log masuk sistem - eyayasan2.yp.org.myeyayasan2.yp.org.my/bsmyp/document/manual_bsm_jpnp.pdf ·...

15
1 Panduan Menggunakan Sistem Permohonan Biasiswa Atas Talian 1. Lawati Sistem Permohonan Biasiswa Atas Talian di http://app.yp.org.my/ 2. Masukkan ID Pengguna & Kata Laluan, Klik butang Masuk Notis atau Pengumuman untuk pengguna Log masuk sistem Maklumat Umum YP

Upload: others

Post on 17-Oct-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Panduan Menggunakan Sistem Permohonan Biasiswa Atas Talian

1. Lawati Sistem Permohonan Biasiswa Atas Talian di http://app.yp.org.my/

2. Masukkan ID Pengguna & Kata Laluan, Klik butang Masuk

Notis atau Pengumuman untuk pengguna

Log masuk

sistem

Maklumat Umum YP

2

Paparan setelah masuk kedalam sistem, di bahagian bawah menu akan memaparkan nama

sekolah pengguna.

Terdapat 7 Menu pengguna

1. Home

2. Cetakan Borang

Mencetak borang permohonan

3. Permohonan

Membuat permohonan biasiswa secara atas talian

4. Senarai

Senarai murid

5. Bayaran

Bayaran yang diterima murid

6. Sistem

Menukar kata laluan dan melihat aktiviti pengguna

7. Keluar

Keluar dari sistem

3

1.0 Menu Home

1.1 Submenu : Maklumat Sekolah

Memaparkan maklumat ringkas sekolah dan guru biasiswa

1.2 Submenu : Pertukaran Guru Biasiswa

Jika berlaku pertukaran guru biasiswa, maklumat ini hendaklah di kemaskini dengan

memasukkan maklumat guru baru

4

2.0 Menu Cetakan Borang

2.1 Submenu : Borang Permohonan BSM 1.0

Pilih borang yang akan diisi oleh murid.

Bahagian ini akan memaparkan borang kosong, guru biasiswa boleh mencetak borang

ini untuk diisi oleh murid.

Contoh : borang yang tiada maklumat asas murid

5

2.2 Submenu : Borang Permohonan BSM 2.0

Bahagian ini akan memaparkan senarai murid yang ada dalam sistem.

Klik pada bahagian Cetak Borang untuk mencetak borang yang akan diisi oleh murid.

Borang yang dicetak pada bahagian ini mempunyai maklumat asas murid.

Contoh : borang yang mengandungi maklumat asas murid

6

3.0 Menu Permohonan

3.1 Submenu : Permohonan BSM 1.0

Permohonan atas talian bagi murid yang tiada maklumat asas

Pilih borang permohonan yang akan diisi.

Borang akan dipaparkan dan isi semua ruangan yang berkenaan.

Contoh : borang yang tiada maklumat asas murid

7

3.2 Submenu : Borang Permohonan BSM 2.0

Permohonan atas talian bagi murid yang ada maklumat asas.

Klik pada Belum Mohon untuk membuat permohonan.

Isi semua ruangan yang berkenaan.

Contoh : borang yang mengandungi maklumat asas murid

8

4.0 Menu Senarai

4.1 Submenu : Semua Murid

Menyenaraikan semua murid didalam sistem.

Status Mohon untuk murid yang telah membuat permohonan biasiswa.

Status Belum Mohon untuk murid yang belum membuat permohonan biasiswa.

4.2 Submenu : Senarai Sedang Memohon

Menyenaraikan murid yang telah membuat permohonan

Ada 3 Status permohonan

o TERIMA, SEDANG DIPROSES

Permohonan telah diterima dan sedang diproses

o MOHON

Permohonan telah diterima dan belum diproses

o TERIMA, TIDAK LENGKAP

Permohonan telah diterima tetapi dokumen tidak lengkap.

Klik TERIMA, TIDAK LENGKAP dan maklumat berkaitan dokumen yang

tiada akan dipaparkan.

Murid perlu menghantar dokumen tersebut ke YP sebelum tarikh tutup

permohonan.

Klik Kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini dibenarkan sebelum tarikh

tutup permohonan.

Klik Cetak untuk mencetak borang permohonan biasiswa.

9

Contoh : paparan makluman borang tidak lengkap.

4.3 Submenu : Senarai Belum Memohon

Menyenaraikan murid yang belum membuat permohonan.

Klik Belum Mohon untuk membuat permohonan.

4.4 Submenu : Senarai Tawaran Biasiswa

Menyenaraikan murid yang ditawarkan biasiswa.

Pada ruangan SURAT AKUJANJI, klik Cetak untuk mencetak borang Persetujuan/Aku Janji

Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang. Borang ini hendaklah diisi dan dihantar

kepada guru biasiswa dan seterusnya dihantar Yayasan Pahang.

Jika murid setuju menerima biasiswa, klik pada TERIMA dan sistem akan memaparkan

satu paparan untuk pengesahan. Klik pada butang TERIMA.

Jika murid tidak bersetuju untuk menerima biasiswa, klik pada TOLAK dan sistem akan

memaparkan satu paparan untuk pengesahan. Pilih alasan dan seterusnya Klik pada

butang TAMAT.

10

Contoh : Borang Persetujuan/Aku Janji Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang

Contoh : Paparan jika setuju menerima tawaran biasiswa Yayaran Pahang

Contoh : Paparan jika menolak tawaran biasiswa Yayaran Pahang

11

4.5 Submenu : Senarai Berjaya

Menyenaraikan murid yang mendapat biasiswa.

Klik Tukar jika murid ingin bertukar ke sekolah lain. Sistem akan memaparkan satu

paparan untuk pengesahan. Pilih sekolah baru dan klik butang Tukar.

Klik pada Tamat untuk menamatkan biasiswa murid. Sistem akan memaparkan satu

paparan untuk pengesahan. Pilih alasan dan seterusnya Klik pada butang TAMAT.

Contoh : Paparan untuk pertukaran sekolah murid

Contoh : Paparan untuk menamatkan biasiswa murid.

12

4.6 Submenu : Tamat Biasiswa

Menyenaraikan murid yang ditamatkan biasiswa.

4.7 Submenu : Permohonan Gagal

Menyenaraikan murid yang tidak ditawarkan biasiswa.

4.8 Submenu : Bertukar Sekolah

Menyenaraikan murid yang telah bertukar sekolah.

13

5.0 Menu Bayaran

5.1 Submenu : Status Bayaran Individu

Klik Lihat untuk melihat rekod bayaran biasiswa yang telah diterima oleh murid.

Contoh : Rekod bayaran yang diterima murid

5.2 Submenu : Senarai Bayaran Semua

Menyenaraikan bayaran yang diterima oleh murid bagi tahun semasa.

Terdapat dua sesi bayaran dalam satu tahun iaitu Sesi 1 dan Sesi 2

14

5.3 Submenu : Senarai Bayaran 1.0

Menyenaraikan bayaran yang diterima oleh murid bagi tahun semasa.

Klik pada butang cetak untuk mencetak senarai bayaran 1.0. Senarai ini perlu

ditandatangani oleh murid sebagai bukti penerimaan bayaran biasiswa.

Contoh Senarai Bayaran 1.0

15

6.0 Menu Sistem

6.1 Submenu : Tukar Kata Laluan

Pengguna boleh menukar kata laluan untuk masuk ke dalam system.

6.2 Submenu : Senarai Log

Pengguna boleh melihat rekod aktiviti di dalam sistem.

7.0 Menu Keluar

Pengguna keluar dari sistem