teks ucapan - pns.com.my · teks ucapan yang berbahagia dato ... guru besar sekolah kebangsaan...

3
TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATO’ SYED KAMARULZAMAN BIN DATO' SYED ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ”PROGRAM BERKHATAN – JOM MASUK JAWI” PADA: 22 NOVEMBER 2014 (SABTU), 9 PAGI BERTEMPAT DI SEK. KEB. MERGONG, ALOR SETAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Ahmad Bashah b Md Hanipah Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Yang Berbahagia Dato’ Basaruddin Sadali Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Yang Berbahagia Dato’ Azmi bin Lateh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Puan Fauziah Binti Md Hanafiah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mergong Encik Zulkafly Bin Othman Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

Upload: nguyendang

Post on 17-Apr-2018

384 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN - pns.com.my · TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATO ... Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mergong Encik Zulkafly Bin Othman ... terlibat di dalam menjayakan program selama 2

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA DATO’ SYED KAMARULZAMAN BIN DATO' SYED

ZAINOL KHODKI SHAHABUDIN

PENGARAH URUSAN PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)

SEMPENA:

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

”PROGRAM BERKHATAN – JOM MASUK JAWI”

PADA:

22 NOVEMBER 2014 (SABTU), 9 PAGI

BERTEMPAT DI

SEK. KEB. MERGONG, ALOR SETAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan Salam 1

Malaysia

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Ahmad Bashah b Md Hanipah

Timbalan Menteri,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Yang Berbahagia Dato’ Basaruddin Sadali

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK)

Yang Berbahagia Dato’ Azmi bin Lateh

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK)

Puan Fauziah Binti Md Hanafiah

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mergong

Encik Zulkafly Bin Othman

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

Page 2: TEKS UCAPAN - pns.com.my · TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATO ... Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mergong Encik Zulkafly Bin Othman ... terlibat di dalam menjayakan program selama 2

Rakan – rakan media,

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah

dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama hadir di Program CSR - Program

Berkhatan yang kita namakan program ”Jom Masuk Jawi” pada pagi ini.

2. Bagi pihak PNS, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

YB Timbalan Menteri Senator Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah kerana

dalam kesibukan dan kepadatan jadualnya dapat juga beliau menghadiri ke Program

Berkhatan pada pagi ini.

3. Saya difahamkan pada pagi ini seramai 100 orang peserta berkhatan yang

terdiri daripada anak-anak kecil daripada daerah ini akan menyertai Program

Berkhatan ini. Saya berasa amat bersyukur, walaupun ini merupakan kali pertama

PNS menganjurkan Program CSR seumpama ini, sambutan yang diterima amatlah

menggalakkan.

Hadirin Hadirat yang saya hormati sekalian,

4. Untuk makluman tuan-tuan dan puan yang berada di sini, PNS adalah

merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri

francais negara. Dalam kesibukan kami menjalankan tanggungjawab tersebut, PNS

juga tidak ketinggalan dan sentiasa aktif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial

korporatnya (CSR) kepada masyarakat. Dalam tahun ini sahaja, sebanyak 5

program CSR yang telah berjaya dilaksanakan dan ini adalah merupakan kali kedua

PNS menganjurkan program CSR di negeri ini. Kali pertama, PNS telah

menganjurkan program CSR di Langkawi, juga telah disempurnakan oleh YB Dato’

Seri Ahmad Bashah juga. InsyaAllah, usaha ini akan kami teruskan lagi pada masa

akan datang.

Hadirin Hadirat yang saya hormati sekalian,

5. Jika kita imbas kembali pada masa dahulu, upacara berkhatan sering

diadakan secara beramai-ramai terutamanya pada musim cuti persekolahan. Kini

upacara berkhatan tidak lagi menjadi satu perkara yang meriah dan kian hilang

ditelan dek zaman kerana ibu bapa sekarang lebih senang memilih untuk

mengkhatankan anak-anak mereka secara moden di hospital atau klinik swasta

kerana ia lebih mudah dan ringkas.

6. Bagi meneruskan lagi tradisi berkhatan beramai-ramai agar tidak dilupakan

oleh masyarakat pada masa kini, PNS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan

program berkhatan secara beramai-ramai dengan menggabungkan konsep rawatan

konvensional dan sambutan secara tradisional. Kami mensasarkan golongan yang

berpendapatan rendah dan yang kurang berkemampuan untuk menyertai program

Page 3: TEKS UCAPAN - pns.com.my · TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATO ... Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mergong Encik Zulkafly Bin Othman ... terlibat di dalam menjayakan program selama 2

ini. Kami berharap agar usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban tuan-

tuan dan puan-puan semua di samping mengekalkan tradisi ini.

7. Untuk makluman semua, di samping mengadakan program berkhatan

beramai-ramai pada pagi ini, kami juga turut berkesempatan menyumbangkan

tenaga bergotong-royong mengecat bangunan Sekolah Kebangsaan Mergong ini

pagi semalam. Alhamdulilah semuanya telah berjalan dengan lancar dan hasilnya

juga amat memuaskan hati. Diharap agar usaha ini sedikit sebanyak membantu

pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada pelajar-pelajar

sekolah ini.

8. Sebagai mengakhiri ucapan, tahniah dan terima kasih kepada semua yang

terlibat di dalam menjayakan program selama 2 hari ini. Saya juga berharap agar

program berkhatan sebentar nanti akan berjalan dengan lancar dan mengikut apa

yang telah dirancang.

Sekian Terima Kasih.