teks ucapan pengetua

3
TEKS UCAPAN PENGETUA DATIN HJH NOR ADIB BT JALIL SEMPENA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS & PSS SEKOLAH 2015 Terima kasih saudari pengacara majlis. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassolamu Ala Ashrafil Anbiyar Iwar Mursolin Waala Alihi Wasobihi Aj main Yang Berusaha En. ........................., Pegawai Perhubungan IPD Wangsa Maju, Yang Berbahagia, Pn Hjh Kamilah bt Ab. Rahman, GPK HEM, Pn. Lim Chin Chin, GPK Ko-Kurikulum, Pn. Hjh Sharifah bt Mat Deris, GPK Petang. Yang Dihormati guru-guru, barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan salam satu Malaysia. Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t, Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahNya dapat kita bersama-sama pada hari ini sempena Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2015. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. ............... kerana sudi hadir pada majlis watikah perlantikan ini. Guru-guru dan murid-murid SMK Seksyen 5 Wangsa Maju sekalian, Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah di atas perlantikan mereka pada hari ini. Saya yakin mereka yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru- guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisien dan menjadi modal insan negara yang produktif. Sesungguhnya barisan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan ini Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada Allah s.w.t dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu

Upload: saya-lah-tu

Post on 14-Sep-2015

2.888 views

Category:

Documents


298 download

DESCRIPTION

majlis watikah perlantikan pengawas

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PENGETUA DATIN HJH NOR ADIB BT JALIL

SEMPENA

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS & PSS SEKOLAH 2015

Terima kasih saudari pengacara majlis.Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassolamu Ala Ashrafil Anbiyar Iwar Mursolin Waala Alihi Wasobihi Ajmain

Yang Berusaha En. ........................., Pegawai Perhubungan IPD Wangsa Maju, Yang Berbahagia, Pn Hjh Kamilah bt Ab. Rahman, GPK HEM, Pn. Lim Chin Chin, GPK Ko-Kurikulum, Pn. Hjh Sharifah bt Mat Deris, GPK Petang.

Yang Dihormati guru-guru, barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan salam satu Malaysia.

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahNya dapat kita bersama-sama pada hari ini sempena Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2015.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. ............... kerana sudi hadir pada majlis watikah perlantikan ini.

Guru-guru dan murid-murid SMK Seksyen 5 Wangsa Maju sekalian,

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah di atas perlantikan mereka pada hari ini. Saya yakin mereka yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisien dan menjadi modal insan negara yang produktif. Sesungguhnya barisan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan iniSaya memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada Allah s.w.t dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini, mereka patut diraikan.Untuk pengetahuan En. ..................., jumlah pengawas sekolah sesi petang adalah seramai 26 orang yang terdiri daripada ....lelaki dan ... perempuan, manakala barisan pengawas pusat sumber sekolah pula terdiri daripada ... lelaki dan ..... perempuan.Apakah peranan pengawas? Pengawas adalah pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur.

Persekitaran yang dimaksudkan adalah menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi utama sebuah sekolah, iaitu melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati.Saya berharap barisan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, saya berharap mereka tidak mengabaikan pelajaran akademik mereka sendiri di dalam bilik darjah.Mungkin kita tertanya-tanya apakah ekspektasi guru-guru dan murid-muid terhadap seorang pengawas?

Pengawas sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid yang lain. Keperibadian seorang pengawas harus memiliki sifat-sifat terpuji seorang khalifah kecil bersifat mulia, berketrampilan yang kemas dan bijak mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab sekolah. Saya juga mahukan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas seorang pengawas. Jadilah seorang pengawas yang disegani.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa memberi kerjasama kepada semua pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik. Saya ingin menasihati murid-murid agar mematuhi dan menghayati peraturan sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan.

Murid-murid perlu menghormati pengawas. Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan fasiliti sekolah, perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan sekolah.Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SMK Seksyen 5 Wangsa Maju sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum dan menjadi sekolah contoh di zon Keramat ini. Saya juga berdoa agar murid-murid sekelian mendapat kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan.

Sekian terima kasih.