teks pengerusi majlis hari guru sekolah kg paloh

Upload: ainihayatimohammad

Post on 05-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks p

TRANSCRIPT

TEKS PENGERUSI MAJLIS HARI GURU SEKOLAH

PERKARA/ PEMBACABUTIRANCATATAN

UcapanAlu-aluan

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha Tn Hj. Daud bin Jerawi Guru Besar SK Kg Paloh

Yang Berusaha Puan Fatimah MorsidiPenolong Kanan Pentadbiran SK Kg Paloh

Yang Berusaha Puan Intan SebliPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Mohd Fadzli IsaPenolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati En. Abg Julkapli b. Abg JerawiYang Dipertua PIBG, SK Kg. Paloh

Yang Dihormati En. Abg Mosidi b. Abg BusrahKetua Kampung, Kg Paloh

SeterusnyaBarisan pendidik yang disayangi, warga kerja SK Kg. Paloh, serta murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan yang amat kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan hari guru peringkat Sk Kg Paloh bagi tahun 2015. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, tema hari guru bagi tahun 2015 ialah Guru : membina ilmu menyempurnakan akhlak.

Nyanyian lagu NegarakuSebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput semua hadirin berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu negaraku, lagu ibu pertiwiku dan juga lagu Sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk .Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi..

Bacaan Doa

Hadirin yang dimuliakan,

Panggilan cikgu adalah keramat,Bersabar menabur jasa dan bakti,Doa dibaca memohon Rahmat,Moga Majlis sentiasa diberkati ,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Encik Mohd Hazwan bin Muhammad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Hazwan bin Muhammad atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan GB

Para hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyatak berguna jika ada dayung tiada perahunyatak lengkaplah majlis jika suaranya tanpa berbicara.

Oleh itu, majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Daud bin Jerawi, guru besar SK Kpg Paloh untuk memberikan sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Daud bin Jerawi di atas ucapannya sebentar tadi.

Perutusan hari guru Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput pula____________ untuk membacakan perutusan ucapan daripada ketua pengarah pendidikan malaysia. Majlis mempersilakan.

Demikianlah tadi teks perutusan daripada ketua pengarah pendidikan malaysia.terima kasih diucapkan kepada _________________.

Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.

Ikrar guru dan persembahan guruBeralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru ke pentas untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh _______________. Mohon para guru naik ke atas pentas dan selepas itu, kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru dengan nyanyian lagu kami guru malaysia, dan Fly kenyalang Fly, Fly High.

Demikianlah tadi nyanyian dua buah lagu daripada guru-guru yang kita sayangi.

Persembahan muridPara hadirin sekalian.

Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini, majlis menjemput kesemua murid SK Kpg Paloh bagi menyampaikan satu persembahan sebagai kenangan di halwa telinga khususnya untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita menyaksikan persembahan dari murid murid SK Kpg Paloh.

Terima Kasih diucapkan kepada kesemua anak-anak murid SK Kpg Paloh di atas nyayian itu tadi,

SukanekaUsai sudah persembahan itu tadi bermakna usai sudah majlis kita di dewan ini. Untuk acara sukaneka dan sukan yang akan berlangsung di padang sebentar lagi, majlis menjemput __________________ untuk memberikan sedikit taklimat.

Terima kasih ________________. . Dijemput juga kepada tetamu jemputan untuk menyaksikan acara sukaneka yang bakal berlangsung di padang sebentar lagi. Murid-murid boleh bergerak ke padang dalam keadaan yang teratur. Para guru juga boleh bersedia untuk ke padang. Terima kasih.

Pertukaran hadiahAssalamualaikum wbt..

Terima kasih kepada semua hadirin yang masih lagi setia dengan majlis sambutan hari guru ini.

Majlis mempersilakan ________________________ bagi mengendalikan acara pertukaran hadiah.

JamuanSelesai sudah majlis kita pada hari ini. Diri ini memohon maaf andai terdapat sebarang khilaf yang terjadi semasa majlis ini berlangsung.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu juga dari Allah SWT namun disandarkan ke atas diri saya yang lemah ini.

Terbang rendah burung tempuaHinggap berdua di dahan araHidangan di meja sudah tersediaDijemput tuan menjamu selera

Penutup