teks ucapan perasmian futsal 2011

2

Click here to load reader

Upload: saffawati-kadir

Post on 05-Jul-2015

6.817 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011

TEKS UCAPAN PENUH :

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis,

Seterusnya para pelatih yang saya kasihi sekalian.

Salam Sejahtera dan selamat pagi.

Alhamdulillah, salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

SAW. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Extreme Park,

dan Unit Kokurikulum Futsal kerana menjemput saya untuk menghadiri dan

seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Futsal IPG Kampus Ipoh

sesi 2011 pada pagi yang indah ini. Tahniah kepada semua pelatih yang terlibat atas

persiapan dan komitmen yang jitu dan padu dalam menjayakan kejohanan tahunan

ini.

Tuan-tuan dan Puan–puan yang saya hormati sekalian,

Kejohanan Futsal yang diadakan di Extreme Park ini merupakan acara

tahunan yang telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Futsal dengan tujuan utama

untuk mewujudkan warga kerja yang cergas dan cerdas yang dapat memikul

tangggungjawab yang diamanahkan dalam merancang pengurusan sesebuah

organisasi serta menganjurkan sesebuah perlawanan.

Di samping itu juga, acara sukan ini dapat memberi peluang kepada semua

pelatih untuk mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain. Di samping itu,

melalui temasya sukan sebegini, diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam

bidang sukan futsal ini yang mana boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi

lagi.

Saya telah difahamkan bahawa sebanyak 3 unit terlibat dalam kejohanan

futsal pada kali ini. Futsal adalah bola sepak indoor yang merupakan variasi dari bola

sepak konvensional. Adalah diharapkan acara sukan ini akan dapat diperkembangkan

dan disenaraikan sebagai salah satu acara dalam Sukan Nasional kelak.

Tuan-tuan dan Puan–puan yang saya hormati sekalian,

Kejohanan Futsal pada kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan

kecergasan semata-mata malah diharap dapat melahirkan warga pelatih yang

bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Ini kerana setiap

acara sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan-peraturan yang telah

dipersetujui oleh semua pihak yang bertanding. Di dalam sukan juga mengandungi

konsep ”fair-play”, persefahaman, disiplin, taat, daya saing, perjungan, persediaan

strategi ke arah memenangi sesuatu pertandingan.

Page 2: Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011

Aktiviti program sukan yang diadakan ini juga akan dapat memupuk nilai-nilai

positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya

membentuk insan yang berkualiti. Di samping itu, melalui aktiviti sukan tersebut

akan mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang

begitu baik.

Acara sukan seperti ini merupakan satu wadah yang disediakan oleh Jabatan

bagi mendukung matlamat kerajaan melahirkan pelatih-pelatih yang sentiasa cergas,

cekap, aktif, berdisiplin, berdaya maju dan berdaya tahan. Ini sekaligus dapat

membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan

nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Yang lebih penting lagi

ia juga dapat mengeratkan silaturrahmi antara semua pemain yang menyertai

kejohanan futsal ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta

dalam semangat kesukanan yang tinggi dan harmoni. Jangan menyerah kalah

sebelum berusaha. Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan

Kejohanan Futsal IPG Kampus Ipoh sesi 2011.

Sekian.