teks pibg

8
PENGUMUMAN KETIBAAN. Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat …………………………….. diiringi oleh dif-dif kehormat. LAGU NEGARAKU Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama –sama menyanyikan Lagu Negaraku yang diiringi oleh kumpulan Koir sekolah SMK Demak Baru. Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam Sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Yang Berhormat ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru . Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG SMK Demak Baru En Hj Busman Bin Ramli dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Demak Baru sesi 2010/2011.

Upload: vanithamy82

Post on 17-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teks pibg

TRANSCRIPT

PENGUMUMAN KETIBAAN.Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat .. diiringi oleh dif-dif kehormat.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama sama menyanyikan Lagu Negaraku yang diiringi oleh kumpulan Koir sekolah SMK Demak Baru.

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk.Lenggang bertapak seni memandangSilat sendeng menyusun jariSalam Sembah selamat datangSudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berhormat

Yang BerhormatDato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru .

Yang BerusahaYang Dipertua PIBG SMK Demak BaruEn Hj Busman Bin Ramli dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Demak Baru sesi 2010/2011.

Yang BerusahaEn Rambli Hj HasbiPengetua SMK Demak Baru dan barisan pentadbir

Yang Dihormati lagi dikasihi,guru-guru, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Demak Baru 2012.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua

Bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato ..ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SMK Demak Baru sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun sahsiah pelajar .

BACAAN DOA

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Majid atas bacaan doa itu tadi.

Hujan gerimis lebat di huluHaba di muara terasa nyamanBacaan doa sudah berlaluMenyusul kini arena persembahan

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekalian,Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2011 hingga kini.Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Jamaludin Juni dengan kerjasama semua warga SMK Demak Baru. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

PERSEMBAHAN PELAJAR PPKI

Majlis seterusnya amat istimewa kerana ianya akan dipersembahkan oleh seorang pelajar istimewa PPKI yang cemerlang dalam PMR baru baru ini dengan mendapat keputususan 1A 6B 1C. Beliau juga merupakan juara bertahan dalam pertandigan khat dan hafazan peringkat sekolah.Beliau juga merupakan johan dalam Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.Di persilakan adik QaamarulIzat untuk menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Qamarul Izat atas penyampaian sajak itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikulRingan sama dijinjingKita umpama aur dengan tebingitulah yang ibaratkanIbubapa dan guru saling perlu memerlukan.Pelbagai usaha telah dan akan dicernakanKejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpiJika kita bersatu hati.

UCAPAN ALUAN

Bukan keris tanpa ulunyaBukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi , Pengetua SMK Demak Baru merangkap Penasihat PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.Pergi ke kedai membeli gulaGula di bawa berhati-hatiYang Dipertua kami mempersilaUcapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP PIBGSeterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Deamak Baru, Yang Berusaha En Hj Busman bin Ramli untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru , En Hj Busman bin Ramli. Terima kasih diucapkan.

UCAPAN PENAUNG PIBGUlar lidi menyusur rotan,Menyusur jatuh ke dalam payaBanyak budi puan semaikanSemoga tumbuh menyinar dunia.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali atas ucapan sebentar tadi.Sememangnya SMK Demak Baru sesungguhnya terhutang budi dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat

UCAPAN PERASMIAN

Menjemput Dato untuk berdiri,Memberikan ucapan kepada kamiKepada Dato ruang diberi,Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru 2012.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,Alhamdulillah wassola tannabi,Dengan takdir Ilahi Rabbi,Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato .,kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato .Majlis mempersilakan..

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMK Demak Baru 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato. dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan.

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,

SELEPAS KUDAPANAssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan Auditorium untuk Mesyuarat Agong Tahunan PIBG,SMK Demak Baru 2012.

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru,En Hj Busman Bin Ramli. Majlis mempersilakan En Busman untuk menyampaikan kata aluan.

UCAPAN PENASIHATSeterusnya majlis mempersilakan En Rambli bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan .Majlis mempersilakan.(Selesai mesyuarat dan pemilihan)

CABUTAN BERTUAH

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tungguiatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU.

Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku..

Sekian Terima kasih..dan jumpa lag