teks pengacara majlis makan malam pibg sk skarok

4
TEKS PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PIBG SK SKAROK 2016 Agenda MC Teks Catatan Ketibaan tetamu jemputan (STEPHANIE ) -Hadirin mengambil tempat duduk masing-masing – Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu, Encik Thomas Kanyan Yang Berusaha, Encik David Bong, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Skarok Yang Berusaha Cikgu Ajan Anak Embang, Guru Besar SK. Skarok, Cikgu John Kedebo, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sylvia Anak Tugan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Suai Anak Isau, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru- Guru Besar, , guru- guru, anggota kumpulan pelaksana, ketua- ketua masyarakat, ketua- ketua kaum, tuai- tuai rumah, para ibu bapa dan hadirin- hadirat sekalian. AJK Protoko l Kata Aluan (STEPHANIE ) Salam sejahtera, Salam Sejiwa Senada serta Selamat Datang ke MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK 2016 Kenari berkicau berlagu merdu Hijau alam menyejukkan pandangan SK Skarok tempat bertamu Selamat datang kami ucapkan 1

Upload: stephanie-unsil-rakey

Post on 12-Jan-2017

186 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacara majlis makan malam PIBG SK Skarok

TEKS PENGACARA

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PIBG SK SKAROK 2016

Agenda MC Teks Catatan

Ketibaan

tetamu

jemputan

(STEPHANIE)

-Hadirin mengambil tempat duduk masing-masing –

Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu, Encik Thomas KanyanYang Berusaha, Encik David Bong, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SK SkarokYang Berusaha Cikgu Ajan Anak Embang, Guru Besar SK. Skarok,

Cikgu John Kedebo, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Cikgu Sylvia Anak Tugan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Suai Anak Isau, Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru- Guru Besar, , guru- guru, anggota kumpulan pelaksana, ketua-

ketua masyarakat, ketua- ketua kaum, tuai- tuai rumah, para ibu bapa

dan hadirin-hadirat sekalian.

AJK Protokol

Kata Aluan

(STEPHANIE)

Salam sejahtera,

Salam Sejiwa Senada

serta Selamat Datang

ke

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK 2016

Kenari berkicau berlagu merdu

Hijau alam menyejukkan pandangan

SK Skarok tempat bertamu

Selamat datang kami ucapkan

Nyanyian

Lagu

Negaraku &

Ibu Pertiwiku

(NAZIR)

Hadirin yang dihormati sekalian,

Upacara majlis kita pada malam ini akan dimulakan dengan nyanyian

lagu Negaraku diikuti lagu Ibu Pertiwiku. Para hadirin dimohon berdiri

bagi bersama – sama menyanyikan lagu tersebut.

(NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAGU SEKOLAH)

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi.

AJK SIARAYA

1

Page 2: Teks pengacara majlis makan malam PIBG SK Skarok

TEKS PENGACARA

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PIBG SK SKAROK 2016

Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Alu –

Aluan

(STEPHANIE)

Bagi memulakan tirai ucapan pada malam ini serta mengalu – alukan kehadiran semua hadirin sekalian, majlis dengan ini menjemput Guru Besar SK Skarok, Cikgu Ajan Anak Embang bagi memberikan ucapan alu – aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN ALU – ALUAN

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ajan Anak Embang di atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan

Perasmian

(NAZIR)

Kalau tuan pikat kenariJangan patahkan batang jeramiKepada tuan mandat diberiMohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.

Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu,

majis menjemput dan mempersilakan,

Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu, Encik Thomas Kanyan untuk

menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan “MAJLIS MAKAN

MALAM ANJURAN PIBG SK SKAROK 2016.” Majlis dengan segala

homatnya mempersilakan.

(UCAPAN TAMAT)

Bunga selasih dibuat minyakDijual biduan di tepi lorongTerima kasih banyak-banyakAmanat tuan jadi pendorong

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Daerah

Lubok Antu, Encik Thomas Kanyan di atas ucapan perasmian beliau

sebentar tadi.

Penyampaian

Cenderamata

(NAZIR)

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dijemput Cikgu Ajan Anak Embang, Guru Besar SK Skarok menjemput dan mengiringi Encik David Bong, Yang Dipertua PIBG Sk Skarok untuk menyampaikan cenderamata kepada Encik Thomas Kanyan, Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

2

Page 3: Teks pengacara majlis makan malam PIBG SK Skarok

TEKS PENGACARA

MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN PIBG SK SKAROK 2016

Penyerahan Cenderamata

Terima kasih atas kesudian menyempurnakan penyerahan

cenderamata itu sebentar tadi.

Penutup

(STEPHANIE)

Terbang sekawan si burung merbukBatang selasih di Tanjung JaraPadamu tuan kami persembahSantapan kasih juadah mesra

Santapan juadah telah pun tersedia. Marilah kita sama- sama

menikmati jamuan yang disediakan.

Saya mewakili pihak PIBG SK Skarok merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan kesudian pihak tuan menjayakan Majlis Makan Malam SK Skarok ini. Setakat ini sahaja tugasan kami mempengerusikan majlis pada malam ini. Terima Kasih dan Selamat Menjamu Selera. Dipersilakan.

AJK SIARAYA

3