teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul smksp
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKSP
1/5
Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKSP
Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia nya
sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul
sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH
Begitulah tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini.
Hadirin yang dihormati sekalian
Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-
Quran yang akan disampaikan oleh . Dan
ditafsirkan oleh.. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada qari dan penterjemah atas bacaan ayat-ayat suci Al-
Quran itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, bacaan yang diperdengarkan itu tadi
adalah dibaca dari surah.
Ayat
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dipersilakan kumpulan nasyid
.. dengan lagunya yang
bertajuk
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan .. atas
persembahan itu tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian
Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan sebuah teater pentomen yang akan
disampaikan oleh ahli kelab.. SMK Seri Perling.
-
7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKSP
2/5
Dengan ini, majlis mempersilakan ahli kelab....SMK
Seri Perling untuk menyampaikan persembahan nya yang bertajuk wali keramat
Terima kasih diucapkan kepada ahli kelab. Diatas persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan Kumpulan Nasyid..
untuk mengetuai bacaan selawat ke atas rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. .
Untuk itu, hadirin diminta berdiri agar dapat selawat bersama-sama. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan nasyid atas
persembahan selawat itu tadi. Hadirin jemput duduk.
DIUMUMKAN KETIBAAN YANG ..AL-FADZIL
USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK, QADI DAERAH PONTIAN. HADIRIN DAN
HADIRTA DIMINTA BERDIRI.
Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum WBT
Yang AL-FADZIL USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ
BACHOK, qadi daerah pontian selaku penceramah jemputan
Yang . Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak, YDP PIBG SMK Seri
Perling
Yang berusaha,
( )
.
-
7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKSP
3/5
( ) Pn Sharulbanun . Penolong kanan HEM
( ) Pn Rohazila Yon, Penolong Kanan Kokurikulum
( ) En Kamalrudin Ali, Penolong Kanan Petang
( )
.
( )
.
Barisan Guru-guru kanan, barisan AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa serta hadirin
sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, untuk kita sama-sama berkumpul di
dewan Ibn Sina SMK Seri Perling bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat
sekolah tahun 2012 bersamaan dengan 1433 hijrah. PERSEFAHAMAN ASASPERPADUAN UMMAH Begitulah tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Ustaz Abd Ghaffar Bin Abd Kadir untuk menyampaikan
bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
Amin, ya rabb Al- Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abd Ghaffar Bin AbdKadir di atas bacaan doa itu tadi.
Seterusnya, majlis menjemput, Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak, YDP PIBG SMK Seri
Perling untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
-
7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKSP
4/5
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak di atas
ucapan alu- aluan itu tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian
Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati
ceramah maulidur rasul yang akan disampaikan oleh AL-FADZIL USTAZ HJ MOHD
FAUZI BIN HJ BACHOK.
Sebelum itu, izinkan saya membaca sedikit biodata mengenai penceramah jemputan
kita.
Dengan ini,majlis menjemput AL-FADZIL USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK
untuk menyampaikan ceramahnya. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan
Demikian tadi ceramah yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan.
Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Al-fadzil USTAZ HJ MOHD FAUZI
BIN HJ BACHOK.
Hadirin yang dihormati, sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis , majlis
menjemput Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak di iringi
oleh. Untuk menyampaikan
cenderahati kepada yang berbahagia USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak di ataspenyampaian cenderamata itu tadi.
-
7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKSP
5/5
Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka
sempurnalah sudah Majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah 2012
Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.
Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk merakamkan sekalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi menjayakan Majlis kita pada hari ini.
Pihak majlis juga memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya sepanjang perjalanan
majlis pada hari ini berlaku sebarang kekurangan dan kesilapan sama ada
disengajakan atau tidak. Sekian WASSALAM
Majlis menjemput yang berbahagia USTAZ HJ MOHD FAUZI BIN HJ BACHOK di iringi
oleh Tn Hj Radin Pangat Bin Ishak untuk menikmati jamuan yang disediakan.