teks ucapan pengerusi karnival bm

11
Sebelum ketibaan Assalamualaikum dan salam sejahtera Sidang hadirin yang dimuliakan, Salam hormat dan Selamat datang ke karnival Bahasa Melayu Zon Bandar bagi tahun 2013. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Perasmi kita iaitu Tuan Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar SK Laksamana yang merupakan Pengerusi Zon Bandar.. Perhatian kepada sidang dewan, apabila majlis mengumumkan ketibaan ketua pengarah, diminta kerjasama hadirin, untuk berdiri ketika Pengerusi diiringi masuk. Mengumumkan Ketibaan Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar SK Laksamana selaku pengerusi Zon Bandar diiringi oleh Guru Penolong Kanan 1, SK Bukit Lintang,

Upload: shukriah-ali

Post on 23-Jan-2016

466 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

Sebelum ketibaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan Selamat datang ke karnival Bahasa Melayu Zon Bandar bagi tahun 2013. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Perasmi kita iaitu Tuan Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar SK Laksamana yang merupakan Pengerusi Zon Bandar.. Perhatian kepada sidang dewan, apabila majlis mengumumkan ketibaan ketua pengarah, diminta kerjasama hadirin, untuk berdiri ketika Pengerusi diiringi masuk.

Mengumumkan Ketibaan Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar SK Laksamana selaku pengerusi Zon Bandar

Page 2: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

diiringi oleh Guru Penolong Kanan 1, SK Bukit Lintang, barisan guru Besar, dan Guru-guru penolong kanan untuk masuk ke dalam dewan.

Megah berarak indah berseri,Dipuput bayu ke pohon ara

Pemanis kalam senyuman diberiAwal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.

Yang dihormati Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar SK Laksamana selaku Pengerusi Zon Bandar..Yang Berusaha Pengerusi pengelola, En Rajendran A/L Kannan, Guru Penolong Kanan 1, SK Bukit Lintang,Yang dihormati barisan guru besar, guru-guru penolong kanan, barisan guru dan anak2 pelajar yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi mengikuti  karnival

Page 3: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

Bahasa Melayu Zon Bandar bagi Tahun 2013. Selamat Datang diucapkan

Doa

Sidang hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh __________________. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________atas bacaan doa sebentar tadi.

Siri Ucapan pada hari ini dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan Ketua Hakim Pertandingan Karnival

Page 4: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

Bahasa Melayu Zon Bandar, En. ..................................................untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan...

Terima kasih diucapkan kepada En. .......................................... atas ucapan dan ulasan yang membina itu tadi.

Ucapan aluan

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Pengelola En Rajendran A/L Kannan , Guru Penolong Kanan 1, SK Bukit Lintang. dengan segala hormatnya dipersilakan

Page 5: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

Terima kasih kepada En K Rajendran atas ucapan  sebentar tadi.

Ucapan Perasmian PenutupSidang hadirin yang dimuliakan,Majlis kali ini diteruskan lagi dengan ucapan Perasmian Penutup Karnival Bahasa Melayu Zon Bandar bagi tahun 2013 yang akan disampaikan oleh Pengerusi Zon Bandar, Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar SK Laksamana. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah, kita mulai,Alhamdulillah kita syukuri,Dengan takdir ilahi rabbi,

Selesailah sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pihak majlis ucapkan kepada Yang berhormat Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif atas kesudian memberi ucapan dan merasmikan Perasmian penutup Karnival kita pada hari ini.

Sijil Penyertaan

Page 6: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Agenda majlis berikutnya ialah majlis penyampaian sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Majlis dengan ini menjemput En K Rajendran untuk mempersilakan dan mengiringi Tn Hj Mohd Tahir b Sharif bagi menyampaikan sijil.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan wakil daripada …

Page 7: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

1) SK Bandar 2) SK Bukit Lintang3) SK Semangar4) SK Tun Dr. Syed Nasir5) SK Sungai Telor6) SK Felda Linggiu7) SK Datuk Usman Awang8) SK Taman Kota Jaya9) SK Seri Saujana10) SK Laksamana

Penyampaian hadiah

Page 8: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Acara dimulakan dengan Pertandingan Bercerita Tahap 1..

Seterusnya bagi Pertandingan Bercerita Tahap 2 ...

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato ...

Seterusnya bagi acara terakhir yang dipertandingkan, iaitu Pertandingan Berbalas Pantun ....

Tahniah diucapkan kepada para pemenang, dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada masa akan datang.Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis menjemput dan mempersilakan En K Rajendran selaku Pengerusi pengelola untuk menyampaikan cenderahati

Page 9: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

kepada Tn Hj Mohd Tahir b Sharif di atas kesudian beliau menyempurnakan majlis pada hari ini. Dipersilakan…

Ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

Negaraku

 Majlis kita pada petang ini diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.

Para hadirin diminta berdiri,

NYANYIAN LAGU

Dengan nyanyian lagu tersebut  sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Perasmian Penutup Karnival Bahasa Melayu Zon Bandar bagi tahun 2013 . Bagi pihak majlis saya ingin menyusun 10 jari memohon jutaan kemaafan

Page 10: Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan yang disedari ataupun tidak.

Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandiKalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi.

Majlis menjemput Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, barisan Guru Besar, Guru2 penolong kanan, guru2 dan anak2 pelajar sekalian ke kantin bagi menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian  sahaja dari saya ,Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh