teks mc syarahan negeri sembilan
TRANSCRIPT
KETIBAAN YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
(KEBERANGKATAN TIBA YANG TERAMAT MULIA TENGKU BESAR TAMPIN DAN TERAMAT MULIA DATO’ UNDANG YANG EMPAT)
Lagu kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus
KAIN PELIKAT PANJANG SEMBILANPANJANG SERTA KEPALANNYAPEMIMPIN ADALAH IBARAT INTANRAKYAT MENUMPANG SINAR CAHAYANYA
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARKATUH DAN SELAMAT PAGI.
TEBANG MERANTI DI ATAS PERMATANGTEBANG MARI TIGA MUKAYANG DINANTI SUDAH DATANGSAYA CUBA MEMBUKA KATA
ANAK BERUK TERLOMPAT-LOMPATLOMPAT MARI DALAM KELADICAKAP BURUK JANGAN DIUMPATCAKAP BAIK JANGAN DIPUJI
KE BAWAH KAUS YTM DATO’ MENDIKA MENTERI AKHIRULZAMAN DATO’ HAJI MUSA BIN WAHAB UNDANG LUAK JELEBU
KE BAWAH KAUS YTM DATO’ JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO’ HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI UNDANG LUAK JOHOL
KE BAWAH KAUS YTM TUNKU BESAR TAMPIN TUNKU SAYED RAZMAN BIN TUNKU SYED IDRUS AL QADRI
HAMBA, DATO’ MENJUNJUNG KASIH DI ATAS KESUDIAN KE BAWAH KAUS YTM DATO’-DATO’ UNDANG DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN KERANA SUDI HADIR KE MAJLIS SYARAHAN NEGERI SEMBILAN BUAT KALI KE 2 PADA PAGI INI.
YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
YAM TUNKU BESAR SERI MENANTI TUNKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR DAN YM TUNKU ISTERI
SAYA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DI ATAS SUDI YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUSYAM TUNKU BESAR SERI MENANTI TUNKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR, YANG ARIF, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, TAN SRI-TAN SRI, DATO’-DATO’, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN KE MAJLIS SYARAHAN NEGERI SEMBILAN KALI KE 2 YANG AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR NANTI.
Bacaan doa
Adat bosondi syarak,syarak bosondi KitabullahAdat iolah syarak sematoAdat semato quran dan sunnahAdat sobonar adat iolah Kitabullah dan sunnah NabiSyarak mengato, adat momakaiIo kato syarak, bonar kato adatAdat tumboh ee dari syarakSyarak tumboh ee dari KitabullahBodiri adat kerano syarak
Adat tak lokang dek panehAdat tak lapuk dek hujanAdat berwarikh kepada nabiAdat berkhalifah kepada AdamAdat berinduk ke ulamaAdat dianjak layuDiumbut matiAdat ditanam tumbuh dikubur hidupAdat terconteng di lawangAdat tersurat di kertasAdat tersirat dalam Sunnah
Apalah tando Melayu bermarwahKojo ee membawak faedahElok di topi, molek ko tongah
2
Menyobot Allah lidah ee basah
Kok jumpo orang yang lobih tuo mintak nasihatKok jumpo hulubalang mintak kuekKok menyombah rajo mintak daulatKok jumpo guru mintak ilmuKok jumpo ulamak mintak doa
Totak buloh panjang sopulohBuek menjolok pokok sakatAngkek tangan jari sopulohDoa dimintak biar solamat
Majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadzil Tuan Haji Mad Jusoh bin Sudin Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus untuk memimpin bacaan doa.
Yang dikatokan tahu diriTahu hak dan kewajipanTahu hutang bosorto bobanTahu adat jadi poganganTahu syarak jadi sandaranTahu sunnah jadi podomanTahu pusako jadi warisanTahu makno dongan pakaianTahu adab dongan sopanTahu di mano tompek makanTahu di mano tompek bojalanTahu hidup bokosudahanTahu mati bokokalan
Daun solasih daun koladiKoladi ditanam di topi tanjongTanjong bonamo Tanjong KarangKarang mengarang sobuah hikayatHati kasih korano budiBudi baik raso nak junjongSampai bilo dikonang orangKonangan sampai di akhir hayat
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadzil Tuan Haji Jusoh bin Sudin Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus kerana memimpin bacaan doa.
Kalau duduk mondongar amanahYang tosirat jadi tosurat
3
Yang jauh monjadi dokekYang torondam buleh diangkekYang panjang menjadi singkatYang tobontang buleh dilipekYang togonggam buleh disukekYang culeh monjadi lokekYang tolupo monjadi ingat
Botuah duduk mondongar potuahFahamnyo dapek makno tododahIlmu dapek pongotahuan botambahYang sulit monjadi mudahYang polek dapek dijamah
Majlis menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin Mohd Nor, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2008 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Peliharolah petuah amanah iniPahatkan oleh kito di dalam hatiKok jago dijadikan tungkekKok tidur dijadikan solimutKok bojalan jadikan pakaian
Kok kito momogang amanatAmanat jangan dilupokanAmanah jangan didiamkanAdat kito jangan ditinggakanPosan jangan dilalaikanNasihat jangan dilecehkanPotunjuk jangan diabaikan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin Mohd Nor, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2008 di atas ucapan yang telah disampaikan.
Menjemput Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin Haji Kail Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat memperkenalkan penceramah Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar untuk memulakan Syarahan Negeri Sembilan “Adat Perpatih dan Dunia Korporat ”.
Yang dikatokan pomimpinDidahulukan solangkah
4
Ditinggikan sorantingBokato lidah e masinBocakap pintak e kabulBagaikan pokok di tongah padangTompek beramu bosa dan kocikRimbun daun tompek botoduhKuek dahan e tompek bogantungBosa batang tompek bosandaTogap urek e tompek bosilang
Elok kain kerano beragiElok bonang kerano dipintaElok pomimpin kerano bobudiElok orang kerano boraka
Elok kain kerano bonangBilo dicolup amatlah cantikElok pomimpin bedado lapangSeumur hidup bobuek baik
Apo tando kain polekatRagu e halueh bewarno warniApo tando pemimpin ummatBudi e halueh mulio pokorti
Pucuk lakum bungo tepilinJalin e indah jurai terjuraiElok negeri kerano pomimpinPomimpin botuah bijak dan pandai
Ambik kapak dongan boliungHondak monotak pohon buluhDatuk Seri Utama di ateh kemuncak payungKami di bawah tompang botoduh
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin kail Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat untuk memperkenalkan penceramah iaitu Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar memulakan Syarahan Negeri Sembilan “Adat Perpatih dan Dunia Korporat”. Dipersilakan.
Elok mudo menjago amanatElok tuo menjago ummatBanyakkan kasih jauhkan solisihBanyakkan saudaro, jauhkan sengketo
5
Banyakkan kawan jauhkan lawanBanyakkan ilmu jauhkan sotoruBanyakkan kaji jauhkan kojiBanyakkan amal jauhkan bualBanyakkan musyawarah jauhkan marahBanyakkan muafakat jauhkan khianatBanyakkan budi jauhkan dongki
Budi somporono kerano agamoAkhlak mulio kerano syarakTuah togak kerano sunnahSifat topuji kerano adat
Elok ilmu diamakanElok kojo disolosaikanElok nikmat disyukurkanElok potuah dijalankanElok amanah diturutkanElok nasihat dipogunokanElok potunjuk diikutkan
Ikan duri dimasak kariDigoreng jugo ikan solaTerimo kasih di ateh syarahan yang diboriSegalo pandangan diambik ikhtiba
Pandangan yang baik kito bosakanPotuah amanah dimuliokanNasihat amanat diingat-ingatSupaya adat kito bopanjanganSupayo yang baik bolanjutanSupayo botuah tidak punahAmanah tidak musnahSupayo nasihat mombori manfaatSupayo amanat mombori berkat
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin Haji Kail Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat dan penceramah iaitu Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar di atas syarahannya yang bertajuk “Adat Perpatih dan Dunia Korporat”.
Penyampaian cenderamata
6
MAJLIS MEMPERSILAKAN YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA PENCERAMAH DAN MODERATOR KE HORMAT.
DI PERSILAKAN PROF DATO’ DR KAMARUDDIN KACHAR
DI PERSILAKAN YB TUAN MOHAMMAD RAZI KAIL
TERIMA KASIH YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Santapan di-Raja
KEBERANGKATAN YTM DATO’-DATO’ UNDANG YANG EMPAT,YTM TUNKU BESAR TAMPIN,MENTERI BESAR DAN YANG AMAT MULIA TUNKU BESAR SERI MENANTI SERTA DIF-DIF KE HORMAT KE MAJLIS SANTAPAN
Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus
Yang Teramat Mulia Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Tampin meningglkan majlis.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan meningglkan majlis.
7