dokumen sebut harga 2016 jamuan sahur final

31
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA SEBUT HARGA BIL.: JAKIM (B) 4/2016 PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DAN MINUMAN UNTUK JAMUAN SAHUR BAGI BULAN RAMADHAN 1437H/2016M DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI 1

Upload: phungkiet

Post on 25-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

SEBUT HARGA BIL.: JAKIM (B) 4/2016

PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DAN MINUMAN UNTUK JAMUAN SAHUR BAGI BULAN RAMADHAN

1437H/2016M DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT

HARGA SEBELUM MENGISIKANNYA

1

Page 2: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

BAHAGIAN 1:ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1.1 KENYATAAN TAWARAN

1.1.1 Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berikut serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan.

040103 Makanan Bermasak Islam

1.2 SYARAT-SYARAT AM

1.2.1 Penyebut harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman dalam bidang berkaitan;

1.2.2 Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan penyebut harga ditolak;

1.2.3 Sebarang urusan/pertanyaan yang melibatkan sebut harga mestilah dalam tempoh tiga (3) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ia ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:

Masjid PutraJabatan Kemajuan Islam Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA.

1.2.4 Skop sebut harga ini ialah Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Dan Minuman Untuk Jamuan Sahur Bagi Bulan Ramadhan 1437H/2016M Di Masjid Putra, Putrajaya

1.2.5 Spesifikasi hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam sebut harga ini di Bahagian II (Lampiran A, A1-A5) dan Bahagian III (Lampiran B dan B1).

1.2.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, perlindungan insurans dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan;

1.2.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran Q) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.

2/16

Page 3: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

1.3 PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

1.3.1 Sebut harga diiklankan pada 30 Mac 2016 (Rabu) dan ditutup pada 6 April 2016 (Rabu) jam 12.00 tengah hari;

1.3.2 Jakim tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar kerana hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran. Mana-mana tawaran sebut harga yang dihantar lewat tidak akan diterima. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung kepada tawaran bidaan yang dihantar melalui pos/perkhidmatan courier;

1.3.3 Penyebut harga adalah dikehendaki menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebut harga yang disertainya;

1.3.4 Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran Harga adalah seperti berikut mengikut susunan:

(i) Lampiran Q : Borang Sebut Harga Bekalan/Perkhidmatan(ii) Lampiran A : Spesifikasi Teknikal(iii) Lampiran A1 : Spesifikasi Bahan Makanan(iv) Lampiran A2 : Syarat-syarat Tambahan bagi Perkhidmatan Makan/Minum(v) Lampiran A3 : Menu Jamuan Sahur(vi) Lampiran A4 : Senarai Nama Kakitangan Yang Terlibat(vii) Lampiran A5 : Senarai Jenis Kenderaan/Pengangkutan(viii) Lampiran B : Jadual Harga(ix) Lampiran B1 : Jadual Kadar Pemotongan Bayaran Perkhidmatan(x) Lampiran C : Surat Akuan Pembida(xi) Lampiran D : Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank untuk 1 bulan terkini

(Mac 2016)(xii) Lampiran E :Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan(xiii) Lampiran F :Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan

1.4 TAWARAN HARGA

1.4.1 Tempoh sah laku bagi harga yang ditawarkan di dalam sebut harga mestilah tidak kurang daripada 60 hari;

1.4.2 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sebut harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan;

1.4.3 Kerajaan berhak memohon pelanjutan tempoh sah laku harga yang ditawarkan. Permohonan akan dibuat secara bertulis kepada penyebut harga yang berjaya;

1.4.4 Sekiranya penyebut harga bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku sebut harga, penyebut harga hendaklah menjawab secara bertulis kepada Kerajaan;

3/16

Page 4: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

1.4.5 Penyebut harga hendaklah TIDAK mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga iaitu transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih (Perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013).

1.5 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

1.5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

1.5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694);

1.5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya mana-mana pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694); dan

1.5.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694).

1.6 SPESIFIKASI

1.6.1 Spesifikasi adalah seperti di Bahagian II (Lampiran A, A1-A5) dan Bahagian III (Lampiran B dan B1).

1.6.2 Jakim tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara tafsiran penyebut harga dengan tafsiran Jakim mengenai penentuan spesifikasi teknikal.

1.7 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT

1.7.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas bekalan yang dibekalkan berdasarkan pengakuan pihak ketiga yang telah dimasukkan ke dalam sebut harga;

4/16

Page 5: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

1.8 KONTRAK

1.8.1 Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana jadual yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen sebut harga ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan pembida yang berjaya. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak;

1.8.2 Jakim mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang berjaya, gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.

1.9 PEMBAYARAN

1.9.1 Pembayaran bagi perkhidmatan ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM);

1.9.2 Penyebut harga yang terpilih sebagai pembekal perlu mengemukakan invois berdasarkan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam jadual pelaksanaan perjanjian kontrak untuk proses bayaran. Jumlah yang tercatat di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar akan ditentukan oleh kualiti/kuantiti perkhidmatan yang disediakan (termasuk pemotongan di atas ketidakpatuhan kontrak, jika berkaitan).

1.10 HARGA

1.10.1 Harga bagi semua perkara dan skop kerja/perkhidmatan yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam. Harga ini mestilah sah laku dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tutup sebut harga; dan

1.10.2 Segala urusan pembayaran yang melibatkan sebut harga ini adalah melalui sistem ePerolehan.

1.11 PERTANYAAN

1.11.1 Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga dan pertanyaan boleh merujuk kepada:

i. Nama : Encik Mohd Al’ Hafiz bin Mohd NazariNo. Tel : 03-8888 5678/103E-mel : [email protected]

ii. Nama : Cik Nur Hazwani binti SamsudinNo. Tel : 03-8888 5678/114E-mel : [email protected]

5/16

Page 6: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

BAHAGIAN II:

SKOP PERKHIDMATAN DAN SPESIFIKASI TEKNIKAL

a. SKOP PERKHIDMATAN

Penyebut harga yang berjaya akan bertanggungjawab untuk:

1. Menyediakan Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Dan Minuman Untuk Jamuan Sahur Bagi Bulan Ramadhan 1437H/2016M Di Masjid Putra, Putrajaya.

2. Menyediakan kenderaan yang bersesuaian bagi mengangkut makanan jamuan Sahur.

3. Menyediakan kakitangan yang mencukupi (5 orang) untuk menghidangkan makanan ketika jamuan Sahur.

4. Menyediakan kakitangan yang mencukupi (5 orang) bagi tujuan pembersihan tempat menghidangkan makanan selepas jamuan Sahur.

4.1 Pekerja-pekerja syarikat pembekal hendaklah memakai pakaian seragam syarikat, bersih, kemas dan bersongkok bagi lelaki dan bagi perempuan adalah berpakaian menutup aurat dan tidak menjolok mata. Pihak pekerja diminta menyediakan kakitangan bertugas yang mencukupi sewaktu bertugas.

4.2 Pekerja-pekerja syarikat juga dikehendaki menjaga kebersihan diri seperti tidak berkuku panjang, tidak memakai “bangle”, rantai, subang dan cincin serta tidak berambut panjang.

4.3 Pekerja-pekerja syarikat hendaklah memakai sarung tangan plastik (pakai buang) semasa kerja-kerja menghidang.

4.4 Semua pekerja syarikat tidak dibenarkan merokok semasa bertugas dan berada di kawasan masjid.

5. Semua makanan hendaklah diletakkan di kawasan yang ditetapkan dan ditutup rapi sebelum dihidangkan.

6. Pembekal dikehendaki menyediakan penyapu, penyodok sampah, troli (pastikan roda troli menggunakan plastik dan tidak merosakkan/mencalarkan lantai masjid serta tidak mengeluarkan bunyi sehingga mengganggu jemaah bersolat), mop dan beg sampah plastik yang secukupnya. Bekas makanan yang telah digunakan hendaklah dibuang sebelum meninggalkan Masjid. Pembekal juga bertanggungjawab membersihkan sisa-sisa makanan, tumpahan kuah/berminyak, air minuman di kawasan penyajian makanan.

7. Pembekal dilarang sama sekali membuang atau meninggalkan sisa makanan dan lebihan makanan/minuman di mana-mana kawasan masjid dan berhampiran sekitarnya.

8. Tempat makan dan tempat menghidangkan makanan hendaklah sentiasa bersih dan kemas sama ada sebelum atau selepas makan.

6

Page 7: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

9. Persiapan peralatan seperti meja hidangan, pinggan mangkuk, gelas, sudu, bekas basuh tangan dan lain-lain peralatan hendaklah mencukupi. Pihak pembekal diminta menyediakan meja hidangan dan tikar secukupnya.

10. Pembekal dikehendaki menyediakan kemudahan peralatan mencuci tangan yang mencukupi dan sesuai.

11. Pembekal dikehendaki menjaga kebersihan di kawasan yang digunakan danmemastikan tempat penyimpanan barang-barang sentiasa berada di dalam keadaan bersih, rapi serta tidak menjejaskan pandangan pihak pengunjung masjid.

12. Sebarang aktiviti seperti memasak makanan, air dan membasuh pinggang mangkuk, periuk, sudu/garpu dan lain-lain berkaitan adalah tidak dibenarkan sama sekali di premis masjid.

13. Lokasi perkhidmatan:

Pejabat Pentadbiran, Masjid Putra Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.

14. Spesifikasi terperinci bagi perkhidmatan yang dinyatakan pada jadual di atas adalah seperti di dalam Spesifikasi Teknikal (Lampiran A, A1, A2, A3, A4 dan A5).

15. Tempoh perkhidmatan adalah selama bermula 20 hingga 29 Ramadhan 1437 Hijrah bersamaan 25 Jun hingga 4 Julai 2016.

7/16

Page 8: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN A

b. SPESIFIKASI TEKNIKAL

Semua penyebut harga adalah diwajibkan mematuhi semua spesifikasi yang ditetapkan seperti berikut:

BIL PERKARA SPESIFIKASIPEMATUHAN(MANDATORI)YA/TIDAK

1. Spesifikasi bahan makanan

Rujuk Lampiran A1

2. Syarat-Syarat Tambahan Bagi Perkhidmatan Makan/Minum Jamuan Sahur

Rujuk Lampiran A2

3. Menu Jamuan Sahur Rujuk Lampiran A34. Kakitangan beragama

Islam sepanjang penyediaan dan penyajian jamuan Sahur

Sila sediakan kakitangan secukupnya (5 orang)

5. Kakitangan beragama Islam untuk pembersihan tempat penyajian semasa/ selepas jamuan Sahur

Sila sediakan kakitangan secukupnya (5 orang)(Lampiran A4)

6. Penghantaran makanan jamuan Sahur

Sila sediakan kakitangan beragama Islam yang secukupnya. (Lampiran A4).

Sila nyatakan kenderaan yang akan digunakan untuk penghantaran makanan. (Lampiran A5)

Penghantaran jamuan sahur mesti tiba di masjid selewat-lewatnya jam 4.00 pagi.

Pembekal bersetuju mematuhi semua perkara di atas.

TANDATANGAN : ______________________ TARIKH : _____________

8/16

Page 9: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN A1

SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN

1. SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN BAGI PERKHIDMATAN MAKAN/MINUM JAMUAN SAHUR

1.1 Bahan makanan yang dibekalkan hendaklah berdasarkan kepada menu yang telah ditetapkan seperti saiz, berat timbangan manakala bagi kuih muih seperti yang telah ditetapkan.Makanan mestilah yang baru dimasak dan berkualiti.Semua makanan dan minuman hendaklah disediakan dari bahan-bahan yang bermutu dan HALAL mengikut syarak.

1.2 Air minuman hendaklah menggunakan air yang telah dimasak. Penggunaan air paip tanpa dimasak adalah dilarang sama sekali.

1.3 Bahan-bahan makanan hendaklah mematuhi spesifikasi seperti berikut:

1.3.1 MINUMAN

Kopi serbuk daripada jenama yang baik dan sesuai manakala teh hendaklah daripada jenis yang baik dan hendaklah dikacau serta ditapis dengan penapis yang bersih. Susu yang digunakan hendaklah daripada jenama yang baik menggunakan susu pekat manis. Manakala airnya hendaklah daripada air yang bersih dan telah dimasak. Minuman kopi/teh hendaklah sederhana, tidak terlalu pekat/cair dan tidak terlalu manis/tawar.

1.3.2 MAKANAN

Penyediaan makanan berdasarkan menu yang telah ditetapkan hendaklah jenis bermutu dan tidak mudah basi semasa dihidangkan. Sukatan hendaklah seperti yang ditetapkan di dalam menu yang disediakan.

Pembekal bersetuju mematuhi semua perkara di atas.

TANDATANGAN : ______________________ TARIKH : _____________

9/16

Page 10: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN A2

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN MAKAN/MINUM JAMUAN SAHUR

1. Pembekal perlu menyediakan jumlah makanan sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian. Sekiranya terdapat perubahan dari segi kuantiti sama ada pengurangan atau pertambahan, pihak masjid akan memaklumkan kepada pembekal dan pembekal wajib mematuhinya. Sebarang pertambahan dan pengurangan yang tidak termasuk dalam kontrak ini, invois tersebut perlu dikemukakan secara berasingan.

2. Semua bekalan makanan hendaklah disediakan secara bufet dengan menyediakan peralatan yang bersesuaian. Manakala bagi pihak urus setia makanan hendaklah dihidangkan. Keperluan stesen hidangan dan meja hidangan akan dimaklumkan oleh pihak masjid. Pembekal wajib mematuhi dan menyediakan mengikut keperluan.

3. Bekalan makanan yang telah siap mestilah sampai di tempat penyajian tidak lewat jam 3.00 pagi setiap hari bagi tujuan pemeriksaan dan pengiraan serta penilaian mutu makanan oleh urus setia masjid.

4. Waktu Hidangan :

4.1 Jamuan Sahur – 4.30 pagi

5. Semua makanan hendaklah diletakkan di kawasan yang ditetapkan dan ditutup rapi sebelum dihidangkan. Penggunaan penutup hidangan yang menggunakan plastik wrapping adalah diwajibkan.

6. Pekerja-pekerja tidak dibenarkan membuat bising semasa jemaah sedang solat.

7. Pembekal hendaklah menyediakan/ menyimpan sampel menu setiap makanan dan minuman setiap hari untuk diserahkan kepada Pejabat Kesihatan untuk tujuan pemeriksaan kualiti makanan dan minuman.

Pembekal bersetuju mematuhi semua perkara di atas.

TANDATANGAN : ______________________ TARIKH : _____________

10/16

Page 11: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN A3

MENU JAMUAN SAHUR TAHUN 1437H/2016MDI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Menu Jamuan Sahur

HARI MENU PERINCIAN MENUSILA

NYATAKAN MENU GANTI (JIKA ADA)

PEMATUHAN SPESIFIKASI

Hari 1 Menu 1 1. Nasi Putih2. Ayam Masak Lemak3. Sayur Kobis Goreng4. Air Teh O Panas

YA/TIDAK

Hari 2 Menu 2 1. Nasi Putih2. Tomyam Campur3. Ikan Goreng4. Air Kopi O Panas

YA/TIDAK

Hari 3 Menu 3 1. Nasi Goreng Kampung2. Telur Goreng Mata Kerbau3. Air Teh O Panas

YA/TIDAK

Hari 4 Menu 4 1. Nasi Putih2. Masak Lemak Kobis3. Sambal Tumis Ikan4. Air Kopi O Panas

YA/TIDAK

Hari 5 Menu 5 1. Nasi Lemak2. Telur Goreng Mata Kerbau3. Air Teh O Panas

YA/TIDAK

i. Menu jamuan sahur disediakan selama lima (5) hari. Selepas menu yang kelima, kembali semula menu yang pertama sehingga menu kelima dan seterusnya sehingga 29 Ramadhan 1437H atau 4 Julai 2016.

ii. Pembekal bersetuju mematuhi semua perkara di atas.

TANDATANGAN : ______________________ TARIKH : _____________

11/16

Page 12: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN A4

SENARAI NAMA SEMUA KAKITANGAN YANG TERLIBAT DALAM SEBUT HARGA INI

BIL NAMA JAWATAN AGAMA KEWARGANEGARAAN

TANDATANGAN : ______________________ TARIKH : _____________

(TIADA COP SYARIKAT DIPERLUKAN UNTUK LAMPIRAN INI)

12/16

Page 13: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN A5

SENARAI JENIS KENDERAAN/PENGANGKUTAN YANG ADA KAITAN DENGAN TAWARAN INI

Bil Jenis Kenderaan Tahun dibuat

No Pendaftaran

Di mana digunakan sekarang dan atas

tujuan apa

Catatan

(Sila sertakan bukti pemilikan kenderaan sama ada secara sewaan atau pembelian)

TANDATANGAN : ______________________ TARIKH : _____________

(TIADA COP SYARIKAT DIPERLUKAN UNTUK LAMPIRAN INI)

13/16

Page 14: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

BAHAGIAN III

SKOP HARGA TAWARAN

1. Harga tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan jadual harga tawaran yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna oleh pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat.

2. Takrif perkhidmatan bagi sebut harga ini bermaksud perkhidmatan yang diberikan olehpenyebut harga untuk Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Untuk Jamuan Sahur di Masjid Putra, Putrajaya pada Ramadhan 1437H/2016M hendaklah mengikut jadual spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran A.

3. Pihak syarikat yang bersetuju menerima tawaran hendaklah membekal perkhidmatan seperti yang ditawarkan.

4. Harga bagi setiap jenis perkhidmatan hendaklah dimasukkan dengan lengkap ke dalam jadual harga mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ketiadaan harga bagi mana-mana item dianggap telah dimasukkan untuk jumlah keseluruhan.

5. Jadual bayaran yang akan dibuat oleh JAKIM adalah seperti termateri di dalam perjanjian.

6. Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk keseluruhan kos yang terlibat dalam sebut harga ini daripada kos bahan mentah, pekerja, penghantaran/pengangkutan, pembersihan dan peralatan yang berkaitan.

7. Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup. Penyebut harga yang berjaya ditawarkan sebut harga ini hendaklah mematuhinya sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh membuat sebarang perubahan.

14/16

Page 15: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN B

JADUAL HARGA

PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DAN MINUMANUNTUK JAMUAN SAHUR BAGI BULAN RAMADHAN 1437H/2016M DI MASJID PUTRA,

PUTRAJAYA

Jamuan Sahur

500 orang x RM________ x 10 malam = RM ________

Jumlah : RM _____________

Jumlah keseluruhan harga ialah sejumlah Ringgit

Malaysia ................................................................................................................................. iaitu RM

........................................

Bertarikh pada ...............hari bulan ................... 2016

Tandatangan: ......................................................................................

Nama: ......................................................................................

No. Kad Pengenalan: ......................................................................................

Cop Syarikat:

* Pembekal hendaklah mengemukakan tawaran harga tanpa kenaan GST.

15/16

Page 16: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN B1

JADUAL KADAR PEMOTONGAN BAYARAN PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN DAN MINUMAN BERMASAKBAGI JAMUAN SAHUR BULAN RAMADHAN 1437H/2016M

DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

Bil. Perkara Kadar bayaran

1. Lewat menghidangkan makanan RM 30.00/sehari

2. Pekerja tidak mencukupi mengikut kontrak RM 50.00 (seorang)/sehari

3. Tidak memenuhi syarat spefikasi hidangan RM 10.00 (per hidangan)/sehari

4. Tidak membersihkan ditempat hidangan atau

tempat penyediaan makanan selepas jamuan

RM40.00/sehari

Diakui bahawa, pihak syarikat bersetuju dengan terma di Lampiran B1 ini.

Tandatangan: ................................................

Nama: .................................................

No Kad Pengenalan: .................................................

Jawatan: ...................................................

Tarikh: ....................................................

Cop Syarikat: ....................................................

16/16

Page 17: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN Q(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

No. Sebut Harga Jakim (B) 4/2016

(Kew. 284-Pin. 5/94)KERAJAAN MALAYSIA

WP PUTRAJAYA

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (Nama Syarikat): IIIIII

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan (Alamat Lengkap):Masjid Putra, PutrajayaJabatan Kemajuan Islam MalaysiaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA

No. Telefon : INo. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan: ...........................................

II

No. Telefon: 03-8888 5678

Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan pembelian ini: 040103 Makanan Bermasak Islam

II

Tarikh:

(Salinan Pendaftaran Kem. Kewangan Wajib disertakan)1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan:1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan: ( Sila lihat Arahan kepada Penyebut Harga)

1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki: Julai 2016

1.3 Arahan pengiriman: Urus Setia PerolehanMasjid Putra, PutrajayaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda nombor sebut harga: Jakim (B) 4/2016

17/16

Page 18: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari 6 April 2016 (Rabu)

1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 60 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: .............................. Tandatangan: ............................ Nama Pegawai: .........................Jawatan: ....................................

Bil. Perihal bekalan/ perkhidmatan dan Syarat-Syarat Khas

Unit Ukuran Kuantiti Kadar(RM)

Harga(RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/ JabatanUntuk diisi olehPenyebut Harga

Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Untuk Jamuan Sahur Bagi Bulan Ramadhan 1437H/2016M di Masjid Putra, Putrajaya

Seperti di Lampiran A1- Jadual Pematuhan Spesifikasi

JUMLAH(Tidak

termasuk 6% GST

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih (tidak termasuk 6% GST) ; dan

(ii) Tarikh penyerahan/ penyempurnaan ialah :

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

TandatanganPenyebut Harga: Nama dan K/P: Alamat Syarikat:

Tarikh :

18/16

Page 19: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KEADAAN BARANGSemua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGAHarga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIANSebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARASebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUANKerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan (ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji

bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHIPenyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah

dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar

19/16

Page 20: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANANTiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRANSebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANSTiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAIHarga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan

belanja pembungkusan; dan(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak

mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALANNama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAIHarga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANGSebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

20/16

Page 21: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

17. PEMBUNGKUSAN(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika

mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus; (ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan

belanja pembungkusan; dan(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak

mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.

21/16

Page 22: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN C

SURAT AKUAN PEMBIDA

BagiNo. Sebut Harga : JAKIM(B) 4/2016

Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Untuk Jamuan Sahur Bagi Bulan Ramadhan 1437H/2016M di Masjid Putra, Putrajaya

Saya,…………………………………….......................................nombor K.P.........………………...... yang mewakili …………………………………..................................................................................................... nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysiaatau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………......Nama:No. K/P:Cop Syarikat:Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

22/16

Page 23: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN D

PENYATA AKAUN BANK :

Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank satu (1) bulan terakhir (Mac 2016). Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

23/16

Page 24: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN E

REKOD PENGALAMAN PERKHIDMATAN/BEKALAN BERKAITANSenaraikan semua bekalan dan perkhidmatan berkaitan yang telah /sedang dilaksanakan dalam

tempoh 2015 - 2016

Bil Nama Perkhidmatan Nilai Kontrak

(RM)

Tempoh Kontrak

Tarikh Tempoh Kontrak

Nama & Alamat Agensi

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

* Sila Kemukakan lampiran sekiranya ruangan di atas tidak mencukupi:

Nama & Jawatan : .........................................................................

Tarikh :

24/16

Page 25: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

LAMPIRAN F

SALINAN AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT DARI KEMENTERIAN KEWANGAN

25/16

Page 26: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

SENARAI SEMAK

No. Sebut Harga :

Sila tandakan () bagi dokumen–dokumen yang disertakan:

Bil Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa DOKUMEN TAWARAN HARGA

1. Borang Sebut Harga Bekalan/Perkhidmatan (Lampiran Q)

2. Jadual Spesifikasi Teknikal – (Lampiran A)

3. Jadual Spesifikasi Bahan Makanan – (Lampiran A1)

4. Syarat-syarat Tambahan bagi Perkhidmatan Makan/Minum – (Lampiran A2)

5. Menu Jamuan Sahur – (Lampiran A3)

6. Senarai Nama Kakitangan Yang Terlibat – (Lampiran A4)

7. Senarai Jenis Kenderaan/Pengangkutan – (Lampiran A5)

8. Jadual Harga – (Lampiran B)

9. Jadual Kadar Pemotongan Bayaran Perkhidmatan – (Lampiran B1)

10. Surat Akuan Pembida (Lampiran C)

11. Salinan Penyata Akaun bank yang terkini (bulan Mac 2016) yang telah disahkan oleh pihak bank. Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata bulanan ini akan ditolak. (Lampiran D)

12. Rekod Pengalaman Perkhidmatan Berkaitan (Lampiran E)

13. Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan(Lampiran F)

26/16

Page 27: Dokumen Sebut Harga 2016 Jamuan Sahur FINAL

27/16