contoh teks cerita kisah dari alquran

93
Contoh Teks صة ا ق ت ي ر خر ب رءان لق د ا درفSekolah Rendah MTQ2015 1 TAJUK: PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH Assalamualaikum w.b.t Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Nasyid Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan. Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang amat hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah. Mereka disiksa dan dihina, malah ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah. Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah. Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda. Firman Allah dalam Surah Al-Anfal: Ayat 75 Maksudnya: “Dan orang-orang Yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu.”

Upload: shay-leehin

Post on 22-Dec-2015

212 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

teks cerita al quran

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

1

TAJUK:PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif

lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. 

Hijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan,                      Nasyid  Hijrah itu persaudaraan,                     Hijrah membentuk perpaduan.

Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan

yang amat hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah. Mereka disiksa

dan dihina, malah ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana

keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah

supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah

muslimin Mekah ke Madinah.

Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah

menunggu perintah Allah supaya berhijrah.  Saidina Abu Bakar

sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada

baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya

untuk menjadi peneman kepada Baginda.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal: Ayat 75

Maksudnya: “Dan orang-orang Yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu.”

Page 2: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

2

Kawan-Kawan....

Rasulullah SAW tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari

Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan

meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu

perkara. Oleh sebab itulah banyak kejadian buruk berlaku dalam

kalangan anak muda hari ini kerana terlalu berani melakukan

sesuatu tanpa restu ayah bonda terlebih dahulu. Contohnya

seperti kejadian malang berlaku ke atas seorang penuntut UITM

yang ditemui mati dikelar oleh seorang lelaki yang dipercayai

teman lelakinya sendiri di Pulau Pinang baru-baru ini. Jadi, kita

sebagai anak dan pelajar perlu membiasakan diri untuk

meminta izin dan restu dari ibu bapa dan guru-guru sebelum

melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu mendapat

restu dan keberkatan Allah SWT.

Rakan-rakan .....,

Hijrah bukanlah berlaku secara tidak sengaja tetapi segala-

galanya telah dirancang dengan rapi dan teliti. Sebab itulah

perjalanan Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan

dengan lancar walaupun banyak rintangan. Baginda tahu orang

kafir Quraisy sedang mengepung rumah baginda. Baginda telah

memerintahkan Saidina Ali  tidur di tempat baginda untuk

mengelirukan mereka. Waktu itu Allah telah menghalang

pandangan Musyrikin yang mengepung baginda. Akhirnya

baginda dapat meloloskan diri dari kepungan. Baginda juga tidak

terus ke Madinah, sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur

selama beberapa hari. Maka dengan perancangan yang teliti

disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah baginda

dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah

dalam....

Page 3: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

3

Page 4: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

4

Ertinya : “Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu

selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar

taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu

solat di dalamnya.”

 

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan

perjalanan menuju ke Madinah. Apabila tiba di Madinah, baginda

disambut dengan penuh kegembiraan. Setiap keluarga mahu

Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta

Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan  rumah

Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim.

Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim

tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan

dikenali sebagai Masjid Nabawi.

Begitulah kawan-kawan,

Walau di mana jua baginda berada, pasti baginda akan

mendirikan masjid sebagai pusat penyebaran Islam. Berbeza

dengan kita pada hari ini, walaupun masjid dibina dengan

banyaknya, namun masih ramai umat Islam yang tidak solat.

Kajian yang dilakukan oleh Ikatan Muslimin Malaysia mendapti

sebanyak 70 peratus Remaja Islam Malaysia tidak solat lima

waktu. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita menyokong

program imarah surau yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan

Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia agar surau dan masjid

kita kembali berfungsi seperti yang dihajati oleh Rasulullah SAW.

Page 5: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

5

Page 6: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

6

Kawan-kawan...                      

Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan

mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan

pendudknya. Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan

kaum Muhajirin dengan Ansar. Allah juga dengan jelas memuji

kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan

dengan cinta kasih sesama mereka. Firman Allah dalam surah Al-

Hasyr: Ayat 9.

...

Maksudnya: “Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami

negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka,

mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka.”

Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda

mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka

perlu membina kehidupan di tempat yang baru. Kemudian

baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas

dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan Ansar.

Kawan-Kawan...

Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah

melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri

adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi

dengan saudara seagama. Kebanyakan kita pada hari ini lebih

mementingkan diri sendiri. Laporan akhbar baru-baru ini benar-

benar mengejutkan kita. Dalam kejadian di Petaling jaya,

Page 7: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

7

Page 8: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

8

Seorang adik sanggup melanggar dan menetak sehingga mati

abangnya sendiri hanya kerana berebut hak milik sebuah lori.

Sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati

dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain

supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

Contohilah semangat persaudaraan sesama Islam yang

ditunjukkan oleh golongan muhajirin dan ansar.

Kisah Hijrah sarat pengajaranMenyuntik semangat untuk berjuangPelihara agama eratkan perpaduanIslam disanjung maruah dijulang.

Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

SOALAN:

1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada

peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.

2. Nyatakan dua kesan buruk yang akan berlaku sekiranya

ada perasaan dengki dalam diri kita.

3. Nyatakan dua kebaikan yang akan kita perolehi sekiranya

sentiasa merancang dalam melakukan sesuatu kerja.

4. Nyatakan dua keburukan yang mungkin akan berlaku

sekiranya kita melakukan sesuatu tanpa meminta

kebenaran kedua ibu bapa.

Page 9: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

9

Page 10: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

10

TAJUK : UNTA MUKJIZAT

TEKS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Terima kasih pengacara majlis, para hakim yang arif lagi

bijaksana serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Lafaz Bismillah awal bicara

Moga diberkati Yang Maha Esa ( pantun )

Unta Mukjizat tajuk cerita

Sebagai pedoman kita bersama

Hadirin sekalian,

Kaum Tsamud penyembah berhala,

Tidak percaya pada Yang Esa, (pantun)

Usaha Nabi Saleh sedaya upaya,

Agar Umatnya tidak terleka.

Maka bermulalah dakwah Nabi Saleh a.s kepada kaumnya supaya

segera meninggalkan penyembahan berhala-berhala itu dan

kembali beriman kepada Allah yang Maha Kuasa.

Page 11: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

11

Page 12: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

12

Nabi Saleh berkata kepada kaumnya :

“Wahai kaumku! sembahlah Allah, tiada Tuhan bagimu selain Dia " (Potongan ayat 61 : Surah Hud)

Namun begitu, mereka terus lalai dengan kemewahan yang

dikecapi sehinggakan seruan Nabi Saleh a.s tidak diendahkan.

Bahkan sanggup melemparkan kata-kata “Kalau engkau boleh

mendatangkan mukjizat, maka engkau benar-benar seorang

Nabi. Kalau tidak, engkau adalah seorang pembohong”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Janganlah kita mempersendakan Nabi sepertimana yang

dilakukan oleh wartawan akhbar Charlie Hebdo yang

mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan menyiarkan

karikatur Nabi Muhammad s.a.w. Tindakan mereka telah

menyebabkan berlakunya serangan bom ke atas premis akhbar

tersebut.

Kawan-kawan,

Allah swt telah memperkenankan doa Nabi Saleh a.s dengan

mengirimkan seekor unta betina. Firman Allah swt :

Page 13: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

13

Page 14: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

14

Maksudnya: "Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai

mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu

biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu

mengganggunya dengan gangguan apa pun yang akan

menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat."

(Potongan ayat 64 : Surah Hud)

Ya Kawan-kawan,

Kemukjizatan unta Nabi Saleh a.s amat terserlah, kehadirannya

membuatkan unta-unta lain beralah. Begitulah agungnya

kekuasaan Allah. Pemilik unta yang lain merasa resah, unta Nabi

Saleh dianggap gagah. Rasa dengki dan irihati berbaur marah.

Kawan-kawan dan hadirin sekalian,

Sesungguhnya sifat dengki itu membawa kemusnahan. Jika

melihat ke dalam masyarakat kita sekarang, betapa banyaknya

kes yang disebabkan oleh sifat hasad dengki dan cemburu.

Contohnya, kejadian ngeri yang dilakukan oleh penyimbah asid

upahan ke atas seorang peniaga emas di Pasir Mas Kelantan

baru-baru ini jelas menunjukkan betapa dahsyatnya kesan sifat

hasad dengki yang melampau.

Hadirin sekalian,

Kaum Tsamud mengatur rancangan,Unta Nabi Saleh jadi sasaran,Wanita cantik sebagai ganjaran, (SYAIR)Unta dibunuh tanpa kasihan.

Page 15: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

15

Page 16: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

16

Unta dibunuh kejam sekali,

Pesanan nabi tidak dipeduli. (Pantun)

Kawan-kawan,

Membunuh itu besar dosanya. Saya berasa khuatir dengan

keadaan masyarakat hari ini yang telah hilang pertimbangan nilai

kemanusiaan sehingga sanggup membunuh seperti kejadian

yang berlaku ke atas siswi UITM Permatang Pauh Pulau Pinang,

Norsyuhada Johari baru-baru ini. Semua ini berlaku kerana

tipisnya iman di dalam dada.

Hadirin sekalian,

Pembunuhan kejam unta tersebut amatlah mengejutkan Nabi

Saleh a.s

Nabi bersedih melihat kaumnya,Berani persenda kuasa Yang Esa, Tiga hari tempoh mereka, ( Syair )Bertaubat atau ditimpa bala.

Firman Allah dalam Surah An-Naml: Ayat 46:

“Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah

supaya kamu diberi rahmat."

Nasihat Nabi dipandang sepi,

Mereka ingin membunuh Nabi. (PANTUN)

Page 17: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

17

Page 18: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

18

Ya kawan-kawan,

Ketika pemuda kaum Tsamud sedang bersembunyi untuk

membunuh nabi, tiba-tiba...

Batu besar menghempap kepala,

Matilah mereka sebagai penderhaka,

Nabi Saleh sihat sejahtera,

Namun kaumnya bertukar rupa.

Hari pertama hingga ketiga,

Kulit yang cantik bertukar warna,

Kuning, merah dan hitam wajah mereka,

Hari keempat ditimpa bencana.

(Sajak)

Ya kawan-kawan….

Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Selagi hayat masih di badan,

eloklah bertaubat dan mohon keampunan. Janganlah menjadi

Seperti Kaum Tsamud, walau peringatan diberi berturut-turut,

mereka tetap enggan mengikut. Remaja muslim hari ini pun

tidak kurang degilnya. Mereka asyik berfoya-foya. Kononnya

musibah tak akan menimpa. Jiwa sentiasa terasa muda.

Contohilah perjuangan Ahmad Amar pemuda Malaysia yang

berjasa. Walaupun masih muda belia, sanggup berjauhan

meninggalkan keluarga, ke bumi Turki menyebarkan agama,

sehingga syahid dalam perjalanan dakwahnya.

Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Page 19: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

19

Page 20: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

20

Soalan Spontan:

1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada kisah Unta Mukjizat yang disampaikan tadi.

2. Nyatakan dua dosa besar yang telah dinyatakan dalam kisah yang diceritakan tadi.

3. Nyatakan dua kebaikan yang akan diperolehi sekiranya kita segera bertaubat.

4. Nasihat dan teguran yang baik perlu diterima dengan hati terbuka. Apakah keburukan yang akan menimpa mereka yang tidak mendengar nasihat dan teguran yang baik.

Page 21: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

21

Page 22: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

22

TAJUK :KISAH PEMBUNUHAN PERTAMA DI DUNIA

TEKS

Terima kasih pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi

bijaksana, penjaga masa serta para hadirin sekalian.

Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang

bertajuk “Pembunuhan Pertama Di Dunia”, yakni kisah anak-anak

Nabi Adam a.s.

Nabi Adam Nabi Pertama

Hidup bersama Siti Hawa,

Marilah bersama dengar cerita,

Cerita berguna untuk semua. ( pantun )

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nabi Adam a.s. merupakan manusia pertama yang diciptakan

oleh Allah s.w.t. Baginda serta isterinya, Siti Hawa telah

dikurniakan 2 pasang kembar. Setiap sepasang adalah lelaki dan

perempuan.

Setelah anak-anaknya mencapai usia remaja dan akil

baligh, maka timbullah nafsu berahi dan syahwat sejajar dengan

fitrah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Maka Nabi Adam mahu

mengahwinkan Qabil dengan adik Habil yang bernama Lubuda

dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Page 23: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

23

Page 24: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

24

Firman Allah Surah Al-Isra’ ayat 32

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina,”

Kawan-Kawan….

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu beberapa orang

gadis bertudung dilihat dipeluk dan dicium oleh artis k-pop tanpa

rasa segan silu. Alangkah sedihnya, gadis melayu Islam

bertudung sanggup mencemar dan menggadaikan maruah dek

kerana taksub dengan hiburan.

Kapal Anjiman belayar lesu,Nampak dari kuala Acheh,Rosak iman kerana nafsu,Rosak hati kerana kekasih. ( pantun )

Sidang hadirin yang saya sayangi sekalian,

Rancangan Nabi Adam itu mendapat bantahan dari Qabil. Ini

kerana tidak mahu dijodohkan dengan Lubuda disebabkan rupa

parasnya yang tidak menarik. Dia ingin berkahwin dengan Iqlima,

seorang gadis yang cantik.

“Iqlima adik saya ayah”,kata Qabil dengan suara yang tinggi.

“saya berhak mengahwininya”,katanya lagi.

Menurut syariat Nabi Adam pada masa itu,tidak boleh dijodohkan

dengan saudara sekembar. Oleh itu, Nabi Adam cuba meyakinkan

Qabil supaya menerima perintah Allah itu.

Page 25: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

25

Page 26: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

26

Para hadirin yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama doakan semoga rakyat Malaysia tetap

bersatu seperti mana yang ditunjukkan semasa kita menghadapi

situasi sulit kehilangan MH370, MH17 dan serangan ke atas

Lahad Datu. Cinta kita tetap kepada Negara Malaysia. Ini kerana,

semua manusia adalah bersaudara.

Kerana Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 10

Maksudnya:

“Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara.”

Disebabkan kedegilan Qabil, Nabi Adam meminta Qabil dan Habil

mempersembahkan korban kepada Allah. Korban siapa yang

diterima oleh Allah, maka orang itulah yang berhak berkahwin

dengan Iqlima.

Habil dan Qabil menerima baik jalan penyelesaian yang

ditawarkan oleh ayahnya. Habil kembali dengan kambing yang

dipilih dari ternakannya yang paling baik dan sihat sedangkan

Qabil datang dengan sekarung gandum, hasil cucuk tanamannya

yang rosak dan busuk.

Dengan disaksikan oleh seluruh keluarga Nabi Adam a.s,

maka terlihatlah api besar yang turun dari langit menyambar

ternakan Habil tanpa menyentuh sedikit pun gandum Qabil.

Page 27: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

27

Page 28: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

28

Wahai hadirin sekalian, ini menunjukkan bahawa, korban Habil

diterima dan korban Qabil ditolak.

Firman Allah,

Maksudnya:

“Maka dirikan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah” Surah Al Khauthar ayat 2

Ya hadirin,

Pengorbanan sukarelawan yang banyak membantu mangsa banjir

yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini seharusnya

kita contohi. Begitu besar pengorbanan yang mereka hulurkan

dalam memelihara kebajikan sesama insan.

Sejak peristiwa itu, Qabil mula menaruh dendam terhadap

Habil. Nabi Adam pula terus menasihati dan mengingatkan Qabil

bahawa itu adalah ketentuan Allah. Namun segala nasihat Nabi

Adam seperti mencurah air didaun keladi.

Rasa amarah terpahat didada,

Bila korbannya tidak diterima

Hilangnya iman dendam bertahta,

Hasutan Iblis terus bergema. ( syair )

Page 29: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

29

Page 30: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

30

Sewaktu Habil sedang tidur, Qabil telah membunuh Habil

dengan memukul kepala Habil dengan batu sehingga mati. Inilah

pembunuhan pertama dalam sejarah manusia di dunia.

Firman Allah,

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya”

Surah Al-Isra’ ayat 33

Hadirin yang dihormati,

Texas Oktober 2014, Sebuah mahkamah disini telah

diberitahu di mana seorang remaja belasan tahun membunuh

ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat

mangsa atas alasan bosan dengan hidupnya dan tidak suka

bergaul. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mendekati diri kita

dengan Allah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini

berlaku. Nauzubillahiminzaliq,

Sayangi kawan, sayangi teman,

Dikala suka, dikala duka,

Sesal dahulu pendapatan,

Sesal kemudian tidak berguna. ( pantun )

Page 31: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

31

Page 32: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

32

Setelah jenazah Habil mula membusuk, Qabil merasa

kebingungan. Lalu dengan izin dan kuasa Allah, maka

dipertunjukkan kepada Qabil seekor burung gagak yang sedang

mengali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu ia menolak seekor

gagak lain yang sudah mati ke dalam lubang tadi dan menutupi

kembali dengan tanah. Qabil berfikir didalam hati kenapa dia

tedak dapat berbuat seperti burung gagak untuk menguburkan

mayat saudaranya.

Firman Allah,

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam”

Surah Al-Isra’ ayat 70

Nabi Adam a.s sangat kesal di atas sikap dan perbuatan

Qabil yang kejam itu, semata-mata mengikut hawa nafsu dan

bisikan syaitan yang menyesatkan. Menghadapi musibah itu,

Nabi Adam a.s hanya berserah kepada Allah s.w.t dan

menerimanya sebagai takdir dan kehendakNya .

Sahabat-sahabat sekalian,

Kisah teladan tersemat di hati,Iman dan taqwa perisai diri,Hiasi diri jagalah peribadi,Buat bekalan di akhirat nanti. ( pantun )

Sekian, Wabilllahitaufiq walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Page 33: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

33

Page 34: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

34

SOALAN-SOALAN SPONTAN

1. Berapa orangkah anak Nabi Adam sebutkan namanya?

Jawapan

- 2 pasang anak kembar

- Qabil dan Iqlima , Habil dan Lubuda

2. Apakah yang dijadikan oleh Qabil sebagai korban?

- Sekarung gandum yang rosak dan busuk

3. Sebutkan dua sifat yang mahmudah dan dua sifat mazmumah dalam cerita Kesah Pembunuhan pertama didunia.

Mahmudah- Sabar - Baik hati

Mazmumah

- Sombong - Pendendam

4. Mengapakah Qabil membunuh Habil?

- Iri hati kerana korbannya ditolak dan tidak dapat berkahwin

dengan adiknya Iqlima.

5. Bagaimanakah cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah?

- Jawapan yang sesuai.

Page 35: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

35

Page 36: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

36

TAJUK : SITI AMINAH BONDA RASULULLAH

TEKS

Bismillahirrahmanirrahim….

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif

lagi bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru, rakan-rakan

serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…Salam Satu

Malaysia, salam ukhwah dan salam fisabilillah..

Sungguh indah kisah sejarah,

Sirah Nabi dari al-Quran,

Siti Aminah bonda Rasulullah,

Mari bersama jadikan teladan. ( Pantun )

Ibu Rasulullah bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin

Zuhrah. Beliau adalah bunga Kaum Quraisy. Seorang anak yatim

piatu yang diasuh dan dijaga oleh bapa saudaranya, Wahab bin

Abdul Manaf bin Zuhrah yang sangat dihormati, disegani kerana

menjadi tempat rujukan dalam pelbagai masalah.

Bunga Quraisy kembang berseri,

Di sebalik tembok mekar mewangi,

Menebar harum ke pelusuk negeri;

Membuat teruna dibuai mimpi. ( syair/lagu )

Page 37: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

37

Page 38: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

38

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui dengan jelas penampilannya atau gambaran fizikalnya.

Ini bertepatan dengan firman Allah swt dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 :

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).”

Kawan-kawan ,

Kita sebagai wanita Muslimah perlu memelihara diri dan akhlak terpuji walau di mana kita berada, sepertimana Aminah memelihara dirinya agar kita sentiasa dipandang mulia.

Janganlah menjadi gadis bertudung yang merelakan dirinya dipeluk dan dicium oleh penyanyi k-pop berkumpulan B1A4 sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh Negara baru-baru ini. Masya’ Allah….

Hadirin yang dihormati sekalian,

Siti Aminah…Wanita suci berhati mulia,Wanita pilihan Allah Ta’ala,Walau ke mana Abdullah Mengembara,Namun Aminah tetap di mata. ( pantun )

Page 39: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

39

Page 40: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

40

Bersatulah Aminah bersama Abdullah. Pemuda tampan, budiman dan gagah. Pasangan bahagia dirahmati Allah. Hamilnya Aminah zuriat yang berkah. Mengandungkan rasul pemimpin ummah.

Hadirin dan rakan rakan sekalian……

Perkahwinan yang sah merupakan syariat yang dituntut dalam Islam demi memelihara nasab dan keturunan yang mulia:

Firman Allah Ta’ala dalam Surah An-Nur: Ayat 32

“dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)

dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-

hamba kamu, lelaki dan perempuan.”

Oleh itu, janganlah kita melibatkan diri dalam aktiviti pergaulan bebas yang boleh mengundang perbuatan keji seperti rogol dan zina. Peningkatan statistik kelahiran anak luar nikah yang dilaporkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat amat membimbangkan kita.

Hadirin sekalian,

Aminah adalah seorang ibu bertuah kerana terpilih mengandungkan zuriat yang akan menjadi pembimbing umat akhir zaman. Setelah cukup Sembilan bulan dalam kandungan, akhirnya Aminah selamat melahirkan Nabi Muhammad s.a.w yang disambut dengan penuh kegembiraan. Nabi Muhammad ditatang bagai minyak yang penuh. Aminah tidak pernah jemu mengasuh walaupun tanpa suami disisi. Aminah tidak pernah mengeluh lantaran kasih dan sayang ibu kepada anak tercinta. Sesungguhnya, kasih ibu ibarat lautan tak bertepi. Sanggup derita dan berkorban nyawa asalkan anaknya hidup bahagia.

Page 41: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

41

Page 42: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

42

Lantaran itu lah setiap anak diperintahkan untuk berbuat baik kepada ibu bapanya. Firman Allah Subhanahu wata’ala dalam Surah al-Ahqaf ayat 15 :

يِم; ِج; يGَطEاِن; الَّر? .... َأEُعNوُذN ِب;اللِه; ِم;َنE الَّش?

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu

bapanya..”

Kasihnya ibu.. Membawa ke syurga…Kasihnya saudara masa berada,Berkorban nyawa tanda kasihnya,Berkorban raga rela binasa…. ( lagu )

Berita yang terpampang di dada akhbar, “Anak derhaka sanggup

meninggalkan ibu demi mengikut kekasihnya”. Berita ini amat

menyayat hati kita.

Kawan-kawan….Sayangilah kedua ibu bapa kita kerana sesungguhnya redha Allah bagi seseorang anak itu terletak kepada keredhaan kedua ibu bapanya.

Hadirin sekalian,

Pada suatu hari di kala usia Muhammad s.a.w mencecah 6 Tahun,

segalanya bagaikan terhenti. Keadaan sunyi dan sepi.

Muhammad s.a.w bertanya berkali-kali mengapa jasad bondanya

kaku seperti mati. Rombongan yang ada menitiskan air mata,

melihat anak kecil yang belum mengerti apa-apa. Ditinggalkan

bonda buat selama-lamanya.

Page 43: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

43

Page 44: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

44

Soalan spontan

1. Siapakah nama ibu Rasulullah s.a.w ?

2. Dimanakah tempat kelahiran Rasulullah SAW?

3. Sebagai seorang anak, bagaimanakah anda menunjukkan

kasih sayang terhadap ibu ?

4. Berikan pengajaran daripada cerita Aminah Bonda

Rasulullah.

5. Sebutkan sifat yang boleh dicontohi daripada kisah

tersebut.

Page 45: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

45

Page 46: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

46

TAJUK : ISRAK MIKRAJ

TEKS

السالم عليكم ورحمة الله وبركاته

Lafaz bismillah pembuka bicara,

Salam ukhwah hadirin sekalian,

Isra’ dan mi’raj judul cerita,

27 Rejab 11 kenabian. (Pantun)

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi

bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru serta

hadirin yang dihormati sekalian.

Rasulullah amat berduka

Abu Talib dan Khadijah telah tiada

Di Mekah dihina ke Taif dicerca

Itulah tahun berdukacita (Syair)

Lantas Allah menghiburkan baginda dengan peristiwa isra’ dan mi’raj.

Isra’ ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari masjidil Haram ke

masjidil Aqsa di Palestin pada waktu malam. Mi’raj pula ialah perjalanan

dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Page 47: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

47

Page 48: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

48

Firman Allah;

Maksudnya;

“Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa… “

(Surah al-Isra’, ayat 10)

Ya kawan-kawan,

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa

pada hari ini merupakan satu percubaan Zionis yang amat kejam.

Adalah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk bangun

menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta

mempertahan masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya. Hulurkan

bantuan, ringankan beban.

Kawan-kawan,

Sebelum nabi memulakan perjalanan, Malaikat Jibrail dan Mikail

membelah dada baginda. Dikeluarkan hati baginda dan dibuang

“alaqah. Kemudian dicuci dengan air zam-zam dan dimasukkan hikmah

lalu dijahit semula dan ditulis “Khatimun Nubuwwah”.

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat 40;

Maksudnya;

”Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. ”

Page 49: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

49

Page 50: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

50

Buraq diutus jadi tunggangan

Sepantas kilat sejauh pandangan

Jibrail dan Mikail iringi junjungan

Penghormatan ini amat menakjubkan (Boria)

Ya kawan-kawan,

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta. Walaupun

betapa canggihnya ciptaan manusia, masih tidak dapat menandingi

kekuasaan Allah seperti baru-baru ini kita digemparkan dengan

kehilangan sebuah pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui

di mana lokasinya walaupun segala kepakaran teknologi telah

digunapakai.

Kawan-kawan,

Semasa isra’, pelbagai balasan baik dan buruk diperlihatkan kepada rasul junjungan.

Harum semerbak kubur Masyitah,

Ganjaran mulia pertahankan akidah,

Petani menanam terus berbuah,

Tafsiran berjihad fisabilillah. (Gurindam)

Memecahkan kepala amat mengerikan,

Akibat tinggalkan solat difardukan,

Daging yang busuk menjadi makanan,

Orang berzina dihukum sedemikian. (Gurindam)

Page 51: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

51

Page 52: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

52

Seperti firman Allah dalam Surah Al-A’raf, ayat 36;

Maksudnya;

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka”.

Ya kawan-kawan,

Jauhilah perbuatan yang keji kerana ia dibenci Allah. Gejala zina dan

seks bebas yang berleluasa perlu dihindari. Ingatlah, azab dan siksaan

Allah amat pedih sekali.

Kawan-kawan,

Semasa Mi’raj pula…

7 lapisan langit nabi lewati,

Rasul-rasul terdahulu baginda temui,

Indahnya syurga tidak terperi,

Begitu agung kuasa Ilahi. (Nasyid)

Perintah agung Allah berikan,

Ibadah solat jadi kewajipan. (Pantun)

Page 53: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

53

Page 54: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

54

Firman Allah;

Surah Toha ayat 14, yang bermaksud:

"Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”

Ya kawan-kawan,

Solat itu tiang agama. Kem Bestari Solat yang dijalankan melalui

Program j-QAF merupakan satu usaha yang murni. Maka, tunaikanlah

solat dengan sempurna.

Kawan-kawan,

Setelah mendapat perintah solat,

Turunlah nabi penuh semangat. (Pantun)

Begitulah kawan-kawan, kisah Isra’ dan Mi’raj nabi junjungan kita Nabi

Muhammad s.a.w.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum wbh.

Page 55: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

55

Page 56: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

56

Soalan spontan:

1. Rasulullah telah kehilangan dua orang yang amat dikasihinya. Lantas Allah pun menghiburkan baginda dengan peristiwa isra’ dan mi’raj. Apakah erti isra’ dan mi’raj?

2. Banyak pengajaran yang didapati daripada peristiwa isra’ dan mi’raj.Nyatakan 2 pengajaran daripada peristiwa isra’ dan mi’raj tersebut.

3. Solat adalah tiang agama. Solat amat penting dalam kehidupan kita. Sebutkan 2 faedah menunaikan solat.

4. Kita mesti mengamalkan sifat yang mulia dalam kehidupan kita. Hindarkan diri daripada perbuatan yang keji. Bagaimanakah cara anda menghindarkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar?

5. Kita hendaklah menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Bagaimanakah cara untuk mengatasi rasa malas untuk solat?

Cadangan Jawapan:

1. Isra’ bermaksud perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin pada waktu malam

Mi’raj pula ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha

2. a) Solat adalah tiang agamab) Allah Maha berkuasa ke atas kita semua

3. a) Solat adalah penghapus dosab) Solat dapat mendisipilinkan kita

4. a) menunaikan solatb) memohon doa daripada Allah s.w.t

5. Jangan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan mengantuk.

Page 57: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

57

Page 58: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

58

TAJUK : TONGKAT MUKJIZAT

TEKS

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif

lagi bijaksana guru-guru serta rakan rakan sekalian

Assalamualaikum wrbt…

Lafaz bismillah pembuka bicara, ucapan salam buat semua,tongkat mukjizat Nabi Musa dijadikan cerita,Sebagai pedoman kita semua.. (pantun)

Hadirin sekalian,

Nabi Musa adalah putera kepada Imran bin Yashar bin Qaahits

yang dilahirkan pada zaman pemerintahan Raja Firaun yang

terkenal dengan sifat kejamnya membunuh semua bayi lelaki

lantaran takut kehilangan kuasanya, tetapi dengan kuasa Allah

Nabi Musa selamat di bawah naungan Firaun

sendiri..subhanallah..

Firaun menindas penduduk Mesir, rakyat dibunuh sewenang wenangnyadirampas segala harta yang adamengaku tuhan yang mesti dipuja (Nasyid: Rasulullah)

Kesombongan manusia terbit daripada sedikit kenikmatan yang

dipinjamkan oleh Allah S.W.t, saksikanlah keangkuhan kuasa

besar sesetengah Negara barat yang sering memporak

perandakan dan menindas Negara Islam demi kepuasan diri.

Oleh itu, Sikap sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada

perlu dijauhi bagi mengelakkan kita bersifat zalim.

Page 59: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

59

Page 60: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

60

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,

Lantaran peristiwa pembunuhan seorang pengikut Firaun tanpa

sengaja, Nabi Musa telah menjadi buruan Firaun selama 10

tahun. Akhirnya Allah telah memerintahkan Nabi Musa pulang ke

Mesir untuk mengadap Raja firaun durjana. Firman Allah dalam

surah Toha Ayat 42:

Yang Bermaksud:

“Pergilah, Engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat

pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai

dalam menyebut serta mengingati daku”.

Ya Kawan-kawan

Berdakwah adalah tanggungjawab semua samada pemimpin

ataupun individu. Peranan media elektronik seperti TV Al-Hijrah

banyak menyiarkan rancangan berunsur dakwah dapat mendidik

jiwa para penonton. Kita seharusnya berani untuk menyampaikan

segala suruhan dan mengajak untuk menjauhi larangan Allah.

Hadirin sekalian nabi Musa seterusnya berdakwah kepada firaun,

tetapi sebaliknya …

Firaun sombong tidak terperiBaginda Nabi sedih sekaliFiraun mencabar tunjukkan buktiAndainya musa seorang nabi… (Nasyid: Sepohon

Kayu)

Page 61: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

61

Page 62: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

62

Bila baginda mula dicabarTongkat dilempar bertukar ularTangan ditunjuk cahaya bersinarNamun Firaun tetaplah ingkar…. ( nasyid : sepohon kayu )

Firman Allah dalam surah Asyura ayat 34:

Maksudnya:

Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum Yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir Yang mahir.

Seterusnya kawan-kawan...

Pertandingan 72 orang tukang sihir dengan nabi Musa telah

dijalankan, tali-tali yang dilemparkan oleh ahli sihir bertukar

menjadi ular, tetapi dengan izin Allah S.w.t tongkat Nabi Musa

telah bertukar menjadi ular yang paling besar lalu menelan

semua ular kepunyaan ahli sihir. Firaun tersentak hairan, tukang

sihir sujud beriman, Firaun mula hilang pertimbangan, semua

tukang sihir dipotong kaki dan tangan, Perintah firaun dengan

kemarahan. Tukang sihir pasrah kepada Tuhan, seperti firman

Allah dalam surah Toha ayat 70:

Yang bermaksud:Ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan Yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".

Page 63: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

63

Page 64: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

64

Lihatlah kawan-kawan,

Sesungguhnya Keyakinan dan kekuatan iman terhadap Allah

boleh mengatasi segala ancaman yang dihadapi.

Contohnya, Keberanian puak Hamas untuk menentang rejim

Israel baru-baru ini adalah kerana keyakinan mereka terhadap

pertolongan dan perlindungan Allah S.w.t sangat tinggi dalam diri

mereka.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,

Pengikut nabi Musa semakin bertambah, Firaun semakin marah,

dan bertindak membunuh anak-anak Bani Israel dan berhasrat

agar generasi bani Israel terkubur selamanya, lantaran peristiwa

itu, bumi mesir dilanda kemarau, Firaun bersama pengikutnya

menemui Nabi Musa seraya mencabar Nabi Musa agar

menurunkan hujan dan akan beriman kepada Allah sekiranya

Nabi Musa mampu melakukannya.

Nabi musa menggunakan mukjizat yang telah dikurniakan

Allah kepadanya untuk menurunkan hujan Namun setelah hujan

turun mereka tetap enggan beriman. Pelbagai musibah

diturunkan Allah seperti kemarau, banjir besar, diikuti pula

serangan belalang, kutu dan katak, secara berperingkat dan

berasingan.

Wahai kawan-kawan,

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita kematian

seorang pelajar uitm akibat dikelar oleh teman lelakinya.

Nau’zubillah.. Oleh itu, Kita hendaklah menjauhi kemungkaran,

bagi mengelakkan keruntuhan akhlak akibat tidak mengikut apa

yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Page 65: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

65

Page 66: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

66

Kedegilan Firaun cetuskan derita, Ke Baitulmaqdis Bani Israel berkelana,Laut merah terbelah dua,Dek kerana Tongkat Mukjizat Nabi Musa,Hanya yang beriman Allah pelihara,Firaun tenggelam bersama pengikutnya.. (sajak)

Firman Allah surah al-Qasas ayat 40:

Maksud ayat:“Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke Dalam laut; maka perhatikanlah Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang zalim.”

Begitulah kawan-kawan...

Allah membalas setiap kejahatan yang kita lakukan seperti mana

yang telah terbukti seorang penjenayah yang telah terlibat

dengan kes rogol dan bunuh murid sekolah rendah baru-baru ini

telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun berserta 24 kali

sebatan. Ingatlah..Setiap amalan akan dihitung dan diberi

ganjaran yang setimpal.

Demikianlah kawan2..

Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan…

sekian

Wabillahitaufi wahiyah wassalmualaikum w.r.t

Page 67: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

67

Page 68: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

68

Contoh Soalan Spontan

1. Berikan pengajaran yang terdapat dalam cerita yang telah anda sampaikan tadi.

2. Senaraikan contoh peristiwa akibat keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi dewasa ini.

3. Berdasarkan kisah di atas, bagaimana anda mengatasi pemimpin yang bersikap zalim.

4. Nyatakan contoh program dakwah yang disiarkan di kaca tv yang anda tahu.

Cadangan Jawapan:

1. Pengajaran yang terdapat dalam cerita yang telah anda sampaikan tadi.a) Sikap sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada

perlu dijauhi bagi mengelakkan kita bersifat zalim.b) berani untuk menyampaikan segala suruhan dan

mengajak untuk menjauhi larangan Allah.

2. Contoh peristiwa akibat keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi dewasa ini:a) Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuanb) Berjudi, kaki botol dan menagih dadahc) Pembuangan bayi secara berleluasa

3. Cara mengatasi pemimpin yang bersikap zalim:a) Sabar dan sentiasa memohon pertolongan daripada

Allahb) Mempamerkan contoh tauladan yang baik di hadapan

mereka

4. Contoh program dakwah yang disiarkan di kaca tv yang saya tahu:

a) Program adik-adikkub) Pencetus umahc) Cinta Ilmu d) Kalau ada Jodoh ustaz Kazim Eliase) Al Kuliyyah

Page 69: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

69

Page 70: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

70

TAJUK : DUGAAN NABI YUSUF

TEKS

Termaktublah sudah dalam Al-Quran,

25 utusan Allah,

Mereka menyeru kepada insan,

Tiada Tuhan selain Allah. [ nasyid ]

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Dugaan Nabi Yusuf jadi pilihan,

Kisahnya sayu menyentuh perasaan,

Sila lah kawan sila lah rakan,

Izinkan saya untuk perdengarkan. [ pantun ]

Rakan-rakan,

Nabi Yusuf a.s ialah putera ke 7 Nabi Yakub,

Tampan perkasa luhur budinya ,

Dikasihi ayahanda dicemburui saudara-saudaranya,

Akibat hasutan syaitan , mereka merencana

Ke dalam perigi Nabi Yusuf dicampaknya.

Page 71: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

71

Page 72: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

72

Lalu…..

Mereka melumurkan baju baginda dengan darah palsu.

Firman Allah swt ;

يِم;...... ِج; يGَطEاِن; الَّر? َأEُعNوُذN ِب;اللِه; ِم;َنE الَّش?

,

“Mereka berkata: "Wahai ayah kami, Sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala”.

( Surah Yusuf : ayat 17 )

Kawan-kawan,

Begitulah sifat manusia sejak zaman Nabi Adam lagi yang

sentiasa memiliki sifat hasad dengki dengan orang yang

mendapat kenikmatan daripada Alllah swt, semoga Allah swt

melindungi kita daripada sifat yang keji ini.

Sekumpulan pedagang yang lalu mencari air terjumpa Nabi Yusuf

a.s, disorok baginda bersama barang dagangan….. sampai di

Mesir.

Dijual Nabi Yusuf sebagai hamba,

Al-Aziz tertarik lalu membelinya,

Alangkah gembiranya hati Zulaikha,

Nabi Yusuf dipelihara dengan sempurna. [ syair]

Page 73: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

73

Page 74: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

74

Suatu hari, ketika suaminya tiada di rumah, Zulaikha menutup

semua pintu dan cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. Baginda

menolak dan cuba melarikan diri ke pintu. Shreek!!!... terkoyak

belakang baju baginda kerana ditarik oleh Zulaikha. Tiba-tiba,

muncullah suaminya. Zulaikha terkejut, lalu menuduh Nabi Yusuf

ingin memperkosanya. Namun, baju yang koyak menjadi bukti,

kejadian ini sebenarnya angkara siapa.

Firman Allah swt :

يِم;...... ِج; يGَطEاِن; الَّر? َأEُعNوُذN ِب;اللِه; ِم;َنE الَّش?

“Wahai Yusuf! Lupakanlah ini dan (isteriku) mohonlah ampunan atas dosamu”.

( Surah Yusuf : ayat 29 )

Ya kawan-kawan,

Kini terdapat program realiti TV Imam Muda, Da’ie, Pencetus

Ummah dan Ustazah Pilihan yang memaparkan personaliti soleh

dan solehah yang boleh dijadikan contoh tauladan. Elakkanlah

diri dari terjebak dalam kancah kemaksiatan.

Page 75: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

75

Page 76: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

76

Kawan-kawan,

Serata Mesir tersebar cerita,

Isteri pembesar menggoda hambanya,

Lalu dijemput wanita ke sebuah majlis,

Diberi pisau untuk memotong,

Lalu perintah Zulaikha,

“keluarlah kau di hadapan mereka”

Terpotonglah jari

Ternganga mulut

Kagumi ketampanan sambil berkata,”Ini bukan manusia

melainkan malaikat yang mulia.”

Lalu, Nabi Yusuf a.s bermunajat kepada Allah swt supaya diberi

perlindungan. Firman Allah swt :

يِم;...... ِج; يGَطEاِن; الَّر? َأEُعNوُذN ِب;اللِه; ِم;َنE الَّش?

“Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih Aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku”.

( Surah Yusuf : ayat 33 )

Hasrat tersebut termakbul, Nabi Yusuf a.s dipenjara agar suasana

menjadi tenang dan tiada fitnah.

Page 77: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

77

Page 78: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

78

Kawan-kawan,

Sejak kebelakangan ini, perbuatan memfitnah yang disebarkan melalui sistem maklumat ringkas atau sms, video, facebook, blog dan sebagainya semakin berleluasa. Hal ini telah menimbulkan pelbagai pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada kes mahkamah.

Justeru itu, hanya keimanan sahajalah yang dapat menghalang keinginan dan godaan nafsu.

Bertahun-tahun Nabi Yusuf dipenjara,Akhirnya dipanggil mengadap sang raja,Disiasat semula segala punca,Akhirnya kebenaran terserlah jua.

Firman Allah swt dalam Surah Yusuf, ayat 51 :

يِم;...... ِج; يGَطEاِن; الَّر? َأEُعNوُذN ِب;اللِه; ِم;َنE الَّش?

“Aku telah menggodanya terhadap diriku. Sesungguhnya dia dari kalangan orang-orang yang benar”.

Lalu Nabi Yusuf a.s dibebaskan semula.

Akhirnya..

Kebenaran pasti terserlah, seperti kisah Henry James dari Amerika yg dibebaskan baru-baru ini kerana terbukti tidak bersalah dari tuduhan membunuh walaupun telah dipenjara selama 30 tahun. Sesungguhnya Allah swt berpihak kepada yang benar.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalmu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 79: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

79

Page 80: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

80

SOALAN SPONTAN

1. Mengapa saudara-saudara Nabi Yusuf a.s mencampakkannya ke dalam perigi buta?

2. Siapakah yang menjumpai Nabi Yusuf a.s?

3. Sekiranya anda ditimpa musibah seperti yang menimpa Nabi Yusuf a.s, apakah tindakan yang patut anda lakukan?

4. Berdasarkan cerita tadi, apakah pengajaran yang anda perolehi?

5. Sebutkan sifat-sifat yang perlu kita hindarkan berdasarkan cerita tersebut.

Page 81: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

81

Page 82: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

82

TAJUK : SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL

TEKS

Assalammualaikum w.b.t…

Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel

hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia,

seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang mulia.

Ucapan indah zikir bertali,

Penyejuk hati pendamai jiwa,

Kisah Siti Hajar Ibu Mithali,

Marilah kawan dengarkan bersama. (Pantun)

Siti Hajar isteri kedua,

Pasangan pilihan Siti Sarah,

Hidup bermadu aman sentosa,

Menjadi catatan di dalam sirah. ( Pantun )

Hadirin sekalian,

Syariat Nabi Ibrahim a.s membenarkan umatnya berpoligami dan

begitu juga dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah

s.w.t dalam Surah Surah An-Nisa’ Ayat 3 :

Page 83: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

83

Page 84: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

84

Maksudnya: “maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.”

Hadirin sekalian,

Pada hari ini ramai lelaki Muslim di Malaysia yang berpoligami

tetapi tidak bahagia gara-gara tidak berlaku adil terhadap isteri

mereka. Ini semua disebabkan mereka berpoligami kerana nafsu

semata-mata bukannya untuk membela wanita. Akhirnya

poligami turut menjadi faktor penyumbang kepada perceraian di

Malaysia sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia sebanyak 20,529 kes perceraian telah berlaku

di Malaysia pada tahun 2007. Oleh yang demikian, sebelum

berhasrat untuk beristeri dua atau tiga penuhkan dulu ilmu di

dada.

Setelah sah Siti Sarah menjadi isterinya, Nabi Ibrahim a.s pun

berdoa. Firman Allah s.w.t ;

Maksudnya : “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang soleh”.

( Surah As-Saffat : ayat 100 )

Maka, doa Nabi Ibrahim pun diperkenankan dan lahirlah Nabi

Ismail dari Siti Hajar yang dikasihi. Kelahiran Nabi Ismail amat

dicemburui oleh Siti Sarah.

Page 85: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

85

Page 86: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

86

Ya kawan-kawan,

Anak-anak adalah anugerah terindah dan amanah dari Allah. Didiklah mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah, kerana doa mereka pastinya akan sampai kepada ibu bapanya walaupun berada di alam barzakh. Oleh itu, janganlah dipersiakan zuriat yang dikurniakan bersama amanah.

Kita tidak mahu melihat kes pembuangan bayi terus meningkat sepertimana yang dilaporkan oleh Harian Metro bahawa terdapat 396 kes pembuangan bayi dicatatkan dari tahun 2005 hingga tahun 2010.

Nabi Ibrahim berdukacita,

kepada Ilahi diserah segala,

Rukun dan damai sudah tiada,

Kerana cemburu isteri pertama .

Ditinggalkan Hajar serta bayinya,

Di gurun gersang tiada sesiapa,

Walaupun sedih ditelan jua,

Pergilah Ibrahim sambil berdoa… ( Nasyid Sepohon kayu )

Firman Allah ;

Maksudnya : “Ya Tuhan kami , sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman”.

( Surah Ibrahim : ayat 37 )

Page 87: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

87

Page 88: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

88

Kawan-kawan,

Lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan.

Begitulah jua kehidupan kita. Pasti ada musibah menimpa, dan di

saat dugaan datang melanda, contohilah ketabahan Siti Hajar

dan suaminya. Ujian dihadapi dengan pasrah. Kepada Allah

tawakal diserah. Janganlah sekali-kali kita mengikut jejak

langkah, mereka yang sesat dan terpesong akidah.

Membunuh diri dianggap penyudah akibat kecekalan dan harapan yang musnah. Hari ini kita dapat melihat dan mendengar betapa ramai mereka yang membunuh kerana tidak sanggup berdepan musibah. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa membunuh diri merupakan faktor kedua tertinggi kematian di Malaysia.

Kawan-kawan dan hadirin sekalian,

Dahsyatnya amanah suami tercinta. Siti Hajar ditinggalkan bersama anaknya. Di tanah gersang tanpa manusia. Hanya kasih dan cinta penguat jiwa. Berkat kesabaran Siti Hajar dan anaknya, berlakulah mukjizat yang luar biasa. Air mengalir dari bekas hentakan kaki anaknya sebagai pertolongan Yang Maha Kuasa kepada hambanya yang sedang dahaga. Bermula detik itu bumi yang kontang tidak berpenghuni menjadi tarikan untuk dikunjungi.

Firman Allah s.w.t ;

Maksudnya : “Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka”.

( Surah Ibrahim : ayat 37 )

Page 89: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

89

Page 90: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

90

Kawan-kawan,

Sesungguhnya Allah tidak akan mempersiakan ikhtiar hambanya. Di mana ada kemahuan, pasti ada jalan. Di sebalik kepayahan, pasti ada kesenangan. Contohilah kegigihan Pengasas Kosmetik D’herbs yang berasal dari keluarga yang susah akhirnya menjadi jutawan terkenal kerana kegigihan dan ketabahannya dalam mengubah kehidupan.

Kawan-kawan,

Demikianlah indah sebuah kisah,

pengorbanan ibu bernama Siti Hajar,

berjuanglah dengan hati yang tabah,

dalam kehidupan sebagai pelajar.

Sekian,wabillahitaufik walhidayah. Assalamu’alaikum wbt.

Page 91: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

91

Page 92: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran

Contoh Teks برخريتا قصة درفد القرءان Sekolah Rendah MTQ2015

92

SOALAN SPONTAN

1. Setiap manusia dilahirkan oleh seorang ibu. Nyatakan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.- Antara pengorbanan ibu terhadap anaknya ialah,

mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mendidik anak.

2. Kita diwajibkan untuk menghormati ibu bapa kita. Nyatakan cara untuk membalas jasa ibu kita.- Antara cara untuk membalas jasa ibu kita ialah dengan

menghormatinya, menjaganya, mendoakannya dan menyayanginya.

3. Berdasarkan kisah tersebut, nyatakan sebab Siti Hajar dan Nabi Ismail ditinggalkan di tengah padang pasir.- Yang pertama, disebabkan isteri Nabi Ibrahim yang pertama

cemburu akan kehadiran Nabi Ismail,- Yang kedua, atas perintah Allah bagi mengelakkan

keruntuhan rumah tangga Nabi Ibrahim.

4. Apakah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Nabi Ibrahim sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t?- Berpisah dengan isteri dan anaknya - Terpaksa menyembelih anaknya sendiri

5. Sebagai manusia, kita tidak akan lari dari ujian Allah s.w.t. Sekiranya anda ditimpa musibah, nyatakan cara untuk menghadapinya.- Bersabar,redha, berdoa dan berusaha tanpa putus asa

dengan rahmat Allah.

Page 93: Contoh Teks Cerita Kisah Dari Alquran