laporan program maulidur rasul 2013

10
LAPORAN PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Politeknik Ibrahim Sultan pada 8 Februari 2013. Pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah dan Ceramah. Antara tujuannya program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad SAW junjungan besar kita. Pada Majlis ini telah diadakan Pertandingan Kain Rentang (banner/ sepanduk) dan seterusnya diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Antara jabatan yang mengambil bahagian adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kediaman Pelajar, Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pengajian Am serta Kelab dan persatuan di Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 1000 orang pelajar, staf , pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis ini. Bagi mengadili pertandingan tersebut, Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul telah melantik tiga orang juri iaitu En. Md Saifuddin Bin Md Yusof, En. Mohd Azim Bin Md Janis dan En. Mohd Halid Bin Abu. Keputusan Pertandingan Kain Rentang dan perarakan Johan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Majlis kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan wakil pengarah PIS, Tn. Syed Shikh B. Syed A. Kadir yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid PIS, Pihak penganjur mengucapakan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohammad Hamdan Bin Abdul Ghani kerana telah memberikan tazkirah aluan. Bagi acara kemuncak, majlis diteruskan dengan ceramah daripada Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato’ Nooh Bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tajuk Sayang Rasulullah. Antara yang disentuh dalam ceramah beliau adalah sejarah kelahiran Rasulullah dan perkembangan dakwah Rasulullah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu

Upload: md-saifuddin-md-yusop

Post on 30-Sep-2015

107 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Maulid

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PROGRAM

    MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

    Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat

    Politeknik Ibrahim Sultan pada 8 Februari 2013. Pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan

    antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah dan Ceramah. Antara

    tujuannya program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad

    SAW junjungan besar kita.

    Pada Majlis ini telah diadakan Pertandingan Kain Rentang (banner/ sepanduk) dan seterusnya

    diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Antara jabatan yang mengambil bahagian

    adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kediaman Pelajar, Jabatan Reka Bentuk dan

    Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

    Jabatan Pengajian Am serta Kelab dan persatuan di Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 1000

    orang pelajar, staf , pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis ini.

    Bagi mengadili pertandingan tersebut, Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul telah melantik

    tiga orang juri iaitu En. Md Saifuddin Bin Md Yusof, En. Mohd Azim Bin Md Janis dan En.

    Mohd Halid Bin Abu.

    Keputusan Pertandingan Kain Rentang dan perarakan

    Johan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

    Majlis kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan wakil pengarah PIS, Tn. Syed Shikh B.

    Syed A. Kadir yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid PIS, Pihak penganjur

    mengucapakan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohammad Hamdan Bin Abdul Ghani

    kerana telah memberikan tazkirah aluan.

    Bagi acara kemuncak, majlis diteruskan dengan ceramah daripada Yang Berbahagia Sahibus

    Samahah Dato Nooh Bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tajuk

    Sayang Rasulullah. Antara yang disentuh dalam ceramah beliau adalah sejarah kelahiran

    Rasulullah dan perkembangan dakwah Rasulullah.

    Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah

    tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu

  • menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya

    seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia

    bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan

    mendapat harta yang banyak.

    Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat

    rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang

    sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya, kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga

    sahabat baik Aminah.

    Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya

    keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya,

    bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya

    mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan

    sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.

    Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah

    Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-

    putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah

    yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi

    tumpuan orang ramai.

    Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan

    purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat wajah

    bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu tarikan

    pada tubuh Muhammad.

    Penutup

    Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada

    pemenang pertandingan kain rentang dan perarakan. Penyampaian ini disempurnakan oleh

    Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato Nooh Bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam

    Negeri Johor diringi Puan Hjh. Suzanah Bt. Hashim, Timbalan Pengarah (Sokongan

    Akademik) Politeknik Ibrahim Sultan. Di dalam majlis itu juga Masjid PIS telah

    menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar PIS yang baru kematian ibu dan dua orang

    adik akibat kemalangan. Semoga penganjuran program kali ini memberi manfaat kepada

  • semua pihak yang terlibat sama ada peserta, AJK dan masyarakat setempat. InshaALLAH

    program-program seperti ini akan diadakan lagi dan diharapkan ianya akan terus mendapat

    sokongan daripada semua pihak khususnya para dermawan.

    Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada

    mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap

    sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Bukhari)

    Disediakan oleh

    (MD YUSRI BIN JANI)

    Setiausaha

    Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

  • Penceramah Undangan Yang Berbahagia Dato Nooh Bin Gadot , Penasihat MAIJ

    Barisan VIP

  • Tetamu jemputan terdiri daripada staf dan pelajar PIS serta masyarakat sekitar

    Kata-kata aluan daripada wakil pengarah Tuan Syed Shikh Bin Syed A. Kadir merangkap

    Pengerusi AJK Masjid PIS

  • Tetamu muslimat

    Penceramah Undangan Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato Nooh Bin Gadut, Penasihat MAIJ

  • Hadirin berselawat

    Penyampaian cenderahati kepada juri

  • Berdoa untuk kesejahteraan roh arwah ibu dan adik pelajar PIS yang meninggal dunia akibat

    kemalangan jalan raya

    Jemputan VIP berangkat ke jamuan

  • Perarakan dan kain rentang

    Perarakan dan kain rentang

  • Perarakan dan kain rentang

    Perarakan dan kain rentang