teks ppd 2015

Upload: akupunyala

Post on 09-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

test

TRANSCRIPT

DRAF SAMBUTAN HARI GURU 2015 PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PEKAN"GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK" Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

SENARAI VVIPYang Berhormat Dato Abu Bakar Bin Haji Harun Pengerusi JawatankuasaHal Ehwal Felda Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini.Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah Pekan Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru Peringkat Daerah Pekan sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian.2. Selaku Pegawai Pelajaran,Daerah saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara kita.Tema Hari Guru 2015 Guru membina ilmu ,menyempurnakan akhlak1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

1. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

1. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru membina ilmu ,menyempurnakan akhlak pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan dunia pendidikan abad ke 21. Tema ini mengkehendaki kita agar kembali kepada tujuan asas pendidikan iaitu bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berpengetahuan tetapi insan yang berguna dan warga Negara yang baik yang boleh meyumbang kepada pembangunan Negara bangsa yang bersatu padu dan berdaulat serta selaras sebagai Negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sesungguhnya peranan guru sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini.4. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam membentuk pelajar yang berilmu dan berakhlak. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita rakyat untuk menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada saudara dan saudari yang bergelar guru.PERANAN GURU DALAM PPM,KBAT,PERUBAHAN PENTAKSIRAN5. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya selaku Pegawai Pelajaran Daerah akan memastikan setiap dasar perlu dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan. Berkonsepkan pembudayaan adab dan akhlak dan murid di sekolah guru adalah sebagai role model. Oleh sebab itu guru perlu menupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agardapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian, menyediakan kepelbagian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid.Pertama menyedari Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. Sesungguhnya, tugas membentuk adab dan akhlak yang mulia adalah satu tugas yang sangat penting. Saya percaya jika kita semua mengabdikan seluruh jiwa dan raga kepada tugas yang paling mulia ini, maka kita akan berjaya mencapai matlamat pendidikan yang paling asas, iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang mulia. Kedua memperkasakan ilmu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ilmu ini merupakan transformasi minda yang menguji keupayaan guru menjana kemahiran berfikir aras tinggi bagi menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitis, kreatif, reflektif dan inovatif. Aktiviti PdP dalam KBAT ini juga hendaklah dilaksanakan secara interaktif yang berfokus kepada penyelesaian masalah untuk mendorong murid sentiasa berfikir. Pada hemat saya, pemerkasaan ilmu KBAT amat penting untuk memastikan murid-murid dapat bersaing menguasai ilmu setanding dengan kualiti pencapaian murid di persada dunia. Oleh itu, saya memohon guru agar sentiasa mengamalkan corak pengajaran yang pelbagai dan interaktif di dalam bilik darjah, menerapkan kemahiran menaakul, di samping sentiasa mengambil berat perkembangan setiap individu murid. Masalah yang diberikan pula mestilah di luar rutin yang masih relevan dan bersesuaian dengan aras kognitif dan tahap kematangan murid tetapi berupaya merangsang minat murid, seperti aktiviti main peranan, kajian lapangan, temu bual pengembaraan, penciptaan replika sesuatu bangunan, forum, perdebatan, sumbang saran, sesi muhasabah dan refleksi diri. Guru juga perlu memastikan pengajaran dalam bilik darjah ditukar daripada pengajaran aktif kepada fasilitator aktif. Pembelajaran murid menjadi inti pati terpenting dalam setiap sesi interaksi antara guru dengan murid. Selanjutnya guru sangat wajar mentransformasikan kerangka minda 7 dirinya yang sebelum ini dianggap tetap dan mantap kepada kerangka minda yang lebih anjal, luwes, bersedia menerima perubahan dan kritikan serta bersedia untuk terus berkembang. Walau bagaimanapun, peranan guru tidaklah hanya terbatas di dalam bilik darjah semata-mata. Guru juga harus bertindak sebagai agen perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid. Menerusi kepimpinan dan kewibawaan, guru berupaya membina atmosfera sosial yang sihat bagi menggalakkan interaksi pelbagai hala antara murid berbilang kaum, latar belakang, dan budaya bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan.Ketiga kita sedia maklum bahawa pada masa ini, bentuk pentaksiran telahpun berubah daripada berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran secara holistik, maka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi satu elemen pentaksiran yang penting dalam mengukur keberhasilan murid. Guru juga berperanan menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kemenjadian murid selaras dengan aspirasi dalam PPPM 2013 - 2025. Sejajar dengan itu, guru perlu mempunyai kredibiliti, integriti, dan telus agar dapat menghasilkan penilaian yang adil. Sesungguhnya, di tangan gurulah terletaknya penentu hala tuju masa hadapan murid. Saya yakin ramai guru yang begitu berpengalaman dalam bidang keguruan, namun tuntutan pada abad ini memerlukan idea baharu untuk meningkatkan profesionalisme diri. Lantaran itu, guru seharusnya mengaplikasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat, menghindari sikap egoistik lantas mendorong dirinya untuk terus menimba ilmu dan kemahiran terkini melalui pelbagai sumber termasuk daripada muridnya sendiri. Sudah tiba masanya kita mengenepikan segala perbezaan yang menjadi punca diskriminasi dan prejudis. Guru perlu sentiasa menonjolkan sifat bertanggungjawab sebagai wahana penyatu bangsa yang sentiasa menyeimbangkan neraca keadilan untuk memastikan setiap anak murid menerima pendidikan berkualiti.PENCAPAIAN PPD PEKAN DAN PROGRAM YANG DIRANCANGTerdapat beberapa program yang telah dirancang oleh pihak PPD pekan antaranya1. Program For Internasional Student assessment (PISA 2015) 4 Buah sekolah di Daerah Pekan telah terpilih untuk Kajian PISA 2015 . Sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Paloh Hinai, SMK Nenasi, Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan dan SBPI Tun Abdul Razak Pekan. Kajian tersebut berjalan mengikut tarikh yang telah di tetapkan iaitu 27 April 2015 di SMK Paloh Hinai pada 28 April 2015 di SMK Nenasi pada 29 April 2015 di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan dan pada 30 April 2015 SBPI Tun Abdul Razak Pekan. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah hadir di SMK Nenasi untuk memantau perjalanan Kajian PISA 2015 di SMK Nenasi.

1. Program Tautan Bestari antara Peringkat Dun di sekitar Pekan, Pahang bertujuan untuk mengenali pasti masalh ponteng di kalangan pelajar

PENUTUPSaya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah kita akan dapat menjayakan proses tranformasi pendidikan di DAERAH kita dengan cemerlang. Dengan keringat gurulah kita melahirkaninsan yang mulia dengan kudrat gurulah kita membina masa depan yang sejahtera. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling mulia dalam masyarakat. Bak kata pujangga :-Dia pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala untuk manusia jadi dewasaDialah ibu dan dialah juga sahabat alur kesetiaan mengalirkan nasihat.Pemimpin yang ditualiahkan segala umat seribu tahun katanya menjadi hikmatSaya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang terpilih Anugerah Guru Cemerlang bagi tahun 2014. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga Para guru sekalian akan terus di beri kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa. Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu.Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.