teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul

7
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANJUNG PAPAT 2 ( ALU-ALUAN) Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia En. Azmi bin Musa Guru Besar SK Sri Tg Papat 2, Yang Berusaha Pn Rosliah bt Rosmin, Penolong Kanan Kurikulum, Yang Berusaha En. Adenan bin Empi, Penolong Kanan HEM,Yang Dihormati barisan guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian. م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس ب ه ركات ب له و ال مه ح م ور ك ي عل لام س ل ا ن لي س ر م لء وا ا ي. ب0 ن2 لا ا0 رف6 ش2 ى ا عل لام س ل وا لاة ص ل وا ن مي ل عا ل ا له رب مد ل ح ل ا ن عي م ح2 ه ا حات ص2 له واI ى ا عل وSelamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Tg Papat 2 bg tahun 2016 . Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama- sama berkumpul di dewan nan permai SK Sri Tg Papat 2 bagi satu majlis ilmu, yakni meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2016 bersamaan dengan 1437 tahun hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam,

Upload: ummu-sarafilza-zamri

Post on 13-Apr-2016

1.229 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

sambutan maulidul rasul

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANJUNG PAPAT 2

(ALU-ALUAN)

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia En. Azmi bin Musa Guru Besar SK Sri Tg Papat 2, Yang Berusaha Pn Rosliah bt Rosmin, Penolong Kanan Kurikulum, Yang Berusaha En. Adenan bin Empi, Penolong Kanan HEM,Yang Dihormati barisan guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian.

الرحيم الرحمن الله بسم

وبركاته الله ورحمة عليكم السالم

والمرسلين األنبياء أشرف على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله وعلى

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Tg Papat 2 bg tahun 2016 . Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai SK Sri Tg Papat 2 bagi satu majlis ilmu, yakni meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2016 bersamaan dengan 1437 tahun hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1437 Hijrah; Perpaduan, Nadi Transformasi Negara.

Guru-guru serta murid-murid sekalian,

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat

akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan

mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang,

menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan

Page 2: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar

diteruskan, InsyaAllah.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Pada sambutan hari ini juga, kita telah menyaksikan murid-murid dari setiap kelas berararak sambil berselawat di sekeliling Sekolah sebagai satu semangat dan perasaan cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.

…………………………………………………………………………………………………

(BACAAN DOA)

Tetak buluh panjang sepuluh,Mari jolok sarang penyengat;Angkat tangan jari sepuluh,Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segalahormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz _________________________ untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Amin, Ya Rabb al-‘Alamin. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

…………………………………………………………………………………………………..Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Ustaz ____________________ mewakili ketua panitia Pendidikan Islam untuk menyampaikan bingkisan kata. Majlis mempersilakan.

***********

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ______________________ atas ucapan itu tadi.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul

(UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN)

Buah langsat di tepi busut,Mari dimuat di dalam peti;

Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati

Tibalah masa yang dinanti-nantikan

Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang BerbahagiaEn Azmi bin Musa, Guru Besar SK Sri Tg Papat 2 untuk menyampaikan ucapan, sekaligus merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat bagi tahun 2016.Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan perasmian yang disampaikan tadi.

…………………………………………………………………………………………………...Seterusnya, pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan, Yang dihormati, Al-fadzil _______________________________,. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

#########################Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz ______________________________.

Hadirin yg dimuliakan

Untuk makluman semua, majlis akan berhenti seketika untuk memberi laluan waktu rehat kepada guru-guru dan smua murid. majlis akan bersambung semula selepas waktu rehat. dipersilakan guru dan murid untuk ke kantin. Sekian terima kasih.…………………………………………………………………………………………………

Diminta para hadirin berkumpul semula di dewan kerana majlis kita akan bersambung sebentar sahaja lagi. TQ.

الرحيم الرحمن الله بسم

وبركاته الله ورحمة عليكم السالم

والمرسلين األنبياء أشرف على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله وعلى

Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniannya sekali lagi kita dapat berkumpul di dewan ini untuk meneruskan majlis ilmu sempena Maulidur Rasul ini.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Siddiq, amanah ,tabliq, fatanah,Sifat terpuji junjungan rasulullah,Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,Satu Malaysia Satu ummah.

Majlis kita diteruskan lagi dengan aktiviti maulidur rasul.

___________________________________________________________________________

…………………………………………………………………………..

Seterusnya, selingan irama nasyid buat halwa telinga.

Majlis mempersilakan kumpulan nasyid……………………………….………………………..Untuk menyampaikan lagu…………………………………………….……

………………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan

nasyid_____________________atas persembahan itu tadi.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dengan ini

dijemput___________________________mengiringi__________________________untuk

menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah di mulakan dengan pertandingan_______________________________

(BERSURAI)

Selesailah sudah Majlis Perasmian Sambutan Maulidurrasul pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di dalam hati,

Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan hormatnya menjemput __________________________________________ untuk mengiringi dan mempersilakan ____________________________________ dan guru-guru ke dewan makan untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan.

Sebelum bersurai marilah sama-sama kita membaca surah Al-Asr dan tasbih Kafarah.

Wabilahitaufiq.....................................................................