teks ucapan y. bhg. tan sri jamaluddin bin haji … · malahan jabatan telah menetapkan agar setiap...

21
TEKS UCAPAN Y. BHG. TAN SRI JAMALUDDIN BIN HAJI AHMAD DAMANHURI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DI MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ______________________________________________________ TARIKH : 19 MEI 2004 (RABU) TEMPAT : DI AUDITORIUM ARAS 4, BLOK C1, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN Y. BHG. TAN SRI JAMALUDDIN

BIN HAJI AHMAD DAMANHURI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA DI MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

______________________________________________________

TARIKH : 19 MEI 2004 (RABU) TEMPAT : DI AUDITORIUM ARAS 4, BLOK C1, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

2

Pengacara Majlis

Y. Bhg. Dato’ Zakaria bin Mohd Taib Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Wahab bin Mulajat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Y. Bhg. Pengarah-pengarah Bahagian

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Taalawabarakatuh dan Salam Sejahtera

3

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya dapat kita sama-sama meraikan Majlis Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003 bersama dengan Perhimpunan

Bulanan JPA bagi bulan Mei 2003 ini. Majlis yang dianjurkan ini adalah untuk

memberi pengiktirafan kepada pegawai yang telah memberi sumbangan serta

perkhidmatan yang cemerlang dalam tahun penilaian 2003. Majlis ini juga

merupakan yang kedua diadakan setelah Sistem Saraan Malaysia

dilaksanakan sejak 1 November 2002. Kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada Majlis ini

khususnya kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

JPA Tahun 2003.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4

2. Semua Pegawai Perkhidmatan Awam yang memilih terima Sistem

Saraan Malaysia yang berkuatkuasa mulai 1 November 2002, telah diberi

pergerakan gaji biasa pada tahun 2003 berdasarkan laporan Penilaian

Prestasi tahun 2002. Mulai tahun 2004 dan seterusnya, dua cara pergerakan

gaji tahunan iaitu pergerakan gaji biasa dan anjakan gaji akan dilaksanakan

sepenuhnya. Berikutan dengan perlaksanaan Sistem Saraan Malaysia juga,

kerajaan telah menetapkan supaya dasar dan kaedah pemberian Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang diubahsuai seperti yang digariskan dalam Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahunan 2002 yang

berkuatkuasa mulai 1 Januari 2003. PKPA tersebut menetapkan bahawa

pegawai layak dipertimbangkan untuk dipilih dan diberi Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang berdasarkan perkara-perkara berikut:-

5

i. pegawai Perkhidmatan Awam dalam semua kumpulan, gred dan

kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik sama

ada secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat bagi

tempoh genap setahun pada hari tahun penilaian;

ii. pegawai dinilai berpandukan borang laporan penilaian prestasi tahunan

(LNPT) dan mendapat 85% markah dan lebih;

iii. bilangan pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

tidak melebihi 8% daripada jumlah pegawai yang berkhidmat pada 31

Disember tahun penilaian dibuat namun tidak semestinya memenuhi

8% tersebut; dan

iv. insentif dan hadiah APC adalah seperti berikut:

- Sijil Perkhidmatan Cemerlang;

- Hadiah prestasi sebanyak RM1000;

6

- Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti latihan

yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja;

- Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat,

bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri; dan

- Nama dan gambar penerima dipamerkan (untuk memberi

semangat kepada pegawai lain).

3. Untuk makluman hadirin sekalian, Panel Pembangunan Sumber

Manusia (PPSM) JPA yang ditubuhkan pada 7 Februari 2003 merupakan

badan yang mempertimbang dan meluluskan cadangan pegawai yang layak

diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berdasarkan prestasi tahun lalu.

Antara fungsi dan kuasa PPSM yang ditetapkan dalam perkara 15 kepada

Lampiran A2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah:

7

• Memastikan proses pelaksanaan sistem penilaian prestasi dilakukan

tanpa unsur penganiayaan;

• Mengesyor penempatan serta pembangunan kerjaya yang sesuai

dengan kompetensi pegawai;

• Mengesyorkan bimbingan atau kaunseling bagi mempertingkatkan

prestasi dan motivasi pegawai;

• Menentukan kesesuaian pergerakan gaji dan penganugerahan pingat;

dan

• Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan bagi pegawai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Analisis penilaian Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2003

JPA keseluruhannya mendapati 85.69% daripada pegawai kita telah

8

mencapai prestasi cemerlang dengan memperolehi markah sebanyak 85%

dan ke atas. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada mereka kerana

sebahagian besar dari kita telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Harapan saya agar angka di atas akan terus meningkat di masa-masa akan

datang dan dapat dizahirkan/ditunjukkan menerusi kerja-kerja yang dihasilkan

oleh Jabatan kita.

5. Gambaran di atas menunjukkan sebahagian besar pegawai JPA telah

mencapai tahap yang ditafsir sebagai hasil kerja sentiasa melebihi tahap

maksimum yang ditentukan. Dari segi pengetahuan dan kemahiran pula,

pegawai berkenaan telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang

sangat luas dan mendalam dalam bidang tugasnya, diakui

kemahiran/kepakarannya sentiasa menjadi sumber rujukan. Di samping itu,

9

aspek kualiti peribadi pula sentiasa menghayati dan melaksanakan ciri-ciri

kualiti peribadi dengan cemerlang.

6. Selaras dengan kehendak PKPA Bil. 2 Tahun 2002, hanya 172 orang

pegawai sahaja yang berjaya dicalonkan kali ini. Tahniah saya ucapkan

kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPA Tahun

2003 yang terpilih, dan kepada yang lainnya saya harap dapat dijadikan

sebagai suatu cabaran untuk berusaha meningkatkan prestasi di masa akan

datang. Saya sangat berharap agar semua penerima anugerah Perkhidmatan

Cemerlang akan terus mengekalkan prestasi masing-masing bagi tahun-tahun

seterusnya. Tuan-tuan dan puan-puan merupakan model atau contoh serta

ikutan kepada rakan-rakan yang lain di Jabatan kita.

10

7. Seperti yang telah saya maklumkan di awal tadi sebanyak 85.69%

daripada pegawai telah mencapai tahap prestasi yang cemerlang, namun

cuma 8% sahaja yang boleh diberi pengiktirafan menerusi Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang. Insya Allah pegawai cemerlang lain akan

mendapat ganjaran dalam bentuk lain seperti peluang latihan, anugerah

darjah kebesaran dan seumpamanya. Sekiranya masih lagi gagal, diharap

jangan berputus asa. Berusahalah dengan lebih gigih lagi pada tahun ini

supaya tuan/puan akan dicalonkan pada tahun hadapan, Insya Allah.

8. Sebagai makluman tuan/puan bahawa masih terdapat 14.31% atau

seramai 281 orang yang markah penilaian mereka kurang daripada 85%.

Saya amat berharap agar mereka membuat penilaian diri tentang kelemahan

yang mereka miliki serta mengambil tindakan segera untuk memperbaikinya.

Tuan-tuan dan puan-puan masih belum terlewat lagi. Berusahalah dari

11

sekarang kerana masa tidak menunggu kita. Jadikan pengalaman lalu

sebagai pengajaran untuk kita terus maju dan bukannya mengambil sikap

berputus asa. Napoleon Bornaparte pernah berkata “Tiada yang mustahil

sebelum kita mencubanya.”

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

9. Jabatan telah menyediakan kemudahan kepada kita semua untuk

menuju ke arah kecemerlangan. Pada tahun 2003 sebanyak 32 kursus

meliputi pelbagai bidang dan untuk semua peringkat telah dikendalikan oleh

Cawangan Sumber Manusia, BKP dan turut dihadiri oleh 2001 orang peserta.

Pada tahun 2004 pula sebanyak 38 kursus telah dan akan diadakan.

Malahan Jabatan telah menetapkan agar setiap pegawai menghadiri kursus

sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Ini tidak termasuk kursus-kursus

12

yang dianjurkan oleh INTAN dan pihak-pihak lain. Ambillah peluang ini untuk

menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan meluaskan lagi pengetahuan yang

sedia ada demi untuk kebaikan pegawai dan Jabatan melaksanakan tugas-

tugas yang ditetapkan.

10. Bagi memantapkan lagi usaha-usaha ini, kita telah merangka kod etika

untuk kita hayati dan amalkan. Kod etika ini diperjelaskan lagi supaya lebih

mudah difahami oleh semua peringkat pegawai. Saya berharap semua

pegawai JPA telah faham dan mengamalkannya semasa melaksanakan

tugas. Saya yakin dengan mengamalkan sepenuhnya kod etika ini

perkhidmatan yang kita berikan akan lebih cemerlang.

11. Contohnya, Kod etika pertama adalah profesionalisme bermaksud

bahawa kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, kemahiran yang

13

mencukupi dan berintegriti bagi menjalankan tugas dan tangungjawab. Ciri-

ciri profesionalisme di sini adalah;

- mempunyai kemahiran, kebijaksanaan serta kemampuan

menjalankan tugas

- mempunyai iltizam (komitmen) yang tinggi dan bersedia

menjalankan tugas

- mempunyai sikap mementingkan masa dan kualiti yang

ditetapkan

- mempunyai kejujuran, adil dan tidak mementingkan diri

- mempunyai kreativiti, motivasi, berdaya saing, berdedikasi dan

berdisiplin

14

12. Kod etika kedua adalah bertindak sebagai satu pasukan. Ini

bermaksud setiap pegawai perlu bekerjasama dalam melaksanakan tugas

kerana kerja berpasukan akan memberi hasil yang lebih berkualiti. Oleh itu

setiap pegawai JPA hendaklah;

- bertindak ke arah satu wawasan (visi)

- sentiasa melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam aktiviti

Jabatan

- berkongsi pengalaman, maklumat dan pengetahuan

- sentiasa bertolak ansur, bekerjasama dan saling hormat

menghormati

- sentiasa menjaga imej Jabatan.

13. Kod etika ketiga memberi tumpuan kepada kecemerlangan dan keunggulan yang bermaksud usaha pegawai perlu melebihi tahap yang

15

ditetapkan bagi meningkatkan prestasi Jabatan. Ciri yang diberi tekanan di

sini adalah;

- sentiasa berusaha melakukan yang terbaik

- sentiasa berusaha memperbaiki prestasi kerja

- sentiasa peka dan prihatin kepada kehendak pelanggan

- berupaya melaksanakan pelbagai tugas (multiple tasks)

- penampilan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa

14. Kod etika keempat ialah berhemah dan berwibawa. Setiap pegawai

perlu mempunyai pekerti mulia serta berkemampuan dalam melaksanakan

tugas serta bijaksana. Ciri yang perlu ada ialah;

- sentiasa amanah dan berakhlak

- bertimbangrasa, mesra dan saksama (konsisten)

- tegas, tepat dan telus dalam membuat keputusan

16

- sentiasa tenang, sabar dan dapat menyesuaikan diri dalam

semua keadaan

- bersedia mendengar teguran dan kritikan

15. Kod etika kelima pula adalah pembelajaran berterusan iaitu setiap

pegawai perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan

pengetahuan bagi kemajuan kerjaya. Para pegawai hendaklah;

- sentiasa berusaha memaju dan meningkatkan kemahiran diri

- sentiasa menggalak semua pegawai berusaha memajukan diri

- bersedia mempelajari dari pengalaman diri dan orang lain ke arah

penambahbaikan

- bersedia menghadapi latihan/kursus yang ditetapkan

- sentiasa peka terhadap pengetahuan terkini

17

Hadirin yang dihormati sekalian,

16. Kita kini sedang dalam proses mendapatkan Sijil MS ISO 9000 versi

2000. Pasukan Audit MAMPU dijangka akan membuat auditan pada 25 dan

26 Mei nanti. Saya berharap semua pegawai JPA telah bersedia dan

mengambil tindakan yang perlu seperti mengemaskini fail meja dan

melaksanakan kerja mengikut prosedur kerja yang baru. Di samping itu,

tindakan penambahbaikan perlu dibuat secara berterusan selaras dengan

hasrat untuk meningkatkan kualiti hasil kerja. Langkah ini penting untuk

menentukan tahap perkhidmatan yang diberikan sentiasa cemerlang.

17. Walaupun berbagai usaha dan kemudahan disediakan namun yang

paling penting adalah sikap individu itu sendiri yang ingin berubah ke arah

yang lebih baik. Segala usaha dan kemudahan seperti bangunan yang cantik

18

dan peralatan yang canggih menjadi sia-sia sekiranya individu berkenaan

tidak mengambil sikap positif dan mempelajari kelemahan dan kesilapan yang

dimiliki supaya menjadi pegawai yang cemerlang. Penilaian kecemerlangan

dibuat merangkumi semua aspek. Aspek yang paling penting adalah

penghasilan kerja di mana kuantiti dan kualiti hasil kerja serta keberkesanan

hasil kerja akan dinilai sepenuhnya. Oleh itu Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

perlulah menjadi panduan kepada kita semua di samping tidak mengabaikan

aspek kualiti dan tempoh masa kerja berkenaan perlu diselesaikan.

18. Pengetahuan dan kemahiran juga tidak kurang pentingnya menyokong

aspek penghasilan kerja. Oleh itu tahap ilmu pengetahuan dan kemahiran;

kebolehan menghayati dan melaksanakan dasar, peraturan serta arahan; dan

kebolehan berkomunikasi diambil kira. Kesemua ini diperolehi melalui

bacaan, kursus, latihan dan juga pengalaman yang dilalui.

19

19. Selain daripada itu, aspek kualiti peribadi amat penting sebagai seorang

pegawai awam. Ciri-ciri seorang pemimpin seperti mempunyai wawasan,

komitmen, kebolehan membuat keputusan, menggerak dan memberi

dorongan kepada pegawai lain perlu dimiliki. Kebolehan mengelola, disiplin

diri yang tinggi, bersikap proaktif dan inovatif serta mampu menjalin

kerjasama yang harmoni dan mesra akan melengkapkan lagi sifat-sifat

seorang pegawai yang cemerlang.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

20. Sebagai seorang Islam, kerja kita merupakan satu cabang ibadat yang

memerlukan kita melakukannya secara bersungguh-sungguh, ikhlas dan

sebaik mungkin. Kerja hendaklah dilakukan dengan teratur, mengikut

20

peraturan, menepati masa dan dengan komitmen yang tinggi. Kita juga perlu

memupuk sikap minat bekerja yang tinggi dalam diri masing-masing. Cara ini

bukan sahaja akan memudahkan kita menyelesaikan sesuatu tugas malahan

lebih penting lagi kerja yang dihasilkan lebih berkualiti. Di samping itu, kita

juga perlu mengamalkan sikap bertaqwa, bersyukur dan terus menimba ilmu

pengetahuan serta pengalaman. Mudah-mudahan kita akan menjadi pegawai

yang cemerlang dan insan yang diredhai Allah.

21. Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan sekali lagi bahawa

JPA sedang membuat persiapan untuk menyertai Anugerah Kualiti Perdana

Menteri Tahun 2004. Anugerah ini sangat berprestij di negara kita ini. Oleh

itu, saya merayu supaya semua pegawai JPA bersiap sedia untuk

menjayakan Jabatan dalam pertandingan ini di antaranya dengan mengambil

tindakan seperti mengemaskini proses kerja, mengindahkan ruang pejabat

21

dan mengatasi segala kelemahan yang masih wujud. Matlamat kita adalah

untuk menjadikan JPA sebuah organisasi yang cemerlang dan terunggul di

Malaysia. Insya Allah kita akan berjaya sekiranya kita bersatu hati dan tenaga

ke arah memartabatkan Jabatan kita.

22. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Y. Bhg.

Dato’ Zakaria bin Mohd Taib, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Operasi), Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Wahab bin Mulajat, Timbalan Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Pengarah-pengarah

Bahagian, pegawai-pegawai yang hadir di Majlis pada hari ini serta ucapan

tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPA

Tahun 2003.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum wth.