teks pengacaraan pibg

9
TEKS PENGACARAAN PIBG KALI KE 29 Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN Ahli Parlimen Pasir Gudang..diiringi Yang Berhormat Encik Tan Cher Puk Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Johor Jaya... Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berhormat DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 29, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sri Amar. Assalammualaikum wbkt... dan Salam Satu Malaysia... YANG BERHORMAT DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA, YANG BERHORMAT ENCIK TAN CHER PUK, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BAHAGIAN JOHOR JAYA, YANG BERBAHAGIA, ENCIK KAMARUDIN BIN ISMAIL, YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR, YANG BERUSAHA PUAN JAMALIAH BINTI JALALUDIN, GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat IIlahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dengan iradat dan inayahNYa, dipertemukan kita semua pada pagi yang berbahagia ini, di majlis yang permai, indah lagi gemilang iaitu Majlis Perasmian Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 29 bagi tahun 2013 Sekolah Kebangsaan Sri Amar. 1 Perhatian - Para hadirin dikehendaki berdiri apabila diumumkan

Upload: siti-puspa

Post on 08-Aug-2015

163 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacaraan pibg

TEKS PENGACARAAN PIBG KALI KE 29

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN Ahli Parlimen Pasir Gudang..diiringi Yang Berhormat Encik Tan Cher Puk Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Johor Jaya...

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berhormat DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 29, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sri Amar.

Assalammualaikum wbkt... dan Salam Satu Malaysia...

YANG BERHORMAT DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA,

YANG BERHORMAT ENCIK TAN CHER PUK,AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BAHAGIAN JOHOR JAYA,

YANG BERBAHAGIA, ENCIK KAMARUDIN BIN ISMAIL,YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR,

YANG BERUSAHA  PUAN JAMALIAH BINTI JALALUDIN,GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR

Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian. 

Bersyukur kita ke hadrat IIlahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dengan iradat dan inayahNYa, dipertemukan kita semua pada pagi yang berbahagia ini, di majlis yang permai, indah lagi gemilang iaitu Majlis Perasmian Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 29 bagi tahun 2013 Sekolah Kebangsaan Sri Amar.

Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita, Yang Berhormat DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED BIN NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI merangkap Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, YANG BERHORMAT ENCIK TAN CHER PUK, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BAHAGIAN JOHOR JAYA, kerana  sudi hadir dalam majlis Perasmian PIBG pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

1

Perhatian - Para hadirin dikehendaki berdiri apabila diumumkan ketibaan Tetamu Kehormat

Page 2: Teks pengacaraan pibg

Ikan berenang di dalam kali,Ikan belida dadanya panjang,

Majlis kita takkan berseri,Tanpa tarian selamat datang.

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan tarian selamat datang. Dipersilakan..

Untuk makluman semua, persembahan tarian sebentar tadi, merupakan ilham kreatif dan di bawah bimbingan Encik Luqman bin Khalid dan Puan Aiasah binti Omar.

Garam ada kicap pun ada,Sayang lada terlupa bagi,

Pantun ada persembahan ada,Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Zulkifli bin Junit  untuk memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zulkifli bin Junit atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna, jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis, jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG. Encik Kamarudin bin Ismail. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Kamarudin bin Ismail untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia Encik Kamarudin bin Ismail atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESARBukan keris tanpa hulunya

Bukan Majlis tanpa ucapannya..

Meneruskan acara, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha lagi dihormati Puan Jamaliah binti Jalaludin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Amar.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Puan Jamaliah binti Jalaludin atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

2

Page 3: Teks pengacaraan pibg

UCAPAN PERASMI MAJLIS

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat,  “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN, Ahli Parlimen Pasir Gudang, merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia  untuk memberikan ucapan dan seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 29 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Amar bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berhormat DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN di atas ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 29 sebentar tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN

Terbang bebas si rama-rama, Teratai mekar di tengah lembah,

Menyusun langkah semerdu irama,Tarian ____________ kini di persembah.

Majlis dengan ini mempersilakan Kumpulan Tarian ____________________ untuk membuat Persembahan. Dipersilakan..

Untuk makluman semua, persembahan tarian sebentar tadi juga, merupakan ilham kreatif dan dibawah bimbingan Encik Luqman bin Khalid dan Puan Aiasah binti Omar.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN SIJIL PENGHARGAAN 

Acara seterusnya ialah Penyampaian Cenderamata dan Sijil Penghargaan. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________________________________________ dengan diiringi _______________________________________________ untuk tampil ke pentas. Dipersilakan..

Majlis mempersilakan 1. Murid Cemerlang UPSR 20122. AJK PIBG sesi 2011/20123. Program Bersama Murid Target 5A sumbangan Era Edar Sdn. Bhd.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada _________________ atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. (Sebelum YB turun, cepat-cepat buat pengumuman di bawah).

3

Page 4: Teks pengacaraan pibg

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Guru Besar, Puan Jamaliah binti Jalaludin untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berhormat DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN..Dipersilakan Yang Berhormat DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED BIN NORDIN..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Jamaliah binti Jalaludin atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 

Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap maafkan saja.

         Segala kerjasama sangat dihargai,

Terima kasih sekalung budi,Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Guru Besar, Puan Jamaliah binti Jalaludin dan Yang Dipertua PIBG, Encik Kamarudin bin Ismail untuk mengiringi Yang Berhormat DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED BIN NORDIN Ahli Parlimen Pasir Gudang dan Yang Berhormat Encik Tan Cher Puk, ADUN bahagian Johor Jaya menjamu selera di Bilik Mesyuarat. Dipersilakan...

Para Ibu Bapa dikehendaki menunggu di dewan untuk acara seterusnya iaitu acara Persembahan Murid dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-29...

(Maka tamatlah tugas pengacara Majlis Rasmi...Hooray)

4

Page 5: Teks pengacaraan pibg

PENUTUP

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara..

Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap maafkan saja.

         Segala kerjasama sangat dihargai,

Terima kasih sekalung budi,Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

5

Page 6: Teks pengacaraan pibg

6

Page 7: Teks pengacaraan pibg

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru  yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima

Adat tuan adat berserahMari datang membawa puan

Adat bersirih adat sejarahUntuk tuan kami sembahkan

Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis baru-baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking  dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan –persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim  untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

7

Page 8: Teks pengacaraan pibg

tuh 

8