teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim · pdf file1 teks ucapan yb dato’ sri...

7
1 TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA LONDON 19 SEPTEMBER 2015 (Salutasi) Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam mesra PENDAHULUAN 1. Pertamanya, Alhamdullilah dan syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama pada hari ini bersempena dengan Majlis Perasmian Komuniti PERWANI 1Malaysia London yang merupakan Komuniti PERWANI yang pertama ditubuhkan di United Kingdom. 2. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) dan para pelajar Malaysia di London yang telah mengambil initiatif untuk menubuhkan Komuniti PERWANI 1Malaysia. Saya amat berbesar hati dengan kesungguhan puan-puan dalam menyokong usaha dan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat walaupun secara fizikalnya puan-puan berada di London sedangkan kementerian berada di Malaysia.

Upload: dothu

Post on 11-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena majlis perasmian

1

TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN

MASYARAKAT SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA LONDON

19 SEPTEMBER 2015

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam mesra

PENDAHULUAN

1. Pertamanya, Alhamdullilah dan syukur kita ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama pada hari

ini bersempena dengan Majlis Perasmian Komuniti PERWANI

1Malaysia London yang merupakan Komuniti PERWANI yang pertama

ditubuhkan di United Kingdom.

2. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Persatuan Wanita

Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) dan para pelajar Malaysia di

London yang telah mengambil initiatif untuk menubuhkan Komuniti

PERWANI 1Malaysia. Saya amat berbesar hati dengan kesungguhan

puan-puan dalam menyokong usaha dan program yang dilaksanakan

oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

walaupun secara fizikalnya puan-puan berada di London sedangkan

kementerian berada di Malaysia.

Page 2: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena majlis perasmian

2

PENUBUHAN KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA

Para hadirin yang saya hormati,

3. Untuk makluman semua, Komuniti PERWANI 1Malaysia telah

berusia hampir 3 tahun. Program ini merupakan suatu inisiatif di bawah

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS - National Blue Ocean

Strategy)yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd

Najib bin Tun Abdul Razak pada 17 Mac 2013 sempena dengan

perhimpunan 1Million Women Purple Walk.

4. Komuniti PERWANI 1Malaysia berperanan untuk mempromosi

kesejahteraan masyarakat dengan mengerakkan pelbagai aktiviti yang

memberi faedah kepada masyarakat setempat. Sebagai contohnya,

Komuniti PERWANI 1Malaysia boleh melaksanakan program seperti

pemerkasaan ekonomi, peningkatan literasi undang-undang,

pembangunan modal insan, peningkatan keselamatan kejiranan dan

sebagainya. Komuniti PERWANI 1Malaysia bersifat kesukarelawan dan

memberi peluang kepada golongan wanita untuk bertindak sebagai

agen transformasi di peringkat komuniti.

5. Sehingga 1 September 2015, sebanyak 11,844 kumpulan

Komuniti PERWANI 1Malaysia telah ditubuhkan di seluruh Malaysia

dengan keanggotaan seramai 160,884 orang wanita rakyat Malaysia

yang berumur 18 tahun ke atas dengan setiap kumpulan terdiri daripada

10 hingga 20 orang. Pihak kementerian terus giat mempromosikan

Komuniti PERWANI 1Malaysia ke seluruh negara agar lebih ramai

golongan wanita dapat sama-sama menyertai Komuniti PERWANI

1Malaysia ini dan seterusnya menyumbang ke arah kesejahteraan

masyarakat.

Page 3: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena majlis perasmian

3

PERWANI SEBAGAI AGEN TRANSFORMASI KOMUNITI

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Saya sering ditanya, apakah kelebihan menyertai komuniti

PERWANI 1Malaysia? Kalau kita imbas kembali kehidupan berjiran

suatu ketika dahulu, kita pasti mengenali setiap ahli keluarga dalam

kejiranan kita, bergotong royong apabila ada kenduri dan ziarah-

menziarahi semasa musim perayaan atau apabila jiran ditimpa musibah.

Pada hari ini, suasana sedemikian sudah jarang-jarang berlaku kerana

kesibukan menguruskan kehidupan dan kerjaya masing-masing.

7. Saya percaya perkara yang sama juga berlaku di sini, di London.

Oleh yang demikian, kita perlu kembali kepada konsep kehidupan

bermasyarakat dan biarlah golongan wanita menjadi penggerak kepada

usaha ini. Ini kerana keprihatinan golongan wanita terhadap isu-isu

keluarga, kebajikan, pendidikan dan perkembangan sosial tidak dapat

dinafikan lagi.

8. Sebagai agen transformasi komuniti, PERWANI berperanan untuk

menggalakkan pelaksanaan program dan melahirkan sebuah

masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Ahli PERWANI diberi

kebebasan untuk menentukan sendiri aktiviti yang hendak dijalankan

mengikut keperluan masyarakat setempat. Dalam masa yang sama,

PERWANI menggalakkan kepimpinan dipupuk di kalangan wanita,

mengupaya dan memperkasa wanita sepenuhnya dalam memastikan

potensi wanita dapat direalisasikan serta dibangunkan. Kerajaan bukan

setakat mengiktiraf peranan wanita tetapi mahu mengarusperdanakan

golongan hawa dalam proses pembangunan dan transformasi negara.

Page 4: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena majlis perasmian

4

9. Selain bertindak selaku agen transformasi peringkat akar umbi,

kumpulan PERWANI ini turut berfungsi sebagai agen penyalur

maklumat khususnya bagi meningkatkan kefahaman masyarakat

mengenai hala tuju kerajaan. Dalam konteks sekarang, banyak

maklumat disalurkan melalui media sosial yang kadang kala maklumat

tersebut tidak tepat yang akhirnya memberi gambaran yang salah

tentang usaha-usaha dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

10. Semasa siri lawatan turun padang bersama rakyat, saya dapati

ada segelintir masyarakat yang kurang faham mengenai dasar dan

inisiatif yang diperkenalkan kerajaan. Dengan menggunakan jaringan

Komuniti PERWANI, penerangan yang lebih jelas dan tepat dapat

disampaikan kepada semua pihak terutamanya di peringkat akar umbi.

Ahli-ahli PERWANI sendiri boleh menggunakan forum ini untuk

meningkatkan pengetahuan agar lebih memahami dan berupaya untuk

menjelaskannya pula kepada wanita-wanita lain.

PERWANI PENYAMBUNG SILATULRAHIM

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Kehidupan di perantauan menjadikan kita lebih rapat antara satu

sama lain. Susah senang suka duka kita kongsi bersama. Mungkin tidak

keterlaluan jika saya katakan rakyat Malaysia di luar negara lebih kuat

hubungan silatulrahimnya. Mungkin kerana di Malaysia, kita merasakan

kita dikelilingi keluarga dan rakan-rakan maka kita lupa kepada

kehidupan berkomuniti. Ada juga kalanya, kita mengelak untuk berjumpa

Page 5: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena majlis perasmian

5

dengan jiran-jiran atas alasan tidak mahu menganggu dan tidak mahu

diganggu.

12. Apabila saya mendapat tahu yang London telah bersetuju untuk

menjadi komuniti PERWANI 1Malaysia yang pertama di luar negara,

maka saya dapat rasakan bahawa di sini kehidupan bermasyarakatnya

pasti hebat, rapat dan kuat persaudaraannya. Jadi saya dengan

berbesar hati menawarkan Komuniti PERWANI 1Malaysia untuk puan-

puan gunakan landasan ini untuk mengukuhkan hubungan silatulrahim

sedia ada.

13. Rancangkanlah pelbagai program yang boleh dilaksanakan seperti

pembangunan kapasiti (latihan dan kemahiran), pembangunan

masyarakat (kekeluargaan, kerohanian dan kebajikan), pembangunan

ekonomi (keusahawanan) termasuk juga program-program kesihatan

keselamatan agar komuniti kita terus mantap dan kehidupan menjadi

lebih sejahtera.

14. Sebagai contoh, antara program-program yang dijalankan oleh

Komuniti PERWANI 1Malaysia di Negara kita ialah kerja-kerja

sukarelawan dan bergotong royong seperti membersihkan rumah

mangsa banjir, memasak dan mengedar bubur lambuk, dan

membersihkan tempat riadah seperti pantai. Terdapat juga program-

program keusahawanan seperti mini karnival usahawan, jahitan dan

sulaman serta kraftangan dan masakan. Tidak ketinggalan juga aktiviti

kesihatan seperti program badan sihat minda cerdas, saringan

kesihatan dan juga aktiviti keagamaan seperti majlis sembahyang sunat

tasbih, solat hajat dan bacaan yaasin.

Page 6: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena majlis perasmian

6

15. Memandangkan komuniti PERWANI 1 Malaysia London

merupakan komuniti yang pertama di London, saya mencadangkan kita

perbanyakkan komunikasi antara komuniti PERWANI London dengan

pihak kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita agar lebih

banyak maklumat dapat disalurkan dan dapat dikongsi bersama agar

komuniti PERWANI ini dapat ditambah baik.

16. Dalam ledakan teknologi maklumat, di mana komunikasi banyak

bergantung kepada media sosial sama ada menerusi Twitter, Facebook,

Instagram dan lain-lain, saya merasakan perlunya setiap komuniti

PERWANI mempunyai laman sosial sendiri supaya jaringan dan

komunikasi di kalangan komuniti PERWANI boleh berlaku dengan lebih

pantas, walaupun terpisah jauh.

PENUTUP 17. Sebelum mengakhiri ucapan, ingin saya maklumkan bahawa saya

ingin mengajak ahli-ahli PERWANI yang ada di sini supaya

memanfaatkan segala aktiviti yang akan dianjurkan memandangkan

aktiviti tersebut adalah untuk kebajikan masyarakat secara

keseluruhannya. Kita tonjolkan gaya hidup masyarakat Malaysia yang

bersatu padu, harmoni, hormat menghormati melalui komuniti PERWANI

1Malaysia kepada masyarakat setempat di mana saja kita berada.

18. Akhir kata, saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan

kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom,

Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) dan para

pelajar Malaysia di London yang telah berjaya menubuhkan PERWANI

pertama di United Kingdom. Berita ini juga pastinya mengembirakan

Page 7: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena majlis perasmian

7

kumpulan PERWANI lain di Malaysia kerana komuniti ini telah

berkembang sehingga ke seberang laut.

19. Seterusnya dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim, saya dengan

sukacitanya merasmikan Komuniti PERWANI 1Malaysia di London.

Sekian, Wabillahhitaufik Walhidayah Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.