teks mc mesyuarat pibg skrt 2015

5
TEKS PENGACARAAN MAJLIS MESYUARAT PIBG SK RIMBA TERJUN 2015 Oleh: NUR JANNATUL NAIMAH BINTI ZAINALABIDIN Selamat sejahtera. Anda bersama saya Nur Jannatul Naimah Binti Zainalabidin, pengacara anda pada majlis hari ini. Anda akan bersama saya kurang lebih dua jam pada majlis yang bermakna ini. Terima kasih atas kehadiran anda. Mohon perhatian hadirin, Sila matikan telefon bimbit masing-masing ataupun tukarkannya ke mod senyap. Sila penuhi tempat duduk kosong di hadapan anda. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Kamal bin Suboh Ketua UMNO Cawangan Rimba Terjun Diiringi dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan. Hadirin dipersilakan berdiri. - HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT- Hadirin dipersilakan duduk. Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara; Tradisi kita turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Assalamualaikum….w.b.t dan selamat sejahtera, Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Segala puji bagi Allah yang memberikan kita rezeki, yang telah melimpahkan pemberian kepada kita, lalu memberikan petunjuk. Salam buat junjungan besar lagi mulia, Nabi Muhammad Sallallah Hualaihiwassalam, serta keluarga dan para sahabatnya. Yang Berbahagia Encik Kamal bin Suboh Ketua UMNO Cawangan Rimba Terjun Pn. Jumatunnisak binti Awang Ketua Wanita UMNO Cawangan Rimba Terjun

Upload: snexon-jajan-maria

Post on 15-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Feel free to download. Semoga bermanfaat!

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Mc Mesyuarat Pibg Skrt 2015

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MESYUARAT PIBG SK RIMBA TERJUN 2015

Oleh:

NUR JANNATUL NAIMAH BINTI ZAINALABIDIN

Selamat sejahtera.

Anda bersama saya Nur Jannatul Naimah Binti Zainalabidin, pengacara anda pada majlis hari

ini. Anda akan bersama saya kurang lebih dua jam pada majlis yang bermakna ini. Terima

kasih atas kehadiran anda.

Mohon perhatian hadirin,

Sila matikan telefon bimbit masing-masing ataupun tukarkannya ke mod senyap.

Sila penuhi tempat duduk kosong di hadapan anda.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Kamal bin Suboh

Ketua UMNO Cawangan Rimba Terjun

Diiringi dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan. Hadirin dipersilakan berdiri.

- HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT-

Hadirin dipersilakan duduk.

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara;

Tradisi kita turun temurun,

Pantun ditutur pembuka bicara.

Assalamualaikum….w.b.t dan selamat sejahtera,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Segala puji bagi Allah yang memberikan kita rezeki, yang telah melimpahkan pemberian

kepada kita, lalu memberikan petunjuk.

Salam buat junjungan besar lagi mulia, Nabi Muhammad Sallallah Hualaihiwassalam, serta

keluarga dan para sahabatnya.

Yang Berbahagia Encik Kamal bin Suboh

Ketua UMNO Cawangan Rimba Terjun

Pn. Jumatunnisak binti Awang

Ketua Wanita UMNO Cawangan Rimba Terjun

Page 2: Teks Mc Mesyuarat Pibg Skrt 2015

Encik Shafiee bin Yusof

Ketua Kampung Kawasan 6

Yang Berusaha Puan Hajah Rahimah binti Ruslan

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun

Yang dihormati Encik Zainal Abidin bin Haji Othman

Mantan Yang Dipertua PIBG SKRT 2013/2014

Puan Zabidah binti Othman

Mantan Naib Yang Dipertuan PIBG SKRT 2013/2014

Pn. Kamilah binti Md Ali

Guru Penolong Kanan 1

Guru-guru Penolong Kanan

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sesu 2013/2014 dan 2015/2016

Rakan-rakan pendidik, ibu bapa dan hadirin yang dimuliakan.

Tengahari yang indah penuh ceria,

Hari yang bahagia penuh bermakna.

Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita

berhimpun bersama-sama pada hari yang ceria ini untuk menjayakan Mesyuarat PIBG SK

Rimba Terjun kali ke 39 bagi tahun 2015. Tahniah buat warga baru AJK PIBG SK Rimba Terjun

sesi 2015/2016 atas pelantikan anda.

Hadirin sekalian,

Doa dibaca memohon rahmat,

Moga majlis sentiasa berkat.

Sebagai pembuka tirai acara, mari kita sama-sama tampung tangan memohon restu agar

majlis mendapat berkat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Al Fadhil Ustaz Mohd Izzuddin bin Abdul Aziz

untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

- BACAAN DOA -

Page 3: Teks Mc Mesyuarat Pibg Skrt 2015

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu

tadi.

Menjulang citra persada majlis, majlis dengan ini mempersilakan persembahan anak-anak

murid Pra Sekolah SKRT. Dipersilakan.

- PERSEMBAHAN PRASEKOLAH SKRT -

Terima kasih buat adik-adik prasekolah SKRT atas persembahan sebentar tadi. Buat

makluman, persembahan itu tadi hasil bimbingan Pn. Zarina binti Abd Ghaffar dan Pn. Siti

Maryam binti Salleh.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kita teruskan majlis rancak dengan sesi cabutan bertuah. Sudahkah anda bersedia? Dengan

ini, majlis menjemput Pn. Zabidah Hj Othman, Mantan NYDP PIBG SKRT sesi 2013/2014

diiringi Encik Azizul Rasidi untuk membuat cabutan seterusnya menyampaikan hadiah

cabutan bertuah kepada tetamu yang bertuah.

- CABUTAN BERTUAH -

Terima kasih diucapkan dan tahniah buat tetamu yang mengena umpan bertuahnya itu.

Seterusnya, kita teruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan UPSR 2014. Untuk

itu, majlis dengan ini menjemput Pn. Kamilah binti Md Ali bagi mengiringi Tuan Guru Besar

SKRT iaitu Pn. Hajah Rahimah binti Ruslan untuk penyampaian cenderamata. Dipersilakan.

Dipersilakan penerima pertama ….

- ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2014 -

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar dan Pn. Kamilah atas penyampaian

anugerah sebentar tadi.

Page 4: Teks Mc Mesyuarat Pibg Skrt 2015

Akhir kali, penyampaian cenderahati untuk AJK PIBG sesi 2013/2014 atas kecemerlangan

perkhidmatan dalam sama-sama kita meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan anak-anak

kita. Untuk itu, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan YDP PIBG terbaru kita iaitu

Pn. Hajah Ishanin Ishak diiringi Pn. Saluhah binti Abbas untuk penyempurnaan acara.

Dipersilakan.

- CENDERAHATI AJK PIBG 2013/2014 -

Terima kasih kepada semua AJK yang sudi berkhidmat dalam komuniti PIBG kita ini. Kini,

diminta sekali lagi Pn. Hajah Ishanin untuk mengumumkan pemenang cabutan bertuah kali

ini. Dipersilakan.

- CABUTAN BERTUAH -

Terima kasih Pn. Hajah dan tahniah buat pemenang cabutan bertuah. Bertuah anda hari ini!

Hadirin hadirat yang dihormati,

Ukiran sukma kilauan kelisa,

Persembahan murid menyusul pula.

Seterusnya, majlis mempersilakan adik-adik legasi PEWARIS untuk membuat persembahan

mereka. Dipersilakan.

- PERSEMBAHAN PADRA 4A -

Terima kasih kepada adik-adik 4 Arif atas persembahan PADRA pantun drama sebentar tadi.

Buat pengetahuan dan makluman semua, adik-adik ini hanya berlatih sekitar dua jam sehari

atau paling tepat total empat jam untuk dua hari sahaja. Tahniah!

Baiklah hadirin dan hadirat sekalian,

Page 5: Teks Mc Mesyuarat Pibg Skrt 2015

Bagi menyempurnakan majlis pada hari ini, majlis dengan penuh hormat menjemput dan

mempersilakan

Yang Berbahagia Encik Kamal bin Suboh

Ketua UMNO Cawangan Rimba Terjun

Menyempurnakan persada ucapan seterusnya menutup rasmi Mesyuarat Agung PIBG SKRT

kali ke 39 bagi sesi 2015/2016.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- UCAPAN PERASMI YG BERBAHAGIA EN. KAMAL BIN SUBOH –

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh

Yang Berbahagia Encik Kamal bin Suboh sebentar tadi.

Diminta Yang Berhormat Datuk tunggu sebentar di atas pentas bagi menyempurnakan acara

cabutan bertuah yang cukup bertuah kali akhir, paling akhir kali ini. Mohon YDP PIBG

terbaru kita, Pn. Hajah Ishanin Ishak bagi turut sama mengiringi Yang Berbahagia

meneruskan acara. Dipersilakan.

- CABUTAN BERTUAH -

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Kamal bin Suboh atas

kesudian menutup rasmi majlis kita pada hari ini. Terima kasih juga Pn. Hajah Ishanin.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tiba waktunya untuk saya menyusun jemari membuang segala kerikil bersalut di hati. Yang

terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi. Mari kita sama-sama menyahut seruan kerajaan kita

untuk sama-sama menggembleng tenaga memacu pendidikan anak-anak kita. Kitalah

tonggak kepada pembinaan keunggulan mutu pendidikan anak kita. Mari galas amanah,

buat yang terbaik untuk anak-anak dan sekolah kita.

Majlis kita telah sampai ke penghujungya.

Asslammualaikum dan semoga ukhuwah lillahi ta’ala ini subur hingga Jannah. Sekian, terima

kasih. Dijemput Yang Berbahagia dan dif-dif jemputan ke ruang santap untuk sedikit

santapan.