laporan program maulidur rasul 2015

8
LAPORAN PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 MASIHI / 1436 HIJRAH Tarikh : 04 Februari 2015 (Rabu) Masa : 7.30 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Anjuran : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS Peserta : 1000 orang staf, pelajar PIS serta masyarakat sekitar Penceramah : Ustaz Ahmad Zaki Fikri Bin Nooh Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Melaka Disediakan oleh : Md Yusri Bin Jani Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Politeknik Ibrahim Sultan pada 04 Februari 2015. Pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah dan Ceramah. Antara tujuannya program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan Nabi Muhammad SAW junjungan besar kita. Pada Majlis ini telah diadakan Pertandingan Kain Rentang (banner/ sepanduk) dan seterusnya diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Antara jabatan yang mengambil bahagian adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kediaman Pelajar, Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pengajian Am serta Kelab dan persatuan di Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 1000 orang pelajar, staf , pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis ini. Bagi mengadili pertandingan tersebut, Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul telah melantik dua orang juri iaitu En. Kamal bin Dardak (Pengurus Smart Home), Ustaz Khairul Nizam Bin Mohd Khalid (Pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru) هيم سلطاننيك إبرا مسجد ڤوليتيكKm 10 , Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang Johor Darul Ta’zim No. Telefon : 07-261 2430 : 07-261 2404 : 07-261 2488 : 07-261 2797 No. Fax : 07-261 2402 Lama Web : http://www.pis.edu.my هيم سلطاننيك إبرا مسجد ڤوليتيك

Upload: md-saifuddin-md-yusop

Post on 14-Nov-2015

110 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Maulid 2015

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

    2015 MASIHI / 1436 HIJRAH

    Tarikh : 04 Februari 2015 (Rabu) Masa : 7.30 pagi 10.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Anjuran : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Hal

    Ehwal Pelajar PIS Peserta : 1000 orang staf, pelajar PIS serta masyarakat sekitar Penceramah : Ustaz Ahmad Zaki Fikri Bin Nooh Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Melaka Disediakan oleh : Md Yusri Bin Jani

    Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat

    Politeknik Ibrahim Sultan pada 04 Februari 2015. Pelbagai aktiviti bermanfaat diadakan

    antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah dan Ceramah. Antara

    tujuannya program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan Nabi

    Muhammad SAW junjungan besar kita.

    Pada Majlis ini telah diadakan Pertandingan Kain Rentang (banner/ sepanduk) dan

    seterusnya diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Antara jabatan yang

    mengambil bahagian adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kediaman Pelajar,

    Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan

    Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pengajian Am serta Kelab dan persatuan di Politeknik Ibrahim

    Sultan. Seramai 1000 orang pelajar, staf , pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis ini.

    Bagi mengadili pertandingan tersebut, Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul telah

    melantik dua orang juri iaitu En. Kamal bin Dardak (Pengurus Smart Home), Ustaz Khairul

    Nizam Bin Mohd Khalid (Pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru)

    Km 10 , Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang

    Johor Darul Tazim

    No. Telefon : 07-261 2430 : 07-261 2404 : 07-261 2488 : 07-261 2797 No. Fax : 07-261 2402 Lama Web : http://www.pis.edu.my

  • Keputusan Pertandingan Kain Rentang dan perarakan Johan Jabatan Kejuruteraan Elektrik

    Majlis kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan oleh Pengarah PIS , En. Mohd

    Hatta Bin Zainal, Bagi acara kemuncak, majlis diteruskan dengan ceramah daripada Yang

    Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad Zaki Fikri Bin Nooh, Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Melaka

    dengan tajuk Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Antara yang disentuh dalam ceramah

    beliau adalah sejarah kelahiran Rasulullah dan perkembangan dakwah Rasulullah.

    Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah

    tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu

    menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya

    seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia

    bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan

    mendapat harta yang banyak.

    Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat

    rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang

    sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya, kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga

    sahabat baik Aminah.

    Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya

    keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya,

    bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya

    mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan

    sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.

    Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah

    Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-

    putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah.

    Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi

    tumpuan orang ramai.

    Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan

    purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat

  • wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu

    tarikan pada tubuh Muhammad.

    Penutup

    Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah

    kepada pemenang pertandingan kain rentang dan perarakan. Penyampaian ini

    disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Mohd Hatta Bin Zainal, Pengarah PIS diringi Tn.

    Syed Syikh Bin Syed A. Kadir, Pengerusi Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Di dalam majlis itu

    juga Masjid PIS dan jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menyampaikan sumbangan kepada

    pelajar-pelajar PIS yang kediamannya terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini. Seperti

    kebiasaan tahun tahun sebelum ni, anugerah Iltizam di wujudkan bagi memberi

    penghargaan kepada individu yang bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada

    pembangunan dan aktiviti masjid. Pada tahun ini pelajar semester enam Jabatan

    Pelancongan dan Hospitaliti, saudara Mohd Aidil Bin Yahya dinobatkan sebagai penerima

    Anugerah Iltizam. Semoga penganjuran program kali ini memberi manfaat kepada semua

    pihak yang terlibat sama ada peserta, AJK dan masyarakat setempat. InshaALLAH program-

    program seperti ini akan diadakan lagi dan diharapkan ianya akan terus mendapat sokongan

    daripada semua pihak khususnya para dermawan.

    Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada

    mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap

    sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Bukhari)

  • CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO : AR 4531

    Jemputan lelaki

  • Jemputan Wanita

    Ucapan Pengarah PIS, En. Mohd Hatta Bin Zainal

  • Tetamu muslimat

    Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Zikri Fikri Bin Mohd Nooh

    Penyampaian sumbangan kepada surau kariah

  • Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir (pelajar)

    Penyampaian hadiah kepada penerima Anugerah Iltizam

  • Tetamu VVIP yang hadir

    Laungan Selawat beramai-ramai

    Bergambar bersama Jawatankuasa Masjid PIS