teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

7
BIL AGENDA TEKS 1 KATA-KATA ALUAN Pengacara ( RUSYA ) Bismillahirrahmanirrahim…. Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, merangkap Penasihat PIBG SMK Raja Chulan Yang Dihormati, Encik Zul Safaruddin bin Mat Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan Yang Dihormati, Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi Naib Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie Penolong Kanan Pentadbiran Puan Ruhaida binti Nordin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cik Latizah binti Tan Kofli Penolong Kanan Kokurikulum Puan Kalthum binti Abdul Gani Penolong Kanan Petang Puan Zuraini binti Che Embi Penolong Kanan Tingkatan Enam Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2013/2014 Guru-guru Kanan, Ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan keredhaanNya dapat kita berkumpul pada petang ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja Chulan kali ke - 39 bagi sesi 2013/2014.

Upload: rusya-yahaya

Post on 21-Jul-2015

1.327 views

Category:

Education


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

BIL AGENDA TEKS

1 KATA-KATA ALUAN

Pengacara ( RUSYA ) Bismillahirrahmanirrahim…. Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, merangkap Penasihat PIBG SMK Raja Chulan Yang Dihormati, Encik Zul Safaruddin bin Mat Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan Yang Dihormati, Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi Naib Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie Penolong Kanan Pentadbiran Puan Ruhaida binti Nordin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cik Latizah binti Tan Kofli Penolong Kanan Kokurikulum Puan Kalthum binti Abdul Gani Penolong Kanan Petang Puan Zuraini binti Che Embi Penolong Kanan Tingkatan Enam Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2013/2014 Guru-guru Kanan, Ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan keredhaanNya dapat kita berkumpul pada petang ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja Chulan kali ke - 39 bagi sesi 2013/2014.

Page 2: Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

2 BACAAN DOA Pengacara ( HASMALINA ) Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput Ustaz Nik Abdul Malek bin Nik Hussain bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan. (Doa) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Nik Abdul Malek bin Nik Hussain atas bacaan doa tadi.

3 UCAPAN YDP Pengacara ( RUSYA ) Emas tempawan buatmu puteri Busana indah buat rupawan Sudilah tuan tampilkan diri Bersama madah kata aluan Hadirin dan hadirat, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Zul Safaruddin bin Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan, untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. (Ucapan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Zul Safaruddin bin Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan di atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

4 UCAPAN PENGETUA

Pengacara ( HASMALINA ) Sirih junjung penuh bererti, Indahnya adat tidak terperi; Tibalah saat masa dinanti, Mendengar amanat ucapan perasmi. Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja Chulan kali ke-39. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan) Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi; Dengan takbir llahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi.

Page 3: Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

5 PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA

Pengacara ( RUSYA ) Hadirin sekalian, Kait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat. Majlis pada petang ini diteruskan dengan Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2013/2014. Bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, diiringi Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan acara. Majlis mempersilakan. (Pengetua bersedia di pentas) Majlis dengan ini menjemput AJK PIBG sesi 2013/2014. Dipersilakan…. 1) Encik Zul Safaruddin bin Mat

Yang DiPertua PIBG

2) Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi Naib Yang DiPertua PIBG

3) Cik Norasmah binti Wahid Naib Setiausaha PIBG

4) Tuan Haji Mohd Anwar binti Khalid Bendahari PIBG

Seterusnya AJK Wakil Ibu Bapa, dijemput… 1) Encik Abdul bin Jamaludin 2) Encik Azmi bin Ibrahim 3) Encik Khiruddin bin Ahmad Tahir 4) Encik Noor Azman bin Hj Zainuddin 5) Encik Ahmad Redzuan bin Othman dan 6) Puan Rohaya binti Mohamed

Page 4: Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

Dijemput pula AJK Wakil Guru untuk menerima sijil dan cenderamata. Dijemput…. 1) Puan Ablin a/p Davadason Peter 2) Puan Norol Wahoda binti Othman 3) Encik Nor Azman bin Ahmad 4) Puan Nur Sabrina binti Abdul Hadi Dijemput pula Juruaudit PIBG iaitu 1) Encik Wan Halim bin Wan Khalid, wakil bagi ibu bapa dan 2) Puan Mardiah binti Sari, wakil bagi guru Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan dan Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran di atas kesudian menyempurnakan acara tadi. (Pengetua duduk)

6 CABUTAN BERTUAH

Pengacara ( HASMALINA ) Majlis pada petang ini diteruskan dengan acara cabutan nombor bertuah. Para hadirin boleh melihat nombor pada muka hadapan buku program masing-masing. Dijemput Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, diiringi Tuan Hj Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan. Dipersilakan Tuan Pengetua untuk mencabut 11 nombor yang bertuah. ( Cabutan 11 nombor dan nombor diberikan kepada pengacara ) Dijemput pemegang nombor bertuah untuk naik ke pentas menerima hadiah. Nombor bertuah yang pertama ….. Seterusnya nombor….. ( sehingga 11 nombor dibacakan ) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan dan Tuan Hj Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran di atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang cabutan nombor bertuah. Untuk pengetahuan para hadirin, acara cabutan nombor bertuah akan disambung selepas tamat Mesyuarat Agung PIBG.

Page 5: Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

7 JAMUAN RINGAN

Pengacara ( RUSYA ) Hadirin dan hadirat, Majlis akan berhenti rehat seketika untuk kita bersama – sama menikmati jamuan ringan yang telah disediakan di kantin sekolah. Mohon para hadirin untuk berkumpul semula di dewan ini pada jam ……….. untuk meneruskan majlis. Dengan ini, dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk menikmati jamuan ringan di kantin sekolah. ( Jamuan )

8 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39

Pengacara ( HASMALINA ) Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Bagi meneruskan, majlis dengan ini diserahkan kepada Encik Zul Safaruddin bin Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan. Dipersilakan. ( Pengacara mengundur diri sementara )

9 UCAPAN TAHNIAH PENGACARA

Pengacara ( RUSYA ) Sekalung tahniah kepada barisan baru Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2014/2015. Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini. Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.

10 CABUTAN BERTUAH

Pengacara ( HASMALINA ) Seterusnya majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah yang kedua. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput ………………………………………………………………………………………… Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan sesi 2014/2015, diiringi oleh Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Page 6: Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

Dipersilakan Tuan Yang DiPertua untuk mencabut 11 nombor yang bertuah. ( Cabutan 11 nombor dan nombor diberikan kepada pengacara ) Dijemput pemegang nombor bertuah untuk naik ke pentas menerima hadiah. Nombor bertuah yang pertama ….. Seterusnya nombor….. ( sehingga 11 nombor dibacakan ) Majlis mengucapkan terima kasih kepada ………………………………………………………………………………………, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan, dan Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan di atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi. ( Yang DiPertua duduk ) Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan nombor bertuah.

11 PENUTUP Pengacara ( RUSYA ) Dengan berakhirnya acara cabutan nombor bertuah tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Mesyuarat PIBG SMK Raja Chulan kali ke – 39 bagi tahun 2014. Madah diungkap santun bitara, Pantun dilantun mengusik hati, Salah dan silap tutur bicara, Pohon diampun seikhlas hati Bintang barat terbitnya petang, Bintang timur terbitnya pagi; Jika tidak melarat panjang, Tersisa umur bertemu lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Dengan ini, sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Page 7: Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg ke 39

TEKS PENGACARA

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39

BAGI TAHUN 2014

TEMPAT : SMK RAJA CHULAN

TARIKH : 7 MAC 2014

MASA : 3 – 6 PETANG

PENGACARA :

1) PN RUSYA AZNITA YAHAYA

2) PN HASMALINA BINTI MAT SAID