP 2009Pertandingan I-SWEEEP merupakan pertandingan bertaraf dunia khususnya dalam bidang tenaga, kejuruteraan dan alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan tenaga yang akan mengaplikasikan konsep teknologi yang mesra persekitaran dalam pendidikan menengah.

Syabas kepada pelajar MRSM yang telah berjaya mengharumkan nama negara dengan merangkul empat Perak, satu Gangsa dan dua Anugerah Khas dalam pertandingan International Sustainable World Energy, Engineering &

Environment Project (I-SWEEEP) yang diadakan pada 15 - 20 April 2009 bertempat di Houston, Texas, Amerika Syarikat. Majlis disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA.

Program Latihan Aprentis MARA - OISCAProgram ini merupakan program usahasama MARA dan OISCA melibatkan 16 buah syarikat yang bertempat di Jepun. Di dalam program ini pelajar diberi latihan secara praktikal atau hands on di syarikat terbabit. Pada tahun ini seramai dua orang pelajar sahaja dihantar bagi melanjutkan pengajian di sana dan seramai 16 orang pelajar telah berjaya menamatkan program latihan ini dalam bidang Mekanikal Penyelenggaraan Mesin, Teknikal Penyejuk dan Penyaman Udara dan Kejuruteraan Megatronik. Sempena itu majlis meraikan dan menyambut kepulangan pelajar telah diadakan pada 24 Mei 2009 bertempat di Ibu Pejabat MARA.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y. Bhg. Dato’ Mohd. Sofian Abd. Rahim, Naib Presiden OISCA Malaysia.

Ber

itaP

end

idik

an BeritaPendidikan

WARTAMARA

09

Ekspo Sulaman Warisan Sepanjang ZamanBermula November 2008, GIATMARA telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kemahiran Tenaga Pengajar berbentuk Training Cum Production dalam bidang sulaman. Kursus diadakan selari dengan usaha GIATMARA bagi meningkatkan profesionalisme tenaga pengajar melalui penghantaran enam tenaga pengajar kanan ke Padang, Indonesia bagi mendalami Seni Sulaman Ayak. Lanjutan dari itu, GIATMARA telah menganjurkan ekspo selama tiga hari bermula pada 24 sehingga 26 Jun 2009 bertempat di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Antara pengisian program adalah pertandingan sulaman, pertunjukan fesyen, jualan sulaman, demo serta promosi GIATMARA.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Page 7: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

Program Pertukaran Pelajar Beijing ForeignStudies University (BFSU)

Program Pertukaran Pelajar Beijing Foreign Studies University

(BFSU) adalah untuk kajian lapangan dan penempatan pelajar

BFSU sebagai anak angkat kepada Ahli Pengurusan MARA. Kajian

lapangan adalah bagi melengkapi pengajian Bahasa Melayu 17

orang pelajar BFSU di Akademi Pengajian Melayu. Majlis penutup

disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin, Ketua

Pengarah MARA pada 18 April 2009 bertempat di Ruang Legar,

Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Majlis Menandatangani (MoU) Smart Partnership di antara MARA dan Welding Industries (Malaysia) Sdn Bhd pada 6 Mei

2009 bertempat di IKM Lumut, merupakan satu lagi

usaha berterusan MARA mencorak dan memperkasa

lanskap Pendidikan dan Latihan Kemahiran MARA

untuk memastikan pembangunan modal insan yang

dilaksanakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

bergerak seiring dengan keperluan industri dan

peluang pekerjaan semasa.

Majlis ini disempurnakan oleh Y.Bhg. Puan Hajah

Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah

(Pendidikan) MARA.

BeritaPendidikan

WARTAMARA

10

BeritaPendidikan

WARTAMARA

11

Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia 2009

Pertandingan debat ini berlangsung dari 27 Jun sehingga

1 Julai 2009 bertempat di Dewan Besar, MRSM Bentong,

Pahang. Penganjurannya bertujuan memperkasa program

debat di kalangan para pelajar MRSM mengikut format

antarabangsa. Sistem power match swiss brackett telah

diperkenalkan dalam kejurulatihan dan penghakiman

pertandingan debat. Sistem ini merupakan julung kali

dilaksanakan dalam pertandingan debat di peringkat sekolah

dengan menggunakan khidmat kepakaran dari Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seramai 336 orang

pelajar dari 42 buah MRSM seluruh negara dan 100 orang

guru telah terpilih pada pertandingan kali ini.

Tahniah kepada MRSM Batu Pahat dan MRSM Pasir Salak

selaku johan dan naib johan bagi kategori debat dalam

Bahasa Malaysia. Begitu juga tahniah kepada MRSM Balik

Pulau selaku johan dan MRSM Muadzam Shah selaku

naib johan bagi kategori debat Bahasa Inggeris. Program

penutup disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh,

Pengerusi MARA.

Page 8: 1 COVER WARTA MARA 2009.pdf · mengharumkan nama negara dalam ... alam sekitar yang bertujuan mempromosi reka cipta kejuruteraan yang menemukan kecekapan dan pengurusan ... Jepun…

BeritaPendidikan

WARTAMARA

12

Sambutan Hari Pendidik MARA 2009Peringkat Kebangsaan

Majlis Perasmian Hari Pendidik MARA 2009 bertemakan “Pendidik Inovatif, Generasi Berkualiti” telah berlangsung pada 4 Jun 2009 bertempat di Dewan Gemilang Mercu Idaman, German Malaysian Institute, Bangi. Ini adalah sebagai tanda penghargaan dan penghormatan terhadap jasa serta bakti golongan pendidik di Institut Pengajian MARA (IPMa) seluruh tanah air. Perasmian disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

BeritaPendidikan

WARTAMARA

13

Program Titian Kasih

Program Titian Kasih merupakan program

Yayasan Tuanku Syed Putra yang

dipengerusikan oleh Duli Yang Teramat Mulia

Tuanku Raja Muda Perlis bagi mewujudkan

hubungan rapat antara pihak istana dengan

rakyat di samping memupuk semangat

cintakan negara di kalangan pelajar.

Menerusi program ini sebuah sekolah di

Kawasan Parlimen Negeri secara bergilir

akan terpilih bagi pelaksanaan program

tersebut. Pada kali ini MRSM Beseri terpilih

untuk menjadi tuan rumah.

Program perasmian telah disempurnakan

oleh Raja Muda Perlis, D.Y.T.M. Tuanku Syed

Faizuddin Putra Ibni Duli Yang Maha Mulia

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail

pada 17 Jun 2009 bertempat di MRSM

Beseri, Perlis.

Encik Wahab bin Alwi, 69, merupakan anak kelahiran negeri Kelantan. Dilahirkan pada 2 Jun 1940 di Pantai Cinta Berahi, Kelantan dan menerima pendidikan awalnya di Kuala Krai.

PROFIL AKADEMIK1953 -1961 : Malay College Kuala Kangsar1962 : Melanjutkan pengajian di bawah Colombo Plan di University of Western Australia dalam bidang Anthropology minor in Psychology

PROFIL KERJAYA24 Februari 1966 : Mula berkhidmat di MARA sebagai pegawai biasiswa pertama2 Januari 1970 : Dilantik sebagai Pengarah Latihan dan mencipta sejarah di MARA dengan menjadi pengarah yang termuda pada umur 30 tahun. 1983 : Bersara ketika menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).

SUMBANGAN(i) Beliau telah menerokai peluang dan bertanggungjawab menghantar pelajar-pelajar Melayu meneruskan pengajian di negara-negara bukan Komanwel seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun yang pada masa itu belum diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

(ii) Beliau juga bertanggungjawab dalam menghantar pelajar-pelajar Melayu ke Mesir dalam bidang perubatan.

(iii) Dengan usaha beliau juga, bermula 1969, jurulatih IKM telah dihantar ke luar negara untuk latihan.

(iv) Program tindikan untuk tenaga pengajar juga bermula semasa beliau menjadi Pengarah Latihan MARA.

(v) Menyediakan kertas konsep yang dikenali sebagai Batik Paper bagi penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk dibentangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Cadangan ini walau bagaimanapun telah ditolak.

(vi) Pada awal 1971, beliau telah berjumpa dengan Ketua Pengarah EPU pada masa itu, Encik Tong Yong Hong untuk membentangkan sekali lagi kertas konsep MRSM. Atas persetujuan Encik Tong, tiga (3) buah MRSM dibina masing-masing di Seremban, Kota Bharu dan Kuantan. MRSM pertama beroperasi di Seremban pada tahun 1973.

(vii) Bagi membezakan sistem pendidikan di MRSM daripada sistem pendidikan konvensional beliau telah membawa masuk pegawai-pegawai peace corp dari Amerika Syarikat. Beliau juga memastikan bahawa tenaga pengajar adalah graduan universiti dan tidak perlu memiliki Diploma Pendidikan untuk mula mengajar di MRSM.

(viii) Semua MRSM dilengkapi dengan kaunselor pelajar dan pelajar tidak perlu memakai uniform. Beliau juga telah memperkenalkan sistem homeroom iaitu konsep kekeluargaan antara pelajar dan guru. Beliau kagum dengan cara pelaksanaan konsep ini semasa lawatannya di beberapa sekolah asrama penuh di New York.

(ix) Menyediakan garis panduan tentang learning by discovery. Beliau berpendapat bahawa proses pembelajaran dan pengajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar belajar melalui penemuan. Konsep ini telah diguna pakai di MRSM sehingga kini.

(x) Penekanan kecemerlangan pendidikan di kalangan anak-anak Melayu terus diperjuangkan melalui program Accelerated Learning yang diperkenalkan kepada 2,000 kaunselor di seluruh negara dan beberapa sekolah pendalaman sekitar Gua Musang.

(xi) Beliau juga telah membentangkan kertas berbentuk ilmiah untuk menjayakan matlamat pengukuhan dan penstrukturan semula sistem pendidikan di MARA semasa dalam Retreat MARA pada 2008.

Tokoh Pendidik MARA 2009