teks majlis khatam alquran

Upload: siti-hajar

Post on 09-Jan-2016

297 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

BismillahirrahmanirrahimAlhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain...

Yang berusaha, En. Sallehuddin bin Hj Misnon , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Panchor,

Yang dihormati, Puan Hajah Aznor binti Abd Hamed, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati, En. Ruslin bin Rahmat, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,

Yang Dihormati, En. Rukimin bin Abu Kahar, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid SK Panchor sekalian..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadratRabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dan dihimpunkan di Dewan serbaguna SK Panchor pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2015. Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunanpihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.Majlis ini juga merupakan satukesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu budaya.Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkanhasil dan diberkati Allah jua dan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-program sebegin . InsyaAllah..

Zikir Munajat Pembersih jiwaDoa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan al-fadhil ustaz Shahrul Nizam bin Mat Isa untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alaminMajlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat al-quran beserta terjemahan. Bacaan ayat al-quran ini akan disampaikan oleh adik Muhammad Hafiz Hakim bin Ramzani dan terjemahannya pula akan disampaikan oleh adik Muhammad Zarith Zakimi bin Mohd Nor.Dipersilakan.Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha,En. Sallehuddin bin Hj Misnon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Panchor,untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan majlis khatam alquran pada hari ini.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada tuan guru di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.Hadirin sekalian,Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahrun Nizam bin Mat Isa untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini..Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini. Namun, majlis kita masih belum selesai.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijildan cenderamata.Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha En. Sallehuddin bin Hj Misnon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Panchor untuk menyampaikan sijil dan cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan penyampaianDipersilakan

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha tuan guru besar atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi.

#########

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2015, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya,insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat,wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.