teks ucapan aku janji

3
::}EiYnA in Da HoUse{:: TEKS UCAPAN MAJLIS AKU JANJI 1. Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2. Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1malaysia. 3. Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia __________________________________________________________________, __________________________________________________________________, selaku tuan penceramah kita pada hari ini. Yang Dihormati, En. Jaheni bin Sidek, Guru Penolong Kanan 1, Tn. Hj. Kamilan bin Damiri, Guru Penolong Kanan HEM, Tn. Hj. Mukamat Alip bin Jasnuri Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. As Aziz bin Salam, Guru Penolong Kanan Petang Tn. Hj. Kosnan bin Bukhiran Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Guru Kanan Media dan Pusat Sumber, Guru-guru kanan Matapelajaran, Para kaunselor, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar serta hadirin- hadirat sekalian. 4. Selamat datang ke Program Kecemerlangan PMR & SPM 2011, Keluarga Bahagia Membentuk Generasi Cemerlang. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. 5. Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama membaca doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mazli bin Yusoh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. >Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mazli bin Yusoh atas bacaan doa itu tadi. 6. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Upload: eiynazz

Post on 14-Apr-2016

95 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

AKU JANJI

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Aku Janji

::}EiYnA in Da HoUse{::

TEKS UCAPAN MAJLIS AKU JANJI

1. Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof,Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

2. Bismillahirahmannirahim.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1malaysia.

3. Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof,Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia__________________________________________________________________,__________________________________________________________________,selaku tuan penceramah kita pada hari ini.Yang Dihormati,En. Jaheni bin Sidek, Guru Penolong Kanan 1,Tn. Hj. Kamilan bin Damiri, Guru Penolong Kanan HEM,Tn. Hj. Mukamat Alip bin Jasnuri Guru Penolong Kanan Kokurikulum,En. As Aziz bin Salam, Guru Penolong Kanan PetangTn. Hj. Kosnan bin Bukhiran Guru Penolong Kanan Tingkatan 6Guru Kanan Media dan Pusat Sumber,Guru-guru kanan Matapelajaran,Para kaunselor, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar serta hadirin-hadirat sekalian.

4. Selamat datang ke Program Kecemerlangan PMR & SPM 2011, Keluarga Bahagia Membentuk Generasi Cemerlang.Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri.

5. Hadirin dan hadirat sekalian,Bagi memohon keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama membaca doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mazli bin Yusoh.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

>Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mazli bin Yusoh atas bacaan doa itu tadi.

6. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak berkat ilmu tanpa amalnyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Page 2: Teks Ucapan Aku Janji

::}EiYnA in Da HoUse{::

Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek, Guru Penolong Kanan 1 untuk menyampaikan ucapan aluan.Dipersilakan dengan segala hormatnya.

>Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek di atas ucapan yang telah disampaikan.

7. Hadirin dan hadirat sekalian,Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ceramah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof,Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaDengan segala hormatnya dipersilakan.

>Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof di atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.Mudah-mudahan kita semua akan mendapat manfaat daripada ceramah yang telah disampaikan itu.

8. Hadirin dan hadirat sekalian,Sekarang tibalah masa yang kita nanti-nantikan iaitu mendengar aku janji anak-anak yang kita kasihi sekalian. Dengan itu majlis menjemput, saudara _________________________, dari tingkatan _______________________ untuk mengetuai bacaan aku janji. Majlis mempersilakan.

>Terima kasih diucapkan kepada saudara ___________________________.

9. Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek Guru Penolong Kanan 1 untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof.

>Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek.

10. Hadirin dan hadirat sekalian,Nampaknya majlis sudah sampai di penghujungnya. Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda dibuat jeli,Jari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali.

11. Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Page 3: Teks Ucapan Aku Janji

::}EiYnA in Da HoUse{::

>Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

12. Dijemput kepada Yang Dihormati En. Jaheni bin Sidek untuk mengiringi Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Yusof disertai para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan.Juga dipersilakan kepada semua ibu bapa bagi mendapatkan bungkusan makanan yang telah disediakan.

13. Sekian.Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.