teks pengacara majlis graduasi prasekolah 2013

7
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SKGP 2013 Mengumumkan ketibaan____________________________, (____________________________) Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam satu Malaysia. Yang Berbahagia ________________________,______________________ Yang Berusaha Puan Hajah Nazirah bt Yeop,Guru Besar SK Guar Perahu, Yg Dihormati En. Saiful Azhar bin ________________ YDP pibg Sk Guar Perahu, Yang Dihormati En. Suhaimi b Saad.GPK Pentadbiran dan Kurikulum, Pn. Sufiah bt Md Mustaffa, GPK HEM, Pn. Rosnah bt Ismail, GPK kokurikulum SK Guar Perahu Guru-guru, Para Ibu bapa ,seterusnya murid-murid prasekolah yang diraikan, Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan anak-anak penuh ceria

Upload: krystie-kriss

Post on 13-Dec-2015

859 views

Category:

Documents


50 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Graduasi Prasekolah 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SKGP 2013

Mengumumkan ketibaan____________________________,

(____________________________) Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam satu Malaysia.

Yang Berbahagia ________________________,______________________

Yang Berusaha Puan Hajah Nazirah bt Yeop,Guru Besar SK Guar Perahu,

Yg Dihormati En. Saiful Azhar bin ________________ YDP pibg Sk Guar Perahu,

Yang Dihormati En. Suhaimi b Saad.GPK Pentadbiran dan Kurikulum, Pn. Sufiah bt

Md Mustaffa, GPK HEM, Pn. Rosnah bt Ismail, GPK kokurikulum SK Guar Perahu

Guru-guru, Para Ibu bapa ,seterusnya murid-murid prasekolah yang diraikan,

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,

Dibawa ke Perlis bersama peria,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan anak-anak penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis Graduasi Prasekolah SK Guar Perahu 2013

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-

sama berhimpun pada pagi yang mulia ini untuk meraikan Majlis Graduasi

Prasekolah SK Guar Perahu.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Graduasi Prasekolah 2013

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian

kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia

______________________________ kerana sudi meluangkan masa untuk

menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa

yang sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Semoga

usaha kita diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan

mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

_____________________________. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa itu sebentar tadi.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk

memberi pengiktirafan kepada murid-murid Pra sekolah yang telah berjaya

menamatkan sesi pembelajaran di SK Guar Perahu bagi tahun 2013.

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yg berterusan.

Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan

kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.

Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar

ilmu dan cita-cita.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Graduasi Prasekolah 2013

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn. Hajah Nazirah binti Yeop,

Guru Besar SK Guar Perahu untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************(Ucapan .)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hajah Nazirah

bt Yeop atas ucapan tersebut.

Seterusnya, majlis mempersilakan pula Yang Berbahagia Encik Saiful Azhar bin

______________, Yang diPertua PIBG SK Guar Perahu untuk menyampaikan

ucapan. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Saiful Azhar

bin ______________ atas ucapan tersebut.

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan ____________________________

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Pra

Sekolah.Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan .

************(Ucapan )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada__________________________, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk meneruskan majlis , marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan

daripada murid-murid Prasekolah SK Guar Perahu.Persembahan pertama adalah

dari Kelas Pra Mawar yang dibimbing oleh Pn._____________________ dengan

tajuk ____________________

Dengan segala hormatnya dipersilakan.*******************(persembahan)************

Terima kasih kepada pelajar cilik Pra Mawar atas persembahan yang menghiburkan

sebentar tadi.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Graduasi Prasekolah 2013

Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini, kita disajikan pula dengan persembahan

oleh murid-murid dari Pra Melor yang dilatih oleh ________________________.

Mereka akan membuat persembahan ______________ yang bertajuk

“___________________________” Dipersilakan…**************(persembahan)*****

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Pra Melor atas persembahan

mereka.Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu _________________

oleh murid-murid Pra Melati yang dibimbing oleh __________________________.

Dipersilakan....*****(persembahan)****

Terima kasih diucapkan kepada Pra Melati atas persembahan itu tadi..

Persembahan selingan ___________________________________

Dari kedah ke bandar Perlis,

Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan menyusul meriah majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.

Ucapan & perasmian sudah, persembahan pun sudah,sekarang tibalah masanya

untuk majlis penyampaian sijil dan cenderamata. Majlis dengan segalanya

sukacitanya menjemput Yang Berbahagia _________________________ dan

diiringi Yang Dihormati ___________________ serta Yang Berusaha

__________________________ untuk penyampaian sijil dan cenderamata.

*************** ( nama di lampiran )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin

Hashim atas penyampaian sijil dan cenderamata itu tadi.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Graduasi Prasekolah 2013

Terima kasih diucapkan

Bersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan.

Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku

pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari

memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang

majlis ini berlangsung.

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan sepakat membawa berkat

Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah

Banyak kain tidak berjahit

Kalau ada silap dan salah

Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu

wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................

Majlis mengumumkan perarakan keluar Encik Kamarudin Bin Hashim,Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,keluar dewan.

Majlis bersurai...

*Ibu bapa dijemput ke atas pentas untuk sesi bergambar bersama anak-anak*

*Ibu bapa dijemput ke ____________________untuk menikmati sedikit jamuan