teks persaraan pn.gb

10
Flow Program 7.45 – 9.00 - PdP 9.00 – 9.30 - Persiapan jamuan / Ketibaan tetamu jemputan 9.30 – 10.30 - Guru/Murid/Tetamu makan di khemah. - Makanan murid akan di jaga oleh pekerja dan guru kelas 10.30 - Guru/tetamu/murid masuk ke dewan 10.45 - Ucapan aluan pengerusi - Doa - Persembahan Pra Sekolah - Ucapaan wakil murid - Ucapan wakil PIBG - Persembahan ( sajak ) - Ucapan wakil staff - Ucapan wakil guru ( pengurusan ) - Persembahan ( Koir ) - Bacaan Biodata / tayangan video - Ucapan Guru Besar - Persembahan - Nasyid - Guru (sajak & Koir ) - Penyampaian Hadiah - Kelas-kelas - Individu - BKGS

Upload: estimawish7346

Post on 24-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Teks Persaraan Pn.gb

TRANSCRIPT

Flow Program

7.45 9.00- PdP 9.00 9.30- Persiapan jamuan / Ketibaan tetamu jemputan9.30 10.30 - Guru/Murid/Tetamu makan di khemah.- Makanan murid akan di jaga oleh pekerja dan guru kelas10.30- Guru/tetamu/murid masuk ke dewan10.45- Ucapan aluan pengerusi- Doa- Persembahan Pra Sekolah- Ucapaan wakil murid- Ucapan wakil PIBG- Persembahan ( sajak )- Ucapan wakil staff- Ucapan wakil guru ( pengurusan )- Persembahan ( Koir )- Bacaan Biodata / tayangan video- Ucapan Guru Besar- Persembahan - Nasyid - Guru (sajak & Koir )- Penyampaian Hadiah- Kelas-kelas- Individu- BKGS- DLL- Pesembahan send off ( 4G )- Send off.

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Puan Norzihan Bt Atan, Guru Besar SK Haji Mohamad Ariff, Pendang.

BismilLahir Rahmanir RahimAssalamu `Alaikum W.B.T.

Yang BerusahaEn. Ahmad Shukri B Mat IsaGuru Penolong Kanan 1SK Haji Mohamad Ariff

Yang BerusahaPn. Noor Ashikin Bt Mohd TajuddinGuru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSK Haji Mohamad Ariff

Yang BerusahaEn. Saubri B. OthmanGuru Penolong Kanan Ko-kurikulumSK Haji Mohamad Ariff

Yang DihormatiEn. Abdul Samad Bin Abdul HakimYDP PIBG SKHMA

Yang DihormatiEn. Ahmad Nazri B. NYDP PIBG SKHMA

Yang DiraikanPn. Norzihan Bt AtanGuru Besar SK Haji Mohamad Ariff

SeterusnyaTetamu-tetamu jemputan, Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat sekalian.

Selamat datang ke :Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Yang Diraikan Pn. Norzihan Bt AtanGuru Besar SK Haji Mohamad Ariff.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Zaidi B Abu Bakar.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zaidi B Abu Bakar atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn. Norzihan Bt Atan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Haji Mohamad Ariff

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Membuka tirai majlis kita pada pagi ini marilah sama-sama kita saksikan persembahan dari murid-murid pra sekolah dengan nyanyian bertajuk

..

Hadirin sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia dan bacaan biodata sempena persaraan Yang Diraikan Puan Norzihan Bt Atan.

Sebelum itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Norzihan bt Atan untuk mengambil tempat di atas pentas.

Sekarang mari sama-sama kita mendengar luahan rasa, susunan kata dari Yang Diraikan Puan Norzihan Bt Atan, majlis mempersilakan.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia serta ucapan sempena persaraan Yang Diraikan Puan Norzihan Bt Atan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati En. Abdul Samad B Abdul Hakim, YPD PIBG SKHMA. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Abdul Samad B Abdul Hakim atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berusaha En. Ahmad Shukri B Mat Isa, Penolong Kanan Pentadbiran mewakili guru SKHMA untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Ahmad Shukri B Mat Isa, Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin Sekalian, untuk persembahan kedua kita pada pagi ini marilahkita dengarkan deklimasi sajak oleh ________________________________, Dipersilakan

Terima Kasih diucapkan kepada _________________________________

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Ahmad B Teh, mewakili kaki tangan SKHMA untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Ahmad B Teh atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, Majlis mempersilakan __________________________________________ mewakili pelajar-pelajar SKHMA untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan

Terima Kasih Diucapkan kepada ___________________________________________________________

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan koir yang mendendangkan lagu yang bertajuk _________________________________________

Itulah sebentar tadi kumpulan koir yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.

Persembahan kita teruskan lagi dengan Nasyid yang akan disampaikan oleh kumpulan nasyid SKHMA, Dipersilakan

Demikian lah tadi Nasyid oleh kumpulan Nasyid SKHMA

Seterusnya, kita ada penampilan istimewa dari guru-guru SKHMA khas buat Yang diraikan Puan Norzihan Bt Atan,

Dipersilakan Puan Asma Bt Razak dengan sajak bertajuk ___________________________________________________________

Kini dijemput pula guru-guru SKHMA naik ke pentas untuk mendengdangkan 2 buah lagu iaitu Jangan Tinggal Daku & Pelangi Petang. Dipersilakan

Demikian lah tadi penampilan istimewa daripada guru-guru SKHMA khas buat yang diraikan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Puan Norzihan Bt Atan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Pn. Noorashikin Bt Mohd Tajuddin, Guru Penolong HEM, SKHMA untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Norzihan Bt Atan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Seterusnya majlis mempersilakan Individu-individu untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Diraikan.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Azman B Othman untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKHMA.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Norzihan bt Atan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Norzihan bt Atan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Pn. Noorashikin Bt Mohd Tajuddin mengiringi Yang Diraikan Puan Norzihan bt Atan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian

Menutup tirai majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita dengarkan persembahan terakhir dari kelas 4G, dengan 2 versi lagu bertajuk Bertemu dan Berpisah, Dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada murid-murid 4G atas persembahan sebentar td.

Hadirin sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Puan Norzihan bt Atan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Norzihan bt Atan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Puan Norzihan bt Atan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.