teks pengerusi majlis persaraan guru besar

11
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, KILAUAN BAKTI Tarikh / Hari : 3 MAC 2015 / Selasa Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan SK Merlimau PERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN Ketibaan Tetamu Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti” sempena persaraan En. Md. Isa bin Mahat, Guru Besar SK Merlimau.

Upload: suraziah-kiran

Post on 15-Jan-2016

98 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EMCEE

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, KILAUAN BAKTI Tarikh / Hari : 3 MAC 2015 / SelasaMasa : 9.00 pagiTempat : Dewan SK Merlimau

PERKARA/ PEMBACA

BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Tetamu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti” sempena persaraan En. Md. Isa bin Mahat, Guru Besar SK Merlimau.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum

Page 2: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Suhaimi bin Md. Yusof. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

UcapanAlu-aluan

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Suhaimi bin Md. Yusof atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Yang Dihormati ………………………………………………..Tuan Pengarah Pendidikan Melaka

Yang Dihormati Ketua-ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Melaka

Yang Dihormati Ketua-ketua Unit, Jabatan Pendidikan Melaka

Yang Dihormati ……………………………………….……… Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin

Yang DihormatiBarisan Guru Besar dan PengetuaSekolah-sekolah Rendah dan MenengahNegeri Melaka

Yang Dihormati En. Sabarhan bin MokhtarYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan GuruSK Merlimau serta ahli-ahli Jawatankuasanya

Page 3: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

Yang DihormatiMantan – mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Yang DiraikanEn Md. Isa bin Mahat Guru Besar SK Merlimau

Yang Berusaha Pn. Hjh Rohaya bt AhmadPenolong Kanan Pentadbiran SK Merlimau

Yang Berusaha En. Md. Noh bin Md. YassinPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha Pn. Siti Hawa bt OmarPenolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha En. Ahmad Zulifli bin ManohPenolong Kanan PPKI

Yang Dihormati En. Sabarhan bin MokhtarYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Merlimau

Yang Dihormati ……………………………………………………..YDP Majlis Guru Besar Negeri Melaka

Yang DihormatiPegawai-pegawai di JPN dan PPD

Dif-dif jemputan,Seterusnyahadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :Majlis “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti” sempena persaraan Yang Diraikan En Md. Isa bin Mahat, Guru Besar SK Merlimau.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En. Md. Isa bin Mahat dalam Majlis “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”, “Jasamu Dikenang, Setulus Ingatan Kekal Abadi”

Page 4: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Merlimau ini

Ucapan GPK 1

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Pn. Hjh. Rohaya bt Ahmad, GPK Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***………Ucapan GPK 1

Ucapan YDP PIBG

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn. Hjh. Rohaya bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Sabarhan bin Mokhtar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Merlimau untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***………Ucapan YDP PIBG

Persembahan Murid

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Sabarhan bin Mokhtar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas

daripada murid-murid ………………..….. yang berjudul

Page 5: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

“……………………………………………..…………”. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Encik Razimi bin Ramli.

Ucapan Yang Diraikan Tuan GB

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Persembahan Multimedia

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat.

*** Persembahan multimedia

Page 6: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

Ucapan Pengarah

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat . Terima kasih kepada team unit ict SKM dan individu yang menjayakan persembahan tersebut. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan

Yang Dihormati……………………………………………………………, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***………Ucapan Pengarah

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Yang Dihormati ………………………….. Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka atas ucapan itu tadi

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Penyampaian Hadiah & cenderamata

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Md. Isa bin Mahat.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Pn. Hjh. Rohaya bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Merlimau mengiringi Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada …………………………………..

Rujuk senarai hadiah……

Page 7: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

Penyampaian Cenderamata Untuk JPM

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang - kenangan khusus untuk Yang Diraikan En Md. Isa bin Mahat.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En Md. Isa bin Mahat atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Pn. Hjh Rohaya bt Ahmad mengiringi Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat sebentar tadi.

Ungkapan terima kasih juga kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan untuk Jabatan Pendidikan Melaka khusus daripada beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat untuk menyempurnakan acara.

Dipersilakan Yang Dihormati …………………………………………… Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka untuk menerima cenderamata daripada Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat.

Begitulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat.

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabul

Yang menerima sudah menerima

Potong Kek Hadirin yang dimuliakan,Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun kelahiran Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat, Guru Besar SK Merlimau.

Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan

Page 8: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

lagu selamat hari jadi untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat tampil ke pentas untuk memotong kek sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu Md. Isa.

Allah Selamatkan Kamu,, Allah Selamatkan Kamu..Allah Selamatkan Cikgu Md. Isa,,Allah Selamatkan Kamu..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat yang sudi menyempurnakan majlis.

Terima kasih kepada semua hadirin.

Penutup Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu Isa……….

Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Md. Isa bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi

Page 9: Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di khemah sajian.

Wa BilLahi Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh