teks mingguan

3
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera dan selamat pagi Terima kasih saudara pengacara majlis Yang Berusaha Tuan/Puan Guru Besar SK _________________________, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian, Saya, Puan Arneeda bt Ahmad bersama Cikgu ____________________ ialah guru bertugas sepanjang minggu lepas persekolahan yang lalu lalu, iaitu mulai dari hari Ahad, 5.4.2015 hingga Jumaat, 5.7.2015. Izinkan saya menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan. Guru dan pelajar yang dihormati, Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas berkenaan. Terima kasih atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.

Upload: atsani-katmin

Post on 14-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tEKS

TRANSCRIPT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSalam sejahtera dan selamat pagiTerima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha Tuan/Puan Guru Besar SK _________________________, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian,

Saya, Puan Arneeda bt Ahmad bersama Cikgu ____________________ ialah guru bertugas sepanjang minggu lepas persekolahan yang lalu lalu, iaitu mulai dari hari Ahad, 5.4.2015 hingga Jumaat, 5.7.2015. Izinkan saya menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan.

Guru dan pelajar yang dihormati,

Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas berkenaan. Terima kasih atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.

Keceriaan bilik darjah pula berkait rapat dengan sistem rasa, persepsi atau tanggapan sepintas lalu. Maksudnya, sebaik sahaja melangkah ke sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan dapat dirasai, sama ada hebat, biasa atau lenyap. Guru bertugas mencadangkan supaya suatu garis panduan ringkas tentang keceriaan bilik darjah dapat disediakan bagi meningkatkan penarafan di tahap B+ sepanjang minggu kelapan yang lalu.

Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Murid juga di dapati dilihatperkarangan sekolah sebelum pukul 7.25 pagi.

Masalah ketepatan waktu lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar lewat masuk ke kelas. Perkara itu telah diberi teguran banyak kali, terutama oleh guru disiplin. Mohon semua pelajar mengambil ingatan tentang ketepatan waktu kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu di kantin sekolah.

Seterusnya tentang sahsiah yang sepatutnya menjadi suatu kelebihan atau x-factor kepada pelajar. Budaya memberi salam, menyapa guru dan menghormati guru hendaknya dapat diserlahkan dengan lebih ketara dari masa ke masa. Walaupun saiz fizikal pelajar lebih besar dan gagah, berilah laluan kepada guru apabila berselisih, bercakap dengan penuh adab sopan dan tulus. Paling kurang, sebutlah satu patah kata 'cikgu' setiap kali berselisih dengan guru. Saya juga ingin menraik perhatian bahawa dalam ujaran bahasa Melayu, kata ganti nama 'kamu' tidak sesuai digunakan kepada insan yang lebih dewasa, termasuk guru.

Tuan puan dan Michaelian yang dimuliakan,Pemarkahan kebersihan dan keceriaan kelas dilakukan oleh sekumpulan panel khas dan keputusan yang bakal diumumkan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dapat dilayan. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah pusingan kebersihan dan keceriaan kelas, saya mempersilakan .., Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk tampil ke pentas.

Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan. Wassalam.