teks jamuan perpisahan tahun 6 2013
DESCRIPTION
teks ucapanTRANSCRIPT
MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 , 2013
MASA CUE(peristiwa) ANN (butiran penyampaian) 9.00 pg Pelajar dan guru
tahun 6 berkumpul di dewan.
Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahhirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt.
Yang Berusaha, ____________________________ , Guru Besar / GPK 1 SK Selancar 1.Barisan guru penolong kanan, guru – guru dan rakan seperjuangan yang dihormati sekalian.
Pada majlis yang permai ini marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya , kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dan bersama – sama menjayakan Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6, 2013.
Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita sama – sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Muhamad Mizarfikri b Mokhtar . Dipersilakan
( /membaca surah Al – Fatihah. …Al –Fatihah.) *pilihan.
Amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapakan kepada saudara Muhamad Mizarfikri atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Wakil Pelajar Sidang hadirin yang budiman , kini majlis dengan sukacita menjemput saudari Wan Nor Alia bt Wan Anuar selaku wakil pelajar tahun 6 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Selesai ucapan wakil pelajar
Terima kasih diucapkan kepada saudara Wan Nor Alia bt Wan Anuar atas ucapan sebentar tadi .
Ucapan Penyelaras Tahun 6
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En Muhammad Hamroh b Hamzah selaku penyelaras tahun 6 , untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Selesai ucapan Penyelaras Tahun 6
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Muhammad Hamroh b Hamzah atas ucapan itu tadi.
Ucapan Guru Besar / GPK 1
Tuan –tuan dan puan –puan yang dihormati,Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan___________________________, Guru Besar / GPK 1 SK SELANCAR 1, untuk menyampaikan ucapan . Dengan hormatnya dipersilakan.
Selesai Ucapan Guru Besar / GPK 1
Demikian tadi, ucapan oleh Puan Ramlah bt Suanda, Guru Besar SK SELANCAR 1. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Penyampaian Hadiah aktiviti selepas UPSR 2013.
Seterusnya , majlis menjemput ________________________bagi menyampaikan hadiah bagi pertandingan yang disertai pelajar untuk aktiviti selepas UPSR.
Dipersilakan .
Bagi menerima hadiah diminta ketua setiap kumpulan tampil ke hadapan apabila nama kumpulan disebut.
Tempat Keempat jatuh kepada KUMPULAN __________________Tempat ketiga dimenangi oleh KUMPULAN __________________
Naib johan dimenangi oleh KUMPULAN ________________________ dan Johan tidak lain dan tidak bukan KUMPULAN ______________________.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
________________________________, Guru Besar / GPK 1 SK Selancar 1 atas penyampaian hadiah itu tadi.
Seterusnya, marilah kita saksikan persembahan daripada wakil pelajar tahun 6 2013 .
Penutup Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.
Bagi meneruskan kemuncak majlis pada pagi ini dipersilakan saudara Mohd Luqman b Mohd Solah untuk membaca doa makan..
Selesai doa – Amin… Semua guru dan pelajar bolehlah menjamu selera .
Sekian terima kasih.