teks ucapan perasmian y.b. setiausaha …skn.sabah.gov.my/teksucapan/ucapan yb skn sempena... ·...

12
TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MERANGKAP PENASIHAT PUSPANITA CAWANGAN NEGERI SABAH SEMPENA PERASMIAN HARI KELUARGA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI SABAH 2013 Pada 16 November 2013 (Sabtu), di Dewan Perdana MAKSAK Rumah Kelab MAKSAK, Jalan Istiadat, Teluk Likas, Kota Kinabalu

Upload: lethuan

Post on 05-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MERANGKAP PENASIHAT PUSPANITA

CAWANGAN NEGERI SABAH SEMPENA PERASMIAN HARI KELUARGA

PUSPANITA CAWANGAN NEGERI SABAH 2013

Pada 16 November 2013 (Sabtu), di Dewan Perdana MAKSAKRumah Kelab MAKSAK, Jalan Istiadat, Teluk Likas, Kota Kinabalu

Page 2: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

2

Terima kasih saudari pengacara majlis.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan

izinNya, pada tahun ini, kita sekali lagi dapat berkumpul bersama-sama dalam

majlis yang penuh ceria sempena Hari Keluarga PUSPANITA Cawangan

Negeri Sabah tahun 2013. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada

Jawatankuasa Penganjur atas kesudian menjemput saya untuk bersama-sama

dan seterusnya merasmikan Hari Keluarga PUSPANITA Cawangan Negeri

Sabah pada tahun ini.

2. Selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah, saya turut

mengalu-alukan kehadiran semua ahli PUSPANITA yang datang bersama

Page 3: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

3

keluarga, sama ada dari cawangan negeri mahupun dari daerah dan daerah

kecil seluruh negeri. Demikian juga, ucapan terima kasih kepada Ketua-ketua

Jabatan, Pegawai-Pegawai Daerah dan Penolong-Penolong Pegawai Daerah

Kecil yang hadir diri ke majlis ini. Kehadiran kita ke majlis ini membuktikan

komitmen dan sokongan padu kepada isteri masing-masing untuk terus aktif

meneruskan program-program kecemerlangan PUSPANITA di semua

peringkat.

Impak Positif Hari Keluarga

3. Apabila menyentuh tentang aspek kekeluargaan, bayangan kita adalah

sebuah keluarga yang bahagia. Dan saya percaya kita semua inginkan sebuah

keluarga bahagia, keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang

Page 4: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

4

membentuk keluarga seperti ini adalah keharmonian dan perpaduan di

kalangan semua ahli keluarga.

4. Demikianlah penganjuran Hari Keluarga PUSPANITA pada hari ini, yang

saya percaya boleh membawa impak positif dari segi jalinan perpaduan dan

keutuhan sebagai asas kepada keharmonian dan seterusnya kecemerlangan

PUSPANITA, sesuai dengan tema Hari Keluarga tahun ini iaitu “BERPADU

MENJANA KEHARMONIAN”. Jika diteliti, acara-acara yang dirancang dan

dianjurkan pada kali ini sememangnya menyediakan ruang dan peluang

kepada kita beramah mesra dengan ahli-ahli PUSPANITA, anak-anak dan

suami dalam sebuah keluarga besar PUSPANITA. Ini sudah semestinya akan

menjadi landasan memperkukuhkan jalinan perpaduan di kalangan kita semua

dan seterusnya keutuhan persatuan ini. Untuk itu, saya berharap, kita dapat

Page 5: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

5

bersama-sama berinteraksi dalam suasana penuh keceriaan dan kegembiraan

melalui acara-acara yang telah diatur seperti senam seni, sukaneka,

pertandingan karaoke, gerai jualan dan sebagainya.

5. Penganjuran Hari keluarga nampaknya seakan tidak lengkap tanpa

gerai-gerai jualan. Oleh itu, saya berharap, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-

Tuan dan Puan-Puan akan mengambil kesempatan ini untuk membeli-belah.

Dan janganlah risau kerana wang yang kita belanjakan di sini akan tetap pergi

kepada keluarga kita sendiri, yakni keluarga PUSPANITA.

6. Di kalangan ahli-ahli PUSPANITA pula, perancangan dan pelaksanaan

Hari Keluarga melalui pembentukan pelbagai jawatankuasa kecil memberi

ruang kepada semua ahli PUSPANITA untuk bekerjasama, bersatu hati

membentuk konsensus bagi menjayakan setiap program yang dirancang.

Page 6: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

6

Disnilah akan terlihatnya persefahaman, kerjasama dan semangat bekerja

secara berpasukan di kalangan ahli-ahli PUSPANITA yang tidak mengenal

penat lelah. Syabas dan tahniah atas komitmen ini.

Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Peranan Penting PUSPANITA

7. PUSPANITA merupakan sebuah persatuan yang cukup istimewa dan

amat berbeza dengan persatuan-persatuan yang lain. Keahliannya terdiri

daripada penjawat awam wanita dan isteri penjawat awam. Sama ada sedar

atau tidak, inilah satu-satunya persatuan di mana programnya boleh

menghimpunkan semua penjawat awam dan keluarga secara sekaligus. Jika

demikian, maka sudah tiba masanya PUSPANITA mengorak langkah

melaksana transformasi melalui program-program yang bukan sahaja mampu

Page 7: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

7

membawa manfaat secara langsung kepada ahli-ahlinya, keluarga malah

perkhidmatan awam keseluruhannya.

8. PUSPANITA Cawangan Sabah sememangnya telah memainkan

peranan besar dalam mengangkat imej perkhidmatan awam, melatih

anggotanya dalam aspek pengurusan organisasi, penganjuran pelbagai

program ilmu dan kesihatan serta program-program kearah memupuk nilai

perpaduan. Ilmu dan nilai positif yang diperolehi ini boleh diterjemahkan

apabila kembali dalam institusi keluarga atau organisasi perkhidmatan awam.

Saya selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah melahirkan rasa

gembira kerana dapat melihat sendiri dan merasai sumbangan besar

PUSPANITA tersebut. Namun, untuk membolehkan sesebuah persatuan itu

sentiasa dihormati dan relevan kewujudannya sepanjang zaman, ia mestilah

Page 8: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

8

sentiasa memikirkan pendekatan dan kaedah terbaik memantapkan

pengurusan dan pelaksanaan programnya.

Peranan Penasihat dan Ahli-ahli PUSPANITA

9. Dalam memantapkan dan memperkukuhkan lagi kecemerlangan

PUSPANITA di semua peringkat, saya berharap Pegawai-pegawai Daerah

dan Penolong-penolong Pegawai Daerah dapat memainkan peranan penting

selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Daerah atau Daerah Kecil masing-

masing. Kita perlu memikirkan bagaimana kita boleh membantu

mentransformasi PUSPANITA Cawangan Daerah atau Daerah Kecil seiring

dengan inisiatif-inisiatif transformasi dalam pelbagai aspek di peringkat

nasional. Transformasi yang saya maksudkan termasuklah pemantapan

pengurusan organisasi itu sendiri dan program-program yang benar-benar

Page 9: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

9

membawa impak positif. Kewujudan PUSPANITA mesti dirasai di sesebuah

daerah atau daerah kecil dan untuk menjadikan kewujudannya dirasai, ia

mestilah mempunyai program-program terancang dan bermanfaat. Selaku

Penasihat PUSPANITA Cawangan Daerah dan Daerah Kecil, kecemerlangan

PUSPANITA Cawangan Daerah dan Daerah Kecil akan turut melonjakkan imej

Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah Kecil kerana kecemerlangan

tersebut merupakan cerminan kepada kepimpinan tuan-tuan dan puan di

peringkat daerah.

10. Bagi ahli-ahli PUSPANITA di semua peringkat, saya mengucapkan

terima kasih kerana sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan

perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti PUSPANITA. Saya percaya

Page 10: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

10

jalinan kerjasama di kalangan ahli akan sentiasa berterusan malah sentiasa

dimantapkan demi untuk persatuan yang kita sayangi ini.

Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Penutup

9. Saya berkeyakinan, menerusi pelbagai program yang telah, sedang dan

akan dilaksanakan, PUSPANITA Cawangan negeri Sabah akan terus maju ke

hadapan melalui inisiatif transformasinya yang tersendiri. Namun pada masa

yang sama, saya ingin mengulangi seruan kepada semua ahli PUSPANITA

supaya sentiasa menjadikan keutuhan dan perpaduan sebagai tunjang dan

identiti persatuan ini.

Page 11: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

11

10. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan syabas dan tahniah

kepada Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah, Pengerusi

Jawatankuasa Pelaksana dan semua ahli jawatankuasanya atas kejayaan

menganjurkan Hari Keluarga PUSPANITA pada tahun ini. Kepada ahli-ahli

PUSPANITA yang datang dari jauh, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan

puan-puan bersama keluarga akan selamat sampai ke destinasi atau daerah

masing-masing. Marilah kita bersama-sama menggunakan kesempatan di Hari

Keluarga ini untuk menghayati keharmonian sambil beristirehat pada ketika

kita meninggalkan kesibukan di tempat kerja.

11. Dengan lafaz bismillah hir rahman nir rahim, saya dengan sukacitanya

merasmikan Hari Keluarga PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah tahun 2013.

Page 12: TEKS UCAPAN PERASMIAN Y.B. SETIAUSAHA …skn.sabah.gov.my/teksucapan/UCAPAN YB SKN SEMPENA... · ... keluarga terbaik dan keluarga cemerlang. Asas yang . 4 ... anak-anak dan suami

12

Sekian.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.