teks pengerusi majlis persaraan guru besar 30 - 2

6
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR 30/4 WAKTU BUTIRAN CATATAN 8.15 am 8.30am 8.30 AM Selamat pagi dan salam sejahtera. Dijemput semua tetamu mengambil tempat. Mengumumkan ketibaan, Yang Diraikan Puan Goh Ai Guat diiringi dif dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan untuk mengambil tempat. Yang Dihormat,i Dif-dif kehormat dan para hadirin hadirat yang dimuliakan, selamat datang ke SJKC Chung Hua. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri CH : Wo shi Razliza Hadirin dan hadiran yang dihormati sekalian, Tanggal 30 April 2015 yang indah dan penuh bermakna ini, kami bawakan kepada anda majlis sempena persaraan dan ulang tahun ke 60 Puan Goh Ai Guat, guru besar SJKC Chung Hua Klang. Kami mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran semua. 8.45 am Hadirin dan hadiran yang dihormati, diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, dan lagu sekolah. (lagu) Terima kasih. Hadirin diminta duduk.

Upload: razliza-hazleen-razak

Post on 03-Sep-2015

139 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teks pengerusi majlis persaraan guru besar

TRANSCRIPT

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR 30/4WAKTUBUTIRANCATATAN

8.15 am

8.30am

8.30 AMSelamat pagi dan salam sejahtera.Dijemput semua tetamu mengambil tempat.

Mengumumkan ketibaan, Yang Diraikan Puan Goh Ai Guat diiringi dif dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan untuk mengambil tempat.

Yang Dihormat,i Dif-dif kehormat dan para hadirin hadirat yang dimuliakan, selamat datang ke SJKC Chung Hua.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

CH : Wo shi Razliza

Hadirin dan hadiran yang dihormati sekalian,Tanggal 30 April 2015 yang indah dan penuh bermakna ini, kami bawakan kepada anda majlis sempena persaraan dan ulang tahun ke 60 Puan Goh Ai Guat, guru besar SJKC Chung Hua Klang. Kami mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran semua.

8.45 amHadirin dan hadiran yang dihormati, diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, dan lagu sekolah.

(lagu)

Terima kasih. Hadirin diminta duduk.

8.50amHadirin dan hadiran yang dihormati,Sebagai pembuka kata, dengan segala hormatnya majlis menjemput pengerusi jawatankuasa majlis persaraan,merangkap penolong kanan 1, Puan Chuah Hui Ling untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

8.55amTerima kasih Puan Chuah Hui Ling.

Majlis kini menjemput pasukan gendang 24 musim SJKC Chung Hua Klang untuk memulakan majlis pada pagi ini. Dipersilakan.

Terima kasih pasukan gendang 24 musim atas persembahan yang begitu mengkagumkan.

Hadirin dan hadiran yang dihormati sekalian, kini, majlis diteruskan dengan ucapan daripada yang dipertua PIBG SJKC Chung Hua KlaNG.Puan Ghai Swee Ling DIPERSILAKAN.

9.00amTerima kasih Puan Ghai Swee Ling

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakanPengerusi Lembaga Pentadbiran Sekolah, Dato Thong Young Koon untuk memberikan ucapan.

9.10 amTerima kasih dato Thong Young Koon.

Majlis kini dengan berbesar hati menjemput Penyelia Kanan SJKC, Jabatan Pelajaran Selangor, En. Chern Chiew Seah untuk menyampaikan sijil penghargaan perkhidmatan daripada Negeri Selangor kepada Yang DIraikan, Puan Goh Ai Guat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih Encik Chern Chiew Seah.

Kini majlis menjemput

Untuk menyampaikan sijil penghargaan perkhidmatan bagi daerah Klang.

Terima kasih

9.50amUntuk pengetahuan hadirin dan hadiran sekalian, Sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada pihak sekolah,Puan Goh Ai GUat telah menyerahkan kembali sumbangan daripada Kelab Kebajikan Guru kepada Jawatankuasa Pembinaan Sekolah sebagai dana pembinaan bangunan baharu sekolah. Majlis menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Sekolah, Dato Ng Keen Leen diiringi oleh Dato Thong Young Koon, Pengerusi Lembaga Pentadbiran Sekolah untuk menerima sumbangan tersebut.

Terima kasih Puan Goh ,Dato Ng dan Dato Thong.

9.50amPersembahan

10.10amPara Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia bagi mengenang detik pahitdan manis sempena persaraan Yang Diraikan Puan Goh Ai Guat

10.20amTerima kasih atas persembahan multimedia itu.

Hadirin dan hadiran yang dihormati, majlis kini menjemput wakil daripada pihak murid, Tan Lin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

10.40amTerima kasih Tan Lin.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Puan Goh Ai Guat telah menumpahkan keringat dan menyumbang bakti dengan penuh kasih sayang selama 40 tahun dalam bidang pendidikan. Sumbangan dan bakti beliau tidak akan dapat dilupakan ke akhir hayat.

Sebagai penghargaan, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata tanda kenang-kenangan buat insan yang kita sayangi ini.Dipersilakan.

11.00amMajlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian cenderamata daripada semua pihak.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis empunya diri tiada bicara

Pastinya terlalu banyak yang ingin disampaikan oleh Puan Goh Ai Guat kepada kita disaat ingin meninggalkan seluruh warga sekolah yang dikasihi.

Majlis dengan penuh homat menjemput Yang Diraikan Puan Goh Ai Guat untuk menyampaikan amanat beliau kepada semua. Dipersilakan.

11.10am

Walaupun tidak lagi bersua dan mendengar amanat Puan, kami warga SJKC Chung Hua Klang sentiasa mengalu-alukan kedatangan puan ke sini bila2 masa sahaja.

11.20amHari ini, bukan sahaja kita meraikan detik bersejarah hari persaraan Yang Diraikan Puan Goh Ai Guat, kita juga akan meraikan acara memotong kek sempena ulang tahun hari lahir beliau. Dengan segala hormat dipersilakan hadidin dan hadiran sekalian berdiri untuk menyanyikan bersama-sama lagu Selamat Hari Lahir kepada beliau.

(potong kek)

Kami mendoakan agar Puan Goh dilimpahi kebahagian sepanjang hayat. Hadirin dan hadiran yang dihormati dipersilakan duduk. terima kasih..

11.30am

11.40amInilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan.Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Diminta pelajar-pelajar beratur untuk memberi lambaian kasih terakhir kepada Yang diraikan Puan Goh AI Guat sebgai tanda berakhirnya majlis ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.