teks pengacara majlis sambutan hari guru smk raja chulan 2015

12
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK RAJA CHULAN 2015 PERKARA TEKS UCAPAN KETIBAAN GURU - GURU ZAINUL Rakan – rakan sekalian, kita sedang menantikan ketibaan yang dirai, guru – guru SMK Raja Chulan yang dijangka tiba dengan menaiki bas. Mohon kerjasama semua murid untuk memberikan tepukan gemuruh apabila guru – guru tiba. ( Bas tiba ) Rakan – rakan pelajar sekalian, Marilah sama – sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada guru – guru SMK Raja Chulan. 1. KATA – KATA ALUAN ZULAIKHA Yang Berusaha Tuan Mohmad Guffri bin Alpiah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Ruhaida binti Nordin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Latizah binti Tan Kofli Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Kalthum binti Abdul Gani Penolong Kanan Petang, Puan Zuraini binti Che Embi Penolong Kanan Tingkatan Enam Guru – guru yang dikasihi serta rakan - rakan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1

Upload: rusya-yahaya

Post on 09-Apr-2016

110 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

emcee, teks pengacara majlis

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK RAJA CHULAN 2015

PERKARA TEKS UCAPANKETIBAAN GURU - GURU

ZAINUL

Rakan – rakan sekalian, kita sedang menantikan ketibaan yang dirai, guru – guru SMK Raja Chulan yang dijangka tiba dengan menaiki bas. Mohon kerjasama semua murid untuk memberikan tepukan gemuruh apabila guru – guru tiba.

( Bas tiba )

Rakan – rakan pelajar sekalian,Marilah sama – sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada guru – guru SMK Raja Chulan.

1. KATA – KATA ALUAN

ZULAIKHA

Yang BerusahaTuan Mohmad Guffri bin Alpiah,Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan

Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin ShaffiePenolong Kanan Pentadbiran,

Puan Ruhaida binti NordinPenolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cik Latizah binti Tan KofliPenolong Kanan Kokurikulum,

Puan Kalthum binti Abdul GaniPenolong Kanan Petang,

Puan Zuraini binti Che EmbiPenolong Kanan Tingkatan Enam

Guru – guru yang dikasihi serta rakan - rakan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam SRC Excellent.

ISTANA KOTA SEBELAS TINGKATTEMPAT BAHARU NAKHODA PEKANSAMA KATA SAMA SEPAKATHARI GURU MARI RAIKAN

BATU BERNAMA SI BATU BATATEMPAT HINGGAP SIBURUNG BALAMGURU ITU IBARAT PELITAMEMBERI CAHAYA SETIAP MALAM

1

Page 2: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita bersama – sama berkumpul pada petang ini bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam Majlis Sambutan Hari Guru SMK Raja Chulan tahun 2015 bagi sesi petang. Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak, itulah tema sambutan hari guru pada tahun ini.

2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH

ZAINUL

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama – sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah dengan kuat dan bersemangat. Semua guru dan pelajar diminta berdiri dan bersedia.

(Selesai lagu Negaraku dan lagu Sekolah)

Terima kasih diucapkan. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

3. DOA ZULAIKHA

BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMATDIPETIK GADIS DI TEPI TITIDOA DIBACA MEMOHON RAHMATMOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

Bagi memberkati majlis pada petang ini, marilah kita bersama – sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibaca oleh saudara Muhammad Hafizuddin bin Hasruzi. Dipersilakan.

(Selesai doa)

ZAINUL

Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.Terima kasih diucapkan.

4. PERUTUSAN HARI GURU KPPM

ZAINUL

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan pembacaan perutusan Hari Guru oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Dr Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan dibacakan oleh Encik Armizi bin Abdul Ghani. Majlis mempersilakan.

(Selesai bacaan perutusan)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Armizi bin Abdul Ghani.

5. PERUTUSAN ZULAIKHA

2

Page 3: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

HARI GURU MENTERI PENDIDIKAN Seterusnya, dijemput Encik Nor Azhar bin Mohd Suhaimy bagi

membacakan perutusan Hari Guru oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.

(Selesai bacaan perutusan)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Nor Azhar bin Mohd Suhaimy.

6. UCAPAN WAKIL PELAJAR

ZULAIKHA

ANAK KECIL PERGI BERBURUTIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIADARI KECIL DI ASUH GURUAGAR DEWASA MENJADI MANUSIA

Sidang dewan sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput saudara Aliff Daniel bin Mohd Firdaus mewakili pelajar – pelajar SMK Raja Chulan sesi petang bagi menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(Selesai ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Aliff Daniel di atas ucapan sebentar tadi.

7. UCAPAN PENGETUA / PENOLONG KANAN

ZAINUL

PERGI KE KOTA BELI SELASIH,SAYANG SI DARA BUAT HALWA;BERILAH KATA SIMPULAN KASIH,SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Mohmad Guffri bin Alpiah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru tahun 2015 bagi sesi petang. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

(Selesai ucapan)

Cantik Sungguh Si Anak Kedidi,Terima Kasih Di Ucapkan  Di Atas Ucapan Itu Tadi...Segala Amanat Akan  Kemas Tersimpan Di Hati

8. UPACARA ZULAIKHA

3

Page 4: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

MEMOTONG KEK

Majlis sekali lagi menjemput Tuan Pengetua diiringi oleh Penolong - Penolong Kanan bersama para guru bagi upacara memotong kek sebagai simbolik pelancaran majlis pada petang ini. Majlis mempersilakan.

(Selesai memotong kek)

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua, Penolong - Penolong Kanan dan para guru diatas kerjasama yang diberikan.

9. BACAAN IKRAR DAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA

ZAINUL

DARI KELANTAN PERGI KE KEDAH,DARI KEDAH KE PERAK PULA,PERASMIAN MAJLIS SELESAI SUDAH,MARI KITA BERALIH ACARA

Majlis diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar yang akan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Anwar bin Khalid dan seterusnya kita akan mendengar nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh para guru. Mohon semua guru untuk berdiri dan bersedia.

(Selesai bacaan Ikrar dan lagu Kami Guru Malaysia)

MENGHIJAU LAKSANA POKOK KIAMBANGDI DALAM KALI TUMBUH MELATA,SETAHUN SEKALI NYANYIAN BERKUMANDANG,BERBAKAT SEKALI GURU-GURU KITA

Terima kasih diucapkan kepada semua guru.

10. PERSEMBAHAN ZULAIKHA

DARI MADINAH KE PENGKALAN JEDDAHSARAT BERMUAT BUAH PALABERUCAP SUDAH RASMI PUN SUDAHMARILAH KITA BERHIBUR PULA

DEKLAMASI PUISI

Sebagai pembuka tirai persembahan, majlis menjemput Tuan Haji Mohd Anwar bin Khalid bagi mendeklamasikan puisi Hari Guru. Dipersilakan.

(Selesai deklamasi sajak)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas deklamasi puisi itu tadi.

SELINGAN HADIAH PRS DAN KOPERASI

4

Page 5: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

Sementara menantikan persembahan yang seterusnya, pihak Koperasi Sekolah dan badan Kepimpinan PRS telah menyediakan cenderamata tanda penghargaan buat guru – guru. Dengan ini dijemput wakil daripada Koperasi dan PRS sekolah untuk menyampaikan cenderamata tersebut. Dipersilakan.

(Selesai pemberian hadiah. Pastikan persembahan nyanyian individu telah siap sedia)

ZAINUL

NYANYIAN BERKUMPULAN, DEKLAMASI SAJAK DAN NASYID

AWAN BERSUA CITRA BERKISAHUKIRAN SUKMA KILAUAN KELISAPENYAMPAIAN CENDERAMATA SELESAI SUDAHPERSEMBAHAN PELAJAR MENYUSUL PULA

Rangkaian persembahan pelajar dimulakan dengan nyanyian berkumpulan Terima Kasih Cinta, deklamasi sajak dan disusuli pula oleh kumpulan nasyid Sofwantunnur. Dipersilakan.

(Selesai nyanyian, masuk sajak BM)

(Selesai sajak BM, masuk sajak BI)

(Selesai sajak BI, masuk kumpulan nasyid)

(Selesai kumpulan nasyid)

(Selesai nasyid, bangku untuk koir boleh mula susun, kalau ada)

Guruku, itulah tajuk lagu yang telah didendangkan oleh kumpulan Sofwatunnur yang terdiri daripada gabungan pelajar lelaki Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, dan diketuai oleh Lukman bin Mohd Amin. Kumpulan ini telah dibimbing oleh Puan Siti Faridah binti Mohd Adnan dan Puan Nur Jannah binti Senapi.

Di awal tadi kita telah dihiburkan dengan nyanyian berkumpulan daripada pelajar Tingkatan 2RK yang terdiri daripada Nur Aziera Atasya binti Zolkhifly, Yasmin Maisara binti Mohd Azman dan ______________________________________________.

Persembahan deklamasi sajak oleh pelajar Tingkatan 1 dan 2 tadi adalah di bawah bimbingan Encik Nor Azhar bin Mohd Suhaimy dan Puan Nur Zeeha binti Ramli.

Terima kasih diucapkan.

5

Page 6: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

ZULAIKHA

SELINGAN HADIAH KELAB GURU

Sebelum kita beralih ke persembahan seterusnya, pihak Kelab Guru SMK Raja Chulan juga telah menyediakan cenderamata tanda penghargaan buat guru – guru. Dengan ini dijemput para pelajar untuk menyampaikan cenderamata kepada para guru. Dipersilakan.

(Selesai pemberian hadiah, pastikan bangku untuk koir sedia)

2 PERSEMBAHAN KOIR

TANJUNG EMAS SUDAH TERNAMAISTANA JOHOR DI KUALA DANGAPERSEMBAHAN KOIR MENERUSKAN ACARASEBAGAI HALWA SANTAPAN TELINGA

Seterusnya kita akan dihiburkan dengan 2 kumpulan koir. Kumpulan yang pertama akan membawa lagu Guruku Sayang yang diadaptasi daripada lagu Gemuruh dan kumpulan yang kedua akan membawa lagu Beauty and The Beast. Dipersilakan persembahan koir yang pertama dari kelas 2A1.

(Selesai kumpulan koir 1(2A1) , masuk kumpulan koir 2)

(Selesai kumpulan koir 2)

Persembahan koir dari Tingkatan 2 tadi telah diiringi dengan muzik keyboard yang dimainkan oleh saudari Babra Esterina Beja AK Melina dan Cik Yeo Li Li.Kumpulan koir ini adalah di bawah bimbingan Puan Rozita binti Mohd Rashid dan Cik Yeo Li Li.

Terima kasih diucapkan. ZAINUL

PERSEMBAHAN MAGIC SHOW DAN NYANYIAN GURU

Hadirin sekalian,

Kita tumpukan perhatian ke tengah dewan kerana persembahan selepas ini adalah suatu yang amat berbeza dan sungguh menarik sekali. Majlis menjemput persembahan yang seterusnya iaitu Magic Show ataupun Magic Trick oleh Tuan Haji Mohd Anwar bin Khalid. Dipersilakan.

(Selesai persembahan magic)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Anwar di atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi.

Persembahan diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh para guru.

6

Page 7: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

Dengan lagu bertajuk Pesan Guru, majlis menjemput para guru untuk membuat persembahan. Majlis mempersilakan.

(Selesai persembahan guru)

Terima kasih diucapkan. Begitulah tadi alunan merdu suara para guru kita yang selama ini terpendam bakatnya. Semoga kita semua dapat menghayati setiap bait kata di dalam lagu sebentar tadi. ZULAIKHA

PERSEMBAHAN TERIMA KASIH CIKGU 1A1

Bagi mengakhiri tirai persembahan pada petang ini, dijemput para pelajar Tingkatan 1A1 yang akan menyanyikan lagu Terima Kasih Cikgu. Para pelajar yang lain diminta turut sama berdiri dan menyanyikan lagu ini bersama. Oleh itu, para pelajar diminta berdiri dan dipersilakan kumpulan 1A1.

(Selesai nyanyian 1A1)

Terima kasih diucapkan. Para pelajar dipersilakan duduk. Persembahan adalah dibimbing oleh Puan Nur Sabrina binti Abdul Hadi dan Puan Norasimah binti Mohd Isa.

11. PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

ZAINUL

Hadirin sekalian,

majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian anugerah khas buat guru. Majlis menjemput Tuan Mohmad Guffri bin Alpiah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan diiringi Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyampaikan tag anugerah. Majlis mempersilakan.

(Pengetua dan PK sudah bersedia)

Untuk makluman semua anugerah khas ini diberikan bagi memeriahkan suasana dan setiap kategori telah dinilai oleh panel yang bertanggungjawab.

1. Anugerah khas yang pertama ialah Anugerah Guru Berkaliber. Dijemput penerima anugerah iaitu Puan Kalthum binti Abdul Gani.

2. Seterusnya ialah Anugerah Guru Suka Memasak. Dijemput penerima anugerah iaitu Puan Rahmah binti Abdullah.

3. Anugerah khas seterusnya ialah Anugerah Guru Bersuara Lantang Mengajar. Dijemput penerima anugerah, Puan Siti Rahmah binti Mat Idris.

4. Bagi anugerah khas, Guru Paling Lemah Lembut, dijemput

7

Page 8: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

penerimanya iaitu Puan Norol Wahida binti Othman.

5. Anugerah khas seterusnya ialah Guru Tulisan Paling Cantik. Dijemput penerima anugerah iaitu Puan Norasimah binti Mohd Isa.

6. Seterusnya ialah anugerah khas Guru Suka Jogging. Dijemput penerima anugerah iaitu Puan Woon Siew Lien.

7. Bagi anugerah khas, Guru Lelaki Paling Bergaya, dijemput penerimanya iaitu Tuan Haji Mohamad Anwar bin Khalid.

8. Jika ada lelaki, pasti ada perempuannya. Bagi Anugerah Guru Perempuan Bergaya, dijemput penerimanya Puan Rozita binti Mohd Rashid.

ZULAIKHA

9. Anugerah khas seterusnya ialah anugerah Guru Lelaki Paling ‘Cool’. Dijemput penerima anugerah, Encik Armizi bin Abdul Ghani.

10. Seterusnya, jika ada guru lelaki ‘cool’ pastilah ada Anugerah Guru Perempuan Paling ‘Cool’. Dijemput penerima anugerah khas Guru Perempuan Paling ‘Cool’, Puan Asiah binti Mohd Yusoff.

11. Seterusnya ialah Anugerah Guru Bersuara Komersil. Dijemput penerima anugerah Puan Rusya Aznita binti Yahaya.

12. Bagi Anugerah Guru Aktif Bersukan, dijemput penerimanya iaitu Puan Hasmalina binti Mat Said.

13. Anugerah yang seterusnya ialah anugerah bagi guru yang tidak pernah mengambil cuti sakit sehingga bulan Mei 2015. Ada dua penerima anugerah bagi kategori ini. Dan mereka ialah Cik Norasmah binti Wahid dan Cik Yeo Li Li.

Anugerah seterusnya adalah anugerah yang sangat istimewa iaitu Anugerah Guru Lelaki Paling Segak dan Guru Perempuan Paling Comel Berbaju Sekolah. Untuk anugerah istimewa ini, panel hakimnya adalah di kalangan para pelajar sendiri. Baiklah tanpa membuang masa :

14. Anugerah Guru Lelaki Paling Segak Berbaju Sekolah dimenangi oleh ___________________________________________________

15. Dan Anugerah Guru Perempuan Paling Comel Berbaju Sekolah dimenangi oleh _________________________________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Penolong

8

Page 9: Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Smk Raja Chulan 2015

Kanan atas kesudian menyempurnakan acara. Tahniah kepada pemenang – pemenang, dan kepada guru – guru yang lain diharap tidak berkecil hati kerana di dalam hati kami, semua guru SRC hebat – hebat belaka.

12. PENUTUP ZAINUL

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada petang ini sudah sampai ke penghujungnya. Semoga intipati majlis pada petang ini menjadi ingatan buat kita semua. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan sambutan hari guru pada hari ini. Kami mendoakan semoga Allah menganugerahkan ilham kepada para guru untuk menjadi pendidik yang gemilang.

Sungai disusur sehari-hariDalam kelam menangkap ikanKami menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan

Para pelajar diminta untuk menunggu arahan seterusnya daripada guru bertugas.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

9