teks pengacara sambutan maulidur rasul 1436h

5
TEKS PENGACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H / 2015M SK PERMAS JAYA 1 (FIRFAT) CUE TEKS CATATAN Kata-kata aluan Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Yang Berusaha, _________________________________________ _________________________________________ Yang Dihormati, _________________________________________ _________________________________________ Yang Dihormati, _________________________________________ _________________________________________ Yang Dihormati, _________________________________________ _________________________________________ Yang Dimuliakan, Ustaz Norhashim bin Haji Hassan Penceramah jemputan kita pada hari ini. Barisan guru-guru serta anak-anak murid yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara. Majlis mengucapkan selamat datang ke Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1 bagi tahun 2015 bersamaan 1436 hijrah. *tempat kosong diisikan dengan nama pentadbir sekolah *alert tengok tetamu yang hadir (VVIP or not) *cek kata-kata aluan sesuai atau tidak Bacaan doa Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis

Upload: nurr-fatehana-aduka

Post on 09-Nov-2015

252 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

teks pengacara maulidurrasul

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H / 2015MSK PERMAS JAYA 1 (FIRFAT)

CUETEKSCATATAN

Kata-kata aluanAssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.Yang Berusaha, __________________________________________________________________________________Yang Dihormati,__________________________________________________________________________________Yang Dihormati,__________________________________________________________________________________Yang Dihormati,__________________________________________________________________________________Yang Dimuliakan,Ustaz Norhashim bin Haji HassanPenceramah jemputan kita pada hari ini.

Barisan guru-guru serta anak-anak murid yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicara.

Majlis mengucapkan selamat datang ke Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1 bagi tahun 2015 bersamaan 1436 hijrah.*tempat kosong diisikan dengan nama pentadbir sekolah*alert tengok tetamu yang hadir (VVIP or not)*cek kata-kata aluan sesuai atau tidak

Bacaan doaHadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadil Ustaz Ridzuan bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(pause)Amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-fadil Ustaz Ridzuan bin Zakaria atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Asmaul Husna

Selawat

Nasyid

Kompang SelawatDimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan IlahiDimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberiDiiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Dipersilakan Al-Fadil Ustaz Ridzuan Bin zakaria untuk memimpin bacaan Asmaul Husna dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

(pause)

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid dan kompang selawat daripada murid-murid SK Permas Jaya 1. Dipersilakan.

*mohon semak semula supaya sesuai dengan perjalanan majlis

Penyampaian hadiahBuat pengetahuan warga dewan, pada minggu lepas sekolah kita telah melaksanakan beberapa pertandingan bersempena dengan sambutan maulidur rasul ini.

Antara pertandingan yang dijalankan adalah :_____________________________________________________________________________________________________________________Terdapat hadiah disediakan kepada mereka yang berjaya dan untuk yang tidak berjaya diharapkan untuk mencuba lagi pada masa hadapan.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput dan mempersilakan _______________________________________untuk mengiringi _______________________________________bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

*baca senarai pemenang.

Terima kasih di atas kesudian ________________________________________untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.*dapatkan senarai pertandingan dan pemenang*siapa yang bagi siapa yang kena iring (alert)*tally dengan susunan hadiah

PengenalanHadirin warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar Rasullullah S.A.W. Seperti yang kita sedia maklum bahawa rasullullah s.a.w merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar Rasulullah S.A.W

Ucapan penceramahSiddiq, amanah ,tabliq, fatonah,Sifat terpuji junjungan kita,Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Warga dewan yang dirahmati sekelian,

Majlis maulidur rasul 1436 H di bawah tema Perpaduan Nadi Transformasi Negara diteruskan lagi dengan mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita pada hari ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal disampaikan dapat kita hayati dan mendapat manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Norhashim bin Hj Hassan yang merupakan seorang penceramah bebas dan pernah berkhidmat di jabatan agama __?__untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ________________________________________. Dipersilakan.

(pause)

Nun di sana indahnya kotaKota bersih dijaga sentiasaIndah sungguh bicara kataJadi iktibar pada semua

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Norhashim bin Haji Hassan.*perbincangan untuk mengulas biodata atau tidak*kalau ada tajuk kena nyatakan (tak payah pun tak pe)

Bagi cenderahatiHadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1436 H ini.Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan_________________________________________ untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia _________________________________________ untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz Norhashim bin Haji Hassan untuk menerima cenderamata penghargaan. Dipersilakan.

(pause)Tinggi bukit gilang-gemilang,Air di laut tenang-tenangan;Budi sedikit tak akan hilang,Tetap menjadi kenang-kenangan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha ______________________ yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.*dalam tentatif tiada*kalau tiada hadiah, tak payah baca*alert siapa nak bagi siapa nak iring

Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan sambutan maulidur rasul pada tahun ini. Majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-as.

Dijemput kepada para tetamu untuk menikmati juadah yang disediakan. *ubahsuai ayat sebab nampak simple

ADHOC