teks pengacara majlis perasmian pentas pibg

11
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENTAS PIBG & SUKAN OLAHRAGA SK KUBONG 2014 MASA CUE ANN TINDAKAN 7.00 a.m Ketibaan tetamu / jemputan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan ke Majlis Perasmian Pentas Triwana PIBG dan Sukan Olahraga Tahunan Sk Kubong bagi Tahun 2014. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Untuk makluman hadirin sekalian, majlis dijangkakan akan bermula pada jam 9.00 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu : Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang, ADUN N.69, Batu Danau. Dengan ini, pihak majlis ingin meminta perhatian tuan-tuan dan puan-puan terhadap beberapa perkara iaitu : 1) Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mod senyap sekarang supaya tidak menganggu kelancaran majlis. 2) Apabila pengerusi majlis mengumumkan ketibaan tetamu kehormat,sidang hadirin diminta untuk berdiri sebagai tanda hormat. Sekian, harap maklum dan terima kasih atas segalakerjasama yang diberikan. Semoga majlis kita nantidapat berjalan dengan lancar. Dibacakan 15 minit sekali.

Upload: cik-diana

Post on 12-Dec-2015

288 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Teks Pengacara majlis

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENTAS PIBG & SUKAN OLAHRAGASK KUBONG 2014

MASA CUE ANN TINDAKAN

7.00 a.m Ketibaan tetamu / jemputan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan ke Majlis Perasmian Pentas Triwana PIBG dan Sukan Olahraga Tahunan Sk Kubong bagi Tahun 2014.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis dijangkakan akan bermula pada jam 9.00 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu :

Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang, ADUN N.69, Batu Danau.

Dengan ini, pihak majlis ingin meminta perhatian tuan-tuan dan puan-puan terhadap beberapa perkara iaitu :

1) Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mod senyap sekarang supaya tidak menganggu kelancaran majlis.

2) Apabila pengerusi majlis mengumumkan ketibaan tetamu kehormat,sidang hadirin diminta untuk berdiri sebagai tanda hormat.

Sekian, harap maklum dan terima kasih atas segalakerjasama yang diberikan. Semoga majlis kita nantidapat berjalan dengan lancar.

Dibacakan 15 minit sekali.

9.00 a.m Ketibaan YB Paulus

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang, ADUN N.69, Batu Danau dengan diiringi oleh :

1) Yang Dihormati En. Mohammad Bin Tangah, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang

2) Yang Berusaha En, Sedi Anak Pura, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubong

3) Yang Berusaha En. Magka Anak Achu, Yang Dipertua PIBG SK Kubong

4) Yang Berusaha En. Bujang Anak Giranggang,

Page 2: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

Naib Yang Dipertua PIBG Sk Kubong

untuk mengambil tempat di atas pentas.

Ucapan aluan MC

setelah tetamu duduk

Jemput Tarian Ngajat

Selesai Tarian Ngajat

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagungHari esok memetik periaHari ini kita berkampung

Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yang Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang, ADUN N.69, Batu Danau ke Majlis Perasmian Pentas PIBG dan Sukan Olahraga

Tahunan Sk Kubong bagi Tahun 2014. Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu jemputan, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin ke majlis ini.

Majlis kini diteruskan dengan persembahan Tarian Ngajat sebagai pembukaan majlis. Tarian Ngajat merupakan identiti utama bagi masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan dalam kebudayaan Negeri Sarawak. Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan Tarian tersebut telah dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 Sk Kubong di bawah pimpinan Cikgu Rosemary Anak Asan.

Lagu Negaraku /

Berdiri

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Sebagai pembuka tirai aturcara pada pagi ini, majlis menjemput Yang Berbahagia, tetamu kehormat dan para hadirin sekalian untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan

Page 3: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

Duduk

Lagu Negaraku. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Hadirin dipersilakan untuk duduk.

Memulakan Majlis

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia.

1. Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang, ADUN N.69, Batu Danau

2. Yang Berbahagia Pn. ..................................................isteri kepada Yang Berhormat.

3. Yang Dihormati En. Mohammad bin TangahPegawai Pendidikan Daerah Limbang

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

4. Yang Dihormati Encik Anuar Bin Naim Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Limbang

5. Yang Dihormati Encik John SungkaiPengerusi Majlis Guru Besar

6. Yang Berusaha Encik Sedi Anak PuraPenasihat PIBG, Guru Besar SK Kubong

7. Yang Berusaha Encik Magka Anak AchuYang Dipertua PIBG SK Kubong

8. Yang Dihormati Pemanca Nicholas Buyok Pura

9. Yang Dihormati Penghulu Anthony Tangguh

10. Yang Dihormati Guru besar-guru besar, ketua kampung, Pengerusi JKKK, Guru-guru, Staf Sokongan serta Ibu Bapa dan murid-murid yang dihormati sekalian.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

Selamat datang ke Majlis Perasmian Pentas Pentas PIBG dan Sukan Olahraga Tahunan SK Kubong bagi Tahun 2014.

Saya Noordiana Binti Abu Bakar Dan saya Muhd Baihaqi Bin KaribMemohon izin untuk mengacarakan majlis hingga ke penghujungnya. (Baca serentak)

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,Moga diiring restu Illahi.

Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jemari sepuluh,Doa dipohon biar selamat.

Bacaan doa

Selesai Bacaan Doa

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan menadapat rahmat.

Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput Al Fadhil Ustaz Muhd Baihaqi Bin Karib untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin. Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.Semoga majlis pada pagi ini akan beroleh keberkatan dari-Nya.

Ucapan aluan GB

Hadirin yang dihormati,

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,Tak lengkap malam tanpa purnama,Tak lengkap laut tanpa ombak dan badainya,Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-alaunnya.

Untuk itu, dengan segala hormatnya, pihak majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Sedi Anak Pura, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubong untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

Selesai Ucapan GB

Ucapan aluan pembuka acaraSalam diberi tetamu dimuliaUcapan tuan tersirat maknaDalam hati tersemat setia.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Sedi Anak Pura, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubong atas ucapannya sebentar tadi. Semoga kita dapat mengambil input-input penting sebagai panduan pada masa hadapan.

Ucapan YDP

Selesai Ucapan GB

Tuah tersenyum pada Si Teja,Duduk bersimpuh sambil bersila,

Kain ditenun bersama reja,YDP PIBG dipersila.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Dengan segala hormat dan sukacitanya majlis menjemput Yang Berusaha En. Mangka Anak Achu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kubong untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mangka Anak Achu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kubong atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Pentas oleh YB Paulus

Cempaka sari warisan sejatiMenjadi kebanggaan Seisi negeriUcapan Perasmi memang dinanti

Berilmu tinggi bijak bestari

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami

Kepada Tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami

Untuk itu, dengan segala hormat dan tunduk kasihnya, pihak majlis mempersilakan Yang Berhormat Encik Paulus Palu

Page 6: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

Pukul Gong

Selesai pukul gong

Sign plak

Selesai YB merasmi

Gumbang, ADUN N.69, Batu Danau untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Pentas Triwana Sekolah Kebangsaan Kubong. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Pihak majlis merakamkan ucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.Seterusnya, kini tibalah kepada acara yang dinantikan, iaitu Majlis Perasmian Pentas Triwana Sekolah Kebangsaan Kubong.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang diiringi oleh Yang Dihormati En. Mohamad Bin Tangah, Yang Berusaha En. Sedi Anak Pura dan Yang Berusaha En. Mangka Anak Achu untuk memukul gol sebanyak tiga kali sebagai simbolik kepada Perasmian Pentas Triwana PIBG Sekolah Kebangsaan Kubong. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang untuk menandatangani plak Perasmian Pentas Triwana PIBG Sekolah Kebangsaan Kubong.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang atas kesudian menyempurnakan Masjlis Perasmian Pentas Triwana Sekolah Kebangsaan Kubong.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, nama Pentas Triwana PIBG SK Kubong telah diilhamkan oleh Yang Berusaha En. Sedi Anak Pura. Triwana yang membawa maksud penyatuan tiga kampung yang berdekatan dengan SK Kubong iaitu Kampung Reda, Kampong Tegarai dan Kampung Kubong.

Persembahan Ibu

Page 7: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

Penyampaian Cenderamata

kpd YB

Selesai bg Cenderamata

kpd YB

Adat tetamu datang bertandang, Kehadiran dialu tidak terperi,

Cenderamata diberi tanda ingatan.Kepulangan dirai penguat memori.

Sebagai tanda kasih dan penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Sedi Anak Pura untuk menyempurnakan acara. Dengan ini dijemput Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang, Adun N.69 Batu Danau untuk menrima cenderamata tanda ingatan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Sedi Anak Pura, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubong atas kesudian menyampaikan cenderamata.

Tanam bunga di tepi kepala,Cantik berseribunga melati,

Budi tuan kami tak lupa,Sudah terpaku di dalam hati.

Nyanyian Ibu Pertiwiku

Selesai nyanyi lagu

Subur padi Allah kurnia,Hidup mula di dalam air,

Sudah men jadi lumrah duniaSetiap yang bermula pasti berakhir.

Sebelum melabuhkan tirai majlis, majlis menjemput Yang Berbahagia, tetamu kehormat dan para hadirin sekalian untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Hadirin dipersilakan untuk duduk.

Penutup dan terima kasih

Sidang hadirin yang dihormati,

Dengan ini maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pada kesempatan ini juga, pihak majlis ingin merakamkan setingi-

Page 8: Teks Pengacara Majlis Perasmian Pentas Pibg

tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat Encik Paulus Palu Gumbang, tetamu-tetamu kehormat, para ibu bapa dan hadirin sekalian atas kesudian melapangkan masa bertamu ke majlis ini.

Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang mengendalikan majlis.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke Pekan Sari,Beli suasa di Kota Tinggi,Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

Tetamu bergerak

untuk jamuan

Seba

Majlis menjemput Yang berhormat dan tetamu kehormat untuk menjamu selera,

Kalautuanpikatcemara,Buatlahbarabakarselasih;Sudilahtuanjamuselera,Hidanganmesrapengikatkasih