teks juruacara majlis restu ilmu spm dan stpm

4
TAJUK : TEKS JURUACARA MAJLIS RESTU ILMU SPM DAN STPM 2015 TEMPAT : DEWAN PERMATA SMKSI TARIKH: 1 NOV 2015 BI L QUE ANN CATATAN 1 Perarakan masuk Mengumumkan perarakan masuk Yang berusaha , Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai masuk ke dewan diiringi barisan pentadbir dan guru-guru 2 Nyanyian Lagi Bangsa Johor Dan Sekolah Hadirin sekalian, majlis dimulakan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu sekolah Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin di persilakan duduk. 3 Aluan Juruacara Assalamualaikum ...salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sehati sejiwa. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau mutiara Pemanis kata Selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Yang berusaha - Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai, - Tn. Hj Zakaria bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran, - Pn. Sahila bt Baba, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, - En. Abdul Malik bin Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum, - En. Bilak bin Tombong , PK Pendidikan Khas - Pn.Faridah bt Mahmod ,PK Ting.6 - Pn. Jake Lina Lee, Yang Dipertua PIBG, - Ketua-ketua bidang - Barisan Jawatankuasa pengelola program - rakan-rakan guru seterusnya calon- calon peperiksaan sekalian. 1

Upload: mohd-hilmie

Post on 04-Jan-2016

1.123 views

Category:

Documents


40 download

DESCRIPTION

teks juruacara majlis restu ilmu spm dan stpm

TRANSCRIPT

Page 1: teks juruacara majlis restu ilmu spm dan stpm

TAJUK : TEKS JURUACARA MAJLIS RESTU ILMU SPM DAN STPM 2015TEMPAT : DEWAN PERMATA SMKSI

TARIKH: 1 NOV 2015

BIL QUE ANN CATATAN1 Perarakan masuk Mengumumkan perarakan masuk Yang berusaha , Tn. Hj.

Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai masuk ke dewan diiringi barisan pentadbir dan guru-guru

2 Nyanyian Lagi Bangsa Johor Dan Sekolah

Hadirin sekalian, majlis dimulakan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu sekolah

Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin di persilakan duduk.

3 Aluan Juruacara Assalamualaikum ...salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sehati sejiwa.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari pulau mutiaraPemanis kata Selamat datangAwal bismillah pembuka bicara

Yang berusaha- Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua

Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai,- Tn. Hj Zakaria bin Omar, Penolong Kanan

Pentadbiran,- Pn. Sahila bt Baba, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,- En. Abdul Malik bin Salleh, Penolong Kanan

Kokurikulum,- En. Bilak bin Tombong , PK Pendidikan Khas- Pn.Faridah bt Mahmod ,PK Ting.6- Pn. Jake Lina Lee, Yang Dipertua PIBG,- Ketua-ketua bidang- Barisan Jawatankuasa pengelola program- rakan-rakan guru seterusnya calon-calon peperiksaan

sekalian.

Marilah kita merafaqkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul di Dewan Permata ini untuk menjayakan Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM bagi tahun 2015. Majlis mengucapkan terima kasih atas kehadiran calon-calon peperiksaan,tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke majlis ini.

Bagi makluman sidang hadirin sekalian, majlis ini diadakan bagi meningkatkan keyakinan dan motivasi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM & STPM agar dapat menjalani peperiksaan tersebut dengan tenang dan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

1

Page 2: teks juruacara majlis restu ilmu spm dan stpm

4 Bacaan doa Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini dipersilakan saudara _________________________________ untuk mengetuai bacaan doa.

5 Ucapan wakil murid Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput saudara_________________________________dari tingkatan_____________ selaku wakil pelajar yang menduduki peperiksaan bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

6 Ucapan Pengetua Pergi ke kota membeli selasih,Selasih berasal dari Tanjung BatuBerilah kata simpulan kasih,Sulamkan doa iringkan restu.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya atas ucapan sebentar tadi. Begitulah tadi ucapan dan kata-kata semangat daripada tuan pegetua. Terima kasih sekali lagi tuan pengetua.

7 Ucapan YDP PIBG Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Jake Lina Lee, Yang Dipertua PIBG, untuk menyampaikan ucapan dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Jake Lina Lee, atas ucapan sebentar tadi.

8 Penyampaian cenderahati kepada calon / Pengedaran slip peperiksaan

Sekali lagi dipersilakan Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya bagi menyampaikan cenderahati kepada calon / Pengedaran slip peperiksaan kepada calon-calon. Dipersilakan.

Rujuk ajk cenderamata dan bagaimana nak edar slip

9 Nyanyian Lagu Negaraku Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.Terima kasih atas nyanyian itu.

10 Sesi bersalaman dan memohon restu

Hadirin sekalian.Suria bersinar tampak berseri,Indah awan di langit membiruSelamat berjuang putera dan puteri Ayah ibu, guru-guru memberi restu

Sebagai Penutup Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM tahun 2015 marilah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu Ku Pohon Restumu Wahai guru. Calon peperiksaan dikehendaki bersalam-salaman dengan guru-guru yang

On muzik instrumental dan calon akan bersalaman

2

Page 3: teks juruacara majlis restu ilmu spm dan stpm

telah mencurahkan pelbagai ilmu pengetahuan. Didoakan semoga mendapat keberkatan dalam menduduki peperiksaan kelak.

Bagi semua calon peperiksaan gunakanlah masa semasa sesi bersalam-salaman ini untuk bermaaf- maafan dengan guru-guru serta memohon keberkatan ilmu yang dicurahkan oleh guru. Guru-guru di SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya ini sentiasa mendoakan pelajar agar selamat dan cemerlang dalam menduduki peperiksaan kelak.

11 Bersurai Dengan berakhirnya acara bersalam-salaman itu tadi , maka Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM tahun 2015, sudah melabuhkan tirainya.

Seluruh warga SMK Sultan Ibrahim Kulai mengucapkan Selamat menduduki Peperiksaan SPM dan STPM kepada calon-calon dan semoga dapat melakukan dengan terbaik. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia..wabillah hitaufik..dan jumpa lagi.

3