teks ucapan

Upload: fara-ara

Post on 14-Jan-2016

212 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

teks ucapan hari penutupan koperasi

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARANHARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH 2015

EN ABDUL LATIF BIN ZAINAL

PENOLONG PEGAWAI EHWAL KONOMI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

WILAYAH KUALA PILAH / JEMPOL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu Malaysia.Yang dihormati Pn. Hjh Nor Hayati bt Mat Nor,Pengetua SMK Batu Kikir (Model Khas), Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Fatimah bt Wan Abdullah, Pn. Mazlina bt Mohamad, PK HEM, Pn Azizah bt Hamid, PK Kokurikulum, Guru Kanan Mata Pelajaran, rakan-rakan guru dan yang dikasihi semua murid sekalian.Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnianya kita diberi kesempatan untuk hadir pada perhimpunan minggu ke 19 ini. Pada Perhimpunan kali ini telahberpeluang untuk meraikan Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah bagi tahun 2015.Untuk makluman warga sekolah, sambutan Hari Koperasi Sekolah ini telah diadakan serentak di seluruh negara bermula 13 April sehingga 30 Mei 2015. Tema sambutan untuk tahun ini ialahKoperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat.Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti-aktiviti berasaskan pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun diperingkat zon, negeri dan kebangsaan.Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA.Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik murid-murid supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.Pihak ANGKASA menyediakan garis panduan sambutan ini sebagai usaha memberikan panduan terbaik kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan HKS dengan lebih mudah dan teratur. Ini terbukti, hasil daripada laporan yang diterima daripada pihak koperasi sekolah, koperasi sekolah berjaya melaksanakan HKS dengan jayanya.Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Lembaga Koperasi SMK Batu Kikir Negeri Sembilan Berhad kerana menjadi sebahagian daripada statistik dalam kalangan sekolah yang berjaya menunaikan tanggungjawab menganjurkan sambutan HKS seperti pada pagi ini.Sambutan HKS telah secara tidak langsung telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.Saya berharap agar semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang Hari Koperasi Sekolah. Gunakanlah ruang dan peluang yang ada untuk membina bakat keusahawanan, pengalaman berpersatuan, dan bantu-membantu selaras semangat koperasi selaras dengan tema Hari Koperasi Sekolah tahun ini, Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat.Dengan lafaz BISSMILLAHIRAHMAN NIRRAHIM, saya merasmikan sambutan Hari Koperasi Sekolah peringkat SMK Batu Kikir (Model Khas) pada tahun 2015 ini.

Sekian, Terima kasih.