teks ucapan perasmian ybhg dato’ ketua … ucapan kppm … · teks ucapan perasmian ... merangkap...

8
1 TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSI A MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011 SEKTOR PENDIDIKAN 17 OKTOBER 2011 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berbahagia DatoIbrahim Mohamad Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian Ketua-ketua Jabatan, dif-dif kehormat dan seterusnya YBhg Dato’/Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2011 pada hari ini. 2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak urus setia kerana menjemput saya hadir ke

Upload: phungtu

Post on 07-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

SEKTOR PENDIDIKAN

17 OKTOBER 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan

salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Dato’ Ibrahim Mohamad

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa,

Pengarah-Pengarah Bahagian

Ketua-ketua Jabatan, dif-dif kehormat

dan seterusnya YBhg Dato’/Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati

sekalian.

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

s.w.t. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama

berhimpun dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat

Sektor Pendidikan Tahun 2011 pada hari ini.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi

terima kasih kepada pihak urus setia kerana menjemput saya hadir ke

Page 2: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

2

majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. Terima kasih

juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Kementerian dan pihak urus

setia yang telah berusaha menjayakan sambutan Bulan Bahasa

Kebangsaan, serta warga sektor pendidikan yang hadir pada pagi ini untuk

turut sama memeriahkan acara penting ini.

3. Sesungguhnya, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang

berlangsung sepanjang bulan Oktober ini memberikan kesempatan

kepada kita untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan

persuratan kebangsaan. Pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan

ini memberikan kita peluang untuk menghayati dan menghargai khazanah

bahasa dan persuratan kebangsaan kita sebagai bahasa utama di negara

ini. Melalui cara ini, kita bukan sahaja dapat memupuk rasa cinta kepada

Bahasa Kebangsaan, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang betapa

pentingnya kita menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam urusan

seharian.

1Bahasa 1Bangsa 1Negara

4. Tema Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini ialah “1Bahasa

1Bangsa 1Negara”. Tema ini mengajak kita warga Malaysia untuk

menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan sebagai tonggak bangsa

kita dan cerminan jati diri kita. Sesungguhnya kekuatan sesuatu bangsa itu

dapat dilihat pada bahasanya. Pada bahasa itulah tergambar etos atau

Page 3: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

3

semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang

dipunyai secara bersama.

5. Ini bermakna, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan

membentuk negara kita sebagai satu bangsa. Sekiranya bahasa yang kita

martabatkan adalah bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar

daripada bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa

memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita, bersinarlah jiwa

kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa

yang bermaruah.

6. Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan

terhadap kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan. Kedudukan istimewa ini kemudiannya diterjemahkan pula

melalui penggubalan dan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan yang

memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Dasar Bahasa Kebangsaan

misalnya mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang

mesti digunakan dalam setiap urusan rasmi kerajaan. Dasar pendidikan

kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan adalah bahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Dengan

melaksanakan dasar-dasar ini, kita dapat memastikan bahawa kedudukan

istimewa Bahasa Kebangsaan tidak hanya termaktub dalam

Perlembagaan, tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh

rakyat.

Page 4: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

4

7. Selain itu, tidak kurang pentingnya juga ialah hakikat bahawa

Bahasa Kebangsaan adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum,

agama, budaya dan bahasa ibunda. Ini menjadikan Bahasa Kebangsaan

sebagai wahana perpaduan yang penting dalam masyarakat majmuk

seperti Malaysia. Dengan menggunakan satu bahasa, kita akan dapat

memupuk dan menyuburkan perasaan kebersamaan antara kita dan

sekaligus melupakan perbezaan. Sekiranya ini dapat kita lakukan secara

bersama dan bersungguh-sungguh, gagasan 1Bangsa 1Negara atau

1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato’ Seri

Mohd. Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan melalui penghayatan dan

penggunaan satu bahasa.

Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

8. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, kerajaan

telah melaksanakan dasar baru dalam sistem pendidikan kita iaitu Dasar

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

(MBMMBI). Dasar ini bertujuan untuk memartabatkan bahasa Malaysia

sebagai bahasa ilmu, dan pada masa yang sama memperkukuh

penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Dasar ini adalah

selari dengan hasrat Penyata Razak 1956 yang bercita-cita untuk

menyatupadukan rakyat Malaysia melalui sistem pelajaran kebangsaan

dengan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama.

Page 5: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

5

9. Selain daripada itu, komitmen kita untuk memartabatkan Bahasa

Malaysia, baik dalam bidang pendidikan atau dalam bidang-bidang yang

lain, adalah berdasarkan kepada keyakinan kita terhadap keupayaan

bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Keyakinan

ini berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan kita yang

berteraskan pendidikan bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi

pemangkin kepada kemajuan negara selama ini. Persepsi bahawa bahasa

kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa

kemajuan merupakan tanggapan yang meleset. Pemartabatan sesuatu

bahasa sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, bukanlah semata-

mata bergantung kepada sistem bahasa itu, tetapi turut berkait dengan

faktor peradaban dalam kalangan pengguna bahasa itu sendiri.

10. Jika kita mengimbas sejarah peradaban berbahasa Melayu, tradisi

keilmuan dan persuratan bangsa kita cukup gemilang. Kalau di Barat ada

Chaucer, di Alam Melayu ada Hamzah Fansuri dan kalau di Barat pada

kurun ke 14 ada Canterbury Tales, di Alam Melayu ada Hikayat Raja-Raja

Pasai. Ini menunjukkan bahasa kita pada ketika itu bukan sekadar

digunakan sebagai alat pertuturan sahaja, tetapi telah berjaya

mengungkapkan falsafah dan budaya tinggi yang menggambarkan tahap

intelektual bangsa kita sejak zaman-berzaman. Hukum Kanun Melaka dan

Hikayat Hang Tuah adalah antara contoh karya agung bangsa kita yang

diungkapkan dalam bahasa Kebangsaan. Ini sekali gus membuktikan

bahawa bahasa Kebangsaan kita telah mencapai tahap bahasa ilmu tinggi.

Page 6: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

6

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Ilmu

11. Maka, tanggungjawab kita sekarang ini ialah untuk

mempertingkatkan fungsi bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan

bahasa kemajuan. Kita tidak perlu terus bernostalgia tentang kegemilangan

masa lampau, tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk

mencapai matlamat ini. Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan

kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan

bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan

keperluan semasa, dan akhirnya akan pupus. Tidak guna lagi kita

bernostalgia dengan keagungan dan kehebatan lampau bahasa kita, jika

ianya sudah tidak sesuai lagi dengan kemajuan zaman.

12. Justeru, usaha-usaha yang lebih agresif dan tersusun perlu

dilakukan untuk meningkatkan fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa

ilmu dan bahasa kemajuan. Ini termasuklah dengan menghasilkan lebih

banyak karya-karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutama sekali

dalam bidang sains dan teknologi. Institusi-institusi pengajian tinggi,

agensi-agensi pelaksana dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), serta

para ilmuwan perlu mewujudkan sinergi bagi menghasilkan karya-karya

ilmiah bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. Bagi saya inilah cabaran

paling besar dalam usaha kita untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Page 7: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

7

Kesedaran

13. Sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor

Pendidikan pada hari ini, suka saya mengingatkan bahawa segala usaha

kita untuk memartabat dan memperkasakan bahasa kebangsaan tidak

akan berhasil sekiranya kita khususnya pegawai kerajaan tidak mempunyai

kesedaran yang tinggi untuk menghormati dan menggunakan bahasa

kebangsaan dalam urusan seharian. Segala usaha kita akan menjadi sia-

sia jika kita tidak menanamkan keyakinan yang tinggi tentang kepentingan

dan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi dan

bahasa ilmu yang utama.

14. Justeru, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat

tentang kepentingan bahasa kebangsaan, kerajaan telah membuat

keputusan untuk mengisytiharkan bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa

Kebangsaan. Sehubungan itu, semua kementerian, kerajaan negeri dan

agensi kerajaan akan melaksanakan program Bulan Bahasa Kebangsaan

pada peringkat masing-masing sepanjang bulan Oktober. Kegiatan-

kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan

sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa

kebangsaan di kalangan masyarakat kita.

15. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan Bulan Bahasa

Kebangsaan 2011 ini, khususnya kepada Jawatankuasa Pengelola di

Page 8: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG DATO’ KETUA … Ucapan KPPM … · TEKS UCAPAN PERASMIAN ... merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana BBK Sektor Bahasa, Pengarah-Pengarah Bahagian

8

peringkat urus setia KPM, kementerian-kementerian dan agensi lain yang

terlibat. Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

semua pihak yang telah berpadu tenaga dan daya usaha untuk

menganjurkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat

Sektor Pendidikan ini. Mudah-mudahan dengan adanya usaha-usaha

seperti ini, kita akan lebih menghargai keindahan dan ketinggian nilai

bahasa kita.

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang elok itu budi,

Yang indah itu bahasa.

16. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirahim, saya dengan sukacitanya

melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor

Pendidikan Tahun 2011

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa

barakatuh.