teks ucapan perasmian sukan tahunan sekolah

4
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih pengerusi majlis, Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, SK Seksyen 7, Shah Alam Yang Dihormati, Encik ............................. YDP PIBG SK Seksyen 7 Shah Alam, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola, Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi, Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput pihak Pejabat Pelajaran Daerah Subis merasmikan temasya sukan tahunan di SK Seksyen 7 pada tahun ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam kemaafaan daripada tuan PPD kita kerana beliau tidak dapat menghadirkan diri ke temasya ini. Pada masa ini beliau sedang merasmikan sukan sekolah di SK Beliau Ahad. Hadirin yang dikasihi sekalian, Kita amat berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan di antara pihak sekolah dan PIBG dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Dengan adanya kerjasama yang seumpama ini akan dapat memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dan kita pasti kerjasama ini akan

Upload: mualim2

Post on 23-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

z

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Perasmian Sukan Tahunan Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Berusaha,Tuan Guru Besar, SK Seksyen 7, Shah Alam

Yang Dihormati,Encik .............................YDP PIBG SK Seksyen 7 Shah Alam,

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput pihak Pejabat Pelajaran Daerah Subis merasmikan temasya sukan tahunan di SK Seksyen 7 pada tahun ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam kemaafaan daripada tuan PPD kita kerana beliau tidak dapat menghadirkan diri ke temasya ini. Pada masa ini beliau sedang merasmikan sukan sekolah di SK Beliau Ahad.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Kita amat berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan di antara pihak sekolah dan PIBG dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Dengan adanya kerjasama yang seumpama ini akan dapat memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dan kita pasti kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang mendatang demi kebaikan anak didik kita. Dan kita berharap dengan penganjuran temasya sukan seperti ini akan dapat melahirkan atlit-atlit yang dapat bersaing di arena sukan tanahair khasnya dan antarabangsa amnya.

Page 2: Teks Ucapan Perasmian Sukan Tahunan Sekolah

Temasya sukan tahunan adalah salah satu mekanisma pelaksanaan 2 teras yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras Ke-2: Membangun Modal Insan dan Teras ke-3 Memperkasa Sekolah Kebangsaan.

Jika kita kaitkan dengan pelaksanaan kegiatan sukan sekolah di mana setiap murid yang mengambil bahagian, nyatalah bahawa membangun modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan kerana melalui kegiatan bersukan murid-murid perlu menjalani pelbagai latihan sukan, mungkin bukan intensif tetapi melibatkan latihan fizikal dan latihan persiapan mental dan spiritual.

Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, murid-murid dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi.  Mental yang kuat perlu didorong oleh latihan fizikal yang teratur untuk menjadikan perjalanan darah yang teratur.  Dengan perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas.  Otak yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang.  Pengetahuan yang sentiasa berkembang akan meningkatkan daya fikir yang sentiasa berkembang akan menjadikan pengalaman seseorang murid itu bertambah luas.

Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Dalam konteks memperkasa Sekolah Kebangsaan, murid-murid yang memiliki minda kelas pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan sukan, akan menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlangan sekolah.  Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan murid yang sihat fizikalnya tetapi murid yang memiliki cergas mindanya.  Oleh itu konsep Membangun Modal Insan dan memperkasa Sekolah melalui sukan amat bersesuaian dan perlu diteruskan oleh sekolah.

Para Pelajar yang dikasihi,

Acara Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah.   Matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!.

Diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua murid-murid untuk meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dalam hidup mereka di alam persekolahan.

Page 3: Teks Ucapan Perasmian Sukan Tahunan Sekolah

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya guru besar, staff beliau dan PIBG kerana telah dapat menganjurkan Temasya Sukan Tahunan SK Keluru Tengah 2009.  Kepada para pelajar yang akan mengambil bahagian dan yang akan meraih pingat selepas ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, kerana penyertaan kalian sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan kejayaan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan Temasya Sukan Tahunan Kali ke- SK Keluru Tengah tahun 2009.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.