teks pengacara majlis meraikan pengetua baru dan jasamu di kenang - edited by pn. rosni

6
CUE GURU DAN PELAJAR BERKUMPUL DI DEWAN SERI BUDIMAN CATATAN (AZLIN ) Diminta semua pelajar dan guru-guru mengambil tempat masing-masing kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Arahan supaya semua pelajar berdiri CUE KETIBAAN TUAN PENGETUA DAN YANG DIRAI (DAR) Mengumumkan ketibaan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun, Tuan Haji Anuar bin Haji Noh dan Yang Diraikan Pn Hjh. Mahsuri bt. Abdul Rahman diiringi oleh Pn. Noriha bt. Haji Nawawi, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tambun. CUE NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI PERAK (AZLIN ) (DAR) Majlis kita pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri Perak. *Nyanyian lagu sejurus tetamu tiba di pentas utama (Selesai nyanyian) Hadirin dipersilakan duduk. CUE KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS (DAR) Adat ikan bermain lumpur, Memang bunga idaman si dara Adat makan sireh sekapur, Kata disusun awal bicara. Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perak Excellent. Yang berusaha, Tuan Haji Anuar bin Haji Noh, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun,

Upload: vijaya-kunchuni

Post on 04-Dec-2015

2.156 views

Category:

Documents


76 download

DESCRIPTION

Contoh teks pengacara yang cukup bagus.Teks pengacara majlis perpisahan- boleh dieditTeks pengacara untuk pengetua.Boleh digunakan bagi waktu-waktu kecemasan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Meraikan Pengetua Baru Dan Jasamu Di Kenang - Edited by Pn. Rosni

CUE GURU DAN PELAJAR BERKUMPUL DI DEWAN SERI BUDIMAN

CATATAN

(AZLIN)Diminta semua pelajar dan guru-guru mengambil tempat masing-masing kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Arahan supaya semua pelajar berdiri

CUE KETIBAAN TUAN PENGETUA DAN YANG DIRAI(DAR)

Mengumumkan ketibaan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun, Tuan Haji Anuar bin Haji Noh dan Yang Diraikan Pn Hjh. Mahsuri bt. Abdul Rahman diiringi oleh Pn. Noriha bt. Haji Nawawi, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tambun.

CUE NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI PERAK

(AZLIN)

(DAR)

Majlis kita pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri Perak.

*Nyanyian lagu sejurus tetamu tiba di pentas utama

(Selesai nyanyian)

Hadirin dipersilakan duduk.

CUE KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS(DAR)

Adat ikan bermain lumpur,Memang bunga idaman si daraAdat makan sireh sekapur,Kata disusun awal bicara.

Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Perak Excellent.

Yang berusaha,Tuan Haji Anuar bin Haji Noh, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun,Yang diraikan, Pn. Hjh. Mahsuri binti Abdul Rahman,Yang Berusaha, Pn. Noriha binti Nawawi, Penolong Kanan Pentadbiran,Cik Hajah Fatimah binti Umar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Puan Suhana binti Judin, Penolong Kanan Kokuruikulum,(En. Mohd Sofian bin Mohd. Jelani, Penolong Kanan Petang, )Puan Noriza binti Ismail, Penolang Kanan Pendidikan Khas, Guru-Guru Kanan, Kaunselor, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Meraikan Pengetua Baru Dan Jasamu Di Kenang - Edited by Pn. Rosni

(AZLIN)

Hadirin sekalian,Bersyukur kita kerana pada pagi ini dapat kita bersama-sama berkumpul di Dewan Seri Budiman ini dengan tujuan dua dalam satu, iaitu menyambut dan meraikan pengetua kita yang baharu, Tuan Haji Anuar bin Haji Noh, serta majlis jasamu dikenang, untuk guru-guru kita yang telah berpindah tugas ke tempat yang baharu.Guru-guru yang dimaksudkan ialah:Pn. Hjh. Mahsuri binti Abdul Rahman, selaku guru bahasa Melayu dan ICT, serta Setiausaha ICT SMK Tambun,Encik Mohd. Fauzi bin Nastani danPn. Nor Aini binti Abdul Hamid, selaku guru Pendidikan Khas.

Untuk makluman hadirin,Pn. Mahsuri telah pun menjalankan tugas di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara sebagai Penolong Pengurusan Kualiti,En. Mohd. Fauzi berpindah tugas ke SMK Methodist (ACS) , manakalaPn. Noraini berpindah tugas ke SMK Seri Muara, Bagan Datoh.

Namun begitu, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan En. Mohd Fauzi dan Pn. Noraini tidak dapat hadir pada majlis pada hari ini, dan mereka memohon kemaafan atas ketidakhadiran tersebut..

CUE BACAAN DOA(AZLIN)

Tanam pisang bersama ciku,Tanam biar dekat-dekat,Marilah kita memohon restu,Agar majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara Mohd. Anas b. Samat dari Kelas 5 Science 1.

Dengan hormatnya dipersilakan.

CUE BACAAN DOA TAMAT(AZLIN)

Amin Amin Ya Rabbal AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd. Anas b. Samat atas bacaan doa itu tadi.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Meraikan Pengetua Baru Dan Jasamu Di Kenang - Edited by Pn. Rosni

CUE UCAPAN PENGETUA(AZLIN) Guru-guru dan pelajar sekalian;

Kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta.

Maka , dalam usaha mengenali tuan pengetua kita dengan lebih dekat, marilah kita bersama-sama mendengar ucapan pertama pengetua SMK Tambun yang baharu. Dengan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Tuan Haji Anuar bin Noh, Pengetua SMK Tambun untuk menyampaikan ucapan.

Dengan hormatnya dipersilakan.

CUE UCAPAN PENGETUA TAMAT(DAR)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi. Sesungguhnya, warga SMK Tambun dengan sukacitanya sangat mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengetua.

CUE UCAPAN YANG DIRAI(DAR)

Sudah biasa kita dengari,Patah tumbuh hilang berganti,Namun tak sama dengan yang ini,Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Dirai, Pn. Hjh. Mahsuri binti Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

CUE UCAPAN YANG DIRAI TAMAT(AZLIN)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Mahsuri atas ucapan itu sebentar tadi.

CUE PERSEMBAHAN MULTIMEDIA(AZLIN)

Hadirin sekalian,Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan suatu persembahan multimedia yang bertajuk “Sekalung Budi Selautan Kasih”.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Meraikan Pengetua Baru Dan Jasamu Di Kenang - Edited by Pn. Rosni

CUE PERSEMBAHAN MULTIMEDIA TAMAT

Begitulah tadi persembahan multimedia khas buat Pn. Mahsuri, yang telah dihasilkan oleh _____________________________. Terima kasih diucapkan.

CUE PENYAMPAIAN HADIAH(DAR)

(AZLIN&DAR)

Banyak duri perkara duri,Tidak sama duri mengkuang,Banyak budi perkara budi,Tidak sama budimu seorang

Malam hari berlagu unggasMemecah kesunyian di dalam hutan,Walaupun terpisah tempat dan tugasBudimu sentiasa dalam ingatan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada Pn. Mahsuri. Dengan itu, majlis mempersilakan Pn. Mahsuri, diiringi oleh __________________________________________ untuk menerima cenderamata. Dipersilakan.

Dijemput*(Sebut ikut senarai)

CUE PENYAMPAIAN HADIAH TAMAT(AZLIN)

Majlis mengucapkan terima kasih.

CUE MAJLIS BERSURAI

(AZLIN) Tiba waktunya untuk menyusun jemari membuang segala kerikil bersalut di hati.Maaf andai ada salah silap tanpa disedari agar saat perpisahan ini indah berbunga mesra dalam jambangan ingatan.

Pada Pn. Mahsuri yang akan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara,Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,Selamat bertugas di tempat yang baru,Semoga anda sentiasa diberkati.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Meraikan Pengetua Baru Dan Jasamu Di Kenang - Edited by Pn. Rosni

(DAR) Dari mana asalnya usah diusul,Molek budinya menambat hati,Dua tiga bicara salah tersasul,Jangan disimpan di dalam hati.

Ubi manis ubi keladi,Kalau ada ditambah lagi,Sekiranya umur panjang direstui,Kita pasti berjumpa lagi.

Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, diminta semua pelajar dan guru bersedia untuk menyayikan Lagu Sekolah.Semua pelajar diminta berdiri dalam keadaan senyap.

(selesai lagu sekolah)

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Sekian, terima kasih.