teks ucapan perhimpunan mingguan

2
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang berusaha Puan Hjh Rosmawati binti Din , Penolong Kanan Petang, En Haris bin Harun, Timbalan Penolong Kanan Petang, Puan Suraya, Kaunselor SMKPBG, rakan- rakan guru, barisan pengawas sekolah serta anak didik yang dikasihi. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya izinkan kamu duduk dalam keadaan senyap dan tertib. Baiklah, buat pengetahuan kamu, saya dan Puan Nor Azna ialah guru bertugas pada minggu lepas. Oleh itu, saya akan membacakan laporan tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada minggu lepas. Pada hari Isnin, telah berlangsungnya majlis pelancaran minggu votek dan majlis pelancaran NILAM yang telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rosmawati binti Din.Pada hari Rabu pula berlangsungnya gimik pelancaran NILAM di kantin sekolah. Saya berharap selepas ini budaya membaca dapat dipupuk dalam diri kamu kerana amalan ini merupakan amalan yang sangat mulia. Selain itu, saya ingin menyentuh beberapa perkara terutamanya disiplin. Kamu tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat. Kamu hanya dibenarkan berada di sepanjang kawasan laluan antara kantin dan surau sahaja. Sekiranya berlaku kecurian, pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas akan menjadi suspek utama. Kedua, dari segi kehadiran kamu pada waktu perhimpunan. Kamu diwajibkan berkumpul di dewan pada pukul 12:40 kecuali pada hari Jumaat. Kamu juga tidak dibenarkan berkeliaran di sekitar kawasan sekolah pada waktu ini. Selepas ini saya tidak mahu lagi ada kes ponteng perhimpunan seperti yang berlaku sebelum ini. Seterusnya, dari segi kebersihan kelas. Kebersihan kelas pada minggu lepas agak memuaskan. Cuma saya ingin nasihatkan kamu supaya sentiasa mengutip sampah yang ada di dalam kelas dan di dalam longkang. Tolong buang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah. Jika sampah sarap ini dikutip suasana pembelajaran kamu akan lebih selesa. Dari segi keceriaan, kelas yang mendapat markah tertinggi pada minggu lepas ialah

Upload: teachernizz

Post on 16-Jan-2016

148 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan Perhimpunan Mingguan

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang berusaha Puan Hjh Rosmawati binti Din , Penolong Kanan Petang, En Haris bin Harun, Timbalan Penolong Kanan Petang, Puan Suraya, Kaunselor SMKPBG, rakan-rakan guru, barisan pengawas sekolah serta anak didik yang dikasihi.Sebelum saya meneruskan ucapan, saya izinkan kamu duduk dalam keadaan senyap dan tertib. Baiklah, buat pengetahuan kamu, saya dan Puan Nor Azna ialah guru bertugas pada minggu lepas. Oleh itu, saya akan membacakan laporan tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada minggu lepas. Pada hari Isnin, telah berlangsungnya majlis pelancaran minggu votek dan majlis pelancaran NILAM yang telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rosmawati binti Din.Pada hari Rabu pula berlangsungnya gimik pelancaran NILAM di kantin sekolah. Saya berharap selepas ini budaya membaca dapat dipupuk dalam diri kamu kerana amalan ini merupakan amalan yang sangat mulia. Selain itu, saya ingin menyentuh beberapa perkara terutamanya disiplin. Kamu tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat. Kamu hanya dibenarkan berada di sepanjang kawasan laluan antara kantin dan surau sahaja. Sekiranya berlaku kecurian, pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas akan menjadi suspek utama. Kedua, dari segi kehadiran kamu pada waktu perhimpunan. Kamu diwajibkan berkumpul di dewan pada pukul 12:40 kecuali pada hari Jumaat. Kamu juga tidak dibenarkan berkeliaran di sekitar kawasan sekolah pada waktu ini. Selepas ini saya tidak mahu lagi ada kes ponteng perhimpunan seperti yang berlaku sebelum ini.Seterusnya, dari segi kebersihan kelas. Kebersihan kelas pada minggu lepas agak memuaskan. Cuma saya ingin nasihatkan kamu supaya sentiasa mengutip sampah yang ada di dalam kelas dan di dalam longkang. Tolong buang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah. Jika sampah sarap ini dikutip suasana pembelajaran kamu akan lebih selesa. Dari segi keceriaan, kelas yang mendapat markah tertinggi pada minggu lepas ialah kelas 1 Bestari. Tahniah diucapkan. Sila berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka. Selanjutnya, sebelum mengakhiri ucapan saya telah menyediakan sebuah video bertemakan kekeluargaan untuk tatapan kamu semua. Diharapkan kamu mendapat manfaat daripada video yang akak ditayangkan nanti. Sekian, terima kasih.