teks perhimpunan rasmi 2013

16
TEKS PERHIMPUNAN RASMI SK JALAN PASAR 1

Upload: r-ziah-mokhtar

Post on 14-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

all d best

TRANSCRIPT

Slide 1

TEKS PERHIMPUNAN RASMISK JALAN PASAR 1

Assalamualaikum W.B.T

Yang Berusaha Puan Tay Mee Yong, Guru Besar SK Jalan Pasar 1

Yang Dihormati,Puan Hjh Rusni bt Hussein, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

En Hasim b Shuib, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Walliah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul pada pagi yang indah ini.

Kita mulakan perhimpunan pada pagi ini dengan nyanyian 4 buah lagu. Lagu NEGARAKULagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Lagu Wawasan

Murid-murid diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat.Majlis menjemput saudara/ saudari ______________________________ untuk membimbing nyanyian pada pagi ini . Guru-guru dan murid-murid diminta bersedia.

(Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas nyanyian itu tadi.)

Seterusnya, Majlis menjemput pengawas bertugas untuk membimbing bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah. Dipersilakan

.(Majlis mengucapkan jutaan terima kasih)Majlis mempersilakan Guru Bertugas pada minggu lepas untuk menyampaikan laporan sepanjang minggu lepas dan mengumumkan Pemenang Piala Kelas Terbersih. Dipersilakan

.

.(Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan itu tadi. Diharap murid-murid dapat mengambil iktibar di atas apa yang telah disampaikan.)

****Seterusnya, dipersilakan Cikgu _____________________________ untuk membuat pengumuman.***

(Majlis mengucapkan terima kasih atas pengumuman itu tadi)Untuk makluman, guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah :Cikgu .Cikgu .Cikgu .

.

.(Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput.

Yang Berusaha Puan Tay Mee Yong, Guru Besar SK Jalan Pasar 1

Yang Dihormati,Puan Hjh Rusni bt Hussein, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

En Hasim b Shuib, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Walliah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.

.Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi. Diharap murid-murid dapat mengambil manfaat dan melaksanakan apa yang telah disampaikan.)Bagi mengakhiri perhimpunan pada pagi ini, dipersilakan saudara _____________________untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Dengan bacaan doa itu tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada kali ini.

Diminta murid-murid masuk ke kelas dalam barisan masing-masing.

Sekian, terima kasih

.

.BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIMALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMINWASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYAI WALMURSALINWA ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN

YA ALLAH,JADIKANLAH KAMI MURID YANG SENTIASA TAAT KEPADAMUKEPADA IBU BAPA KAMI DAN GURU-GURU KAMIBERIKANLAH KESIHATAN TUBUH BADAN, KECERDASAN AKALDAN JAUHKANLAH KAMI DARI SEGALA MARA BAHAYA

YA RAHMAN,LAPANGKANKLAH DADA KAMI,PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMICERAHKANLAH MATA HATI KAMIUNTUK MENERIMA DAN MEMAHAMISEGALA ILMU YANG DICURAHKAN OLEH GURU-GURU SEKOLAH INIHIASILAH KAMI DENGAN AKHLAK YANG MULIADAN JAUHILAH KAMI DARI SEGALA SIFAT LEMAH DAN MALAS

YA RAHIM,BERIKANLAH KEAMPUNAN KEPADA IBU BAPA DAN GURU-GURU KAMIBERIKAN KESABARAN DAN KETEKUNANKEPADA IBU BAPA DAN GURU-GURU KAMISERTA KEKALKAN SIFAT TABAH DAN IKHLASSEMASA MENDIDIK DAN MENGAJAR KAMI

RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAHWAFIL AKHIROTIHASANAHWAQINA AZABANNAR

WASSALLALLAHU ALA SAIDINA MUHAMMADWA ALA ALIHI WASOHBIHI WASSALAMWALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMINTEKS DOAIKRAR RUKUN NEGARA

MAKA KAMI,rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

.

.Bahawasanya kamiMurid-murid di sekolah iniDan sebagai rakyat MalaysiaBerikrar akan belajar bersungguh-sungguhSerta berusaha dan akan menumpuhkanSeluruh tenaga kami untuk mencapaiCita-cita rukun NegaraBerdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikutKepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran perlembagaanKedaulatan undang-undangKesopanan dan kesusilaanIKRAR MURID

.

.Kesalahan Berat

Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peratura yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah:

18.1.1Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri , Daerah, Pihak Polis dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

18.1.2Menggantung tanpa taikh (untuk tujuan pembuangan) persekolah murid (jika diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.

18.1.3Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima dua minggu ibubapa/penjaga murid akan di maklumkan dna dikehendaki melengkapkan surat perjanjian aau menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid yang terbabit.

18.1.4Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau gur yang diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan. Ibubapa/penjaga dan pelajar juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani surat pengakuan.

18.1.5Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah dimaklumkan kepada Jabatan Pelajaran NegeriTINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

.

.Kesalahan Ringan/KecilBagi kesalahan ringan/kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh murid, pihal Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah:18.2.1Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama, kedua dan ketiga)

18.2.2Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibubapa/penjaga melalui surat-menyurat mengenai salahlaku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir.

18.2.3Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupa pengajaran dan ingatan berulangkali mengikut arahan yang diberi.

18.2.4Mengenakan denda kpeda murid yang terlibat, iaitu denda yang member pengajaran seperti mengutip sampah di kawasan kelas/sekolah, mencuci tandas atau denda-denda lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera.

18.2.5Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah sperti tali pinggang, kasut, barang kemas alat solek alat-alat permainan dan lain-lain. Ibubapa/penjaga boleh menuntut barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah memberi jaminan kesalahan tersebut tidak akan berulang lagi.TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

.

.2.1Pehimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari isnin bermula pada jam 7.40 hingga 8.10 pagi di tapak perhimpunan sekolah.

2.2Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu.

2.3Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

2.4Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru disiplin.

2.5Semua murid wajib memakai tali leher berwarna biru.

2.6Pehimpunan akan dimulakan dengan 3 buah lagu rasmi dan 1 lagu patriotik, bacaan ikrar murid, laporan guru bertugas minggu lepas, ucapan guru bertugas, ucapan pihak pentadbir sekolah dan diakhiri dengan doa.

2.7Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru member ucapan atau pengumuman.

2.8Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu lagu rasmi.

2.9Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu lagu rasmi dinyanyikan.HARI PERHIMPUNAN

.

.6.1Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah dengan mengucapkan Selamat Pagi/Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera atau Assalammualaikum juga dengan sesama murid.

6.2Murid-murid hendaklah berdiri dan member hormat kepada semua guru yang keluar dan masuk ke kelas termasuklah sewaktu Guru Besar, Penolong Kanan serta pelawat yang dating dan masuk ke kelas.

6.3Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yang ada di dalam kelas itu dengan diawasi oleh ketua kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas dengan bimbingan dan pengawasan Guru Kelas.

6.4Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggunjawab atas segala perkakas/perabot dan lain-lain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis, penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi murid dan sebagainya.

6.5Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab megingatkan guru jika terlewat masuk ke dalam kelas.TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

.

.11.1Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran.

11.2 Bilik Makmal Sains kecuali waktu belajar.

11.3Makmal Komputer kecualia ada guru yang bertugas

11.4Bilik sakit (jika ada) kecuali sakit dan dengan kebenaran guru.

11.5Stor-stor kecuali dengan kebenaran.

11.6Rumah Guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.

11.7Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran.

11.8Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran.KAWASAN LARANGAN

.

.13.1Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/menyalahgunakan apa-apa jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya.

13.2Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan diluar sekolah.

13.3Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan.

13.4Murid-murid tidak dibenarkan membawa radio kaset atau walkman ke sekolah.

13.5Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis alat muzik seperti VCD, permainan atau telefon bimbit ke sekolah.

13.6Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan.

13.7Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat di papan kenyataan kelas atau sekolah.

13.8Semua murid memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butir-butir diri dan ibubapa/penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan kebajikan.

13.9Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya ada perubahan/pindaan maklumat pelajar.

13.10Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Guru Bertugas/Guru Kelas dengan segera.PERATURAN AM