teks ucapan pengetua majlis perpisahan

3
TEKS UCAPAN PENGETUA Yang diraikan, En -------, Penolong Kanan Kokurikulum, Yang berusaha, --------, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum , ----------------, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ---------------, Penolong Kanan Petang, ----------------, Penolong Kanan PKP, Ketua-Ketua Bidang Sekolah, Kaunselor-Kaunselor Sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuaca yang redup dan tenang seolah-olah menggambarkan perasaan kita yang berhimpun pada pagi ini. Saya percaya bahawa di sudut hati guru-guru dan pelajar-pelajar hari ini adalah perasaan sedih. Setelah hampir enam tahun bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini, hari ini -------------------- akan pergi meninggalkan SMK Desa Petaling. Tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana telah mendapat kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di --------------. Walaupun saya berasa berbangga kerana beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan HEM. Tetapi dalam masa yang sama saya berasa sedih kerana bakal kehilangan seorang Penolong Kanan

Upload: star-moon

Post on 03-Aug-2015

3.618 views

Category:

Documents


108 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengetua Majlis Perpisahan

TEKS UCAPAN PENGETUA

Yang diraikan, En -------, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang berusaha, --------, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum ,

----------------, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

---------------, Penolong Kanan Petang,

----------------, Penolong Kanan PKP,

Ketua-Ketua Bidang Sekolah,

Kaunselor-Kaunselor Sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca yang redup dan tenang seolah-olah menggambarkan perasaan kita yang berhimpun

pada pagi ini. Saya percaya bahawa di sudut hati guru-guru dan pelajar-pelajar hari ini adalah

perasaan sedih. Setelah hampir enam tahun bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di

sekolah ini, hari ini -------------------- akan pergi meninggalkan SMK Desa Petaling. Tahniah juga

diucapkan kepada beliau kerana telah mendapat kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan

HEM di --------------.

Walaupun saya berasa berbangga kerana beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong

Kanan HEM. Tetapi dalam masa yang sama saya berasa sedih kerana bakal kehilangan seorang

Penolong Kanan Kokurikulum yang yang begitu berdedikasi dan banyak memberi sumbangan

dalam mengharumkan nama sekolah.

Sepanjang saya bekerja dengan beliau. Beliau adalah seorang yang sentiasa memberi

komitmen yang tinggi dalam kerja yang dilakukan. Oleh itu, tidak hairanlah dibawah pimpinan

beliau sekolah telah berjaya menempa nama dan kejayaan. Antaranya dalam permainan dan

sukan seperti sepak takraw, bola sepak yang mana beliau sendiri turun padang untuk melatih

Page 2: Teks Ucapan Pengetua Majlis Perpisahan

pasukan tersebut. Selain itu, pencapaian pasukan bola tampar, bola jaring dan olahraga telah

meningkat sejak beliau menjawat jawatan Penolong Kanan kokurikulum sekolah ini.

Yang terbaru, beliau mewujudkan sistem pengisian dan pengiraan markah kokurikulum secara

elektronik yang lebih pantas dan mudah. Bukan ini saja, tetapi banyak lagi sumbangan lain yang

tidak mampu disenaraikan. Pendek kata, beliau telah banyak menyumbang kepada

pembangunan modal insan pelajar-pelajar -------------------.

Memang benar kata orang, patah tumbuh hilang berganti, tetapi penggantinya tidak sama

seperti beliau. Walaubagaimanapun saya berdoa agar ----- akan meneruskan usahanya dalam

meningkatkan kualiti profesion perguruan di --------------- seperti apa yang beliau telah lakukan

di sekolah ini.

Saya mewakili guru-guru yang lain ingin memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang

bekerjasama di sekolah ini. Diharap, pada masa akan datang ---------------- sudi menjenguk-

jenguk kami disini. Ibarat biar jauh di mata tapi dekat di hati.

Saya akhiri ucapan saya dengan pantun:

Malam hari berlagu unggasMemecah kesunyian di dalam hutanWalaupun terpisah tempat bertugasBudimu tuan dalam ingatan

Tuai padi antara masakEsok jangan layu layuanIntai kami antara nampakEsok mesti rindu-rinduan

Sekian terima kasih.

starmoon